CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uniq61

Mengapa Nabi Muhammad SAW larang kita meniup air minuman yang panas?

[Copy link]
 Author| Post time 1-7-2013 04:32 PM | Show all posts
Walau bagaimana pun, sebenarnya manusia-manusia di atas adalah sangat jauh bagai langit dan bumi berbanding kemuliaan Rasulullah SAW.


CUBA FAHAMI...100 TOKOH TU DARI PANDANGAN/PENDAPAT BARAT..DARI WIKIPEDIA? ORANG KAFIR MEMANG TAK FAHAM TENTANG ISLAM...CONTOHNYA JIHAD...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2013 04:32 PM | Show all posts
Dari Ibnu Abbas RA “Sesungguhnya Nabi SAW melarang untuk bernafas atau meniup bekas air minum .”
(HR Tirmidzi dan Abu Dawud)

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam bekas air minum adalah termasuk etika kerana dikhuatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dibimbangkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang terjatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.”

1. Kalau bernafas sambil minum, boleh tersedak dan memudaratkan diri sendiri.
2. Saya sangat suka pendapat Imam An-Nawawi, iaitu sebagai salah satu cara untuk menjaga kebersihan makanan dari dicemari

Kalau ikut ilmu sains pun, kuman boleh merebak melalui hembusan dari pernafasan. Mungkin ini antara HIKMAH larangan meniup minuman. Kita sedia maklum Nabi dan para sahabatnya makan dan minum secara berjama'ah, yakni bersama-sama. Maka adab/etika tersebut merupakan ada yang sangat baik untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit melalui perantaraan makanan/minuman
Last edited by mnm77 on 1-7-2013 04:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 04:38 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 04:32 PM
CUBA FAHAMI...100 TOKOH TU DARI PANDANGAN/PENDAPAT BARAT..DARI WIKIPEDIA? ORANG KAFIR MEMANG TAK ...


Wikipedia bukan semestinya pendapat barat, tapi boleh jadi betul pendapat dari tokoh barat tertentu dan boleh diedit oleh sesiapa pun. Kita kena buat double check untuk kepastian

Apapun, memang orang barat juga mengkagumi Nabi Muhammad SAW, cuma bila diletakkan sebagai PENGASAS dan PENAKLUK, dan bila kita pun terima maka secara tak langsung kita pun dah terikut dengan apa yang ditulis dalam Wikipedia pasal Nabi Muhammad SAW

Cuma saya nak tanya pasal larangan hembusan pada air panas, boleh tolong bawakan dalil hadithnya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 04:47 PM | Show all posts
Hadith pertama:

Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان ‏ ‏يأكل بثلاث أصابع فإذا فرغ لعقها

Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Baginda S.A.W. makan dengan 3 jari, dinyatakan:

‏وكان صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث بالإبهام والتي تليها والوسطى

Nabi S.A.W. makan dengan tiga jari baginda iaitulah jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.

Persoalan: Adakah adab ini dipakai ketika memakan nasi?

Jawapan bagi persoalan ini terdapat di dalam ‘Aud al-Ma’bud iaitu Syarah bagi Sunan Abi Daud, iaitulah:

“Adalah (Nabi S.A.W.) makan dengan 3 jari.” Pada teks hadith ini menunjukkan sunnahnya, makan dengan 3 jari, dan jangan memasukkan jari yang keempat dan kelima melainkan kerana keperluan seperti terdapat kuah/gulai/sup yang tidak memungkinkan dengan 3 jari. Al-Imam al-Nawawi berkata: “Berkata al-Hafidz: Diambil daripada hadith Ka’ab bin Malik, bahawasanya sunnah makan dengan 3 jari, jika guna lebih dari 3 jari ianya adalah harus.

