CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GuaAnakMelaka

Kakitangan kerajaan tidak berubah sampai kiamat?

[Copy link]
 Author| Post time 4-6-2013 05:10 PM | Show all posts
hest posted on 4-6-2013 02:53 PM
sebenarnya senang...

kalau rasa terkena.. patut dekat situ juga sound pegawai berkenaan. kalau di ...

semua aku dah buat..aduan melalui surat,talian 1Malaysia  ,Biro Pengaduan Awam dll..

tp mentaliti mangkuk hayun pn x berubah...

aku tuilis sini sbb aku tahu ghamai keje gomen dalam porum Cari ni....

biar mereka muhasabah diri....

cuma saman je belum aku buat ....setakat ni senarai nama ada 10 orang...


tunggulah masanya bila bom dah betul2 meletup.....tunggulah masanya aku dah hilang sabarrr...

yg dlm porum sampai momod stalker dan beghenti jd momod pun nk salahkan aku....

kalau mana-mana yg x puas hati dgn kau,kita boleh jumpa sama  ada depa momod ka,admin ka....aku gentleman,bukan pandai baling batu sembunyi tangan..

aku tahu ramai pegawai kerajaan kutuk bos mereka sendiri dalam porum nie..pandai melalak je dalam porum....sbb depa taw,boss mereka x kenal pun dgn nama LUNCAI dan POYO....


tp bila di pejabat,punyalah alim nak mampus,jilat tangan boss lagi...

aku bukan x nak respek sape2 dlm porum nie............................

dan aku x pernah kurang ajar jk org x kurg ajar dgn aku....

mcm budak bangsat yg kutuk2 aku dlm thread ni PONDAN yg berani baling batu sembunyi tangan...aku minta bagi alamat tempat keje,meroyan  pula...

kata gentleman....

Maaf cakap..kalau nak bekerja,ikhlas....x nk keje,sila bergenti...

RAMAI LAGI MANUSIA IKHLAS NAK KERJA GOMEN TP MEREKA X DAPAT PELUANG..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2013 05:13 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 4-6-2013 05:10 PM
semua aku dah buat..aduan melalui surat,talian 1Malaysia  ,Biro Pengaduan Awam dll..

tp mentali ...

terpulang la bang saat

saya cakap menda yang betul..

kalau macam ni juga caranya..

buatlah mana yang baik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 05:15 PM | Show all posts
aku amat sedih sgt ari ni...........kawan baik sama2 usahawan MARA meninggal dunia malam tadi akibat sesak nafas...

11 pg td kebumi..pegawai2 MARA pun ramai datang td di perkuburan...

jadual aku esok ke JB x taw lg boleh pergi ke x....

last jumpa Sabtu lepas...

al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 11:24 AM | Show all posts
wahhhh hotnya story kt sini

bincang dgn berhemah ye
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 12:50 PM | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 4-6-2013 05:15 PM
aku amat sedih sgt ari ni...........kawan baik sama2 usahawan MARA meninggal dunia malam tadi akibat ...

innalillah...

takziah kepada keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2013 11:46 PM | Show all posts
Sikap tak kisah jejaskan nama perkhidmatan awam
2013/07/18 - 07:52:22 AM Rejal Arbee
  
Semua kementerian dan agensi kerajaan tidak lama lagi akan diwajibkan untuk menubuhkan unit integriti. Diharapkan dibuat dalam tempoh terdekat bukannya berbulan disebabkan keadaan dalam pelbagai jabatan kerajaan kini agak meruncingkan.

Kini sudah ada penjawat awam yang tidak kisah lagi dengan perbuatan tidak amanah untuk menyara anak isteri mereka. Bagi sesetengah daripada mereka, apa pun boleh asalkan dapat hidup mewah.
Usaha untuk menentukan wujudnya keadaan integriti terbaik ini perlu juga merangkumi semua institusi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan apa juga permit atau lesen untuk pelbagai khidmat, termasuk permit untuk menubuhkan sesebuah institusi pengajian atau memperkenalkan program pelajaran baru di institut pengajian tinggi.

Satu peristiwa yang berlaku baru-baru ini menggagalkan usaha sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang dikuasai seorang pengusaha Melayu untuk mengambil alih sebuah institusi pengajian tinggi dimiliki orang Cina hanya kerana kerenah penjawat awam di Kementerian Pelajaran.

Wujudnya penjawat awam demikian bukan saja tidak membantu usaha murni itu tetapi menghalangnya sehingga tarikh perjanjian awal pembelian itu luput gara-gara kerenah penjawat awam yang sengaja melengahkan pertimbangan pengeluaran permit dikehendaki.

