CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: LanzSlumber

Ancaman Kepada Pelukis Gambar

[Copy link]
 Author| Post time 20-9-2012 01:34 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 19-9-2012 09:28 PM
Memang sukar akan masalah gambar ni (ada pelbagai pendapat)... ada banyak kategori pula gambar2 in ...

memang betul zaman sekarang ni nampak macam da tak boleh elakkan daripada segala macam gambar ni, terutamanya yang paling banyak di papan iklan, produk barangan yang kita beli, surat khabar dan majalah dll.

akan tetapi hukumnya masih tetap tidak berubah dan tiada mansuh walaupun zaman sudah berubah. jadi fatwa terkini yang dikeluarkan oleh ulama2 terkini yang berada di zaman kita sekarang tidak mengubah hukumnya atau memansuhkan hukumnya. akan tetapi cuma ada keringanan gambar2 dijadikan bahan ilmiah/pendidikan/kajian atau isu keselamatan. selain dari tu hukumnya masih tidak berubah.

gambar yang dikatakan di dalam hadis2 tersebut Nabi sebut secara umum, maka meliputi segala jenis gambar mahkluk bernyawa samada digunakan tujuan untuk menyembah atau bukan.

Last edited by LanzSlumber on 20-9-2012 01:36 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2012 05:24 PM | Show all posts
LanzSlumber posted on 20-9-2012 01:34 AM
memang betul zaman sekarang ni nampak macam da tak boleh elakkan daripada segala macam gambar ni,  ...

ya... hukum memang begitu.. tapi ada pengecualian spt kata2 Imam Nawawi itu... gambar apapun jika dihinakan tidak haram.

gambar yang dikatakan di dalam hadis2 tersebut Nabi sebut secara umum, maka meliputi segala jenis gambar mahkluk bernyawa samada digunakan tujuan untuk menyembah atau bukan.

Berbalik kepada hukum .... sepertimana al qur'an yang ada asbabun-nuzulnya, begitu juga hadith2 Nabi, tentu ada sebab/kejadian/peristiwa yg menyebabkan Nabi bersabda tentang sesuatu hukum sptmana riwayat Aisyah itu, malangnya kita tidak mengetahui kategori gambar yang ada pada bantal alas duduk yg dibeli oleh aisyah itu.

Bila kita baca Hadith;
Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan
berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan
kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu
apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat
gambar dia akan diazab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia
tidak akan mampu untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang
(mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu
untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok
(tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis
Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Dapat difahami.. pembuat gambar akan diazab selama2nya kerana memang tak mampu untuk menghidupkan gambar2 itu.
Sebagaimana yg termaklum... hanya dosa syirik yg tidak akan Allah ampunkan (kecuali bertaubat)... dapat dilihat hukuman atas pembuat gambar adalah seumpama dosa syirik - pada saya kerana gambar2 itu adalah gambar2 yg berkaitan dengan kesyirikan.


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 09:36 PM | Show all posts
soalan yer nak tahu secara ikhlas bukan nak mencabar atau ape ape..

ape logik nya lukisan manusia tak boleh eh? Lukisan banyak menyumbang kepada sejarah. Lukisan jugak boleh detect penjenayah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2012 10:43 PM | Show all posts
stania83 posted on 20-9-2012 09:36 PM
soalan yer nak tahu secara ikhlas bukan nak mencabar atau ape ape..

ape logik nya lukisan manusia tak boleh eh? Lukisan banyak menyumbang kepada sejarah. Lukisan jugak boleh detect penjenayah.

Salam....

Sekalipun soalan anda tu bukan untuk mencabar, apakah setiap perintah Allah dan Rasul perlu dinilai dari logik dahulu baru nak terima?

Menurut mufassirin, Iblis yg mula-mula sekali guna Qiyas logik, yg mana dia pertikai perintah Allah..... Logik menurut Iblis, dia lebih mulia dari Adam kerana dia dicipta dari api sedangkan Adam dari tanah.

Apa jadi bila pertikai perintah Allah dan Rasul dengan logik akal didahulukan?

Kita tak perlu pun kena lihat gambar Nabi untuk kenal dan faham Sirah/Sejarah Nabi..... semua dah tercatat dan direkodkan...

Gambar-gambar para sahabat pun tak ada, tapi riwayat hidup mereka banyak yang direkodkan... ada yang dakwa ada gambar Saydina 'Ali RA..... entah betul entah tidak... tapi yang mendewa-dewakan Saydina Ali tu saja yang simpan gambar kononnya gambar Ali RA.... sama juga kumpulan2 sesat yang mendewa-dewakan ketua mereka, biasanya diletakkan gambar ketua di tempat mulia seperti ruang ibadat atau ruang tamu....

