dhiah80 posted on 21-10-2013 08:18 AM ![](static/image/common/back.gif)
Assalamualaikum syeikh..
saya dah alami keadaan spt yg syeikh terangkan tu...suami saya mengaku ...
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh
“Berat mata memandang, Berat lagi bahu yg memikul”
Uncle baca pos Dhiah pagi tadi dah…Tapi…Uncle tak terdaya nak tulis apa…berat sangat rasanya..
Pertamanya..Usah panggil Uncle Syekh...Uncle org jahilll...![](static/image/smiley/default/cry.gif) maaflah kalau mengeciwakan Dhiah, Tapi untuk menjawab pun sebenarnya Uncle TAK LAYAK..Uncle Cuma seorgtua yg berforem…so setakat itulah kemampuan Uncle..
Kalau dikiaskan …Orang mengadu sakit kepala….Bolehlah Uncle bagi panadol..tapi..kalau orang kena Demam Denggi mengadu kat Uncle…Uncle memang angkat tanganlah…kena lah pi Hospital….begitulah kiasnya..
Kalau setakat nak pandangan peribadi…(bukan nak jadikan hujjah) Uncle memang berpendirian spt pos Uncle seblm ini.. Sebagai rujukan, Tuan @PitMie PitMie pun ada bawakan kes “JAMILAHBINTI ABDULLAH Vs Tsabit b Qais “…kedua duanya sahabat Rasullullah dan kedua duanya adalah mulia di sisiAllah..
Tapi…Sebelum melakukan apa apa….RANCANG DAN FIKIRLAH DGN SEGALA BIJAKSANA.
Uncle menghormati pandangan Ustaz Ustazah…..jadi , nasihat mereka perlu Dhiah ambil perhatian. Walau apa pun tindakan yg Dhiah nak ambil….rancang…jadikan “keredhoan Allah” sebagai timbangan utama!
1. Jangan terburu buru 2. Bijaksana 3. Dapatkan pertolongan yg professional
Uncle menganggap kalaulah dhiah sebagai anak/saudara uncle….kalau berlaku yg sebegitu….Uncle akan minta dhiah cari seorang yg ahli dlm perkara perundangan ini….Misalnya peguam syarie ..seeloknya Ustazah & yg berumur sedikit…..mudah nak curah perasaan… (Uncle cadangkan "Ustazah"..peguam Syarie wanita....sebab mudah dhiah nak buat pertemuan sulit dgn dia...
Ceritakan segalanya pada dia…apa yg dhiah nak /harap..
& setelah lakukan segala perancangandgn jitu …Tawwakal & lakukan sja..
Begitu sjalah pandangan seposen Uncle…
Disamping itu, sebagai amalan…selalulah amalkan Doa yg dibaca Asiah R.A ketika diseksa oleh Firaun laknatullah dengan amat kejamnya…..sebagaimana disebutdalam Al Quraan ..
وَضَرَبَاللَّهُ مَثَلًا لِلَّذِينَ آمَنُوا امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ إِذْ قَالَتْ رَبِّابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ وَعَمَلِهِوَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
“Dan Allah membuat isteriFiraun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika dia berkata,
“Ya Tuhanku, bangunkan untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya; serta selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
Ulama...
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: “Antara keutamaan Asiah, isteri Firaun, adalah dia lebih memilih mati dan diseksa di dunia daripada memperoleh kesenangan yang telah didapatkannya sebagai isteri Firaun.” (Fathul Bari, 6/516)
Maaflah ..Uncle tau jawaban Uncle tak dpt memuaskan hati...harap pertolongan Tuan Tuan juga...@PitMie @mnm77
Last edited by burungantu on 21-10-2013 02:41 PM
|