CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Istana perjelas sebab pilih Azmin

[Copy link]
Post time 23-9-2014 12:05 PM | Show all posts
atira posted on 23-9-2014 11:58 AM
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mema ...

maksud dia merujuk kepada DAP dan PKR bukan pada PAS..cer cek betul2..

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menyatakan keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos lalu untuk mencalonkan lebih dua nama menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan. ( munir tak kata PR tetapi menggunakan ayat parti itu) dan disitu tiada ayat yang mengatakan keenganan DAP,PAS dan PKR tetapi hanya menyebut DAP dan PKR

Beliau menyatakan Mohamed Azmin dipilih selepas Sultan Selangor mempertimbangkan konsensus PR mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya Mohamed Azmin pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.( DAP dan PR mencalonkan Jijah tetapi PAS mencalonkan Azmin) kedua2nya dari PR dari parti PKR.

"Baginda mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor dibentuk melalui kesepakatan tiga komponen parti Pas, PKR dan DAP.



Last edited by the_killer on 23-9-2014 12:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 12:12 PM | Show all posts
teruknya nak kena pusing2 nak fahamkan ayat. yg aku nampak kat sini x jelas pun kenyataan Sultan yg PAS tak mencalonkan AA. biasa la macai2 anti-PAS dengan UMNO memang menembak la kerjanya.

kalau dengar ceramah Hadi Awang, nak suruh AA jadi MB kalau PKR dan DAP tendang PAS kuar. dah la mencuri ADUN2 mereka katanya. tu yang dia kata kalau ko tendang PAS dengan curi org dia..aku curi balik org ko. nampak gaya ikut mana pun PAS dengan UMNO memang salah.

duk la kat mana pun yg betul hanya PKR dan DAP sahaja. yg salah PAS dan UMNO. mungkin dunia politik macai2 ni berkisar ke situ sahaja Last edited by cenkudu on 23-9-2014 12:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:14 PM | Show all posts
i personally dont like azmin... but who knows, hopefully dia dapat perform bagus, at least macam tski, or maybe, better...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:16 PM | Show all posts
the_killer posted on 23-9-2014 12:05 PM
maksud dia merujuk kepada DAP dan PKR bukan pada PAS..cer cek betul2..

Setiausaha Sulit Sultan  ...

harap2 betul la...
sbb selama ni mmg aku paham azmin dicalonkan PAS..eskrem pon eskrem la
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:17 PM | Show all posts
but come to think of it, takde satu pun dalam senarai calon dulu yg aku konfiden as good as tski... God helps selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:19 PM | Show all posts
atira posted on 23-9-2014 12:16 PM
harap2 betul la...
sbb selama ni mmg aku paham azmin dicalonkan PAS..eskrem pon eskrem la

sebab tu la saya kata, tren untuk menyalahkan PAS tidak patut timbul dengan tuduh PAS tamak la..bla bla bla..sepatutnya tidak ada ini kerana perlantikan azmin disokong oleh ketiga2 parti dalam PR walau pada asalnya DAP dan PKR HANYA mencalonkan Jijah berbanding PAS yang pernah mencalonkan azmin dan menolak jijah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2014 12:19 PM | Show all posts
the_killer posted on 23-9-2014 11:53 AM
jika PAS tak calonkan azmin pada penyertaan kedua...ini bermakna Sultan guna budi bicara,
akan te ...

ok kena betulkan fakta sedikit.

Hj Hadi hantar 2 kali senarai.

Senarai pertama 3 nama ADUN PAS.  

Senarai kedua 2 PKR dan 1 PAS.  Tapi 2 PKR tu bukan Azmin tapi ADUN Ijok dan ADUN Kota Anggerik.  Calon PAS ialah ADUN Chempaka (Iskandar)

PKR dan DAP mmg semua tahu hantar 1 nama iaitu Azizah.

Maka benarlah kata Sultan yg dia akan ambil MB bukan dr senarai yg dihantar termasuk senarai dr PAS.

Persoalan : Mengapa Hj Hadi tak calonkan Azmin wpun JKKKP PAS calonkan Azizah dan Azmin?  Kalau tak suka Azizah kenapa tak calonkan Azmin??

Jeng..jeng..jeng... ini balik kpd kesentapan Hj Hadi dan Din Ayam sebab Azmin tolak tawaran utk Azmin khianat pd Anwar dan bentuk kerajaan perpaduwang dgn UMNO.  Jadi benarlah berita kerana kemarahan pd Azmin maka dia langsung tak dicalonkan walaupun JKKKP meletakkan Azmin sbg calon kedua.