Namun berkaitan gambar, ada keringanan dan kelonggaran dalam pendidikan (contoh: permainan kanak2/pembelajaran bergambar) dan keselamatan (urusan pengenalan/jenayah) sekadar dikira yang dapat dimanfaatkan atau sekadar yang perlu. Gambar (manusia/benda bernyawa) yang diambil sebagai kenangan juga dibolehkan dengan syarat bukan untuk dipertontonkan seperti digantung dalam rumah.

Selain dari itu kalau kita tak mampu nak menghindarkan diri kita dari melakukan perkara yang ditegah, berdoalah kepada Allah dengan merendah diri..... itu lebih baik....(pesanan untuk kita semua termasuklah diri saya yang serba kekurangan ni)

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 21-9-2012 12:16 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2012 10:28 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 20-9-2012 05:24 PM
Dapat difahami.. pembuat gambar akan diazab selama2nya kerana memang tak mampu untuk menghidupkan gambar2 itu.
Sebagaimana yg termaklum... hanya dosa syirik yg tidak akan Allah ampunkan (kecuali bertaubat)... dapat dilihat hukuman atas pembuat gambar adalah seumpama dosa syirik - pada saya kerana gambar2 itu adalah gambar2 yg berkaitan dengan kesyirikan.

Salam...

Saya pun setuju yang gambar berkaitan kesyirikan sudah tentu secara jelas TIDAK dibenarkan. Cuma, hadith-hadith yang sampai kepada kita semuanya berbentuk umum, dan penjelasan tentang gambar diperolehi dari penjelasan Ibn Abbas:

Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar,
saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang
gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Tijarah)

Pengecualian yang disebut BUKAN makhluk bernyawa. Jika pengecualian lukis gambar yang bukan berunsur syirik dibenarkan, tentunya gambar2 para sahabat dan Nabi-nabi dah dibuat atas dasar untuk mengenal rupa paras, bukan untuk mensyirikkan. Kenapa gambar2 lukisan yang sahih tentang rupa paras Nabi dan sahabatnya tidak wujud? Sedangkan mereka (dari zaman sahabat lagi) boleh melukis?

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar
Nabi Ibrahim dan Maryam. Kemudiannya beliau berkata, “Apakah ini? Bukankah mereka mengetahui
bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar, termasuklah gambar
(nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan ramalan dengan anak
panah?”.
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Anbiya)

Riwayat di atas pula menunjukkan:
- Nabi kenal rupa paras Nabi Ibrahim AS dan Maryam AS melalui gambar lukisan orang terdahulu, dan gambar tersebut kemudiannya diperintahkan supaya dimusnahkan (ada riwayat lain menyatakan sedemikian). Sekiranya gambar itu tidak dimusnahkan, tentu kita dapat lihat wajah lukisan Nabi Ibrahim AS.
- Melalui lukisan hasil kerja tangan, boleh dibuat tokok tambah yang batil dari pemikiran yang salah. Lukisan tu menunjukkan Nabi Ibrahim memegang anak panah ramalan (azlam), sedangkan Nabi Muhammad SAW tahu yang Nabi Ibrahim AS seorang yang lurus dalam agama mentauhidkan Allah (Haniff)

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan
berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan
kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu
apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat
gambar dia akan diazab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia
tidak akan mampu untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang
(mengeluh) dan mukanya menjadi pucat
. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu
untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok
(tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Tijarah)

Dari riwayat di atas, jelas orang yang dengar hadith di atas menjadi PUCAT kerana takut akan azab Allah. Sudah tentu kita faham yang orang itu bukannya membuat gambar berunsur kesyirikan, dan dia berterus terang bertanya kepada Ibn Abbas RA yang arif dalam hukum-hakam Agama. Sekiranya dia membuat gambar2 berunsur kesyirikan, tak timbul dia akan tanya Ibn Abbas RA kerana sudah jelas dalam Islam tiada tolak ansur dalam hal-hal berkaitan syirik. Maka isu gambar dalam riwayat di atas, bukannya gambar berunsur syirik, ataupun gambar yang dikatakan ukiran patung, yang sememangnya sudah JELAS SALAH. Isu gambar dalam riwayat di atas berkaitan gambar makhluk bernyawa, yang mana dijelaskan DILARANG dibuat lukisan hasil kerja tangan.

tentu ada sebab/kejadian/peristiwa yg menyebabkan Nabi bersabda tentang sesuatu hukum sptmana riwayat Aisyah itu, malangnya kita tidak mengetahui kategori gambar yang ada pada bantal alas duduk yg dibeli oleh aisyah itu.

