CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: beldandy

Mengejar akhirat...

[Copy link]
 Author| Post time 27-9-2013 05:08 PM | Show all posts
zamkumis posted on 27-9-2013 05:01 PM
Ikhlas ni hanya Allah sahaja yang tahu sebab dia yang menilai, bukan kita, kita cuma mengihklaskan ...

hurmmm....
mengikhlaskan niat...
insya allah...saya kena renung semula segala yg telah saya buat...
kena betulkan semula nampaknya...
mungkin sbb tu saya masih di sini...di takuk lama...
niat saya silap...mungkin kurang keihklasan bila saya mengharap sst walau bukan material...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 05:12 PM | Show all posts
zamkumis posted on 27-9-2013 05:10 PM
apa itu redho suami? redho maknanya tak ada pendam marah dalam hati(dari sudut manusia), kalau salah ...

owhhh ok...faham...
noted..sandaran niat...

TQ Zam...

Niat no. 1 kan?
No 2?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
zamkumis posted on 27-9-2013 05:19 PM
no 2, mesti ikut cara nabi kalau dalam ibadah, kalau nabi tak buat kita tak boleh buat sebab jadi  ...

Tiru nabi eh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 09:24 PM | Show all posts
beldandy posted on 27-9-2013 04:50 PM
nak pergi kelas agamalah weiiiii










kenapa nanges ? pasal baca berita ni ke ?


http://mforum.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=4736



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
:Q:Q:Q
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 11:18 PM | Show all posts
beldandy posted on 27-9-2013 09:35 PM
:Q:Q:Q

kenapa?

terasa mcm cicakman ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2013 12:51 AM | Show all posts
beldandy posted on 27-9-2013 03:23 PM
tapi sejauh mana kita tahu kita ikhlas zam?

contoh :

    contoh yg diberi:
                     dan contohla...
kalau kita tolong seseorang...
how to differentiate kita tolong ikhlas sbb allah atau sbb kesian kat org tu?
yg mana satu?

       pada pandangan saya, contoh di atas itu sudah menggambarkan niat kerana Allah swt kerana sifat kasihan kat orang itu mmg sebahagian ajaran Islam....jadi niat kerana Allah itu sudah sealiran......jangan sempitkan pengertian ikhlas kerana nanti niat kita akan timbul was-was pula.....jadi susah pula hidup kita nanti.....mudah2an hati anda & kita semua akan sentiasa tenang selalu....wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
laxmanall posted on 28-9-2013 12:51 AM
contoh yg diberi:
                     dan contohla...
kalau kita tolong seseorang...

Thanks laxmanall...ini saya mudah hadam.
Yg saya fhm ikhlas bila kita x mengharapkn balasan. Cuma sikit keliru bila melibatkn keluarga sbb normally kita harap n expect kasih sayang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 06:32 AM | Show all posts
beldandy posted on 27-9-2013 04:53 PM
yang kurang faham....

saya byk baca ttg redho suami...

Alhamdulillah,

Nak kongsi sikit... tentang redha...  pengertian paling hampir untuk akal manusia faham adalah.....  PUAS HATI. Bila di katakan suami telah redha bererti suami tu dah puas hati dengan apa yang kita lakukan.

wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 07:24 AM | Show all posts
beldandy posted on 26-9-2013 02:14 PM
salam elle...
bel masih nak membaca2 dulu sbb ada masalah keterbatasan masa...
tp bel tahu menim ...

oh okay....jaga anak,uruskan rumahtangga ni memang dah buat schedule kita hectic kan..........
jika kita tak dpt keluar rumah, ada guru datang rumah instead, pun okay je....
I hope semoga usaha kita utk mendalami ilmu agama dipermudahkan jalannya............=)


Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 07:47 AM | Show all posts
beldandy posted on 28-9-2013 12:56 AM
Thanks laxmanall...ini saya mudah hadam.
Yg saya fhm ikhlas bila kita x mengharapkn balasan. Cuma ...

