|
mr_evergreen posted on 1-12-2013 10:45 AM 
Bismillah
@orangbesi
aqal yg sihat berpunca dari anatomi badan yang sihat
setiap sendi dlm badan kita ada tugas yg diamanahkan
jadi manusia ni kita kena gunakan aqal yg diamanahkan utk kesihatan fizikal & spiritual
jgn nanti spiritual kita yg tak sihat merebak kepada yg sihat , secara tak sedar kita dah buat zalim pada yg
lain .
sbb itu kita yg Islam ni lebih baik lepak Masjid Sri Petaling drpd hidup kutip sisa kfc & mcd
skinhead & punk tu semua agenda jahilliyah utk gelapkan ummat Islam
contoh yg paling baik - NABI dan para sahabat, makan lebih kurang je seharian
tapi hebat di medan pertempuran - sihat walafiat je menjalankan HUKUM ALLAH
dihamparkan muka bumi dan dimana saja boleh bersujud
sedangkan NABI dan para sahabat bersujud atas tanah
nampak kesan2 lumpur takkala di musim hujan
yg ko dok ingatkan pasal berlagak n sombong dgn berlapis2 kain sebagai tempat sujud tu kenapa?
nak ikut NABI ke nak jadi pengikut dajjal
kalau skin head/punk berkeliaran pun - mana dia org2 yg beriman????????
kat mana dia AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR niiiii
ada sapa2 ke yg gi sembang/muzakarah/tarbiah mereka2 ini????
****
maaf saya edit sikit
~mnm77~
Last edited by mnm77 on 2-12-2013 10:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 30-11-2013 02:27 AM 
adakah ia menukar syarat jampi yakni asalnya hanya utk penyakit fizikal kepada penyakit fizikal dan bukan fizikal...?
yakni dua2 boleh?
Apakah syarat jampi yang dimaksudkan? Boleh tolong jelaskan?
Setahu saya, dua-dua boleh, yang penting i'tiqad kena betul. Contoh dari 2 hadith yang dibincangkan di atas, ada ikhtiar perubatan (guna air dan garam) dan juga ada ayat ruqyah dibacakan dalam usaha mengubati penyakit fizikal (sengatan kala jengking)
Dalam hadith sahih ada disebut keharusan baca ruqyah untuk sembuhkan KENA MATA (evil eye), ni contoh ikhtiar ruqyah untuk penyakit bukan fizikal
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 2-12-2013 10:30 AM 
Apakah syarat jampi yang dimaksudkan? Boleh tolong jelaskan?
Setahu saya, dua-dua boleh, yang p ...
betul2, ruqyah jin memang ada...
maksud saya pebyakit bukan fizikal adalah untuk rawatan seperti anak tidak pandai, anak degil begitu.....
adakah ia dibolehkan?
Last edited by ussopp on 2-12-2013 10:39 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ussopp posted on 2-12-2013 10:37 AM 
betul2, ruqyah jin memang ada...
maksud saya pebyakit bukan fizikal adalah untuk rawatan seperti anak tidak pandai, anak degil begitu.....
adakah ia dibolehkan?
Jika anak 'tak pandai' disebabkan gangguan penyakit2 misteri dan ganjil, ada keharusan ruqyah. Boleh.
Jika anak tak pandai sebab malas, tak minat, tak fokus, ini masuk dalam kategori bukan penyakit, tetapi sikap kanak2 yang berbeza-beza antara satu dengan yang lain. Teruskan usaha dan doa kepada Allah berserta tawakkal....
Ruqyah dibacakan sebagai ikhtiar pengubatan. Kalau tak sakit, tak perlu ruqyah.
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 2-12-2013 10:56 AM 
Jika anak 'tak pandai' disebabkan gangguan penyakit2 misteri dan ganjil, ada keharusan ruqyah. Bol ...
ya betul tu, cuma yg terjadi secara realiti ialah, apabila jin tak bersalah.....
tapi semua jadi salah jin.....
kerana itu hal ini perlu dipinggirkan bukan diutamakan....
dan realiti jugak menunjukkan berapa banyak jampi2 menjadi hal yg hendak diketengahkan sehingga wujud jampi air karbonat, jampi makanan,
jampi air kosong, dan ia dikomersialkan dan dijual.