Sa’id ibn Mansur mengeluarkan dari Mursal Ibn Syihab: “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila makan, baginda makan dengan 5 jari, maka digabungkan hadith ini dengan hadith Ka’ab (menunjukkan, Baginda makan dengan 3/5 jari itu) dalam keadaan yang berbeza.”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 04:47 PM | Show all posts
Hadith Kedua

1.        Sememangnya ada hadith yang melarang bernafas di dalam bekas makanan dan minuman. Hadith tersebut ialah:

إذا شرب أحدكم فلا يتنفس في الإناء
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu minum, maka jangan dia bernafas di dalam bekas.” (HR al-Bukhari)

Daripada Ibn ‘Abbas ra, Nabi katanya:

نهى أن يتنفس في الإناء أو ينفخ فيه

Maksudnya: Bahawasanya Nabi saw melarang daripada bernafas di dalam bekas (makanan atau minuman) dan meniup di dalamnya.” (HR al-Tirmizi dan Abu Daud, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih al-Jami’)

Al-Syaukani di dalam Nail al-Awtar ketika mensyarahkan perkataan Nabi saw: “atau meniup di dalamnya.” Berkata: “yakni (meniup) di dalam bekas yang dia minum, dan bekas itu merangkumi bekas makanan dan minuman… demikian juga, jangan meniup di dalam bekas bagi tujuan menyejukkan makanan yang panas, bahkan hendaklah bersabar sehingga makanan itu sejuk.”

Al-‘Allamah al-Manawi di dalam Faidh al-Qadir (6/346) pula berkata: “Meniup makanan yang panas menunjukkan kegopohan sekaligus menunjukkan keburukan, tidak sabar dan mencacatkan muruah.”

Larangan bernafas dan meniup di dalam bekas makanan dan minuman ini adalah makruh, jika ada keperluan yang mendesak untuk makan atau minum dengan segera, maka tidak mengapa melakukannya. Al-‘Allamah al-Mardawi al-Hambali di dalam al-Insaf (8/328) berkata: “Kata al-Aamidiy: “Tidak dimakruhkan meniup makanan yang panas.” Aku (al-Mardawiy) berkata: “ia benar jika ada keperluan untuk makan pada ketika itu juga.”

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata di dalam Syarh Riyadh al-Solihin: “Melainkan sebahagian ulama mengecualikannya (larangan meniup di dalam bekas) jika ada keperluan, seperti jika minuman itu panas dan seseorang perlu bersegera, maka sebahagian ulama meringankan perkara sebegini. Akan tetapi yang lebih afdhal, jangan tiup walaupun minuman itu panas, jika minuman itu panas dan ada bekas yang lain, maka gunakan bekas itu, menuman itu dituang ke dalamnya dan diulang perbuatan (macam buat teh tarik) itu sehingga menuman itu menjadi sejuk.”



2.        Arahan minum dengan 3 teguk.

Al-Imam al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma:

‏لَا تَشْرَبُوا وَاحِدًا كَشُرْبِ الْبَعِيرِ وَلَكِنْ اشْرَبُوا مَثْنَى وَثُلَاثَ وَسَمُّوا إِذَا أَنْتُمْ شَرِبْتُمْ وَاحْمَدُوا إِذَا أَنْتُمْ رَفَعْتُمْ

Maksudnya: “Jangan kamu semua minum sekali (teguk), sama seperti unta minum, akan tetapi menumlah dua kali-dua kali atau tiga kali-tiga kali, dan sebutlah bismillah bila kamu hendak minum dan bertahmid jika kamu selesai.” (Ibn Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan sanad hadith ini lemah)

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dinyatakan:

“al-Hafidz Ibn Hajar di dalam fathul Bari berkata: al-Tobari di dalam al-Awsath mengeluarkan (satu hadith) dengan sanad yang hasan daripada Abu Hurairah:

كَانَ يَشْرَبُ فِي ثَلَاثَةِ أَنْفَاسٍ إِذَا أَدْنَى الْإِنَاءَ إِلَى فِيهِ , يُسَمِّي اللَّهَ فَإِذَا أَخَّرَهُ حَمِدَ اللَّهَ بِفِعْلِ ذَلِكَ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Adalah Nabi saw minum dengan tiga kali nafas, jika bekas mendekati mulut baginda, baginda membaca bismillah, apabila menjauhinya, baginda bertahmid, baginda melakukannya tiga kali.”

