|
Cerpen Bersiri: MENCARI KONKLUSI ~ Part 8, Page 6
[Copy link]
|
|
NaylaArisha posted on 26-6-2014 02:03 PM
kiranya dalam benang ni banyak cerita lah?
Hah...macam gitulah plannya.
Macam semak le pulak nak bukak benang bebanyak tapi citer kontot-kontot....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 03:00 PM
Hah...macam gitulah plannya.
Macam semak le pulak nak bukak benang bebanyak tapi citer kontot- ...
nay bagi +10 untuk setiap CERKOT nicki ... n sesapa yang nak tacang please uols pm sama iols atau conan..
kalau Novel lebih dari bab 10 x ada tacang sila mention pada momod
kalau cerpen yang dah ada penutup pon sila mention momod....
pssstttttttt cik Lady sejak nay jadik momod sini tak pernah miss bagi tacang kan... muahahahhahahahahahaha
cc @cmf_conan
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuma yang pembuka thread tu dapat +20 |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 02:59 PM
@UsuFie
Biasalah. Iols dan kucing berpisah tiada.....
whatever pun... baek punya cerita... hihihihihihihi... |
|
|
|
|
|
|
|
NaylaArisha posted on 26-6-2014 04:23 PM
nay bagi +10 untuk setiap CERKOT nicki ... n sesapa yang nak tacang please uols pm sama iols atau ...
Kalu akak nyer cerpen 'HANTU PUNYA JIRAN'...kira camna yea...? dah tamat pom...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kira Black tu gentleman gak arr berani ngadap pak mertua kui kui |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 26-6-2014 11:45 AM
Zaman remaja. Sham pun pernah jadi remaja juga. Jadi, tidak banyak sedikit dia memahami kehidupan se ...
yang ni dah dapat teka siapa lily..
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 26-6-2014 03:05 PM
iols tahu... Moral of the stori nya... novel yg bab berjela tu harus diberi tacang berkali2... ...
sekali jek Lady..time mula2 cerita tu..
pastu, bila dah tamat citer..huhuhu
@NaylaArisha boleh sedekah tacang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 27-6-2014 01:33 PM
Kucing iols 'Nicki' + Kembang (Usu nampak tak persamaan kita kat sini? ), awal-awal lagi dah ken ...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak... semoga segala amalan kita akan mendapat berkat berkali ganda di tahun ini... |
|
|
|
|
|
|
|
MENCARI KONKLUSI: POTONG…MATI…
LOKASI: UKAY PERDANA (Rumah sewa budak bujang)
Suasana gelap. Walaupun Jabatan Kaji Cuaca meramalkan El Nino melanda Malaysia menyebabkan cuaca panas namun, kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalang. Hari ini, hujan turun lebat, selebat-lebatnya. Petir dan kilat sabung-menyabung.
Zaki masih membuat kerjanya dengan senyap. Pisau pemotong daging diasah berkali-kali. Mahu memastikan pisau itu tajam agar kerjanya nanti dapat dilunaskan dengan mudah. Sesekali, pisau itu di siram dengan air.
Mesti tajam. Itu paling penting. Potongan harus licin dengan sekali tetakan. Pasti sempurna. Zaki menyeringai.
Petir berdentum.
Azlan memerhatikan Zaki mengasah pisau itu, juga dengan senyap. Sesekali, matanya merayap memandang sekujur tubuh kaku di lantai. Gelisah sungguh dia saat ini. Kadang-kala, matanya liar memerhatikan sekeliling.
“Ki…” Panggil Azlan. Zaki menoleh tanpa suara.
“Betul ke ni, Ki?” Azlan bertanya resah.
“Kita kena potong jugak. Kalau tidak macam mana nak…”
“Tapi Ki…” Azlan pantas memintas. “Kita tak pernah buat semua ni…”
“Jadi, apa masalahnya kalau tak pernah buat?” Zaki menyoal kembali. Garang.
“Macam mana…kalau…” Azlan tidak meneruskan kata.
“Macam mana, apa? Kau takut?”
“Darah…tu…aku…” Azlan tidak menghabiskan ayat.
“Sudah! Kalau kau takut, biar aku yang buat.” Suara Zaki kedengaran benar-benar berang kali ini. Azlan menarik nafas panjang. Pandangan beralih kembali kepada tubuh yang terkaku di lantai.
