Cuka Kurma Minab
BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY.
Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal.
Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurmajuga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
KHAL Tamar dapat menyembuhkan penyakit yang sangat digeruni oleh setiap orang seperti:
- Mencegah obesiti dan penjagaan kecantikan badan (slimming) secara semula jadi.
- Detox, mencuci usus
- Kencing Manis (menurunkan kandungan gula dalam darah
- Darah Tinggi (mengekalkan darah pada tahap yang konsisten)
- Membuang Kolesterol
- Awet muda
- Mencegah masalah asid berlebihan
- Masalah gout (Membantu mengawal metabolisme kalsium, menstabilkan asid dalam badan dan dapat merawat masalah gout)
- Buasir, masalah usus, sembelit, membuang toksik,
- Menstabilkan kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
- Membuang kolesterol lemak di badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak dan kesumbatan di saluran jantung, lemak di buah-pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak berlebihan yang boleh membawa penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
- Mengurai susu dan darah jika keduanya membeku di dalam perut
- Menstabilkan air kencing, mencuci buah pinggang, pundi kencing, kencing tak puas bagi lelaki/perempuan kerana KHAL membunuh bakteria berbahaya (e-coli).
- Mencegah dari awal terjadinya batu karang di pundi kencing, buah pinggang dan batu di hempedu dan bermanfaat bagi limpa.
- Menghalang bahaya ubat-ubatan farmasi. KHAL akan membuang dan mengeluarkan mendapan lama dan tinggalan ubatan farmasi dari badan.
- Supplement harian walaupun tidak berpenyakit kerana KHAL tidak memudaratkan. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
- Membantu serta merawat pesakit asma, selesema, batuk yang berpanjangan, membuang kahak/ dan sinus (resdung) untuk bernafas secara normal.
TESTIMONI NINA
|