Kata Ibn Hajar: “Hadith ini asalnya di dalam Ibn Majah, dan ia ada syahid (sokongan) dari hadith Ibn Mas’ud di sisi al-Bazzar dan al-Tobrani. Al-Tirmizi mengeluarkannya dari hadith Ibn ‘Abbas (iaitu hadith yang dinyatakan di atas):

Maksudnya: “dan sebutlah bismillah bila kamu hendak minum dan bertahmid jika kamu selesai”

Hadith ini boleh membawa maksud (membaca bismillah dan bertahmid itu) pada permulaan dan akhir sahaja.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 04:48 PM | Show all posts
Hadith Ketiga:
TIDAK TERDAPAT hadith yang sahih mahupun hasan yang menjelaskan apakah bahasa yang digunakan oleh ahli syurga di akhirat nanti dalam perbualan mereka. Adapun hadith:

أحبوا العرب لثلاث لأني عربي ، والقرآن عربي ، وكلام أهل الجنة عربي

Maksudnya: “Cintailah Arab kerana tiga perkara: Kerana saya seorang Arab, al-Quran itu berbahasa Arab, dan percakapan ahli syurga itu dengan bahasa Arab.” (HR al-Tabrani di dalam al-Awsath, al-Hakim, al-Baihaqi di dalam Syu’b al-Iman dan selain mereka dari Ibn ‘Abbas r.’anhuma)

Hadith ini telah dihukumkan sebagai hadith palsu oleh Ibn al-Jauzi, kata al-Zahabi pula: “Aku menyangka hadith ini adalah hadith Palsu.” Demikian juga al-Albani menghukumkan hadith ini sebagai hadith palsu di dalam al-Silsilah al-Daiefah (bil. 160)

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: “Demikian itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far Muhammad bin Abdillah al-Hafidz al-Kufi yang dikenali sebagai Mateen (مطين), menceritakan kepada kami al-‘Ala bin ‘Amr al-Hanafi, menceritakan kepada kami Yahya bin Zaid al-As’ariy, menceritakan kepada kami Ibn Juraij daripada ‘Ato daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma katanya: “Sabda Nabi saw:

“Cintalah Arab kerana tiga perkara: Kerana baginda Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan lisan ahli syurga itu adalah berbahasa Arab.”

Berkata al-Tha’labiy (الثعلبي): “(hadith ini) tidak ada asal baginya.”

Pernah ditanya kepada Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dengan bahasa apakah manusia bertutur pada hari kiamat ? apakah Allah berbicara dengan bahasa Arab, dan apakah benar bahasa ahli neraka adalah bahasa Parsi dan bahasa ahli syurga dengan bahasa Arab?

Jawapan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah:

‘Segali pujian bagi Allah tuhan sekelian alam. Tidak diketahui apakah bahasa yang akan dituturkan oleh manusia pada hari akhirat, tidak diketahui juga apakah bahasa yang didengari dari percakapan Allah (pada hari tersebut), ini kerana Allah swt dan RasulNya saw tidak mengkhabarkan kepada kita sesuatupun tentang perkara ini, tidak sahih juga kononnya bahasa Parsi itu bahasa ahli neraka, tidak sahih juga bahasa Arab itu bahasa ahli syurga, tidak juga kami ketahui adanya perbahasan di kalangan sahabat r.’anhum dalam perkara ini, bahkan semua mereka menahan diri dari membicarakan perkara ini, kerana perbicaraan tentangnya termasuk perkara yang tidak perlu. Akan tetapi berlaku perbincangan dalam perkara ini di kalangan orang-orang kemudian. Sekumpulan manusia berkata ahli syurga itu saling berbicara dengan bahasa Arab, sebahagian yang lain pula berkata melainkan ahli neraka, mereka menjawab dengan bahasa Parsi, itulah bahasa mereka di dalam neraka. Berkata sebahagian yang lain pula mereka berbicara sesama mereka dengan bahasa Suryani, kerana ia merupakan bahasa Nabi Adam, dan daripada bahasa Suryani itu bercambahnya bahasa-bahasa lain. Berkata sebahagian yang lain pula melainkan ahli syurga, dimana mereka akan berbicara dengan bahasa Arab. Semua pendapat-pendapat ini tidak ada hujah dari samaada dari akal ataupun naqal, bahkan ianya semata-mata dakwaan yang tidak ada dalil. Wallahu a’lam wa ahkam. (Sila lihat Majmu’ al-Fatawa 4/299)

wallahu a'lam.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2013 04:53 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 04:47 PM
Hadith Kedua

1.        Sememangnya ada hadith yang melarang bernafas di dalam b ...

Ada tak hadith yang spesifik berkaitan dengan larangan meniup air minuman yang panas?



