Damia menyeka air mata yangmengalir. Lebih kurang setengah jam lagi dia akan sampai negeri kelahirannya.Dua bulan berpisah dengan Nek Jah menimbulkan kerinduan yang teramat sangat.Disitulah kasih sayang dicurahkan dengan penuh ikhlas dan jujur. Kalaulah diaada pilihan lain pasti dia memilih untuk tidak berpisah dengan wanita tua itu.
Sebuah teksi memasuki perkaranganrumah Nek Jah ketika dia sedang menyapu di laman rumah. Wanita tua itu cubamengagak gerangan siapa yang datang ke rumahnya itu. Apabila melihat orang yangdisayangi pulan, Nek Jah tersenyum pilu. Masih ingat lagi Damia kepadanya.
“Nenek ….”
“Mia…”
Mereka berpelukan untuk seketikauntuk melepaskan rindu yang terbuku di dalam hati.
“ Mia rindukan nenek. Nenek sihat?”soal Damia ketika mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Rasa bersalah pulaapabila tak pernah bertanya khabar wanita itu selama dia berada di Johor.
“ Samalah nak. Hari-hari nenekteringatkan kamu. Sihat Alhamdulillah. Ni nenek nak tanya kenapa kamu kurussangat ni? Nazirul tak bagi makan pakai cukup ke?” Nek Jah bertanya. Risaumelihat cucu kesayangannya itu tak ubah seperti orang sakit. Kurus, lemah takbermaya. Berbeza dengan dulu.
Damia terdiam. Patut ke dia jujuratau simpankan saja kisah sedih hidupnya disana.
“ Eh dah kurus ke nek? Mana ada.Mia suka tinggal kat sana. Layanan mak dengan abang Naz pun baik sangat Nek. Mia bersyukur sangat-sangat.” Damia berdalih.Rasanya tak perlu dia menceritakan segalanya. Biarlah dia seorang saja yangmenanggung. Dia tak mahu wanita tua itu susah hati.
“Betul ke ni nak?Takpelah..sebabkan Mia balik malam ni nenek nak masak sedap-sedap. Malam ni taksunyi la nenek kan” balas Nek Jah. Seperti susah nak mempercayai yang Kamilah melayan cucunya ini dengan baik namundia malas nak memanjangkan cerita.
Damia tersenyum girang. Lupasebentar segala kesedihan yang ditanggung selama ini. Inilah kebahagiaanuntuknya. Kalau boleh setiap masa mahu diluangkan bersama Nek Jah. Sarah leka memerhatikan gelagatsepasang kekasih di pondok berdekatan dengan kafe. Kadang-kadang diamenggelengkan kepalanya tanda tidak puas hati dengan apa yang dilihatnya. Tanpadia sedari, Damia berjalan dari arah belakang lantas menyergahnya.
“Ya Allah. Mia kau ni buat akuterperanjat jelah. Nasib baik takde sakit jangtung tau” Sarah membebel.Terperanjat juga bila disergah begitu.
“Apa kau khusyuk tengok sampai akusampai pon kau tak perasan?” ujar Damia sambil tergelak. Geli hati mendengarbebelan temannya itu.
Sarah berfikir sejenak. Seketikaterlupa apa yang menarik perhatiannya tadi sehinggakan tak sedar ada manusia dibelakangnya.
“Cuba kau tengok kat pondok tu.Menyampahnya. Macam laki bini aku tengok. Jaga lah sikit adab dalam kampus”Sarah membebel lagi sambil menghalakan matanya ke arah pondok tersebut. Panashati melihat gelagat kekasih yang tenggelam dalam dunia mereka sendiri tanpamemikirkan pandangan orang lain.
Damia mencari-cari apa yangdikatakan Sarah sebentar tadi. Gelak tawanya mati. Dia terkedu. Itu suaminya.Perempuan yang bersamanya sekarang itukah Hana?
“Hello ! Berangan pulak budak ni”Sarah menepuk bahu Damia. Dia perasan yang Damia agak terperanjat melihat apayang ditunjuk tadi. Perasaan hairan mula menjengah di fikirannya.
“Jom kita balik. Aku penat” ujarDamia bersahaja dan terus berlalu meninggalkan Sarah terpinga-pinga. Hati Damiaterasa sakit. Walaupun dia dan Nazirul cuma bernikah atas dasar paksa namun diaada hak untuk cemburu. Kelakuan suaminya dan perempuan lain yang betempuktampar dan berpelukan dengan mesra sangat melukakan hatinya.
Sarah memerhatikan Damia yang baru saja selesai menunaikan solat Asar. Dia ada terperasan yang rakan biliknya itu menangis. Apa masalah yang dia hadapi sekarang? Apa pulak kaitan dengan sepasang kekasih tadi. Pelik.
"Mia..kenapa kau tiba-tiba je berubah bila aku tunjuk orang kat pondok tadi?" Sarah cuba bertanya. Mana tahu Damia sudi berkongsi masalahnya.
Senyap. Damia keliru. Hal rumahtangganya tak patut orang lain masuk campur tapi pada siapa dia nak mengadu semua ni.
"Kalau ada masalah..ceritalah dengan aku. Itulah gunanya kawan" ujar Sarah lagi. Dia pasti Damia menyembunyikan sesuatu darinya.
"Erm..Sebenarnya yang kau tengok tadi suami aku Sarah" lemah Damia bersuara. Dia tak mampu untuk menanggung semua ini dengan sendiri.
Sarah tercengang. Agak terperanjat mendengar kenyataan Damia itu tadi. Sejak bila rakannya ini sudah berkahwin dan mempunyai suami. Kenapa dia tak pernah tau semua itu.
"Dia cucu kepada nenek yang jaga aku selepas orang tua aku meninggal. Nek Jah yang beria-ria untu satukan kami. Untuk balas jasa dia menjaga aku..aku redha dengan takdir aku. Tapi dia tak pernah layan aku macam isteri dia. Aku dekat rumah macam hamba" luah Damia lagi teresak-esak.
"Ya Allah..apa nak jadilah dengan orang sekarang. Isteri cantik tak terima. Kau bahagia ke Mia macam ni?" soal Sarah setelah medengar rintihan Damia. Walaupun baru mereka berkawan, namun sakit hati juga bila ada orang yang melukakan hati rakannya itu.
"Aku pasrah Sarah. Memang tak bahagia tapi impian aku cuma nak tengok Nek Jah gembira. Cuma tu saje" balas Damia. Memang itu yang menjadi kekuatannya selama ini.
|