|
Di dalam kereta.
Sesekali Puteri Sarah toleh memandang Beto yang sedang memandu itu.
“Saya minta maaf pasal tadi.”
“Saya faham.”
“Saya buntu sangat la, awak..”
“Kan saya cakap tadi, macam mana pun saya tetap akan jumpa abang Shah. Saya nak tanya dia, apa yang buat dia benci pada saya.”
“Saya sayang awak.”
“Saya pun.” Beto memegang tangan Puteri Sarah. Erat!
“Bila awak nak jumpa abang?”
“Minggu ni jugak. Niat kita baik, insyaallah akan dipermudahkan.”
“Tapi berat hati aku mengatakan bahawa abang tetap dengan pendiriannya” bisik hati Puteri Sarah.
“Awal lagi nak hantar awak balik. Kita gi makan dulu nak?”
“Makan? Boleh!
“Ok jom..”
**********
9.30 malam..
Remy masuk ke dalam bilik Shahnaz. Tekun Shahnaz membelek fail di atas mejanya itu.
“Shah, dah pukul 9.30 malam dah ni. Esok la kita sambung.”
“Aku rasa aku ingat lagi dokumen tu aku simpan kat sini.”
“Esok aje lah kita cari. Jom balik”
Shahnaz berserabut. Dia yakin dia letak fail penting itu di atas mejanya tadi. Diambil handphone lalu terus keluar dari bilik itu.
“Masalah la kalau betul dia orang tipu kita.”
“Balik rehat dulu. Jangan risau, esok aku tolong kau.”
Shahnaz lap peluh di dahinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Sarah sudah gelisah. Handphonenya mati bateri. Mekanik belum sampai lagi! Time malam macam ni boleh pula kereta Beto rosak di lebuhraya.
“Awak dah call mekanik tu ke?”
“Dah la!” Beto cuba membetulkan wayar di enjin keretanya.
“Macam mana boleh tiba-tiba rosak ni? Adoii..confirm abang belasah saya. Dah lewat malam ni tau tak, awak?”
“Mana saya tahu nak jadi macam ni.. Boleh diam tak? Please!”
Kereta yang lalu lalang disitu langsung tidak membantu. Cahaya kilat yang sambar menyambar menakutkan Puteri Sarah.
“Nak hujan la pula..” Puteri Sarah memandang ke langit.
**********
Hujan lebat membasahi bumi. Agak perlahan Shahnaz memandu pulang pada malam itu. Dengan masalah yang sedia ada, lagi membuatkan dia terus berfikir. Tiba-tiba dia terpandang akan kereta yang tersadai di bahu jalan itu. Ya! Dia kenal kereta yang rosak itu. Cepat dia mengambil handphone lalu terus menghubungi Nazim.
Panggilannya dijawab.
“Sarah mana?”
“Err..”
“Aku tanya Sarah mana?!!”
“Dia cakap dia nak balik dengan Beto.”
Terus Shahnaz baling handphonenya dan terus laju dan berhenti di hadapan kereta Beto itu.
“Oh my….” Puteri Sarah yang berada di dalam kereta sudah katakutan apabila ternampak kereta Shahnaz sudah berhenti betul-betul di hadapan kereta Beto itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq momey...
hari ni dh minggu baru tau... |
|
|
|
|
|
|
|
merahsilver2U posted on 17-3-2014 01:05 PM
tq momey...
hari ni dh minggu baru tau...
hahhhahaha adehhh lawak merah ni..
jap erk! |
|
|
|
|
|
|
|
momey smbung ckit erk ptg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sahaja Aaron di rumah, Fazura sudah tersedia ada sedang mengunyah kacang sambil menonton televisyen. Kemudian Nelydia yang berpakaian agak seksi itu berjalan turun dari biliknya.
“Akak, dah siap! Jom.”
Aaron memandang adik iparnya. Kemudian dia pandang isterinya.
“Duduk rumah malam ni!”
Fazura dan Nelydia hanya buat tidak endah dengan arahan Aaron itu.
“U dengar tak apa I cakap, Fazura?”
“Sejak bila U dah pandai mengongkong hidup I?”
“Berdosa U engkar arahan I.”
“Peduli apa? Kan I dah minta cerai dari U kan? Kalau I isteri yang derhaka, cerailah!”
Fazura cabar Aaron.
“Kau nak sangat kan?” tepat Aaron pandang ke arah anak mata Fazura.
“Kau tunggu!” laju Aaron meniti tangga masuk ke dalam bilik utama mereka itu.
Fazura dan Nelydia saling berpandangan.
