|
ada penerangan dalam bentuk bergambar tak?
susah nak paham le dalam bentuk ayat |
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 22-11-2013 03:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
aku pernah buat benda ni ...sales tax..dulu 5% kan..sekarang pengguna la yg kena tanggung, walau d ...
plus service tax mendanya... ko hanya akan kena service tax kalau ko gi mengurut batin ngan minah vietnam ngan china doll jer... ekekeke...
GST replace service tax n goverment tax...
|
|
|
|
|
|
|
|
oo mean sekarang kebanyakkan peniaga kaki penipooo kat harga barangan la.. sesuka hati letak price as tax tapi x de tax?? gitew? |
|
|
|
|
|
|
|
cipOt_cedOt posted on 22-11-2013 03:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
mana ada tax berganda...
GST ada 2... input and output...
komen ko nie aku kene baca berkali....tapi masih blur....
Harga perabut RM 50.00 dan nilai GST RM 3.00. Kedai B ada 2 jenis transaksi GST. 1) Input = RM 0.60 dari Kilang A masa dia beli kayu dan 2) Output = RM 3.00 ketika dia jual perabut pada pengguna.
Skarang ni Kedai B kena bayar kepada kerajaan sebanyak RM 2.40 selepas tolak nilai output dan nilai input dia sebab nilai kutipan GST dia ada lebihan sebanyak RM 2.40. Kalau nilai kutipan GST dia negetif, dia boleh tuntut dari kerajaan refund. yang GST tu penjual yang bayar ker?
bukan pembeli yang bayar?
lagi satu, dia kene bayar rm0.60 masa beli kayu tu, kiranya dia leh claim tax tu balik?
Dalam keadaan cam gini actually peniaga tak boleh nak naikkan harga barang tinggi sangat sebab nanti dia rugi nak kena bayar cukai kepada kerajaan kalau nilai input dia lebih banyak dari nilai output. So dia kena kontrol harga barangnya supaya dia boleh samada refund balik dari kerajaan atau at less bayar dalam kadar minimal. Dia nak naikkan harga barang untuk cover kerugian pun tak guna jugak... lagi mahal harga barang lagi tinggi nilai output GST yang dia nak kena caj pada pelanggan dan lagi berbeza nilai input ngan nilai output dia... end up dia mungkin akan kena bayar kepada kerajaan dengan nilai yang lebih tinggi... takde peniaga yang nak buat cam gitu... heheheh...
betul...tax tu kan dia collect pada pelanggan (kalo ikut term yang pelanggan bayar tax kat dia, dia bayar pada kerajaan), kalo dia naikkan rega barang, yang bayar tax tu pelanggan, bukan dia...
erm...tapi hati aku kuat kata cost to end user pasti akan naik
|
|
|
|
|
|
|
|
slippergombak posted on 22-11-2013 01:57 PM ![](static/image/common/back.gif)
Apa aku paham, gst tax bagus untuk menambah income gomen dan bila gomen umno yg buat, akan bermewah2 ...
aku pun berkepahaman yang sama![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
rospinki posted on 22-11-2013 03:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
aku pernah buat benda ni ...sales tax..dulu 5% kan..sekarang pengguna la yg kena tanggung, walau d ...
ada...BR1M...![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
GST = use more, pay more
@ use less, pay less
===> galakkan orang ramai berjimat
dan kurangkan pembaziran |
|
|
|
|
|
|
|
sokong mansuhkan:
1. SST
2. GST |
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 22-11-2013 03:57 PM ![](static/image/common/back.gif)
komen ko nie aku kene baca berkali....tapi masih blur....
yang GST tu penjual yang bayar ker?
Kilang A jual barang pada Kedai B so Kedai B kena bayar la GST 6% tapi Kedai B ni dah berdaftar ngan Jabatan Kastam so dia boleh buat tuntutan GST balik kalau dia jual barang kepada pengguna...
Kedai B beli barang dari Kilang A untuk buat barang dia maka GST yang Kilang A kenakan kepada Kedai B dianggap sebagai nilai input.
Kedai B dah siap buat barang dan kemudian jual kepada pengguna akhir maka GST yang Kedai B kenakan atas nilai barang dia dianggap sebagai nilai output.
