Perisitiwa ini terjadi sekitar akhir 90-an ketika aku di pantai timur..
jd mmg betul la ko nmpk sulur bidar ehhh.. sbb dulu ko juga yg kenalkn kami ngn ngn natang neh.. tp aku tnya kaki mncing dorang xpenah jmpa n xpenah dengor adoiii teringin sgt nk dengor true story psl natang penuh misteri nusantara ini
Jantung aku berdegup kencang..
Aris yg menjadi pengayuh kayak hadapan, mempercepatkan kayuhannya...
Buih yg timbul di permukaan tasik itu semakin cepat... DAN..... yg lebih menakutkan, timbulan buih itu mengikuti kayak kami!
Kayuhan kami semakin laju!!
Timbulan buih itu terus mengikuti kami!! Aku tak dapat bayangkan dgn buih berdiameter satu depa org dewasa, maka apa yg aku fikir adalah hidupan air yg besar saiznya sedang mengikuti kami!
Kami terus berkayuh! Sehingga di mana terdapat sinaran cahaya matahari petang menyinari permukaan tasik, maka barulah timbulan buih itu berhenti mengejar kami....
Aku dan Aris beristgihfar..... Kami merasakan nyawa kami berada di mulut hidupan air yang tidak diketahui rupa bentuknya namun apa yg kami yakin, saiznya lebih besar dari kami......
Apabila aku bertanyakan org-org tua yg melepak di sekitar Kuala Berang sewaktu pulang, ada yg menyatakan ikan tapah, ada yg menyatakan Ular Bidar... Ada yg menyatakan Sulur Bidar..
Namun lebih ramai yg menyatakan ikan tapah kerana ciri-ciri Sulur Bidar itu terdapat buih yang banyak, daun-daun kering yg timbul dari tasik dan pusaran air yg besar...
Sehingga hari ini, aku tidak tahu apakah yg mengejar aku dan ARis...
.
Sehingga kini, aku mencari jurnal dan bahan bacaan berkenaan misteri hidupan akuatik di dasar tasik / lautan... Kerana aku hanya ingin mencari makhluk akuatik yg bernama Sulur Bidar.
Sulur Bidar...
Suatu makhluk yg tidak dapat disahkan secara saintifik namun cerita dari para pengail dan pemancing membuatkan aku terus sabar dan berusaha mencari maklumat, sehingga kini...
Sulur Bidar, makhluk akuatik yg tidak diketahui rupa bentuknya..
Ada yg menyatakan mempunyai kepala seperti kura-kura namun badannya pipih bak kain tikar selebar 2 depa org dewasa dan empat depa org dewasa..
Aku yakin ia bukanlah makhluk halus melainkan hidupan akuatik yg misteri rupa bentuknya..
Apakah Sulur Bidar itu hampir menyerupai makhluk di dlm video ini yg berada pada kedalaman 5000 kaki?
Hanya Allah sajalah yg Maha Mengetahui jenis apakah Sulur Bidar itu kerana Dia adalah al-Khaliq (Maha Pencipta Sekalian Makhluk)
Ia menanti .... dan terus menanti.... di dasar tasik.... .sehingga kini
------------------------------------------------------
Kepala aku sedang menerawang masa silamku ketika masih bergelar murid dan penuntut..... Last edited by SulurBidar on 28-7-2013 07:30 PM
SulurBidar posted on 28-7-2013 06:43 PM
Jantung aku berdegup kencang..
Aris yg menjadi pengayuh kayak hadapan, mempercepatkan kayuhannya ...
Baca cerita awak ni teringat kepercayaan kaum sya tentang satu mahkluk misteri yang mendiami air laut di perkampungan kami. Lupa namanya, tapi menurut org-org tua makhluk ini memiliki wajah seperti kucing dan badan seperti ular yang besar. Mereka tidak kategorikannya sebagai ikan tetapi lebih kepada makhluk metos atau halus?. Konon kemunculannya dimulai dengan pusaran air spt ditiup angin, walhal angin tdk bertiup pun. Dikatakan org yang nampak wajah makhluk ini tidak akan selamat kerana ianya akan menyedut mereka masuk ke dasar laut melalui pusaran tersebut. Makhluk ini dikatakan akan membelit mangsa selama beberapa hari sebelum melepaskan mayatnya.Sya tak tahu samada cerita ni betul atau satu kepercayaan karut semata-mata bagi menakutkan anak-anak kampung yang suka bermain dengan air laut. Tapi pengalaman sya masa kecil, apabila orang-orang tua membicarakan hal ini, mereka seolah berbisik apabila menyebut nama makhluk tersebut. Takut makhluk tersebut dengar dan berdendam dengan mereka.