**********
Shahnaz membuka pintu kereta lalu menarik Puteri Sarah keluar. Hujan pula semakin lebat. Basah!
“Abang Shah..” panggilan Beto itu tidak melembutkan hati lelaki yang bernama Shahnaz itu.
Apalagi? Hinggap satu penumbuk di muka Beto. Mekanik yang baru sampai itu terdiam melihat drama melayu di hadapannya.
“Aku dah kata jangan jumpa lagi dengan Sarah!” jerkah Shahnaz sampai tepercik air hujan yang hinggap di mulutnya itu.
Kemudian dia memandang Puteri Sarah.
“Siap kau!” Shahnaz terus menarik Puteri Sarah lalu menolak adiknya itu masuk ke dalam kereta.
“Sekali lagi aku nampak kau dengan Sarah, mati kau!”
“Saya sayangkan Sarah, abang Shah.”
“Pergi mampus dengan kau punya sayang! Selagi aku ada, jangan harap kau nak dapat Sarah!”
“Apa salah saya, abang? Benci betul abang pada saya.”
Shahnaz diam.
“Kau tak salah apa-apa pun. “ bisik hati Shahnaz yang nafasnya masih turun naik itu.
Shahnaz berpaling lalu terus masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Beto hanya pandang sambil memegang pipinya yang sakit ditumbuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aaron turun dengan membawa dua beg besar. Terus dilemparnya ke arah Fazura.
“Kau amik beg ni pastu berambus. Berambus!”
Fazura terkejut. Ini kali pertama Aaron bernada kasar dengannya.
“Kau dengar sini baik-baik Fazura Binti Sharifuddin. Dengan ini, aku ceraikan engkau dengan talak satu.”
Fazura terdiam. Namun beberapa saat kemudian, dia tersenyum.
“Bye!” Fazura mengambil dua beg pakaiannya itu lalu terus keluar berjalan menuju ke kereta.
Nelydia yang masih terkejut akan kata-kata Aaron itu masih tercegat dan diam berdiri.
“Kau tunggu apa lagi, Nely?! Tolong aku angkat beg ni!”
Nelydia dengan cepat berlari anak ke arah kakaknya dan terus mengangkat beg.
“Kau nak pergi mana, suka hati kau. Tapi, bagi kunci kereta aku tu balik.” Selamba Aaron kenakan Fazura.
Fazura baru tersedar. Selama ini, rumah dan kereta adalah hak milik suaminya yang masih belum sempat ditukar hakmilik.
“Kau ingat aku hadap sangat ke nak bawa kereta buruk kau tu?!” Fazura terus membaling kunci kereta ke tanah.
“Abis tu kita nak naik ape? Tak nak la naik teksi. Jatuhlah standard, kak..” Nelydia dan Fazura yang selama ini sudah biasa hidup senang dan mewah mula runsing dengan masalah yang mereka hadapai sekarang ini.
Fazura terus hubungi Rosyam.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Yang kau nangis apehal?"
Shahnaz mula hilang sabar. Puteri Sarah sudah teresak-esak dibuatnya.
“Degil betul kau erk? Cakap masuk telinga kiri, laju je keluar telinga kanan. Nak tunggu sampai Beto amik dara kau baru nak kalut? Baru nak menyesal?”
“Beto bukan macam tu!”
“Kau sape sampai kau boleh kenal jantan tu luar dalam?”
“Kami saling menyintai, abang..”
“Cinta? Heh! Cinta apa sampai nak jumpa aku pun takut?”
“Nak jumpa macam mana kalau asyik nak belasah aje keje abang?!”
“Hamboi! Dah berani cakap kasar dengan aku sekarang. Beto ajar kau cakap macam ni ke?”
“Abang ni dah kenapa?! Selalu sangat cari salah Sarah. Cuba abang bagi tahu Sarah, apa yang sebenarnya abang nak?”
“Apa yang abang nak? Aku nak kau jangan jumpa lagi dengan Beto jantan keparat tu!”
“Abang memang gila!”
“AKu gila ya..jap aku tunjuk gila aku!”
Shahnaz dengan selamba berhenti mengejut di bahu jalan. Kereta yang makin kurang melalui jalan itu menambahkan lagi kesunyian. Hujan masih belum berhenti.
|
|
|
|
|
|
|
|
ermmm... |
|
|
|
|
|
|
|
momey... lama betul stop citer ni.... Nak lagi |
|
|
|
|
|
|
|
mak aiiii berabuk betol ni! hahaha
meh momey smbung ckit |
|
|
|
|
|
|
|
Nazim berulang alik membuka pintu. Kemudian dia memandang jam di dinding. Risau bukan main!