At the end of year Jabatan Kastam akan tuntut GST dari Kedai B atas setiap barang yang dia jual. So Kedai B kena tunjukkan transaksi input dan transaksi output kepada Kastam. Kalau nilai output dia lagi banyak dari nilai input dia maknanya Kedai B kena bayar perbezaan nilai tu kepada Kastam sebagai hasil GST. Kalau nilai input dia plak lagi banyak dari nilai output dia maka dia boleh claim dari Kastam.
So makna kata kalau Kedai B jual barang dia RM 100.00 + 6% GST = RM 106.00, duit yang dia boleh simpan hanya RM 100.00 saja sebab itu harga barang dia. Lagi RM 6.00 tu nilai GST output dia kena pegang sampai hujung tahun sebab Kastam nak tengok.
Cukup akhir tahun dia akan tunjuk pada Kastam, saya beli kayu dari Kilang A dengan harga RM 10.00 + 6% GST = RM 10.60. RM 10.00 tu kos saya dan RM 0.60 tu kos GST input saya. Dan kemudian dari kayu yang saya beli tu saya buat perabut dan saya jual kepada pengguna dengan harga RM 100.00 + 6% GST = RM 106.00. RM 100.00 tu keuntungan saya dan RM 6.00 tu nilai GST output saya yang saya kutip dari pelanggan saya.
Kastam buat kiraan berdasarkan transaksi tu, nilau GST input Kedai B adalah RM 0.60 dan nilai output GST Kedai B pulak adalah RM 6.00. Jadi Kastam tekan kat kalkulator dia ikot formula: (Output - Input) = GST akhir tahun.
RM 6.00 - RM 0.60 = RM 5.40
Hasilnya Kastam tuntut RM 5.40 dari Kedai A sebagai cukai GST yang dia kutip dari pengguna.
Kedai B dapat balik RM 0.60 yang dia bayar masa beli kayu hari tu. Kos da beli kayu dah jadi RM 10.00 balik sebab lagi RM 0.60.
Sebab tu GST hanya terkesan pada orang kaya saja sebab org kaya jer yang banyak beli barang harga mahal-mahal. Orang tak berapa nak kaya beli barang keperluan banyak dan sedikit barang kehendak. Barang keperluan dikenakan GST 0%.
So kat sini Kedai B kita boleh lihat kalaupun Kedai B nak naikkan harga dengan alasan nak cover kerugian dia pun tak boleh jugak sebab dia tetap dapat nilai barang dia iaitu RM 100.00. Dia naik macam mana pun dia hanya dapat nilai barang dia jer. GST tetap jugak dia kena kasi balik pada kerajaan. Lagi tinggi harga barang dia naikkan lagi tinggi nilai GST dan dia tetap kena kasi jugak pada kerajaan. Kaedah apa pun dia guna dia tetap tak boleh nak makan dan gunakan GST untuk jadikan alasan kenaikkan kos.
Peniaga takde cara nak gunakan alasan tu jadi nak buat apa dia naikkan harga melebihi dari apa yang mereka nak. Mereka tetap nak kena risau pasal kompetetif harga pesaing gak. Kang dia hilang pelanggan.
So adakah GST buat harga jadi mahal?
Jawapannya tak releven langsong sebab yang buat nilai GST jadi tinggi disebabkan peniaga jual barang dia dengan harga mahal tapi peniaga tak dapat untung pun daripada caj GST. Dia orang hanya dapat nilai barang yang dia jual saja.
Kalau dia nak untung lebih dia carik cara camner dia boleh buat claim. Nak buat claim dari Kastam kena make sure nilai output dia lagi rendah dari nilai input tapi itu tak mungkin terjadi. Harga raw material lagi murah dari harga finish product so nilai GST input dah kompom lagi murah dari output.
