|
Jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 petang..
Encik Haris dan staf-staf baru yang lain semuanya sudah berkumpul di dalam bilik mesyuarat itu. Encik Haris perasan Balqis kelihatan begitu resah seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran gadis itu.
"Assalammualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya nak bagi tahu, meeting petang ni adalah kehendak Pengerusi kita iaitu Encik Rayyan. Kemungkinan dia masuk lambat sikit. Tapi tak mengapa. Saya teruskan dulu la sementara menunggu Encik Rayyan datang. Erm.. Ambil seorang satu fail.." kata Encik Haris sambil menghulurkan sekotak fail kepada Balqis untuk diedarkan kepada semua staf baru.
"Baca dulu la.. Kalau ada apa-apa boleh tanya saya dulu.." terang Encik Haris lagi.
.....................................................
Rayyan sudah terlambat. Kelam kabut dia berjalan menuju ke lif. Harap ada yang memahami keadaannya yang tidak disengajakan itu. Dia terasa gegaran di dalam poket seluarnya. Tertera nama Tila di skrin handphonenya.
"Hello, Tila.."
"Abang, Tasya dah sedar.."
"Owh yeke.. Syukur alhamdulillah. Tapi abang baru sampai office ni. Lagipun abang ade meeting. Tila tolong tengok-tengokkan Tasya dulu erk.. Kalau free petang ni, abang singgah kejap. Itu pun abang tak janji lagi tau.."
"Yelah.."
"Thanks, Tila.."
Talian dimatikan. Sabaik sahaja pintu lif terbuka, Rayyan terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Dipakainya blazer hitam rasminya itu lalu bergerak masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Semua mata sekarang tertumpu kepada Rayyan. Rayyan mengukir senyuman.
"Waa.. Macam Adi putra.. Handsome! hihi" bisik hati Balqis yang sedikit nakal itu.
Rayyan mengambil tempat duduk di tengah-tengah barisan hadapan.
"Assalammualaikum semua. Terlebih dahulu saya nak minta maaf atas kelewatan saya ini. Ada hal yang tak dapat saya nak elakkan.
"Err.. terima kasih kepada Encik Haris yang dah banyak bantu saya."
Encik Haris hanya tersenyum. Kemudian Rayyan terpandang Balqis. Wajah gadis itu sudah mencuri perhatiannya.
"Sekarang dah pukul 3.. So, saya rasa baik kita mulakan aje la mesyuarat kita ni.." kata Rayyan yang sesekali dia memandang Balqis yang mempunyai wajah yang cukup menenangkan hatinya.
.......................................................................
Tila mendekatkan dirinya dengan Natasya. Dipegang erat tangan sahabatnya itu. Natasya kelihatan cukup lemah. Pucat!
"Mana Abang Rayyan?" tanya Natasya lemah.
"Tadi dia ada datang tengok ko..tapi masa tu ko belum sedarkan diri lagi.. Tasya, kenapa ko buat macam ni? Ko tak sayang diri ko ke?"
"Aku sayangkan abang Rayyan.."
"Tapi takkan kerana lelaki tu ko sanggup bunuh diri ko? Tolonglah, Tasya.. Kau betol-betol buat aku risau tau tak?"
Natasya nangis. Dia betol-betol perlukan Rayyan dalam hidupnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 30-11-2012 08:41 AM
CIK sedih baca cerita ni..tp cik tambah sedih sbb sampai skang xde sambungan lg...
ekeke..jap erk |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmmmmm nak reserve comment |
|
|
|
|
|
|
|
Najwa berasa sungguh bersalah selepas berterus terang dengan Rayyan apa yang berlaku sebenarnya. Dia tahu Rayyan sukar menerimanya kembali seperti dahulu.
Najwa harus buat keputusan yang terbaik.
"Aku rasa baik aku jumpa Rayyan kat office kejap.." kata Najwa sendirian lalu mengambil kunci keretanya lalu keluar dari rumah itu.
................................................................