Sememangnya ada hadith yang melarang bernafas di dalam bekas makanan dan minuman. Hadith tersebut ialah:

إذا شرب أحدكم فلا يتنفس في الإناء
Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu minum, maka jangan dia bernafas di dalam bekas.” (HR al-Bukhari)

Yang ni memang saya setuju Last edited by mnm77 on 1-7-2013 04:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 05:03 PM | Show all posts
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du,
Terdapat beberapa hadis yang menunjukkan larangan meniup makanan atau minuman. Diantaranya,
1. Hadis dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَفَّسْ فِي الإِنَاءِ، وَإِذَا أَتَى الخَلاَءَ فَلاَ يَمَسَّ ذَكَرَهُ بِيَمِينِهِ…
Apabila kalian minum, janganlah bernafas di dalam gelas, dan ketika buang hajat, janganlah menyentuh kemaluan dengan tangan kanan… (HR. Bukhari 153).
2. Hadis dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang bernafas di dalam gelas atau meniup isi gelas. (HR. Ahmad 1907, Turmudzi 1888, dan dishahihkan Syuaib Al-Arnauth).
Mengapa dilarang ditiup?An-Nawawi mengatakan,
والنهي عن التنفس في الإناء هو من طريق الأدب مخافة من تقذيره ونتنه وسقوط شئ من الفم والأنف فيه ونحو ذلك
Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum termasuk adab. Karena dikhawatirkan akan mengotori air minum atau ada sesuatu yang jatuh dari mulut atau dari hidung atau semacamnya. (Syarh Shahih Muslim, 3/160)
Hal yang sama juga disampaikan Ibnul Qoyim,
وأما النفخ في الشراب فإنه يكسبه من فم النافخ رائحة كريهة يعاف لأجلها ولا سيما إن كان متغير الفم وبالجملة : فأنفاس النافخ تخالطه ولهذا جمع رسول الله صلى الله عليه و سلم بين النهي عن التنفس في الإناء والنفخ فيه
Meniup minuman bisa menyebabkan air itu terkena bau yang tidak sedap dari mulup orang yang meniup. Sehingga membuat air itu menjijikkan untuk diminum. Terutama ketika terjadi bau mulut. Kesimpulannya, nafas orang yang meniup akan bercampur dengan minuman itu. Karena itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggabungkan larangan bernafas di dalam gelas dengan meniup isi gelas. (Zadul Ma’ad, 4/215).
Bolehkah Menggunakan Kipas Angin?Memperhatikan alasan yang disampaikan oleh An-Nawawi dan Ibnul Qoyim tentang mengapa kita dilarang meniup makanan, bisa kita simpulkan bahwa menggunakan kipas dalam hal ini dibolehkan. Dengan syarat, kipas yang digunakan bukan kipas yang berdebu, yang kotor, sehingga justru menyebarkan penyakit pada makanan atau minuman.
Allahu a’lam

Mari kita meninjau kepada mafhum hadith Nabi S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A:"Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya". (HR At-Turmizi)

SAYA MUSYKIL KENAPA SAUDARA NAK MEMPERTIKAIKAN LARANGAN TERSEBUT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2013 05:09 PM | Show all posts
Ibnu Abbas menuturkan : “Bahwasanya Nabi Shallallaahu ‘Alaihi Wassalam melarang bernafas pada bejana minuman atau meniupnya”. (HR. At-Turmudzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Lebih lengkapnya, sebagai berikut : Dari Abu Said al-Khudri r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. melarang meniup dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: “Ada kotoran mata yang saya lihat di dalam wadah itu.” Beliau s.a.w. bersabda: “Alirkanlah -sehingga kotoran itu hilang-.” Orang itu berkata lagi: “Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum dari sekali nafas.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Kalau begitu singkirkanlah dulu wadahnya itu dari mulutmu -dan bernafaslah di luar wadah-.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. melarang kalau ditarik nafas dalam wadah (tempat minum) atau ditiupkan di dalamnya.” Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadits hasan shahih.