Difahami dari riwayat tu, asalnya 'Aishah RA tidak merasakan suatu kesalahan kerana belum tahu tentang hukum gambar lukisan (makhluk bernyawa) yang dipertontonkan - dari bantal. Jika gambar itu ada berunsur kesyirikan, sudah tentu 'Aishah tidak akan membeli bantal itu awal-awal lagi.

Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah
melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah
kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat
kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Apakah
maksud bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan
bersandar padanya”. Rasulullah menjawab, “Pembuat gambar ini akan diazab pada hari kiamat.”
Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di
dalamnya terdapat gambar”.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Tijarah)



Setelah dilihat dalil-dalil yang jelas berkaitan larangan tegas melukis gambar makhluk bernyawa bertujuan samada suka-suka, untuk dipertontonkan seperti perhiasan dan kenangan, atau untuk cari duit (melainkan pengecualian dalam hal-hal mendesak), maka persoalan seterusnya yang ramai masih tertanya-tanya....KENAPA?

Antara hikmah sebab-sebab larangan:
-punca bibit-bibit syirik, atau pujian-pujian kepada makhluk...sekalipun asalnya bukan untuk syirik.
-Syaitan akan memasukkan bibit2 kesyirikan menerusi gambar yang dimuliakan
-lukisan yang hebat, pelukisnya akan dipuji-puji, nilai lukisan melambung tinggi
-lagi banyak permintaan, lagi banyak pujian kepada pelukis (artis pelukis)
-lukisan orang yang soleh pula dijadikan bahan untuk ingat kebaikan orang tersebut
-dari mengingati orang soleh yang sudah wafat, timbul rasa hormat kepada gambar orang soleh
-dari gambar, kemudian patung dibuat (setelah generasi berubah)
-dari hormat, lama-kelamaan jadi sembahan (setelah generasi berubah)

Akhirnya manusia tersesat......

Akhir zaman, artis dipuja.... lihat senario harini, ramai yang melekat gambar artis2 di dinding2 bilik rumah..... mereka dijadikan idola ('idol' tu asalnya bermaksud patung sembahan)

Apa artis buat, banyak yang nak tiru. Masyarakat anggap artis tu sebagai contoh cara hidup. Ni petanda akhir zaman yang Nabi dah sebut.... muzik berleluasa.... gambar2 artis berleluasa.... mereka sering dipuja-puja..... dijadikan perbualan.... lebih parah dijadikan gosip umpatan atas apa2 isu artis samada yang baik mahupun yang buruk........ timbul golongan liberal.... arak semakin berleluasa....

Faktor gambar ni cukup KUAT untuk menarik perhatian manusia.... dan cukup disukai orang makhluk-makhluk yang nak sesatkan manusia.... sampai MALAIKAT rahmat ditegah masuk dalam rumah yang ada gambar di dalamnya....

Sungguh diri ini ada banyak kelemahan yang mana saya pohon Allah beri kekuatan kepada saya untuk beramal dengan Perintah ALLAH dan RASUL.... dan semoga apa yang disampaikan itu bermanfaat.

Salah dan silap dari saya, yang benar dan HAQ itu dari Allah.

WAllahu a'lam



Last edited by mnm77 on 21-9-2012 10:55 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2012 10:53 AM | Show all posts
mnm77 posted on 21-9-2012 10:28 AM
Salam...

Saya pun setuju yang gambar berkaitan kesyirikan sudah tentu secara jelas TIDAK dibena ...

Penerangan yang cukup mudah difahami. Semoga explaination berikut dapat menjadi jawapan kepada orang yang bertanya.




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2012 05:58 PM | Show all posts
mnm77 posted on 21-9-2012 10:28 AM
Salam...

Saya pun setuju yang gambar berkaitan kesyirikan sudah tentu secara jelas TIDAK dibena ...
Pengecualian yang disebut BUKAN makhluk bernyawa. Jika pengecualian lukis gambar yang bukan berunsur syirik dibenarkan, tentunya gambar2 para sahabat dan Nabi-nabi dah dibuat atas dasar untuk mengenal rupa paras, bukan untuk mensyirikkan. Kenapa gambar2 lukisan yang sahih tentang rupa paras Nabi dan sahabatnya tidak wujud? Sedangkan mereka (dari zaman sahabat lagi) boleh melukis?