Alhamdulillah,

Dalam kita nak belajar menjadikan sesuatu perbuatan atau amalan itu Ikhlas , letakkan apa yang kita buat atau apa yang kita tinggalkan, semuanya kerana ALLAH. Sebagai contoh bila kita menolong seseorang letakkan atau niatkan pertolongan itu adalah kerana perintah ALLAH (Surah Al Maun) dan bukan atas kesian atau simpati (kesian dan simpati sememangnya fitrah manusia / yang bukan Islam pun memiliki sifat ini, malah ada yang mengatasi).
Apabila dalam kehidupan sehari-hari kita meletakkan segala perbuatan dan amalan kerana ALLAH, lama kelamaan ia akan bersifat pada diri, automatik segala perbuatan...... HANYA kerana ALLAH.
Ikhlas adalah satu amalan yang sangat halus.. Hatta malaikat pun tak boleh trace seseorang itu ikhlas atau pun tidak.. Sebab itu sering di katakan , Hanya tuhan saja yang tahu.
Ikhlas juga akan di nilai bila di akhirat nnti ..... Setelah selesai timbangan amalan-amalan di mahkamah padang mahsyar iaitu permasalahan sesama manusia dan makhluk-makhluk lain (berkaitan cara hidup iaitu Agama, akan bersoraklah mereka yang beragama ISLAM)... akan lalu pula TITIAN SIRAT iaitu mengenai permasalahan kita dengan Yang Maha Kuasa (akan bersoraklah mereka yanag IMAN kepada ALLAH). Di sini lah ke Ikhlasan itu bernilai... . Sedalam mana keikhlasan kita pada ALLAH akan menentukan bagaiman cara melintasi titian ...

WallahuAlam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
GiQ posted on 28-9-2013 06:32 AM
Alhamdulillah,

Nak kongsi sikit... tentang redha...  pengertian paling hampir untuk akal manusi ...

Owhhhhhh okkk...puas hati.
Means suami berpuas hati xde dispute dah dgn isteri kan?

Thanks GiQ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae posted on 28-9-2013 07:24 AM
oh okay....jaga anak,uruskan rumahtangga ni memang dah buat schedule kita hectic kan..........
ji ...

Ye mmg hectic.
Mmg terfikir nk panggil ustazah or ustaz dtg mengajar...nk kena minta izin husband juga la
Tq ele sbb memahami situasi seorang isteri n ibu yg berkerja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
GiQ posted on 28-9-2013 07:47 AM
Alhamdulillah,

Dalam kita nak belajar menjadikan sesuatu perbuatan atau amalan itu Ikhlas , let ...

Semlm saya memikirkn ttg ini...
Bagaimana nk niatkn segala nya kerana allah sbb seharian jutaan benda yg kita buat...mungkin seringkali lupa nk niatkn kerana allah yg biasanya niat sbb2 tertentu la mcm kesian or mmg sbb kita x berkira dlm berbuat sst. Mungkin mcm u ckp kena jdkn amalan maka nnt mudah kita praktikkan.
Thanks again.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
beldandy posted on 28-9-2013 09:08 AM
Owhhhhhh okkk...puas hati.
Means suami berpuas hati xde dispute dah dgn isteri kan?


suami tu pun mestilah diredhai Allah baru la betul

redha suami jual bini tak perlu dicari
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 10:18 AM | Show all posts
dalam beragama ada dua benda yg penting;

(1) ikhlas

(2) ikut cara nabi. sebab Quran difahami oleh nabi dan diajar. kefahaman nabi dipanggil "sunnah". sebab tu kita digelar ahlussunnah wal jamaah, dimana islam kita adalah atas kefahaman nabi.....
bukan kefahaman sufi yang ekstrem  atau orang2 sakti...

kalau ikhlas tapi ikut cara suka hati kita, maka tak guna.  mcm peragut nak bagi minum susu anak, mungkin dia ikhlas nak bagi anak dia, tapi, tak guna sebab ikut suka dia je....

kemduian kalau ikut cara nabi , tapi tak ikhlas pun takguna.
jadi tak boleh loose salah satu , kena ful fill dua2 insyaAllah...


masalah pertama ikhlas....

ini masalah yang sgt susah...setiap hari perbaiki dan perbaiki....

contoh, kajian menunjukkan amalan solat boleh membantu masalah kesihatan bla, bla, bla.....
kita jangan niatkan dalam hati untuk itu sebagai matlamat utama....

tapi niat kita , kalau takda manfaat apa2 pun kepada aku, as long as aku dapat keredhaan Allah maka itu telah memadai....
hatta jika mendatangkan keburukkan pun aku tetap akan solat...
namun jika badan sihat atau dapat faedah sampingan anggaplah itu bonus....bukan matlamat...