Last edited by ussopp on 2-12-2013 12:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
orangbesi posted on 2-12-2013 02:32 PM 
rasa perlu tuuu
sehari-hari
pasal nak lemahkan setan kat dalam selemah2nya
kasi peluang je...dia mengganas leeee
Maksud saya sakit yang memberi kesan yang pada awalnya tidak sakit, contoh macam demam (penyakit), bila tak demam tak perlu lah ruqyah spesifik minta sembuhkan demam... dah sebab tak demam 
Bila dah demam, kalau nak ruqyah baca ayat Al-Quran, maka dibolehkan, bahkan boleh peroleh pahala sebab baca ayat2 suci Al-Quran
Pasal gangguan Syaitan, maka setiap hari dianjurkan kita amal Adab Sunnah, baca Surah2 tertentu, seperti Al-Mu'awwizatain.... minta perlindungan Allah dari Syaitan yang direjam.... memang kerja Syaitan ganggu manusia setiap masa..... gangguan yang tidak menjelmakan sakit, kita amal Adab Sunnah...gangguan yang menjelmakan sakit/penyakit, kat sini lah ada peranan ruqyah sebagai salah satu jalan ikhtiar penyembuhan
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 2-12-2013 02:45 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam perubatan Islam rawatan bukan setakat urutan, reflexology, bekam, rawatan selepas bersalin dan sebagainya secara zahir. Tetapi juga melibatkan rawatan secara batin.
Dalam perubatan islam ni zikir kena kuat kalau nak tolong orang secara batin. Zikir umpama duit kita. Kalau duit tak cukup dengan kita-kita kena jual. Pertempuran sihir memang leceh siap boleh repeat berulang kali. Lagi sesuatu amalan yang berniat la ilaha illa allah lambat jadi walaupun power. Jadi cara paling mudah yang digunakan kebanyakan orang ialah dengan niat khadam. Maka datanglah khadam memberi pertolongan ini termasuklah juga khadam-khadam ayat Al-Qur'an.
Perawat perubatan islam juga harus menolong secara ikhlas sesuai dengan niat la ilaha illa allah dengan tidak mengenakan sebarang bayaran. kalau pesakit nak beri hadiah itu cerita lain. sebab itu orang dulu suruh pesakit bawa barang tertentu untuk berubat kalau perawat cari barang leceh... habis duit perawat beli barang, lainlah kalau barang yang dicari ada pada pokok tertentu belakang rumah atau ada dalam simpanan perawat, tenaga zikir pun habis, lainlah kalau pakai khadam.
Ada juga perawat yang memindahkan penyakit kepada binatang. Pada saya ini tidak bagus kerana menyiksa binatang. Oleh sebab itu ada perawat yang memindahkan penyakit dari pesakit ke diri perawat. Contohnya memindahkan penyakit pesakit ke kaki perawat menyebabkan perawat berjalan terencut-encut.
Ada juga perawat mengambil air 7 masjid dalam rawatan kerana air boleh merakam gelombang bacaan-bacaan yang diulang berkali-kali didalam masjid. Kolam masjid yang dipilih ialah kolam masjid yang tidak bertutup. Dapat satu masjid pun ok tapi kalau dapat 7 lagi baik kerana nombor 7 mewakili sifat. Contohnya 7 warna pelangi, 7 betala langit dan bumi, 7 sifat maani dan 7 sifat maknawiyah dan sebagainya.
Sebenarnya bukan air sahaja yang boleh merakam gelombang objek lain juga boleh merakam gelombang juga. Sebagai contoh jika kita ambil kemenyan tetapi jangan dibakar, jadikan ia sebagai tangkal dengan cara memasukkan zikir setiap hari pada kemenyan tersebut. Apabila hendak digunakan untuk merawat pesakit rendamkan kemenyan tersebut didalam air dan gunakan air tersebut untuk merawat pesakit.