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Nabi pernah memasuki Ka’bah dan menemui di dalamnya (lukisan) gambar
Nabi Ibrahim dan Maryam. Kemudiannya beliau berkata, “Apakah ini? Bukankah mereka mengetahui
bahawa malaikat tidak masuk rumah yang di dalamnya mengandungi gambar, termasuklah gambar
(nabi) Ibrahim ini. Dan kenapa dia digambarkan sedang mempraktikkan ramalan dengan anak
panah?”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Anbiya)

Gambar para sahabat dan Nabi2 tidak dibuat kerana kedudukan mereka yang dimuliakan (perkataan sekarang- idola) akan menjurus kepada pemujaan gambar-gambar itu ( ini berkaitan perkara syirik ) sepertimana dalam hadith diatas tentang gambar Nabi Ibrahim ( dan Maryam dalam hadith yg lain)... kewujudan gambar2 itu dalam ka'bah menunjukkan ianya dipuja dan disembah.

Lukisan rupa paras Nabi s.a.w tidak wujud kerana para sahabat faham akan perkara yg akan berbangkit dari gambar itu sepertimana asalnya penyembahan Al-Lata yg asalnya adalah imej seorang warak yg sering memberi makanan kepada jemaah haji ( sebelum zaman Rasulullah).


- Melalui lukisan hasil kerja tangan, boleh dibuat tokok tambah yang batil dari pemikiran yang salah. Lukisan tu menunjukkan Nabi Ibrahim memegang anak panah ramalan (azlam), sedangkan Nabi Muhammad SAW tahu yang Nabi Ibrahim AS seorang yang lurus dalam agama mentauhidkan Allah (Haniff)

Ya... setuju, apa yg digambarkan melalui lukisan yg menunjukkan perkara syirik akan menghala kepada perkara berkaitan syirik. Apa lagi yg digambarkan itu seorang Nabi.... sudah tentu akan menjadi ikutan --> itulah yg dilarang.

Dari riwayat di atas, jelas orang yang dengar hadith di atas menjadi PUCAT kerana takut akan azab Allah. Sudah tentu kita faham yang orang itu bukannya membuat gambar berunsur kesyirikan, dan dia berterus terang bertanya kepada Ibn Abbas RA yang arif dalam hukum-hakam Agama.

Tidak dapat dipastikan kategori lukisannya kerana kemungkinan yg bertanya Ibnu 'Abbas berfahaman yg dia hanya melukis gambar2 itu ( tidak menyembahnya satelah Islam) dan hasil kerja tangan itu telah menjadi 'periuk nasi'nya ( kerja yg telah lama- mungkin sebelum keIslamannya lagi)... gambar2 yg mendapat pasaran ketika Jahiliyah adalah gambar2 berhala sembahan.

Walaupun orang itu faham tentang syirik (penyembahan berhala) .. pertanyaannya adalah tentang hasil dari pekerjaannya itu sepertimana pertanyaan perkara berkaitan arak;

Al-Wahidi dan Al-Ashpahani mengetengahkan sebuah hadis dari sahabat Jabir dalam kitab At-Targhib, bahwa sewaktu Nabi saw. menuturkan ayat pengharaman khamar, tiba-tiba ada seorang badui (orang kampung) berdiri seraya bertanya, "Saya adalah seorang pedagang dan ini adalah barang daganganku, aku telah mendapat keuntungan harta dari hasil perdaganganku. Kemudian apakah harta itu bermanfaat bagiku jika aku gunakan untuk berbuat taat kepada Allah?" Lalu Nabi saw. menjawab, "Sesungguhnya Allah tidak akan menerima (amal) kecuali hanya yang baik (yang halal)." Tidak lama kemudian Allah membenarkan perkataan Nabi-Nya itu melalui firman-Nya;
Katakanlah: `Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan.`(QS. 5:100)

Jika gambar secara umumnya diharamkan .... mustahil gambar2 boleh membawa kebaikan spt untuk ilmiah/pendidikan/kajian atau isu keselamatan.
Difahami dari riwayat tu, asalnya 'Aishah RA tidak merasakan suatu kesalahan kerana belum tahu tentang hukum gambar lukisan (makhluk bernyawa) yang dipertontonkan - dari bantal. Jika gambar itu ada berunsur kesyirikan, sudah tentu 'Aishah tidak akan membeli bantal itu awal-awal lagi.

Tentang bentuk lukisan, memang ketika itu Aisyah belum tahu ... tapi tentang gambar bentuk patung secara umumnya, Aisyah sudah maklum, kerana itu disorokkan boneka dan kuda bersayap... Tapi Baginda hanya tertawa !
Pada saya... itu kerana adanya perbezaan antara patung yg membawa kepada syirik dan patung biasa.