“Habis la aku jap lagi..”
Inilah akibatnya tolong tak kena tempat!
**********
Dalam beberapa minit kemudian.
Rosyam datang lalu memberhentikan keretanya di hadapan rumah Aaron. Aaron yang masih tercegat di pintu rumah diam dan teguh berdiri. Rosyam keluar dari kereta lalu terus mengambil beg pakaian Fazura lalu di letak di dalam bonet kereta. Kemudian dia memandang Aaron. Rokok yang sedang dihisapnya itu dibaling ke tanah lalu dipijaknya. Tersenyum sinis dia memandang Aaron.
“Byeeee!” ucap Rosyam lalu terus membawa Fazura dan Nelydia pergi dari rumah agam itu.
Aaron diam!
|
|
|
|
|
|
|
|
“Abang nak buat apa ni?” terketar-ketar kesejukan Puteri Sarah tanya pada abangnya.
“Kau nak tinggalkan Beto ke tak?”
Perlahan suara Shahnaz ketika itu.
“Kenapa susah sangat abang nak terima Beto?”
"Kau keluar sekarang.”
“Hah?”
“Keluar!!”
Puteri Sarah semakin ketakutan. Dipandangnya hujan yang semakin lebat di luar. Tambah jalan yang sunyi!
“Abang..jangan buat Sarah macam ni.”
Puteri Sarah memegang lengan abangnya.
“Kau pegang aku apehal?! Kau nak sangat Beto kau tu kan? Kau keluar sekarang”
“Sarah takut..”
Shahnaz geram. Dia menarik Puteri Sarah keluar dari kereta. Dengan cepat Puteri Sarah memeluk abangnya itu. Mereka berdua sekali lagi kebasahan.
“Jangan buat Sarah macam ni, abang..” terketar-ketar Puteri Sarah menahan kesejukkan.
“Kau ingat aku saja-saja halang korang berdua ke? Sekarang pandai-pandailah kau nak hidup!” ugut Shahnaz sambil menolak tubuh badan adik angkatnya itu.
“Abang..abang! Jangan tinggal Sarah, abang..” Semakin kuat dia memeluk Shahnaz.
Tipu kalau Shahnaz tak kesian dengan apa yang dia buat pada Puteri Sarah pada ketika itu. Dia tak nak kalah dan tewas di tangan Beto. Macam mana pun dia mesti kahwin dengan Puteri Sarah!
Shahnaz kuatkan pendiriannya. Dia harap dengan cara itu Puteri Sarah dapat tinggalkan Beto. Dia kuat menolak tubuh badan Puteri Sarah lalu berjalan masuk ke dalam kereta.
“Sarah takut, abang..” kuat Puteri Sarah ketuk cermin kereta.
Pang! Pang! Kilat sabung menyabung. Terduduk Puteri Sarah sambil menutup kedua-dua belah telinganya. Menggigil seluruh tubuh badan menahan ketakutan dan kesejukkan. Apalagi? Kelam kabut Shahnaz keluar kereta lalu mendapatkan adiknya itu.
“Jangan tinggal Sarah, abang..”
Shahnaz terus memeluk Puteri Sarah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazim terdengar akan bunyi enjin kereta. Cepat dia berlari ke arah pintu lalu membukanya. Ya! Kereta Shahnaz.
Shahnaz mematikan enjin keretanya. Kemudian dia pandang Puteri Sarah yang kusyuk tidur dengan balutan jacket kulit Shahnaz itu. Sayu! Tak sepatutnya dia buat Puteri Sarah macam itu oleh kerena lelaki yang bernama Beto!
Shahnaz keluar dari kereta. Dia nampak Nazim sedang kelam kabut hendak membuka pintu sebelah Puteri Sarah.
“Kau apehal ni? Kau pergi tunggu kat pintu rumah!” arah Shahnaz dengan begitu tegas sekali.
Nazim diam dan akur dengan arahan. Shahnaz membuka pintu lalu mula hendak mengangkat tubuh kecil molek itu.
“Mak aii..panasnya!” terasa bahang panas ketika tangannya terkena kulit Puteri Sarah.
Dia menolak pintu kereta dengan badannya. Kemudian didukungnya Puteri Sarah sehingga masuk ke dalam rumah. Seterusnya menaiki tangga dan..
“Kau boleh tolong bukak pintu ni tak?” arah Shahnaz yang masih dukung Puteri Sarah.
