CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Emma Maembong tak reti beza surat tamat kontrak dan notis saman? pg3

[Copy link]
 Author| Post time 3-6-2014 11:15 AM | Show all posts
"Saya Akan Lepaskan Emma" - Zizan Razak

.
Pelakon dan pelawak Zizan Razak berasa pelik bagaimana boleh timbul isu kekasihnya, Emma Maembong diberitakan bakal disaman oleh pihak pengurusan WireFame Entertainment (WFE). Sedangkan dia selaku pemilik bersama syarikat tersebut kurang jelas dan tidak tahu menahu mengenai hal itu.

"Saya pun sebenarnya pelik macam mana cerita saman itu boleh timbul. Setahu saya kalau diikutkan, kontrak Emma tamat sehingga bulan Jun ini. Jadi kenapa pula ada keluar cerita saman ini.

"Bagi saya, pihak pengurusan sepatutnya tak perlu lah nak besar-besarkan lagi perkara yang dah hampir nak selesai. Kontrak Emma pun dah hampir tamat", kata Zizan ketika diminta mengulas mengenai hal tersebut ketika ditemui pada majlis Astro Meraikan Media yang diadakan di hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, semalam.

Menyatakan yang dia tidak menyokong mana-mana pihak, bintang filem 'Abang Long Fadil' itu bagaimanapun berharap agar konflik di antara Emma dan WFE tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik.

Malah kata Zizan, kalau ditanyakan keputusannya selaku pemegang saham dalam syarikat tersebut, dia bersedia untuk membebaskan pelakon cantik Emma Maembong daripada syarikat sebaik saja tempoh kontrak Emma dengan WFE betul-betul tamat.

"Bagi saya, daripada menyusahkan kedua-dua pihak dan mungkin akan timbul lagi macam-macam masalah, saya akan release-kan (lepaskan) Emma. Saya harap perkara ini boleh selesai secara baik lah.

"Saya sendiri hendak berjumpa dengan pihak WFE untuk membincangkan beberapa perkara yang melibatkan diri saya. Sayangnya buat masa ini saya tidak ada ada peluang lagi kerana jadual saya terlalu padat", ujarnya yang kini telah menjadi artis naungan Astro.

Zizan yang dahulu juga merupakan artis dibawah naungan WFE, difahamkan sehingga kini masih kekal sebagai pemilik saham terbesar syarikat berkenaan iaitu sebanyak 70%.
Sementara ditanya mengenai perkembangan hubungan dengan Emma, jejaka kelahiran Terengganu ini berkata dia ada memikirkan untuk menyunting aktres itu menjadi isterinya namun setakat ini tiada sebarang perbincangan yang serius.

"Tarikh kahwin tak ada lagi. Belum bincang apa-apa lagi. Saya sibuk dengan kerja saya, dia sibuk dengan kerja dia. Lagipun hal ini bukan tentang kami berdua sahaja tapi melibatkan kedua-dua belah pihak keluarga", katanya yang turut meluahkan rasa gembira kerana ramai peminat yang merestui hubungan mereka berdua.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 12:56 PM | Show all posts
kalau pemegang saham terbesar takkan takde pengaruh kot
ntah2 dia punya plan nak halau fatimah rohani dari syarikat tu

geram pasal tak menang award populer
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 12:59 PM | Show all posts
ice98 posted on 1-6-2014 12:35 AM
Comey lotey weh!! Kalau dlm citer Yes Bos! Die pakai tudung. Lagi la comey! Perfect!!

perfek ka?
mata aku tengok kulit putih sangat sampai gigi terserlah kuning
kalo amek gambo dia kne potosop dulu


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 01:22 PM | Show all posts
setankuning posted on 3-6-2014 12:56 PM
kalau pemegang saham terbesar takkan takde pengaruh kot
ntah2 dia punya plan nak halau fatimah roha ...

hahaha jijan dah terpedaya dgn ramalan semak kembong bwk suwel...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak minat lah zizan ni. gedik poyo
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
release lah pulok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2014 02:15 PM | Show all posts
patutlah marina dgn zizan dah tak baik..dengarnya lah...dah tak jadi manager zizan pun....itupun sejak emma ni muncul...kalau tidak dulu zizan ni cukup sayang dgn marina..siap bagi warning kt org.."don't hurt my sister"..sekarang dah berkecil hati pulak...jangan jadi mcm mawi sudah...disebabkan org menyampah dgn ekin dulu, merundum populariti dia...sekrg baru nak naik balik..peminat mawi pun dah cool....emma kena kurangkan kegedikkan dia...tapi dia memang comel..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 03:35 PM | Show all posts
abbyhoney posted on 3-6-2014 02:15 PM
patutlah marina dgn zizan dah tak baik..dengarnya lah...dah tak jadi manager zizan pun....itupun sej ...

pembawakan mawi pun skang low profile n kuarkan lagu2 yg berkualiti. andai zizan merudum, pastu nak naik balik camne? dah la lawak tah pape, berlakon terkinja2 camtu, sampai bila org nak layan....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2014 04:14 PM | Show all posts
hot betui tajuk tt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:19 PM | Show all posts
igtkan break-up..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2014 04:35 PM | Show all posts
jefri90 posted on 3-6-2014 03:35 PM
pembawakan mawi pun skang low profile n kuarkan lagu2 yg berkualiti. andai zizan merudum, pastu na ...

tau tak pe....ada seorg pembantu lelaki dia yg selalu ada bersama2 zizan tu pun boleh tahan bahasanya..kalau ada komen yg dia tak berkenan kt ig zizan dia jawab dgn kasar..bagi saya kurang ajar la..taulah selalu dgn zizan, rapat dgn zizan tapi tak perlu la kot sombong tak bertempat..org yg minat zizan pun terus jadi tak minat..menyampah lagi adalah...nasib baik zizan tu ada buka gerai burger..esok2 kalau dah merundum bisnes burger je lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 01:02 AM | Show all posts
Emma Mungkin Keliru Surat Tamat Kontrak & Notis Saman - Marina Juki


KL, 3 JUN 2014: Selepas Astro Gempak mengeluarkan berita mengenai Emma Maembong yang sedang keliru selepas menerima surat saman daripada syarikat pengurusannya Wire Fame Entertainment (WFE), kami dengan segera mendapatkan kenyataan balas dari Pegarah Urusan Syarikat terbabit, Marina Juki.