Ada juga perawat yang boleh berubat secara jarak jauh dengan menggunakan ilmu Meraga Sukma. Terdapat ayat dalam Al-Qur'an yang boleh digunakan untuk melatih ilmu Meraga Sukma. Meraga Sukma ialah ilmu dimana roh keluar dari jasad. Kalau tak tahu cara nak masuk kembali dalam jasad maka jasad akan mati. Dengan Meraga Sukma roh kita mampu pergi kemana sahaja tempat yang kita bayangkan dengan sekelip mata. Bagi yang mencapai tahap yang lebih tinggi seseorang mampu Meraga Sukma dengan jasad dan roh sekaligus seperti wali-wali hebat zaman dahulu.
Kadang-kadang perawat juga menyuruh pesakit mengamalkan zikir tertentu untuk pesakit membantu dirinya sendiri.
Ada juga perawat yang mahir menggunakan wafak dn menggunakan wafak dalam perubatan. Contohnya ada wafak tertentu yang digunakan supaya wanita sedang bersalin mudah melahirkan anak.
Setiap manusia mempunyai aura. Bagi yang tahu melatih auranya ianya juga boleh digunakan dalam perubatan. Semakin banyak latihan aura yang dibuat semakin kuatlah aura tersebut.
Dalam Al-Qur'an terdapat banyak ayat yang bolah digunakan untuk merawat pesakit. Tetapi ayat ini mesti diamal baru boleh digunakan. Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang (Bismillah... lah tu) Boleh je kita baca dalam apa bahasa pun ketika merawat kerana Allah faham dan menerimanya. Allah bukan faham bahasa Arab sahaja sedangkan semua bahasa adalah dari Allah jua.
Niat kebanyakan perawat islam ikhlas nak tolong orang memang bagus sampai ada yang tolong orang sampai diri sendiri yang sakit sebab zikir tak cukup power. Lainlah kalau pakai khadam. Last-last perawat dikutuk oleh pesakit dengan mengatakan perubatan khurafat kerana cara perubatan yang sukar difahami oleh pesakit. |
|
|
|
|
|
|
|
NasrullahHaq posted on 20-1-2014 07:27 PM 
Dalam perubatan Islam rawatan bukan setakat urutan, reflexology, bekam, rawatan selepas bersalin dan ...
Dlm Islam xde plk dikatakan 'sakit' tu satu kemungkaran
maka, yg menyesatkan tu bkn pesakit atau penyakitnya
tp perawat dan kekdah rawatan juga perubatan yg diguna...
Kesesatan tu ditakrifkan sbg
amalan yg ditokok² tambah sehingga terjadinya bid'ah
dan bid'ah itu le yg sesat lg menyesatkan
Oleh itu, kna berhati² dlm perkara yg syubahat
sehingga jelas, terang lg nyata kebenarannya
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau perawat tu boleh tahu masa silam kita makna dia guna jin ke...tak kan orang biasa boleh tahu masa silam kita? |
|
|
|
|
|
|
|
CR6453 posted on 4-2-2014 04:27 PM 
kalau perawat tu boleh tahu masa silam kita makna dia guna jin ke...tak kan orang biasa boleh tahu masa silam kita?
Perawat yang boleh tilik masa depan, berkemungkinan dia penipu atau guna khidmat Jin....Samada dia mengaku atau tidak, samada dia sedar dia guna Jin atau dia tak sedar ilmu yang dia guna tu ada campur-tangan Jin...
Yang boleh tahu masa silam tu tengok juga bagaimana dia boleh tahu... mungkin ada bukti-bukti petunjuk... orang yang buat CSI pun boleh tahu, melalui bukti-bukti petunjuk... ini bergantung kepada ilmu, samada ilmu yang benar, atau ilmu bantuan Jin, kena dapatkan kepastian dulu...
Last edited by mnm77 on 4-2-2014 04:39 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 4-2-2014 04:34 PM 
Perawat yang boleh tilik masa depan, berkemungkinan dia penipu atau guna khidmat Jin....Samada dia ...
orang ni dia guna 3 biji limau nipis..dia potong tiap2 3 biji tu lain bentuk...dia belek2 limau tu dia boleh tahu..
|
|
|
|
|
|
|
|
CR6453 posted on 11-2-2014 10:21 AM 
orang ni dia guna 3 biji limau nipis..dia potong tiap2 3 biji tu lain bentuk...dia belek2 limau tu dia boleh tahu..