Syarikat itu sudah mengemukakan permohonan mendapatkan permit membolehkannya mengambil alih syarikat itu pada Februari lalu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Usaha untuk mendapat maklum balas mengenai permohonan itu tidak berjaya kerana pegawai bertanggungjawab tidak boleh dihubungi. Setiap kali menelefon ke pejabatnya, dia tidak ada kononnya sedang bercuti, menghadiri kursus atau sakit.

Campur tangan menteri
Oleh itu, tiada siapa pun memberi perhatian kepada permohonan menghubungi pejabat menteri terbabit. Apakah dengan campur tangan menteri baru mereka mahu melihat permohonan itu?

Berikutan itu, minggu lalu penjawat awam terbabit tergesa-gesa memanggil mesyuarat pada keesokannya. Mesyuarat itu dipengerusikan oleh seorang timbalan ketua pengarah dan jelas daripada apa yang berlaku fail permohonan tidak pernah dibuka. Mereka pula dengan selamba berkata, susah hendak mencari fail dan meminta permohonan baru dibuat, sedangkan pegawai syarikat terbabit sudah mengeluarkan salinan permohonan lengkap mereka dengan segala salinan dokumen yang dikehendaki.

Yang menghairankan apakah jabatan itu tidak mempunyai sistem fail sendiri supaya sebarang fail mengenai apa pun permohonan dikemukakan, disimpan secara teratur dan mudah diperoleh apabila dikehendaki?

Difahamkan pengusaha itu sudah mengutus surat kepada menteri yang dia kenali dan awal minggu ini penjawat awam terbabit barulah tersentak untuk berusaha menimbang permohonan itu. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur kerana perjanjian awal jual beli antara kedua-dua syarikat terbabit sudah luput. Oleh kerana kerenah penjawat awam ini, usaha mengambil alih sebuah syarikat bukan Melayu oleh sebuah syarikat Melayu gagal. Siapa harus dipersalahkan atas kegagalan itu kalau bukan penjawat awam terbabit?

Yang menghairankan apakah tiada peraturan yang mengehendaki semua jabatan kerajaan, termasuk pihak berkuasa tempatan memberi maklum balas dalam masa singkat kepada semua pemohon bahawa permintaan mereka sudah diterima dan sedang diberi pertimbangan.

Jika tiada, apakah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berfikir peraturan demikian perlu diadakan? Tempohnya boleh dirunding antara JPA dan kementerian atau jabatan berkaitan supaya tempoh yang munasabah boleh ditetapkan.

Galakkan perlakuan rasuah

Mana-mana penjawat awam tidak mematuhi tempoh itu boleh dikenakan tindakan setimpal, termasuk memberhentikannya. Apa susahnya untuk memberi jawapan permohonan sudah diterima atau sedang diberi pertimbangan?

Sikap tidak kisah sedemikian ini hanya membusukkan nama baik perkhidmatan awam dan ia juga boleh menjurus kepada perlakuan rasuah. Sememangnya dalam hal ini, pemohon mendapat tahu daripada rakan mereka bahawa permit atau lesen yang mereka kehendaki itu boleh didapati dengan mudah tanpa sebarang kerenah sekiranya mereka sanggup menghulurkan duit. Pengusaha itu sebagai seorang Islam prihatin tidak mahu terbabit dalam sebarang perlakuan rasuah dan ini menggagalkan usahanya itu.

Tidak menghairankan juga kenapa sebuah institusi pengajian tinggi yang sering menghebohkan mengenai kedudukannya hingga ke peringkat antarabangsa dengan mudah malah dalam tempoh seminggu berjaya memperoleh permit, misalnya untuk memperkenalkan satu program pengajian baru.

Penulis ialah Felo Kanan di UKM

http://www.bharian.com.my/bharia ... dmatanawam/Article/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2013 07:11 PM | Show all posts
terima kasih atas segala komen di sini... bagi saya ini amat membantu kami sebagai penjawat awam untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.... ambil yg keroh buang yg jerneh....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 11:14 AM | Show all posts
cammie1711 posted on 3-6-2013 10:00 AM
Terima je le kenyataan wahai gomen servant oii...
Bahawasanya memang banyak kaum2 kamu itu tidak m ...

