|
|
Burung hantu hapus tikus
Kota Bharu: Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kubang Kerian melaksanakan projek burung hantu bagi menangani masalah pembiakan tikus di situ termasuk berisiko mengancam hospitalnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kampus Bersih Sejahtera Prof Dr Din Suhaimi Sidek berkata, program itu akan diperluaskan awal tahun depan menggunakan kaedah ekobiologikal.
“Melalui kaedah ini, lima hingga enam sangkar burung hantu atau pungguk ditempatkan sekitar kampus supaya dapat menangkap tikus yang berkeliaran pada waktu malam,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Din Suhaimi berkata, kaedah ekosistem dipercayai mampu mengawal pembiakan tikus. |
|