macam saudari kata, nak tunjuk contoh kat anak semua tu...
pertama2 niat paling kuat adalah untuk ikut perintah Allah itu saja....

namun jika ada faedah2 lain ia hanya bonus bukan matlamat......

contoh makan babi dikatakan ada kesan buruk bla- bla, bla....

terbukti makan babi okay je bagi orang barat, takde lah teruk sgt...mkn lembu pun boleh sakit kalau nak sakit...

ini membuktikan , peringkat tertinggi mematuhi Tuhan ialah bukan  berkira2 apa kelebihan yg kita dapat....
kita sebenarnya patut tanpa berkira2 kerana memang Tuhan nak uji kita....

jika ada kelebihan untuk kita, itu bukan ujian lagi....jadi kelebihan yg ada hanyalah bonus , bukan matlamat.....

sy harap anda faham.....

contoh lagi.....bab anjing.....
untuk manusia sedapkan hati, mcm2 kajian dibuat, mengatakan anjing itu ini kotor dan sebagainya....
hakikatnya anjing adalah bintang yg sgt berguna.....

jadi instead of mencari alasan keburukan anjing, lebihu baik kita terima ia sebagai ujian terhadap kita dan bersabar.....tak payah cari reasoning keburkan anjing semua tu....

jika ada pun alasan untuk kebaikan kita , ia hanya bonus....

yg penting Tuhan ada kuasa mutlak buat undang2 untuk uji manusia....


jadi sy ulangi lagi...sebagai hamba, kita patut bersedia terima apa saja perintah Tuhan tanpa mempersoal...
dan bersabar....kerana Tuhan dah kata dia nak uji.....
jika ada kelebihan, terimalah sebagai bonus, Alhamdulillah tetapi niat kita dari awal ialah untuk patuh pada Tuhan.....


itu bab niat ....

kedua bab mengikuti cara rosul itu, anda kena ingat, kita  tidak boleh memandai2 dalam mendekati Tuhan....kerana Tuhan sudah bagitahu, ingin mendapat keredhaanNya adalah mengikuti cara yg Allah mahu....

jadi belajarlah ilmu, ini cadangan sy.....yakni dari hadis ni :

Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah sebagai penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi ada kalanya memberikan minyaknya padamu, atau engkau dapat membelinya, atau setidak-tidaknya engkau memperoleh untuk mencium bau yang harum daripadanya. Adapun tukang besi, ada kalanya akan membakarkan pakaianmu atau engkau akan memperoleh bau yang busuk daripadanya.– Hadis Bukhari


buat masa ni carilAH GENG YG BERDEKATAN YG MANA ANDA AKAN SELESA pada mereka untuk belajar agama....
jika anda bertuah jumpa geng yg memaniskan hati ke dalam jalan agama , bukankah itu sebesar2 nikmat, cubalah ya....
jika tak jumpa, jangan patah semangat.....banyak cara lain lagi...insyaAllah

wallahua'lam...





Last edited by ussopp on 28-9-2013 10:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2013 12:40 PM | Show all posts
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم





(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

(Al-Fajr 89:27) Last edited by mr_evergreen on 28-9-2013 12:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
huibya posted on 28-9-2013 10:18 AM
suami tu pun mestilah diredhai Allah baru la betul

redha suami jual bini tak perlu dicari

Ye tu mmg understooded huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 02:22 PM | Show all posts
beldandy posted on 28-9-2013 09:08 AM
Owhhhhhh okkk...puas hati.
Means suami berpuas hati xde dispute dah dgn isteri kan?

iya... begitu lah hendak nya..  tiket utk isteri masuk ke syurga adalah suami nya... andai suami redha .. pintu syurga terbuka luas buat nya.. ujian terbesar isteri di dunia ini hanyalah suami nya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2013 02:31 PM | Show all posts
huibya posted on 28-9-2013 10:18 AM
suami tu pun mestilah diredhai Allah baru la betul

redha suami jual bini tak perlu dicari

Andai di perincikan lagi ... sebenarnya tak semestinya suami itu di redhai ALLAH baru segala amalan dan ketaatan si isteri ALLAH ambil kira. Makna di redhai ALLAH ini bukan main2.. peringakat sahabat Nabi tu.. R.A. Kita bincang atas manusia biasa yang normal dan menjalankan segala kewajipan AGAMA. Bukan yang jenis jual isteri dan sebagainya...







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.245391 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list