Shahir sudah pun bersiap dengan beberapa helai pakaian lalu bertolak ke Kuala Lumpur. Mahu berjumpa dengan bakal isterinya, Balqis. Kedatangan Shahir ini tidak diketahui Balqis langsung! Mahu buat kejutan kaedahnya.
"Aku tahu aku bersalah. Merajuk tak tentu pasal.. Sekarang aku nak berubah! Jadi pasangan yang terbaik untuk Balqis. So, aku nak buat kejutan untuk dia..hihihi..harap-harap dia suka laa.." bebel Shahir sendirian di dalam kereta.
......................................................
Mesyuarat ditangguhkan. Semua pekerja baru tersebut sudah pun berlalu keluar ke tempat masing-masing. Balqis dan Rayyan ada yang terakhir keluar dari bilik mesyuarat itu.
"Cik Balqis?" tegur Rayyan berani.
Balqis menoleh memandang Rayyan. Kemudian dia tersenyum. Rayyan cukup tenang!
"Ya, saya.."
"Err..saya Rayyan.." Rayyan menghulurkan tangannya untuk dijabat.
Balqis menyambutnya dengan baik.
"Saya tahu.."
"Ooo dah tahu erk..malu saya hihi"
Mereka berdua berbalas ketawa kecil.
"Macam mana dengan bilik awak? Ok ke?" tanya Rayyan yang cukup ramah itu.
"Ok! Saya suka.."
"Bagus..bagus.."
"Eh, mana Dato Mustaffa? Saya nak sangat-sangat jumpa dia.."
"Dato' Mustaffa? Ooo.. Dia outstation sampai khamis ni. Kenapa ya nak jumpa dia?"
"Ada hal sikit. Ermm.. Lagi satu, saya ada dengar cerita yang anak dia pun ada keje kat sini jugak..."
"Anak? Ada.."
"Ooo..maknanya betul la orang cakap erk anak dia pun ada keje sini. Yang mana satu ya?"
Baru sahaja Rayyan hendak menjawab soalan Balqis itu, handphonenya berdering. Diambilnya dari poket. Najwa call!
"Saya minta diri dulu.."
Balqis hanya mengangguk. Rayyan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.
...................................................
Najwa cuba menghubungi Rayyan untuk kali yang ke 6! Masih tidak berjawab. Najwa sedih. Rayyan betol-betol tegas kali ni. Najwa masuk ke kedai minyak. Isi minyak kereta yang hampir kering itu. Diletakkan kacamata hitamnya di atas kepala. Kemudian dia keluar menuju ke kaunter.
"Adik, tangki no. 5 ya.. Isi RM30.." kata Najwa lalu menghulurkan duit sebanyak Rm30.
Kemudian dia berjalan ke keretanya semula lalu mengisi minyak. Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas! Betul ke apa yang dilihatnya sekarang? Atau dia sedang bermimpi?
Minyak telah pun diisi. Cepat-cepat dia menutup tangki minyak dan terus berjalan pantas ke arah seorang lelaki yang dia yakin lelaki itu lelaki yang dikenalinya beberapa tahun yang lalu. Perasaan sedih bercampur gembira bermain di hatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Rayyan masih termenung memandang handphonenya yang terletak di atas meja hadapannya itu. Dia tidak pernah rasa kecewa dan sedih macam ni sebelum ini. Ditipu! Dikhianati!
Balqis yang mahu ke tandas terpandang bilik Rayyan. Nampak Rayyan sedang murung dan termenung memandang handphone.
"Mesti dia ada masalah besar..hhmmm" bisik hati Balqis lalu masuk ke dalam tandas wanita.
....................................................
Najwa dan Shahir ke kedai makan berhampiran. Jus oren dan teh panas dihidangkan setelah diorder beberapa minit yang lalu. Najwa dan Shahir saling berpandangan.
"Maafkan saya, Najwa.." Shahir memulakan perbualan setelah sekian lama mereka terpisah.
Najwa menangis namun cepat dikesatnya.
"Kenapa awak tinggalkan saya?" Najwa cuba tenangkan dirinya.
"Panjang ceritanya, Najwa. Bukan niat saya.."
"Awak tahu tak saya mengandungkan anak awak?"
"Ha??"