Dan dicalonkan 2 ADUN PKR lain yg kurang pengaruh dgn harapan Sultan akan pilih Iskandar sebab Sultan diketahui tak mahu Azizah.

Nampak x camner permainan politik Hj Hadi & Din Ayam???? Patutlah mengamuk tak cukup tanah.... Last edited by a_gen2 on 23-9-2014 12:20 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:21 PM | Show all posts
the_killer posted on 23-9-2014 12:19 PM
sebab tu la saya kata, tren untuk menyalahkan PAS tidak patut timbul dengan tuduh PAS tamak la..bl ...

tak betul.  Hj Hadi tak calonkan Azmin.  Tak caya tanya Din Ayam.

Yg dikatakan tamak ialah tindakan Hj Hadi hantar 3 nama ADUN PAS.  Tapi tak mengaku pulak pelahap jawatan MB... Last edited by a_gen2 on 23-9-2014 12:23 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 12:26 PM | Show all posts
Saguhati utk puak2 Din Ayam ialah gagalnya Azizah jadi MB.  Maka bolehlah mereka tersenyum sedikit wpun pahit sebab agenda besar mereka nampaknya menemui kegagalan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Din ayam tu berniaga ayam ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:32 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 23-9-2014 12:19 PM
ok kena betulkan fakta sedikit.

Hj Hadi hantar 2 kali senarai.

mungkin betul kata itu,

PETALING JAYA: Tanpa mengendahkan gesaan dua rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS mengesahkan untuk tetap mencalonkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu jelas bertentangan dengan pendirian PKR dan DAP sebelum ini yang berkeras mencalonkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datuk Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan berpegang dengan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu yang mahu Azmin dicalonkan sebagai calon kedua untuk dilantik ke jawatan itu.

"Kita akan tetap hantar dua nama seperti yang sudah diputuskan. Memang hanya dua nama akan dipersembahkan kepada tuanku.

"Dua nama itu semua orang pun dah tahu...Dr Wan Azizah dan Azmin, itu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar online pada Selasa.

Mengulas lanjut Mustafa berkata, PAS akan mengemukakan surat jawapan kepada istana pada Rabu berhubung dua nama yang dicalonkan itu.

"Kita akan hantar surat bersendirian, semua parti (dalam PR) hantar surat jawapan sendiri menggunakan kepala surat parti masing-masing," katanya.

Pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Baginda menitahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat supaya mengemukakan lebih daripada dua nama calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum dilantik ke jawatan itu selewat-lewatnya pada 3 September (esok).


kenyataan yang kata itu dari sumber utusan

ecewa dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah sendiri mencalonkan tiga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kepada istana sebagai calon menteri besar Selangor.

Hadi mengambil tindakan itu selepas Azmin yang menjadi calon pilihannya menolak secara terbuka kerana mahu memberi laluan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lebih mengecewakan Hadi apabila PKR dan DAP juga menolak mentah-mentah keputusan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat 17 Ogos lalu melalui keputusan bersama Pakatan Rakyat pada hari yang sama.

Keputusan itu diambil PR walaupun Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (juga dikenali sebagai Mat Sabu) turut berada dalam mesyuarat itu mewakili parti Islam itu.

"Dia sudah malukan PAS, jadi takkan hendak letak nama Azmin lagi? PAS pun ada maruah," kata sumber daripada kerajaan negeri.

Sumber itu turut mengesahkan semua tiga nama Adun terbabit adalah daripada PAS dan tidak ada seorang pun daripada PKR.

Katanya, Hadi menghantar surat pencalonan itu kepada istana pada 2 dan 3 September atas keputusannya sendiri tanpa pengetahuan AJK PAS Pusat dan PAS negeri. Pada 2 September, surat Hadi mencalonkan ketiga-tiga Adun PAS untuk menjadi menteri besar Selangor.


Namun keesokan harinya pada 3 September, Hadi menghantar surat pencalonan baru menamakan dua Adun PKR dan seorang Adun PAS.

Menurut sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor itu, tidak ada seorang pun pemimpin PAS Pusat, termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, pernah melihat isi kandungan surat yang ditandatangani dan dihantar Hadi ke istana pada 2 dan 3 September lalu.

"Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung," katanya.

Mat Sabu hari ini mengesahkan beberapa laporan media mengatakan PAS tidak menamakan Adun PKR dan menghantar nama seorang lagi Adun mereka dan perkara itu berada di luar pengetahuannya dan AJK Pusat parti.

"Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebut Setiausaha Agung mengakui PAS menyenaraikan salah seorang exco PAS sebagai calon menteri besar.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mustafa semalam berkata PAS menghantar dua nama Adun PKR dan seorang Adun PAS kepada istana, tetapi tidak mendedahkan calon terbabit.