Kelam kabut Nazim meniti tangga lalu terus membuka pintu bilik Puteri Sarah. Lampu dipasang. Perlahan-lahan Shahnaz merebahkan tubuh adik angkatnya itu. Puteri Sarah masih tidur.
“Tolong aku ambil besen yang berisi air panas suam.”
“Ha?”
Shahnaz bangun lalu berjalan ke arah Nazim.
“Pergi dapur ambil besen. Pastu isi air panas. Faham?”
Nazim mengangguk laju. Entah kenapa Nazim tiba-tiba jadi lembab pula malam itu.
“Tunggu apa lagi ni?! Nak kena penampar baru nak turun ke?!”
Terus Nazim beredar keluar dari bilik itu. Shahnaz menoleh ke arah Puteri Sarah yang terbaring di atas katil itu.
“Maafkan abang..”
|
|
|
|
|
|
|
|
Rosyam memberhentikan keretanya di sebuah stesyen minyak. Kemudian dia menoleh ke belakang memandang Nelydia.
“Kereta Tan Sri Lim kat sebelah sana.”
“Ok!” Nelydia keluar dari kereta.
Fazura hanya melihat tanpa berkata apa-apa.
“Apa dah jadi?”
Fazura terus memandang Rosyam.
“Dia dah ceraikan I.”
“Waaaa..bagus!”
“So, bila kita nak kahwin?”
Rosyam hanya tersenyum.
**********
Shahnaz meletakkan kain kecil yang masih kebasahan air suam panas itu di atas dahi Puteri Sarah.
“Kita bawa aje lah Sarah pergi klinik, abang.”
“Jangka suhu mana?”
Nazim keluar dari bilik Puteri Sarah itu dan masuk semula beberapa saat kemudian. Dihulurnya jangka suhu itu pada Shahnaz.
“38 darjah Celsius.. ok lagi ni.”
Puteri Sarah tiba-tiba terbatuk. Cepat Shahnaz dudukkan Puteri Sarah sambil mengurut belakang badan gadis itu.
“Ambilkan Panadol dan air masak.”
Nazim menghulurkan Panadol dan air masak yang sudah tersedia di atas meja kecil sebelah katil Puteri Sarah itu pada Shahnaz. Shahnaz memasukkan dua biji Panadol dalam mulut Puteri Sarah dan menghulurkan segelas air. Diteguknya air masak itu. Kemudian dia memandang Shahnaz. Penglihatannya kabur.
“Dah. Sarah rehat dulu.”
Shahnaz menyelimutkan Puteri Sarah kembali.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahnaz dan Nazim keluar dari bilik lalu menuju ke ruang tamu.
“Nah ambil duit ni pegi beli air cap badak jap.” Shahnaz menghulurkan sekeping duit RM10 pada Nazim.
“Air cap badak?”
“Cap kaki tiga pun tak ape.”
“Hah?”
Shahnaz menunjal kepala Nazim.
“Kau ni kenapa bengap sangat malam ni? Mabuk ketum ke ape? Dah gi beli!”
“Air ape tu?” Nazim mengomel sendirian sambil menggosok kepalanya yang ditunjal itu lalu terus keluar dari rumah.
Shahnaz memandang pintu bilik Puteri Sarah. Sekarang hanya tinggal mereka berdua di dalam rumah itu.
**********
Rosyam menghidupkan rokoknya. Sedut lalu asap dihembuskan ke udara. Fazura keluar dari kereta lalu berjalan ke arah Rosyam.
“Tak sabar nak kahwin dengan U..”
Fazura merangkul pinggang Rosyam. Rosyam dengan cepat meleraikan pelukkan itu. Fazura hairan.
“Kenapa ni?”
Rosyam diam sambil melayan asap rokoknya itu.
“U nak I cerai, I dah turutkan. U nak I ikut U, I dah berada di sisi U. Sekarang tunggu apa lagi kan? Tunaikanlah janji U!”
Rosyam terus memandang Fazura.
“Bukan semudah tu.”
“What? Apa U cakap ni? U jangan main-main dengan I.”
Rosyam melepaskan puntung rokok ke tanah. Dipijaknya puntung rokok itu. Kemudian dia memeluk Fazura.
“Nak kalut kenape? I takkan tinggalkan U. Itu janji I. Sekarang ni U uruskan hal penceraian U tu dulu. Dah habis edah, I masuk meminang. Ok?”
Fazura tersenyum. Dia percaya akan kata-kata lelaki yang sebenarnya kuat auta itu! Pelukkan itu dibalasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nazim mematikan enjin kereta. Laju dia menutup pintu lalu berjalan menuju ke 7-eleven. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia bertembung dengan seorang gadis berambut perang paras bahu itu. Satu kotak kecil terjatuh ke lantai. Belum sempat Nazim tolong ambil, gadis itu lebih cepat mengambilnya lalu masuk ke dalam handbeg!