Jangan le emosional cam tu....sama2 le membantu...sebenarnya ramai yg jumpa anggota awam di kaunter yg jenis cam nie....yg lain majoriti ok....satu lagi kena tgk kedua belah pihak....klu anggota awam camni...cuba tgk gelagat masyarakat yg datang buat hal kat pejabat kerajaan lak....antaranya semua nak cepat..bila sebut kaunter kerajaan ...menerima ramai org berurusan.....duk x sampai 5 minit dah panas punggung....cam berurusan kat opis mak bapak dia....kejap2 tanya sana..tanya sini...kata kenapa kaunter tu tutup(dah time pekerja tu kena rehat..ikut jadual..swasta pun cam tu)..tanya kenapa mamat tu lambat buat kerja(kang silap buat marah lak)..kata apasal lembab (sebab urusan orang tu 5-6 urusan sekali buat..siap tolong buat untuk kawan sekali) ....sampai kalau kat hospital pernah ada marah2 nurse kenapa bagi orang yg dalam kecemasan dulu dari dia sebab dia ambik no dulu....

Tu tak termasuk yg datang ambik no...lepas tu duduk goyang kaki..bila dipanggil semua takde...borang x ada tau x isi ...dokumen tak bawak...fotostat tu takde.....sedangkan masa ambik no giliran tadi terang-terangan & besar2 ditulis..isi borang dulu & sediakan benda nie benda tu......kan ini dapat cepatkan masa berurusan..diri sendiri cepat selesai..org lain menunggu cepat dapat giliran...ada tu tertinggal dokumen le..lepas tu call panggil isteri atau suami pergi ambik ...lepas tu sampai marah2 & maki mamat atau minah kaunter sebab tak inform dia awal2 kena buat ikut flow yg terang2 dah dibagitahu kat tempat ambik no giliran...sesetengah tu pergi sebab dah lambat bayar ke ape ke..tapi nak settle cepat..

saya pun pernah tunggu kat hospital sampai 7-8 jam semata2 nak dapat rawatan.....kat mana2 pun sama kalau sebut perkhidmatan awam....pelanggannya ramai, ada urusan masing-masing, semua nak cepat, semua nak free & subsidi, semua nak selesaikan mengikut masa....tapi rasanya pergi hospital swasta pun hampir sama...cuma cepat sikit & boleh settle segera kalau ada duit.....sebab semua ada caj.....

cuma kalau ada pegawai tak ok tu memang patut le kena ingatkan & jangan segan silu maklum kat ketuanya.....tak nak yg bermasalah bekerjA DI BAHAGIAN HADAPAN...dan susahkan org ramai & kerajaan sendiri....dan satu lagi penjawat awam nie pun orang ..ada juga masalah..moodnye....bukannya robot...klu sehari dah jumpa beratus orang dengan macam2 perangai..tak ke haru biru jadinye..apapun buat salah kenalah tegur....kata je kat yg bermasalah tu....jangan le makan gaji buta..nie bukan syarikat mak bapak kau....klu malas buat kerja..berhenti dan cari kerja lain..kerja nie bagi kat aku....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2013 11:34 AM | Show all posts
redseven posted on 26-7-2013 11:14 AM
Jangan le emosional cam tu....sama2 le membantu...sebenarnya ramai yg jumpa anggota awam di kaunte ...

Emosional?? No.......just bagitau yg betul je. org gomen mesti nk bekap org gomen juga kannn...
well..for me, mmg tak ade istilah bantu-membantu ok?
customer always right! kerja tetap kerja, mesti professional & efficient.
Sbb kami yg swasta ni mmg dh diajar utk respect customer sbb itu adalah sumber pendapatan kami
Buat yg terbaik & kalau boleh no pending matter!
ko ade mslah ke, sakit ke g amik cuti. Jgn nk tunjuk muka toya kt dpn customer
Ape yg saya tau kalau gomen xde pulak nk tolak ansur pun ngan kitorang.
Denda tetap denda, kompoun tetap kompoun, byr lmbt sket terus nk serbu opis
dh tu kalau ade kesilapan ape2 dr pihak gomen kite jugak yg susah payah nk buat surat bagai
pastu nk follow up balik mkn masa berbulan2
sgt menyusahkan ok!!
so, buat ape kitorang nk saling membantu org gomen lak??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 12:23 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 26-7-2013 11:34 AM
Emosional?? No.......just bagitau yg betul je. org gomen mesti nk bekap org gomen juga kannn...
w ...

maksud membantu tu sama2 mempercepatkan urusan & kerja masing-masing..yg penjawat awam tu bersedia buat kerja dia dgn betul & cepat  dan orang awam pun buat part dia....tak le satu pihak buat kerja dah le lambat....yg nak berurusan tu pun 2x5...borang atau dokumen atau apa2 je tak ok....last2 dua2 masam muka sebab akan jadi lambat....sebab anatara fokus kerja yg tak ok adalah nak cepat.....

klu tak nak membantu & bagi cadangan takpe...tapi bersedialah menerima keadaan seperti kelambatan yg akan berterusan...atau kalau bnyak duit tu bayar je org tengah buat kerja utk korang..korang kan malas nak beratur panjang2...ambik no....duduk berjam2...kena isi dokumen sendiri....bagi je dioarang buat....