“Tapi…aku pun rasa macam nak try jugak. Macam best aje…potong-potong…” Azlan tersengih pula kali ini. Zaki menngangkat kening dan tersenyum.
“Macam itulah baru semangat…” Balas Zaki.
Zaki memerhatikan pisau di tangan. Mata pisau di sentuh dengan jari. Zaki senyum lagi. Berpuas hati nampaknya dengan ketajaman pisau itu. Pasti putus dengan sekali tetakan.
Guruh berdentum. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaki menghampiri tubuh di lantai. Perlahan-lahan, dia duduk di sisi. Tubuh itu di sentuh-sentuh dengan jari. Tak bergerak. Ketiak di angkat lalu digeletek. Sudah semestinya tiada respon kerana nyawa sudah lama terpisah dari badan. Kaki juga di kuis-kuis.
“Kenapa kau geletek dia? Dia kan dah mati?” Soal Azlan.
“Saja…” Jawab Zaki tanpa memandang Azlan. Kali ini, suaranya tidak segarang tadi.
“Apa lagi. Buatlah…” Azlan berkata. Zaki angguk.
Bersinar-sinar mata pisau dipanah cahaya. Zaki memegang pisau dengan kejap. Pisau diangkat tinggi. Namun, apabila cuba dihayun, Zaki tak mampu meneruskannya.
“Kenapa?” Azlan kehairanan.
“Aku tak bolehlah…” Zaki bersuara lemah.
“Ah. Tadi, kau juga yang beriya-iya…” Suara Azlan meninggi kali ini. Zaki tidak membalas apa-apa.
“Sinilah. Biar aku yang buat.” Azlan pula meng ‘offer’ diri. Zaki mengangguk.
Pisau bertukar tangan. Azlan membelek sebentar kepala botak yang terkulai layu itu.
“Kita kena potong dari perut dulu ke? Ke…camna?” Soal Azlan.
“Tak silap aku…perut dulu. Buat dua bahagian…” Balas Zaki.
“Nak kena potong menegak ke, potong mengiring?”
“Entah. Potong tegak kot?” Zaki kurang pasti maksud Azlan dengan ‘potong mengiring’.
“Hhhmm…” Azlan terangguk-angguk. “Okay…”
Azlan memandang pisau di tangan. Kata kunci disini adalah Keyakinan. Kena yakin. Ya…dia perlu yakin. Pisau diangkat.
Petir berdentum di luar rumah.
“Aku pun…tak bolehlah Ki…” Azlan bersuara lemah. “Aku mana pernah buat kerja-kerja macam ni…”
Azlan dan Zaki saling berpandangan. Pandangan teralih pula pada tubuh yang tidak bergerak.
“Habis tu, macam mana?” Soal Zaki. Azlan hanya mengangkat bahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sham yang dari tadi bersandar di dinding pintu masuk dapur menggelengkan kepala. Matanya melingas memandang jam dinding di ruang tamu.
Pukul 6.30 petang.
Ini kalau tak start lagi ni….memang tak ada lauk le jawabnya.
Sham maju ke arah Azlan dan Zaki.
“Apa yang susah sangat nak potong?” Soal Sham, memandang ke arah kedua-duanya.
“Tak reti. Tak pernah potong…” Azlan mengaku. Zaki pula hanya mendiamkan diri.
“Bak sini… pisau…” Pinta Sham. Azlan menurut. Pisau pemotong daging dihulur pada Sham.
“Lain kali, kalau tak reti, beli yang dah siap potong!” Sham menempelak. Azlan dan Zaki sengih kerang.
“Kau pandai ke, Sham?” Soal Azlan.
“See the leg lah bro…” Jawab Sham. Azlan sengih.
“Kalau tunggu korang, alamat makan nasi dengan sayur ajelah…” Sham sambung bebel lantas memulakan proses memotong.
“Sham…potong 16 tau…”
“Iyalah.” Sham menjawab sambil memotong ayam itu dengan cekap.
Sempatlah nak siapkan lauk sup ayam buat berbuka nanti…
~The End: Part 3~
Last edited by Nicki_Meow on 30-6-2014 01:39 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|