“Sorry..” ucap gadis itu lalu terus beredar sambil tersenyum ke arah Nazim.
Nazim membalas senyuman itu. Kelihatan gadis itu masuk ke dalam sebuah kereta mewah buatan luar Negara.
“Anak orang kaya barangkali. Masih sopan santun. Ok lah tu kan?” Nazim mengomel lagi lalu masuk ke dalam 7-eleven.
**********
“Mana?” tanya Tan Sri Lim yang sudah berumur lewat 40-an itu.
Nelydia menghulurkan sekotak kondom pada lelaki tua itu.
“Good girl! Steven, cuba bawa laju sikit kereta tu!” marah lelaki tua itu.
Rasanya sudah tidak sabar nak merasa layanan terbaik dari gadis melayu itu! Nelydia hanya tersenyum. Dibiarkan sahaja lelaki tua kutuk itu mencium-cium bahu dan lehernya. Dia memandang ke luar tingkap. Masih terbayang akan wajah lelaki yang baru sahaja dia bertembung di 7-eleven tadi.
**********
Shahnaz ‘on’ kan televisyen lalu merebahkan punggungnya di sofa. Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari arah tangga.
“Astaghfirullah.. Sarah nak ke mana?”
Cepat Shahnaz bangun lalu mendapatkan Puteri Sarah yang baru turun dua anak tangga.
“Sarah dahaga..”
“Kan abang dah cakap panggil je abang kan? Kalau jatuh tangga tadi macam mana? Dah! Masuk bilik balik.”
Shahnaz apa lagi? Terus dukung Puteri Sarah.
“Apa ni, abang?”
Shahnaz diam lalu erat memegang tubuh kecil molek itu. Puteri Sarah memandang wajah abangnya itu.
“Romantiklah pulak rasa..” sempat lagi Puteri Sarah berbisik sendirian.
Shahnaz perlahan-lahan merebahkan tubuh badan Puteri Sarah ke atas katil. Puteri Sarah masih lagi memandangnya. Shahnaz menjadi tidak selesa. Baru dia tahu! Selama ini dia yang asyik sakat adik angkatnya itu.
“Jangan buat macam ni lagi tau, Sarah!”
Shahnaz memecah kesunyian.
“Kata tak sayang Sarah..”
“Bila abang cakap?”
“Nape abang tak biar aje Sarah tadi dekat highway tu?” Puteri Sarah sebak.
“Dia dah mula dah..”
“Biar Sarah mati!”
“Cakap sekali lagi abang sepak mulut tu!”
Terdiam Puteri Sarah. Hanya terdengar suara tangisannya.
“Abang diberi tanggungjawab untuk jaga Sarah dan Naz. Kalau ada apa-apa terjadi kat korang berdua, macam mana abang nak jawab esok depan Tuhan nanti?”
Puteri Sarah masih menangis. Sekeras-keras hati Shahnaz, bila dengar suara tangis Puteri Sarah tu lembut juga akhirnya! Dia duduk di sebelah adiknya itu. Puteri Sarah memandang Shahnaz. Mereka berdua bertentangan mata.
“Adakah kau rasa apa yang aku rasa, Sarah? Aku cintakan kau..” bisik hati Shahnaz yang masih tenung wajah gadis di hadapannya itu.
“Muka abang macam muka arwah ayah kan? Rindu sangat kat ayah..” Puteri Sarah sekali lagi menangis. Kali ini lebih kuat tangisannya.
“Masa arwah ayah ada, tiap kali Sarah ada masalah arwah ayahlah orang pertama yang datang peluk dan bagi nasihat minta Sarah banyak bersabar dan fikir secara waras. Ya Allah..Sarah rindu ayah..”
Shahnaz terus tarik tubuh gadis itu lalu memeluk dengan begitu erat sekali. Ya! Shahnaz juga menangis ketika itu. Arwah ayah mereka lah ibu, arwah ayah mereka juga lah ayah! Ibu mereka meninggal ketika Puteri Sarah berumur 3 tahun lagi. Ini bermakna mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama arwah ayah mereka.
“Naz pun rindukan arwah ayah..” kata Nazim tiba-tiba muncul dengan airmata yang sudah mengalir itu.
“Teruskan amal sedekah al-fatihah untuk ayah dan ibu lepas solat!” pesan Shahnaz lalu memanggil Nazim dan mereka berpelukkan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|