Jadi kita dilarang menarik napas dan mengeluarkan napas, baik dari hidung maupun dari mulut ke dalam gelas yang kita gunakan untuk minum. Rasulullah SAW adalah utusan Allah SWT, tentu yang Beliau sampaikan ada manfaatnya untuk umatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 05:29 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 05:03 PM
SAYA MUSYKIL KENAPA SAUDARA NAK MEMPERTIKAIKAN LARANGAN TERSEBUT?

Saya tanya:

Ada tak hadith yang spesifik berkaitan dengan larangan meniup air minuman yang panas?

Hadith yang saudara bawakan tu berkaitan larangan BERNAFAS dalam bekas minuman, dan disyarahkan sebagai ADAB untuk menjaga kebersihan (sebagai hikmah)

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُتَنَفَّسَ فِي الإِنَاءِ أَوْ يُنْفَخَ فِيهِ

Saya tak pertikai pun hadith tu. Alhamdulillah...

Meniup minuman bisa menyebabkan air itu terkena bau yang tidak sedap dari mulup orang yang meniup. Sehingga membuat air itu menjijikkan untuk diminum. Terutama ketika terjadi bau mulut. Kesimpulannya, nafas orang yang meniup akan bercampur dengan minuman itu. Karena itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggabungkan larangan bernafas di dalam gelas dengan meniup isi gelas. (Zadul Ma’ad, 4/215).

Saya rasa dah jelas syarah hadith yang saudara bawa sendiri, larangan bernafas dengan meniup isi gelas...

Kalau air panas bukannya kita bernafas dalam bekas/gelas pun... sebab panas....  tujuan tiup bukan untuk bernafas ketika minum air panas tu, tujuan tiup tu untuk menyejukkan minuman... kemudian baru minum...

Apapun, saya juga setuju yang air minuman panas lebih elok dibiarkan sejuk tanpa meniup ke dalam bekas minuman... walaupun larangan tu lebih kepada larangan bernafas ketika minum (tentulah akan meniup/hembus bila bernafas ketika minum)

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 1-7-2013 05:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 05:47 PM | Show all posts
MACAM NAK MEMBELA SEPHIROTH JE....
BUKANKAH DAH ADA RUANGAN AGAMA UNTUK AGAMA YANG LAIN???? KENAPA PERLU TANYA DALIL DAN HADITH MENGENAI PERKARA TERSEBUT???

BOLEH SAYA TANYA SAUDARA??? SOLAT LIMA WAKTU...BOLEH BERI DALIL DAN HADITHNYA TAK???

Last edited by uniq61 on 1-7-2013 05:52 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 05:54 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 05:47 PM
MACAM NAK MEMBELA SEPHIROTH JE....
BUKANKAH DAH ADA RUANGAN AGAMA UNTUK AGAMA YANG LAIN????

Bro,

Kalau orang burukkan Islam, kita pertahan Islam dengan Al-Quran dan Sunnah....

Kalau kita balas tuduhan dengan buat fitnah pula kepadanya, macamana nak berdakwah?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 05:55 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 05:55 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 05:47 PM
BOLEH SAYA TANYA SAUDARA??? SOLAT LIMA WAKTU...BOLEH BERI DALIL DAN HADITHNYA TAK???

Boleh search.. dah ada perbincangan pasal dalil hadith solat 5 waktu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 05:56 PM | Show all posts
Kalau orang burukkan Islam, kita pertahan Islam dengan Al-Quran dan Sunnah....

Kalau kita balas tuduhan dengan buat fitnah pula kepadanya, macamana nak berdakwah?


DIA BOLEH FAHAM KE???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2013 05:57 PM | Show all posts
Boleh search.. dah ada perbincangan pasal dalil hadith solat 5 waktu


BILA SAYA TANYA JE...KATA BOLEH SEARCH....SAYA NAK SAUDARA YANG PAMIRKAN DISINI...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2013 05:58 PM | Show all posts
JANGAN JADI MACAM OSTAZAH ABBY DAH LE???
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 06:00 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 05:58 PM
JANGAN JADI MACAM OSTAZAH ABBY DAH LE???