"Tapi dia dah meninggal.." Najwa sudah tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir.
"Macam mana boleh..."
"Saya dan Rayyan kemalangan.. Kami agak parah ketika itu. Dan, saya hampir 2 minggu koma di hospital.."
"Maafkan saya, Najwa.." Shahir terus mencapai tangan Najwa dan terus menggenggam erat tangan ex-girlfriendnya itu.
"Rayyan tak tahu pasal hubungan kita sehinggalah semalam saya beritahu padanya tentang segalanya apa yang telah berlaku.."
Shahir mengeluh.
"Rayyan tak boleh terima! Tapi lambat laun dia akan tahu juga.."
"Semuanya salah saya.."
"Merata tempat saya cari awak.. Ke mana awak pergi???"
Shahir diam. Mereka berdua saling berpandangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
pergh! makin best citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
err kena edit sbb br baca
so apa perhubungan Balqis dgn Dato Mustafa
Najwa ~ shahir rupanya ex, wakaka what a small world
ok balqis can dump shahir sbb he's x loyal to her ekceli
nak speku lg tapi otak jam lak
tunggu next entry dr momey Last edited by fatehana on 30-11-2012 10:16 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahir menghantar Najwa ke kereta. Umur Najwa tua 2 tahun dari Shahir. Mereka berkenalan sudah cukup lama. Berkenalan ketika Shahir ada aktiviti perkhemahan bersama kawan-kawan. Dan ketika itulah dia bertemua dengan Najwa.
Pada ketika itu, Najwa sudah pun menjadi tunangan si Rayyan. Namun, nafsu lebih menguasai diri. Mereka seringkali mengadakan hubungan sulit setiap kali ada peluang untuk bertemu. Mereka berdua bijak mengatur masa dan tempat sehingga tiada siapa pun tahu. Sehinggalah Najwa terpaksa mengikut kehendak keluarga untuk berkahwin dengan Rayyan.
Hubungannya dengan Shahir tidak berakhir di situ, malah mereka masih lagi menjalinkan hubungan sehinggalah Najwa mengandungkan anak Shahir. Macam mana boleh anak Shahir dan bukannya anak Rayyan? Najwa setiap kali ingin bersama Rayyan, selalu diminta Rayyan memakai kondom! Rayyan akur. Dirasanya Najwa masih belum bersedia hamil pada ketika itu.
Namun, takdir menentukan segalanya. Shahir terpaksa meninggalkan Najwa begitu sahaja kerana ibu bapanya sudah dapat menghidu hubungannya dengan isteri orang. Shahir dikurung selama seminggu di rumah yang pada ketika itu Najwa kemalangan dan koma.
Shahir memegang tangan Najwa.
"Awak jaga diri baik-baik.." kata Shahir lembut.
Najwa mengangguk. Dia masuk ke dalam kereta.
"Apa-apa call saya.." ucap Shahir lagi sebelum Najwa beredar.
Shahir tidak sangka dapat berjumpa sekali lagi dengan Najwa. Bibit-bibit cinta yang dahulu kembali bersemi.
.....................................................................
Balqis ke pantry. Dicapainya mug lalu membancuh kopi panas. Ditiup-tiup kopi panas itu sambil menoleh ke belakang.
"Opocott!!!" Balqis dan Rayyan bertembung.
Air kopi tersebut agak terpecik lalu terkena kemeja Rayyan yang berwarna ungu muda itu. Balqis terus menutup mulutnya dengan tangan. O'oooo abislah dia!!
"Maafkan saya, Encik Rayyan.. saya tak sengaja.." kata Balqis kalut sambil mengambil tisu lalu cuba mencuci kesan kopi pada kemeja Rayyan itu.
"Eh, tak pe.." Rayyan mengambil tisu dari tangan Balqis lalu dia ke sinki.
Balqis rasa bersalah. Rayyan mencuci kotoran itu. Hanya sedikit yang tertanggal.
"Bancuhkan saya kopi.." pinta Rayyan sambil mengesat kotoran itu.
"ok..ok.." Balqis dengan pantas mencapai mug lalu membancuh secawan lagi kopi tanpa membantah.