Ini dah macam ilmu tilik-menilik.... saya sarankan jauhi perawat itu....
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
Membaca sambil tersenyum. |
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 11-2-2014 10:52 AM 
Ini dah macam ilmu tilik-menilik.... saya sarankan jauhi perawat itu....
WAllahu a'lam
eiisshhh tilik menilik ni
yg tak tau atau yg akan terjadi jeee
yg dulu2 tu kan sejarah tuuuu
ada gak kot dlm buku2 sejarah puak2 jin ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Mari baca kisah ini:
Dari Ibnu Abbas RA, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dipertontonkanlah padaku berbagai ummat, maka saya melihat ada seorang Nabi dan besertanya adalah sekelompok manusia kecil -antara tiga orang sampai sepuluh, ada pula Nabi dan besertanya adalah seorang lelaki atau dua orang saja, bahkan ada pula seorang Nabi yang tidak disertai seseorangpun. Tiba-tiba diperlihatkanlah padaku suatu gerombolan manusia yang besar, lalu saya mengira bahwa mereka itulah ummatku. Lalu dikatakanlah padaku: "Ini adalah Musa dengan kaumnya. Tetapi lihatlah ke ufuk - sesuatu sudut."
Kemudian sayapun melihatnya, lalu saya lihatlah dan tiba-tiba tampaklah di situ suatu gerombolan ummat yang besar juga. Selanjutnya dikatakan pula kepadaku: "Kini lihatlah pula ke ufuk yang lain lagi itu." Tiba-tiba di situ terdapatlah suatu kelompok yang besar pula, lalu dikatakanlah padaku: "Inilah ummatmu dan beserta mereka itu ada sejumlah 70,000 orang yang dapat memasuki syurga tanpa dihisab dan tidak terkena siksa."
Kemudian Rasulullah s.a.w. bangun dan terus memasuki rumahnya. Orang-orang banyak sama bercakap-cakap mengenai para manusia yang memasuki syurga tanpa dihisab dan tanpa disiksa itu. Sebagian dari sahabat itu ada yang berkata: "Barangkali mereka itu ialah orang-orang yang telah menjadi sahabat Rasulullah s.a.w." Sebagian lagi berkata: "Barangkali mereka itu ialah orang-orang yang dilahirkan di zaman sudah munculnya agama Islam, kemudian tidak pernah mempersekutukan sesuatu dengan Allah." Banyak lagi sebutan -percakapan-percakapan - mengenai itu yang mereka kemukakan.
Rasulullah s.a.w. lalu keluar menemui mereka kemudian bertanya: "Apakah yang sedang engkau semua percakapkan itu." Para sahabat memberitahukan hal itu kepada beliau. Selanjutnya beliau s.a.w. bersabda: "Orang-orang yang memasuki syurga tanpa hisab dan siksa itu ialah mereka yang tidak pernah memberi mentera-mentera tidak meminta mentera-mentera dari orang lain - karena sangatnya bertawakkal kepada Allah, tidak pula merasa akan memperoleh bahaya karena adanya burung-burung - atau adanya hal yang lain-lain atau ringkasnya meyakini guhon tuhon atau khurafat yang sesat - dan pula sama bertawakkal kepada Tuhannya." 'Ukkasyah bin Mihshan al-Asadi, kemudian berkata: "Doakanlah saya - ya Rasulullah -kepada Allah supaya Allah menjadikan saya termasuk golongan mereka itu - tanpa hisab dan siksa dapat memasuki syurga." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Engkau termasuk golongan mereka." Selanjutnya ada pula orang lain yang berdiri lalu berkata: "Doakanlah saya kepada Allah supaya saya oleh Allah dijadikan termasuk golongan mereka itu pula." Kemudian beliau bersabda: "Permohonan seperti itu telah didahului oleh 'Ukkasyah." (Muttafaq 'alaih). |
|
|
|
|
|
|
| |
|