Sumber dalaman PAS kemudian memberitahu, surat pencalonan pertama Hadi kepada Sultan pada 2 September dihantar sendiri melalui pejabatnya.

Bagaimanapun, selepas Majlis Syura Ulama yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan menamakan dua calon PKR dan seorang calon PAS, Hadi keesokannya membuat pusingan 'U', menghadap Sultan dan menghantar surat kedua menarik balik senarai calon sebelumnya.

"Kandungan surat kedua itu kemudiannya baru dimaklumkan kepada pemimpin PAS lain, termasuk Mustafa," katanya.

Laporan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Mustafa mengatakan keputusan menghantar nama dua Adun PKR dan seorang Adun PAS dibuat Majlis Syura Ulama.

Namun, dua nama PKR itu bukannya Dr Wan Azizah dan Azmin, sebaliknya Dr Idris Ahmad (Adun Ijok), Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) serta Exco negeri yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Bagaimanapun, Mustafa enggan mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama.

Laporan The Star Online semalam mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun daripada partinya iaitu Iskandar serta dua rakan Exconya, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar baru, dipercayai merujuk kepada surat pertama yang dihantar Hadi.

Mustafa dalam responsnya semalam bagaimanapun menafikan laporan itu atas alasan nama terbabit sudah dibatalkan.


"Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencalonkan ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider. – 5 September, 2014.

Last edited by the_killer on 23-9-2014 12:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:33 PM | Show all posts
apa2 pun sebab dan alasan...azmin sah menjadi MB..
semoga berkhidmat utk rakyat..aku sokong je azmin walau aku bukan PRians...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:35 PM | Show all posts
kami nak natang
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:38 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 23-9-2014 12:19 PM
ok kena betulkan fakta sedikit.

Hj Hadi hantar 2 kali senarai.

fakta mudah sahaja

dalam teks ucapan munir mengatakan bahawa sultan menggunakan BUDI BICARA..iaitu selaras dengan peruntukan 51 undang tubuh negeri selangor.

jika benar katanya tidak mencalonkan azmin pada senarai kedua ini bermakna ada 4 senarai adun PKR yang ditangan sultan iaitu jijah,azmin,idris dan yaakob.

peringkat pertama :

PKR dan DAP calonkan Jijah
PAS calonkan Azmin dan Jijah
akhirnya sultan minta lain...tp azmin tolak jawatan mb

peringkat kedua :

DAP dan PKR tetap calonkan Jijah
PAS hanya calonkan 1 sahaja adunya...dan 2 lagi dari PKR...iaitu  idris serta yaakob (senarai kedua)( 2 exco pas yang dicalon oleh hadi pada surat pertama peringkat kedua dibatalkan)

disini tidak ada timbul PAS tamak dan nak jawatan mb, akhirnya budi bicara sultan...azmin yang pernah dicalonkan PAS pada peringkat pertama dipilih oleh Sultan




Last edited by the_killer on 23-9-2014 01:06 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
UG..UG..UG..kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:55 PM | Show all posts
the_killer posted on 23-9-2014 12:38 PM
fakta mudah sahaja

dalam teks ucapan munir mengatakan bahawa sultan menggunakan BUDI BICARA..ia ...

bang Killer ..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 12:56 PM | Show all posts
lib_d_Taiping posted on 23-9-2014 11:31 AM
kita rasalah nape JIJAH tak di pilih sbb ramai anak anak jati Selangor tak setuju Jijah sbb jijah ti ...

aku setuju....Sultan kan single...MB kena selalu iring dlm majlis2 rasmi....so maybe Sultan tak selesa lah....maybe...just pendapat aku...

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 12:59 PM | Show all posts
so aku harap mana2 babi pemfitnah kata nak pas nak mungkir janji dan ambil jawatan MB hari tu terjun bangunan...  si tua kutuk pemfitnah sejati ci terutamanya...   
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki posted on 23-9-2014 11:05 AM
tak suka mb baru ni.

wait and see la..tah reti ke tak buat keje.

Azmin ali ni pandai buat kerja.
Lagi lagi kerja menyonglap..sama macam bos dia anwar ibrahim..masa dalam umno..awal 90an dia pernah disiasat untuk kes songlap ni..

Tapi dari 98 dia dah bersama pr n xberpeluang menyonglap..lepas 10 tahun baru dia merasa semula..bagilah chance pada dia..ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 01:08 PM | Show all posts
Istana tak hormat constitution, tak hormat sistem demokrasi.

Istana tak hormat wanita, full stop.


Yg tunggu tepuk tangan seperti pas pis pus Dan umno juga senyap dah, lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.075570 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list