Rayyan ketawa. Balqis hairan.
"Nape plak Encik Rayyan ketawa plak ni?" tanya Balqis sambil mengacau air kopi itu supaya sebati dengan gula.
"Hahaha.. Napa cuak sangat ni?"
"Mana tak cuaknya.. Saya dah tumpahkan kopi pada baju bos saya.. Saya minta maaf.." ucap Balqis sambil memuncungkan mulutnya.
"Alahai..comei plak aku tengok budak ni.." bisik hati Rayyan.
Rayyan tersenyum. Dia mendekatkan dirinya dengan Balqis. Jantung Balqis berdegup pantas.
"Apa plak mamat ni nak buat dekat aku ni.." Balqis mengomel sendirian di dalam hati.
Rayyan mengambil mug yang dipenuhi air kopi itu di tangan Balqis.
"Thanks.." bisik Rayyan di telinga Balqis lalu keluar dari pantry itu.
"Oooo mak aiiii.. Boleh luruh jantung aku ni weiiiii.." Balqis tersenyum sendirian. |
|
|
|
|
|
|
|
cinta mula berputik ke?...
|
|
|
|
|
|
|
|
aduh...tersenyum cik baca kisah ni...
cik pandai baca je...cik xpandai nk speku...
hehehehehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Najwa parking kereta. Kemudian dengan gaya seperti seorang model dia masuk ke dalam Mustaffa Holdings. Semua mata tertumpu padanya. Dia masuk ke dalam lif lalu menekan punat nombor 15.
Sebaik pintu lif terbuka, dia berjalan menuju ke bilik Rayyan. Balqis perasan. Dia hanya melihat melalui kaca biliknya. Kebetulan bilik Rayyan dan Najwa adalah bertentangan.
Najwa mengetuk pintu lalu masuk. Rayyan kusyuk menaip menggunakan laptopnya. Dia langsung tidak memandang Najwa.
"U.." panggil Najwa perlahan.
Rayyan masih diam. Najwa menarik kerusi di hadapan Rayyan lalu duduk. Dia memandang Rayyan.
"U dah makan ke?" tanya Najwa.
Rayyan tetap diam. Langsung dia tidak pedulikan Najwa yang setia menunggunya.
"I tahu I bersalah. Tapi janganlah U buat I macam nii.. say something!"
"U nak I cakap apa lagi?" Rayyan bersuara akhirnya lalu bangun dan duduk di sofa berdekatan.
Najwa bangun lalu duduk bersebelahan Rayyan.
"I nak kita selesaikan masalah kita.." kata Najwa tenang.
"Boleh tak U bersabar sampai malam ni baru kita bincang pasal hal ni? Takkan benda macam ni nak bincang kat tempat keje?" Rayyan meninggikan sedikit suaranya.
Najwa diam. Dia bangun lalu beredar keluar dari bilik Rayyan. Balqis hanya memandang dari jauh. Dia speku perempuan itu adalah orang yang rapat dengan bosnya.
...........................................................................
Shahir sudah sampai di hadapan rumah Balqis. Jam masih belum menunjukkan pukul 5. Kemudian dia memandang sejambak bunga ros di tempat duduk belakang. Dia mengeluh.
"Kenapa aku perlu bertemu kembali dengan Najwa?" Shahir buntu.
Wajah Najwa mula bermain di fikirannya. Shahir mengambil sejambak bunga itu lalu disimpannya di dalam bonet kereta. Kemudian dia menyandar di pintu kereta. Dikeluarkan sebatang rokok di dalam poket baju, lalu dihidupkan puntung rokok itu. Disemburkan rokok ke langit.