Last edited by cipOt_cedOt on 22-11-2013 04:53 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cipOt_cedOt posted on 22-11-2013 04:34 PM ![](static/image/common/back.gif)
Kilang A jual barang pada Kedai B so Kedai B kena bayar la GST 6% tapi Kedai B ni dah berdaftar ng ...
means, kiranya dia kene register harga raw semua barang dia dari supplier la dgn kastam tu?and kastam akan bertindak sebagai audit utk kawalan harga barang??disamping kutip cukai la...
interesting...
|
|
|
|
|
|
|
|
cipOt_cedOt posted on 22-11-2013 03:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
mana ada tax berganda...
GST ada 2... input and output...
baru aku paham............. ![](static/image/smiley/onion/thumb.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 22-11-2013 04:40 PM ![](static/image/common/back.gif)
means, kiranya dia kene register harga raw semua barang dia dari supplier la dgn kastam tu?and kas ...
dia register kompeni dia sebagai pemungut GST... syarikat yang annual income melebihi RM 500,000.00 setahun secara automatic didaftarkan oleh LHDN. syarikat yang pendapatan bawah RM 500,000.00 optional jer tapi kalau dia orang daftar dia orang boleh claim kos GST input kalau tak daftar kos input tu jadi kos barang la.
Kastam tak kawal harga barang. Kastam kutip cukai jer. Pantau harga barang itu kerja KPDNKK.
|
|
|
|
|
|
|
|
cipOt_cedOt posted on 22-11-2013 04:45 PM ![](static/image/common/back.gif)
dia register kompeni dia sebagai pemungut GST... syarikat yang annual income melebihi RM 500,000.0 ...
tapi kan, kalo konon nya gst nie tidak menjejaskan harga barangan sedia ada, kenapa gomen leh kata ada pertambahan cukai sebanyak 5-6bil setahun pulak?
cannot simpply pluck a figure from nowhere..
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 22-11-2013 03:59 PM ![](static/image/common/back.gif)
aku pun berkepahaman yang sama
Gst nih nak tutup lopehole yg gomen tak dapat kutip tax sebelum nih supaya dapat kutip semula jah.... for sure harga barang meningkat sebab barang kena tax yg sebelum nih bleh lari dari bayar.... dan sekarang aku sokong jerk gomen umno nak cekik rakyat buat apapun... nak naikkan cukai laa, nak naikkan harga barang kaa buat kerja2 bodph yg menyusahkan rakyat kaa.. buat laa... yg paling ramai terasa macai2 umno yg majoriti felda pprt juga merasa susahnya... sebab golongan cukup makan semua kat dalam pr... bila dah merana nak makan susah.. padan muka sendiri laa sapa suh pilih gomen yg mencekik rakyat, kak mah bermaharajalela jadi imelda marcos versi malaysia.... well...
|
|
|
|
|
|
|
|
saya ada pertanyaaan sikit untuk tuan2 dan puan2.
Sekarang saya ada menjalankan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan di pejabat saya.
Soalan saya: Perlukah saya kenakan GST kepada pelanggan saya?
Saya khuatir, nanti saya perlu membayar gst tersebut kepada kerajaan sebagai penjual.
Di harap dapat pencerahan dari tuan2 dan puan2 yang mahir tentang GST ini. |
|
|
|
|
|
|
|
yang aku faham .. GST ni peluang orang UMNO kutip duit dari rakyat dan masuk kocek sendiri, manakala duit kwsp akan dibahagi bahagikan sesama ahli majlis tertinggi UMNO...negara bangkrap, rakyat akan kebuluran.. Itulah bahana GST.. dah tak payah nak terangkan apa apa kat aku..aku pon takde masa nak baca ..
|
|
|
|
|
|
|
|
leylapple posted on 22-11-2013 04:51 PM ![](static/image/common/back.gif)
tapi kan, kalo konon nya gst nie tidak menjejaskan harga barangan sedia ada, kenapa gomen leh kata ...
penambahan hasil berlaku sebab sistem cukai lebih efficient.. maknanya sebelum ni banyak loophole orang lari cukai.. lepas GST semua kena cukai takleh lari..
|
|
|
|
|
|
|
|
couchcorp posted on 24-11-2013 12:58 AM ![](static/image/common/back.gif)
saya ada pertanyaaan sikit untuk tuan2 dan puan2.
Sekarang saya ada menjalankan perniagaan nasi l ...
pendapatan tahunan sampai tak RM500K....???![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|