“Notis saman? Saya rasa sebagai seorang artis yang ‘profesional’, Emma harus faham isi kandungan surat yang dihantar oleh syarikat (WFE) sebelum mengeluarkan apa-apa statement.

“Rasanya kami hantar surat penamatan kontrak bukan notis saman…Dalam surat tersebut pula tiada langsung sentuh isu nak saman kerana dia langgar kontrak. Memang tak ada!

“Kami cuma sebut terpaksa ‘terminate’ dia kerana dia langgar kontrak…Itu sahaja,” kata Marina Juki ketika dihubungi pada pagi Isnin.

Jelas Marina lagi mengikut perjanjian dalam kontrak yang turut dijelaskan oleh pihak peguam WFE semasa mengambil pelakon Emma Maembong di bawah pengurusan mereka, kontraknya akan tamat pada Jun 2014.
“Sebelum menandatangani kontrak, peguam kami dah ‘brief’ Emma ‘face to face’…Rasanya ketika itu dia pun faham apa yang termaktub di dalam kontrak tersebut.

“Saya berdiam tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan, kerana tidak mahu memanjangkan cerita. Emma minta dilepaskan pada Mac lalu, sebelum kontraknya dengan WFE tamat.

“Sejak dari itu dia sudah mula buat ‘keputusan’ sendiri tanpa merujuk terlebih dahulu dengan syarikat. Bukan kami tidak tegur, kami sudah tegur, malah minta dia ‘hold’ sehingga surat rasmi dikeluarkan,” ujarnya.
Tambah Marina, tentang penglibatan Emma dalam telefilem Bintang Hati pula WFE memang mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pelakon tersebut kerana dengan jelas, dia melanggar kontrak.

“Jika dia hendak cerita tentang kami beri nombor telefon kepada produksi dan itu membayangkan kami bersetuju dia menjalankan penggambaran tersebut, nampaknya dia betul-betul tidak faham apa yang telah kami bincangkan sebelum itu.

"Sebelum kami beri nombor telefon dia kepada pihak produksi, dia sendiri yang memaklumkan kepada produksi terdahulu supaya menukar namanya untuk pembayaran dan turut memberitahu produksi tentang jadualnya yang diuruskan sendiri bukan lagi WFE.

“WFE senyap tanpa memberi sebarang kenyataan dan tidak menyekat tindakan Emma kerana secara peibadinya saya menghormati kekasihnya Zizan yang juga rakan kongsi dalam syarikat ini.

“Walaupun dia dengan terang-terangan melanggar kontrak, kami masih diamkan sahaja walaupun secara lisannya tindakan boleh dikenakan terhadapnya ketika itu,” katanya.

Tambah Marina syarikat mempunyai hak untuk menamatkan kontrak mana-mana artis  jika mereka dengan sengaja melanggar perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini.

“Selagi kontrak belum habis atau tamat, syarikat masih bertanggungjawab terhadap mereka tetapi kalau artis buat keputusan sendiri dan membelakangi syarikat, secara automatik kontrak dicabul,” ujarnya lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan Astro Gempak sempat bertanyakan tentang hashtag #matisamasama dan ungkapan ‘we’re sisters’ sebelum kemelut ini berlaku.

“Oh ya…Mengenai hashtag #matisamasama tu, rasanya ia tak pernah wujud…Kerana seingat saya hanya hashtag #family yang saya gunakan untuk gambar-gambar artis WFE.

“Kalau iya pun mahukan publisiti, tak perlu lah bangkitkan soal hashtag # ini. Kami tak buang, dia yang mahu dilepaskan…Bila dah dilepaskan mengapa perlu cerita hal remeh-temeh?. Tak perlulah hashtag lagi, dia bukan family dan sudah pun keluar dari WFE.

"Dia sendiri minta dilepaskan kami dah lepaskan dia...Tapi sekarang cara dia beritahu kepada media seolah-olah kami yang menganiaya dia...Sedangkan siapa yang minta dilepaskan,” kata Marina.


Last edited by maxim on 4-6-2014 01:05 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:04 AM | Show all posts
mak buek camno emma ni sekolah pun x abes mgkin sbb tu ssh nak paham
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:07 AM | Show all posts
minah muka sedih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2014 01:08 AM | Show all posts
bimbo sungguh minah ni

mesti fefeling bleh wat sesuka hati mentang2 la zizan balak die
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:15 AM | Show all posts
bab emma ni tak menarik minat sangat

wonder si zizan dgn marina juki tu dah berpatah arang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2014 01:16 AM | Show all posts
Iniler masalahnya bila tak g sekolah. Tinggi sgt kot aras bahasa contents surat tu sampai dia xphm.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:19 AM | Show all posts
patutla byk offer jd duta produk die skng ni
mgkin sblum ni terikat so susah nk dpt mana2 job melainkan bwh wfe.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
x lawa fatinah ni. biasala org malaysia. putih je lawa
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2014 01:31 AM | Show all posts
Drama queen muchhhh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.045449 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list