"Apa aku perlu buat ni? Tapi Najwa masih lagi isteri orang.. hmmmm.. Shahir, tetapkan pendirian kau! Najwa hanya datang sekadar untuk menguji kesetiaan kau pada Balqis..." bisik hati Shahir. |
|
|
|
|
|
|
|
pusing2 kat situ jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
well shahir camnielah
ko suruh najwa mintak cerai then ko leh kawen dgn najwa sbb ko gak yg buntingkan najwa
dan shahir
ko mmg tamak klu masih ada hati kat balqis
selama hari nie ko cuma berpura2 aje |
|
|
|
|
|
|
|
klu benda betul dah terbongkar dan najwa dah jumpa balik marka dia
so mmg rayyan akan bersama dgn balqis
andai ini cerpen mmg akan cepat abis
konflik yg ada cuma taysa sahaja
tp klu novel mahu berselirat nnt |
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 30-11-2012 03:28 PM
klu benda betul dah terbongkar dan najwa dah jumpa balik marka dia
so mmg rayyan akan bersama dgn b ...
hahahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rayyan tidak terus pulang ke rumah malah dia terus ke Hospital Sungai Buloh. Hal Natasya perlu diselesaikan segera. Selepas itu, Najwa! Rayyan perlu buat tindakan yang bijak. Tapi, kasih dan sayangnya pada Najwa masih ada!
Tila masih setia menunggu sahabatnya. Rayyan membuka pintu. Tila dan Natasya terus memandang Rayyan.
"Sayang.." panggil Natasya sambil menghulurkan tangannya.
Rayyan hanya tersenyum. Tangan Natasya disambut baik. Kemudian dia duduk bersebelahan Natasya.
"Aku keluar dulu erk.." Tila mengundur diri.
Natasya dan Rayyan saling berpandangan. Natasya masih menggenggam erat tangan Rayyan. Seolah tidak mahu lelaki itu tinggalkan dia lagi.
"Kenapa ni, Tasya? Tasya tak sayang diri ke?" Rayyan berlembut dalam berbicara. Itu yang membuatkan Natasya bertambah sayang dengan Rayyan.
"Abang, kita kahwin nak?"
"Ha?"
"Tasya tak nak kehilangan abang.. Tasya perlukan abang dalam hidup Tasya.."
"Tasya, dengar ni. Dengar apa yang abang nak cakap ni.."
Rayyan mengesat airmata dan membelai rambut Natasya.
"Abang dah ada isteri.." Belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, Natasya terus menyambung.
"Tasya sanggup jadi isteri abang yang nombor 2.."
"Tasya.."
"Tolong la, abang.. Tasya nak jugak abang jadi suami Tasya.."
Rayyan terus menarik Natasya lalu memeluknya. Natasya lemah di dalam dakapan Rayyan.
"Perasaan abang pada Tasya hanya sebagai adik dan abang sahaja.. Tasya kena terima hakikat!"
Natasya terus menolak Rayyan.
"Tasya tak peduli!!!!!! Tasya tetap nak jadi isteri abang! Abang tak boleh buat Tasya macam ni..arghhhhhh!!!" Natasya seperti kerasukan. Dijeritnya sambil membaling bantal ke arah Rayyan. Diselak-selak cadar katilnya itu.
Tila masuk ke dalam bilik itu.
"Nape ni, Tasya?"
"Tila, panggilkan doktor sekarang" arah Rayyan sambil cuba tenangkan Natasya.
Tila menggangguk lalu keluar mencari doktor.
.......................................................................
Balqis membayar tambang teksi. Kemudian dia berjalan ke arah Shahir yang masih setia menunggunya di hadapan rumah.
"What a surprise??? Dah lama sampai ke?" tanya Balqis lalu memegang tangan Shahir.
Shahir senyum lalu mengucup dahi Balqis.
"Bagus la kalu dah tak merajuk.." kata Balqis sambil membuka mangga di pintu pagar.
Shahir masih diam dan hanya memerhati Balqis. Sesekali wajah Najwa dibayangnya wajah Najwa.
"Awak.. Awak ok ke?" Balqis menyentuh lembut pipi Shahir.
"Eh, awak dah makan ke? Kalau belum, kita keluar makan dulu nak?" tanya Shahir tiba-tiba.
Balqis pelik! Apa kena dengan Shahir ni?
"Tapi sebelum tu, mak saya ada kirimkan buah durian untuk awak.." kata Shahir sambil berjalan ke bonet kereta.