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 12:54 PM | Show all posts
redseven posted on 26-7-2013 12:23 PM
maksud membantu tu sama2 mempercepatkan urusan & kerja masing-masing..yg penjawat awam tu bersedia ...

Yess..
itulah yang sebenarnya...
ada duit semua boleh cepat kannnnn...
nak kata cadangan, dh byk cadangan yg rakyat marhein bagi
sistem tu mmg dh ok! cuma attitude staff tu je yg buat benda jadi menyusahkan
mmg tak boleh di tegur & taknak terima kenyataan
sentiasa rasa diri tu besar walaupun hanya bergred 1 sajork
rasa besar sbb kalau ade papehal rakyat terpaksa cari mereka jugak kan?
tak perlulah nk menegakkan benang yg basah
kalau tak betul takdela org ramai saja2 nak komplen
lagipun I tau BUKAN SEMUA yang x berhemah
masih ada la, tapi I jarang jumpa sbb rata2 mmg bad attitude
yg frontdesk tu mmg la rakyat boleh saling membantu
tapi yg belakang tabir tu pe kes lak?
kekadang semua dokumen, supporting doc dah cukup pun paling cepat 2 mggu!
dah la prosedur/undang2 kerap kali bertukar
yg pandai tu boleh la buat research dulu,
tapi yg mana x pandai tu jadi la org bodoh dtg kaunter menyerah diri utk dimarahi oleh staff gomen

Tak perlu terasa kalau diri dh buat kerja dgn amanah & berhemah
yang penting improvement!

peace


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 03:22 PM | Show all posts
cammie1711 posted on 26-7-2013 12:54 PM
Yess..
itulah yang sebenarnya...
ada duit semua boleh cepat kannnnn...

memang saya bersetuju altitude sesetengah tu memang tak ok....pening dibuatnye..bukan pada org luar sahaja tapi HR sendiri....
bukannye nak tegakkan benang basah.....tapi kalau letakkan 100% kesalahan pada penjawat awam tak adil lah,,,,sebab bukan semua cam tu....
saya pernah kerja dua2 sektor..memang ada beza cuma satu perbezaan besar ialah penjawat awam kena ikut peraturan..kadang2 nak buat keputusan pun susah...kena tanya pegawai....maklumah kut berlaku salahguna kuasa....rasuah ke....berbeza dgn swasta ..mudah buat keputusan & tak perlu SOP kerja sangat..cuma kalau silap tanggung sendiri le...

kalau orang cam saudari kerja dgn kerajaan mungkin boleh tahu lebih mendalam....orang cakap mata yg meandang tak sama dengan bahu yg memikul....ada yg kerja separuh mati....sampai guna duit sendiri buat belanja atau tidak dibayar kerja overtime pun....ada kerja sampai malam atau ada sampai tak balik rumah berhari2 tak dapat apa2 pun....kalau swasta dah dapat elaun atau overtime...

cuma sesetengah yg bermasalah nie le memburukkan pekerja lain yg memang bekerja utk bantu rakyat....sampai hidup sendiri tunggang langgang pun tak kisah..harap saudari terus mengingatkan perkara ini serta terus report sebarang masalah berkaitan penjawat awam yg bermasalah ...biar mereka yg malas atau salahguna kuasa nie mendapat tindakan sepatutnya....

dan juga harap jangan le hina sesetengah penjawat awam yg memang bekerja bersungguh-sungguh untuk negaranya....sebab saya pernah jumpa & kenal seorang melayu dan pegawai berbangsa  india yg bekerja dalam kerajaan bersungguh-sungguh tanpa pedulikan keadaan dirinya sendiri....orang cakap kerja sampai mati .....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 11:31 PM | Show all posts
aku ada pengalaman buruk deal ngan org2 kerajaan....dia org ni memang samdol tahap gaban.....nak kata gaji x berbayar berbulan mustahil la....nak kata x der bonus tiap2 tahun rasa dpt....nak malas pun beragak skit jgn laa terang2
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2013 04:30 PM | Show all posts
aku pon ade... aku nye permohonan nak dapatkan balik wang yg diclaim... aku call... da sebulan tertunggak..then die nye alasan...