Saya tiada masalah peribadi dengan saudara.. saya harap saudara boleh teruskan berforum dan elakkan provokasi


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 06:23 PM | Show all posts
uniq61 posted on 1-7-2013 05:57 PM
BILA SAYA TANYA JE...KATA BOLEH SEARCH....SAYA NAK SAUDARA YANG PAMIRKAN DISINI...

Boleh saya tahu dah berapa kali yang saudara tanya saya, saya suruh search? Baru kali pertama kan?

BOLEH SAYA TANYA SAUDARA??? SOLAT LIMA WAKTU...BOLEH BERI DALIL DAN HADITHNYA TAK???

Oklah... untuk meraikan permintaan saudara...

-Off Topic-

Dalil Al-Quran:
Ar-Rum: 17-18
Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada menjelang malam (Maghrib dan 'Isyak) dan semasa kamu berada pada waktu menjelang Subuh.
dan bagiNya segala puji di langit dan di bumi, dan apabila kamu berada pada waktu petang (Asar) dan ketika kamu berada pada menjelang waktu Zuhur.

Kata Ibni Abbas RA, inilah dalil solat fardhu 5 waktu dalam Al Quran

Dalil hadith pasal solat 5 waktu boleh diperolehi dari hadith berkaitan Israk & Mi'raj. Berikut adalah sebahagian petikan dari hadith yang panjang dari Sahih Bukhari

....  Musa bertanya; "Apa yang telah diperintahkan kepadamu?" Aku menjawab: "Aku diperintahkan solat lima puluh kali setiap hari". Musa berkata; "Sesungguhnya ummatmu tidak akan sanggup melaksanakan lima puluh kali solat dalam sehari, dan aku, demi Allah, telah cuba menerapkannya kepada manusia sebelum kamu, dan aku juga telah berusaha keras membenahi Bani Isra'il dengan sungguh-sungguh. Maka kembalilah kepada Rabbmu dan mintalah keringanan untuk umatmu". Maka aku kembali dan Allah memberiku keringanan dengan mengurangi sepuluh solat, lalu aku kembali menemui Musa. Maka Musa berkata sebagaimana yang dikatakan sebelumnya, lalu aku kembali dan Allah memberiku keringanan dengan mengurangi sepuluh solat, lalu aku kembali menemui Musa. Maka Musa berkata sebagaimana yang dikatakan sebelumnya, lalu aku kembali dan Allah memberiku keringanan dengan mengurangi sepuluh solat, lalu aku kembali menemui Musa. Maka Musa berkata sebagaimana yang dikatakan sebelunya. Aku pun kembali, dan aku di perintah dengan sepuluh kali solat setiap hari. Lalu aku kembali dan Musa kembali berkata seperti sebelumnya. Aku pun kembali, dan akhirnya aku diperintahkan dengan lima kali solat dalam sehari. Aku kembali kepada Musa dan dia berkata; "Apa yang diperintahkan kepadamu?". Aku jawab: ""Aku diperintahkan dengan lima kali solat dalam sehari". Musa (AS) berkata; "Sesungguhnya ummatmu tidak akan sanggup melaksanakan lima kali solat dalam sehari, dan sesungguhnya aku, telah cuba menerapkannya kepada manusia sebelum kamu, dan aku juga telah berusaha keras membenahi Bani Isra'il dengan sungguh-sungguh. Maka kembalilah kepada Rabbmu dan mintalah keringanan untuk umatmu". Baginda berkata: "Aku telah banyak memohon (keringanan) kepada Rabbku sehingga aku malu. Tetapi aku telah redha dan menerimanya". Ketika aku telah selesai, terdengar suara orang yang berseru: "Sungguh Aku telah memberikan keputusan kewajiban-Ku dan Aku telah ringankan untuk hamba-hamba-Ku".
(HR Bukhari)

WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 1-7-2013 08:46 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:48 PM | Show all posts
this thread is getting interesting ...hmm ...I like it.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.287365 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list