"Ha? Yeke? Nak..nak.." Balqis mengikut Shahir ke bonet kereta.
Sebaik sahaja bonet dibuka, ternampaklah sejambak bunga ros yang Shahir simpan tadi. Shahir terlupa! Bunga itu tidak sepatutnya diberi kepada Balqis! Dia sudah ubah fikiran last minute.
"Bunga ros? Untuk saya ke ni? Awak dah pandai amik hati saya erk sekarang.." kata Balqis sambil mengambil sejambak bunga ros itu lalu menciumnya.
Shahir terdiam. Namun dia hanya mampu tersenyum sahaja.
.....................................................................
Natasya diberi ubat penenang. Dia kembali tidur. Rayyan dan Tila duduk di luar. Rayyan memandang Tila.
"Banyak masalah yang perlu abang selesaikan. Tapi tadi abang dah berterus terang dengan Tasya, tapi paham aje lah kan? Tasya belum sihat sepenuhnya. Nanti abang akan cuba bercakap dengan Tasya lagi. Tila tolong tengokkan Tasya k.."
"Tila paham.. Tila pun akan cuba nasihatkan Tasya. Abang jangan risau.."
"Jaga diri.."
Tila mengangguk.
"Abang kena balik dah ni. Apa-apa mesej ke call abang k.."
"Ok.."
Rayyan menepuk bahu Tila lalu dia berlalu keluar dari Hospital itu. |
|
|
|
|
|
|
|
sian lak ngan RAYYAN... |
|
|
|
|
|
|
|
Shahir dan Balqis ke kedai makan berdekatan. Mereka berdua mengambil tempat duduk. Baru sahaja Shahir hendak memanggil pembantu kedai untuk order makan, telephonenya bergegar. Mesej! Di buka mesej itu. Dari Najwa!
*Awak buat ape tu?* Mesej dari Najwa.
Shahir memandang Balqis. Balqis membalas pandangan itu. Pandangan Shahir itu membuatkan Balqis ragu-ragu. Shahir tidak balas mesej itu. Di simpannya kembali handphone di dalam poket seluar. Balqis hanya memandang tanpa bertanya apa-apa.
............................................................................
Najwa mengeluh. Shahir tidak membalas mesejnya. Disusun lauk di atas meja makan. Kemudian dia ke ruang tamu lalu menonton televisyen sambil menunggu Rayyan pulang.
Beberapa minit kemudian, kedengaran enjin kereta Rayyan memasuki perkarangan rumah. Najwa hanya duduk diam. Rayyan masuk. Disangkutnya kunci kereta di rak kunci. Dipandangnya Najwa tengah menonton televisyen. Rayyan hanya diam. Baru sahaja dia hendak melangkah naik tangga, Najwa bangun.
"I dah masakkan makan malam untuk U.. Nanti kita makan sama-sama k.." ujar Najwa lembut.
"I dah kenyang." jawab Rayyan lalu naik atas masuk ke dalam bilik.
Najwa sedih diperlakukan begitu walaupun dia yang bersalah dalam hal ini.
....................................................................
Balqis merasa tidak sedap hati. Seolah Shahir menyembunyikan sesuatu darinya. Dia meletakkan garfu dan sudu lalu menghirup kopi panas itu perlahan-lahan. Kemudian dia memandang Shahir.
"Awak diam je ni.. Awak ada masalah ke?" Tanya Balqis.
"Tak de la. Letih sikit kott.." jawab Shahir simple.
"Nape tiba-tiba datang jumpa saya ni? Takkan sekadar nak bagi bunga ros dengan buah durian aje kot?"
Shahir hanya tersenyum. Entah kenapa dia asyik memikirkan Najwa. Dia tidak boleh tumpu perhatian langsung pada Balqis ketika itu.
"Awak dah abis makan ke? Kalau dah, saya hantar awak balik la erk.."
"Ha?"
Shahir terus bangun bayar di kaunter lalu berjalan menuju ke kereta. Balqis bertambah buntu! |
|
|
|
|
|
|
|
kesian kat Rayyan dan Balqis
Balqis br hatinya nak berbunga akan terus mati jadinya
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|