"maaf, skarang jabatan kami sedang dirombak.jadi kami xde ketua/pegawai atasan.. jadi cheque tu masih pending..tade sape nak tandatangan"


der.... da sebulan..takkan xde pengganti? mebi on behalf ke?? da la tu memang duit kitorang..... nak raya pon x cukup duit............................ cepatlah luluskan...........................................................
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 11:56 AM | Show all posts
genchi posted on 3-6-2013 09:14 AM
its ok

samelahh gen pun.. kdg2 bila terpksa berurusan dgn gomen neh

meh la sini aku jawab sikit sistem kerja orang gomen nih .......
dalam pejabat kerajaan ini ada banyak unit dan setiap unit ada ketua ........dan setiap unit ada staff dan kerja mereka hanya satu perkara sahaja dari 1 hingga ke Z .........jadi orang dari unit lain tidak di benarkan campor tangan semua hal ........bile dah sistem begitu dari lahir maka sampai kiamatlah orang lain tak di benarkan ambil tahu dan tidak di benarkan campor tangan ..........cuba bayangkan dalam satu bahagian ada kat 50 unit makna ada 50 Ketua dalam bahagian itu sahaja .......... cuba fikirkan dan bayangkan keadaan itu jika ada orang luar mahu berurusan ......atas sebab dah termaktub dalam undang-undang maka dah jadi badi mereka tidak akan sesekali campor tangan walau apa jadi sekali pun .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2013 02:32 PM | Show all posts
hasmania posted on 1-8-2013 11:56 AM
meh la sini aku jawab sikit sistem kerja orang gomen nih .......
dalam pejabat kerajaan ini ada b ...

mcm takde komunikasi dlm kerja la gitu.. dlm organisasi kita ada internal n external kastemer..
internal ialah rakan sekerja.. msti ade tolong menolong..

susah la kalo jadikan mende neh trend.. susahkan owang luar n bg bad impression kt orang lua..
kita phm kowang smer kerja ikot tred yg sedia ada.. tp owang atasan kene tukar trend neh..

biar boleh ade saling bantu membantu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2013 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe...so true... Keje gomen susah nk kena buang... Bile nk evaluate based on performance, terus protes... Tapi keje dok menulor je... 8 pg x de kuar breakfast, kol pukul 10 pg pun x de kuar minum pg pulak, kol pukul 12.50 tgh hari pun x de da kuar lunch... Aduh, stress.... Kalo yg umur nk pencen tu dtg keje pun cukup syarat je punch in and out... Keje almost zero... Cikgu lak keje separuh hari je tp gaji mak aiii... Tu yg bley buat MLM bagai... Students pun x yah ngajar beria sbb pusat tuition melambak...bukan semua la tp dah jadi culture kot... This is based on my observation not represents all gov servants anyway....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2013 07:40 PM | Show all posts
Who??
Gomen???

Who???
Gomen???


ia bukanlah tempat lambakan pekerja yg bagus-bagus...
Itu mungkin era antara 60-an hingga akhir 80-an..

Bagi aku, gomen adalah lambakan tempat berkumpulnya sedara-mara, kroni-macaroni..


Nak ubah gomen senang je..

ubah komposisi kaum bagi setiap level of management..

Tak yah banyak..

Cukup letak 70% Melayu, 20% Cina dan 10% India...

p/s: Aku rasa kalau buat 50% Melayu, 25% Cina, 25% India, mahu nangis gomen staff stress...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb nila setitik habis susu sebelanga. Kesian k/tgn gomen yg keje bersungguh2
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2013 04:58 PM | Show all posts
Realitinya klu korang selidik...sebahagian kakitangan kerajaan sekarang suka bercerita politik...& sebahagian besar di sektor pendidikan atau jabatan yg ada kaunter yg korang x suka tu adalah terdiri peyokong hebat pembangkang...x percaya ..cubalah siasat....bukan nak masuk cerita politik nie atau nak burukkan sesapa....tetapi ramai masyakat luar ingat kakitangan kerajaan adalah penyokong tegar kerajaan...tetapi hakikatnya adalah sebaliknya......tak semua..tapi adalah sebahagian.....tapi itulah kesannya pd perkhidmatan...ada staf tu asyik cari cerita nak kutuk kerajaan...berbual2 kosong & negatif pasal jabatan mereka sendiri....tak kata yg lain ok...tapi cubalah tuan puan siasat sendiri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.081083 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list