Kemusykilan saya... Patung2 itu boleh berada dirumah Rasulullah, adakah pembuat patung itu akan diazab sehingga dia mampu menghidupkan patung2 itu ?

Sisi lain dari Aisyah (dia berkata): Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasalam balik dari perang Tabuk
(Khaibar) {lalu menyebut hadis beliau mengoyakkan tirai yang tergantung di pintunya} Kemudian
Aisyah melanjutkan, lalu baginda menyelak  tirai di atas permainan Aisyah dan baginda bertanya:
“Apakah ini Aisyah?”. Saya menjawab:”Boneka perempuan saya”. Baginda melihat-lihat kuda yang
bersayap yang dalam keadaan terikat, lalu bertanya: “Apakah ini?” Saya menjawab: “Kuda bersayap
dua. Tidakkah Anda mendengar bahawa Sulaiman 'alaihis salam mempunyai kuda yang bersayap?
Baginda pun tertawa.”.


Antara hikmah sebab-sebab larangan:
-punca bibit-bibit syirik, atau pujian-pujian kepada makhluk...sekalipun asalnya bukan untuk syirik.
-Syaitan akan memasukkan bibit2 kesyirikan menerusi gambar yang dimuliakan
-lukisan yang hebat, pelukisnya akan dipuji-puji, nilai lukisan melambung tinggi
-lagi banyak permintaan, lagi banyak pujian kepada pelukis (artis pelukis)
-lukisan orang yang soleh pula dijadikan bahan untuk ingat kebaikan orang tersebut
-dari mengingati orang soleh yang sudah wafat, timbul rasa hormat kepada gambar orang soleh
-dari gambar, kemudian patung dibuat (setelah generasi berubah)
-dari hormat, lama-kelamaan jadi sembahan (setelah generasi berubah)

Jika dilihat hikmah sebab larangan... Tertumpu kepada perkara yg berkaitan perkara syirik, samada gambar berhala atau gambar yg boleh membawa kepada syirik.

Last edited by Nazrulism on 22-9-2012 04:37 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 12:22 AM | Show all posts
err ....how about this :

i suka snap photos...gambaq bunga but

saya suka sangat melihat seni visual - fotografi yg  u know scientific photos - like

a) cells ...depa highlight dengan teknik teknik tertentu
b) gambarfoto struktur tulang ...yg depa gabungkan dengan seni foto
c) all those scientific and bio - image yg menarik like kepak sayap rerama

macam tu okay ke ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2012 12:23 AM | Show all posts
jenis jenis gambar foto organs ...glaxo wellcome  institute tak lama  / beberapa tahun lepas

okay ke camtu ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 09:46 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-9-2012 12:22 AM
err ....how about this :

i suka snap photos...gambaq bunga  but

Jika Bunga Lotus dilukis begini... juga masuk dalam gambar yg mengancam - walau bukan makhluk bernyawa!







Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 09:58 AM | Show all posts
Nazrulism posted on 23-9-2012 09:46 AM
Jika Bunga Lotus dilukis begini... juga masuk dalam gambar yg mengancam - walau bukan makhluk bern ...

erm...??? hmm...well...hmm?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 12:24 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 21-9-2012 05:58 PM
Gambar para sahabat dan Nabi2 tidak dibuat kerana kedudukan mereka yang dimuliakan (perkataan se ...

Salam...

Ya setuju, kedudukan mereka mulia... tapi kalau dikatakan gambar berunsur syirik saja yang tak dibenarkan, kenapa gambar mereka tidak dibuat bukan dasar untuk syirik, tapi setakat mengenali rupa?

Tentu gambar mereka akan dimuliakan...(ini punca bibit-bibit yang boleh membawa kepada syirik). Dari memuliakan, membuat penghormatan, akhirnya dikhuatiri jadi sembahan...(bila generasi berlalu)...... saya nampak, syari'at Islam dari awal lagi dah cantas bibit-bibit syirik.... dari mula-mula memuliakan gambar....

Lukisan rupa paras Nabi s.a.w tidak wujud kerana para sahabat faham akan perkara yg akan berbangkit dari gambar itu sepertimana asalnya penyembahan Al-Lata yg asalnya adalah imej seorang warak yg sering memberi makanan kepada jemaah haji ( sebelum zaman Rasulullah).

Jawapan logik di atas saya terima dan ada benarnya. Pada saya, larangan dari Nabi sendiri dah cukup difahami para sahabatnya... mereka lebih utamakan perintah/larangan Nabi dari guna logik mereka sendiri.... satu kisah yang Unta tunduk seperti sujud di hadapan Nabi.... melihat akan hal ini sahabat bertanya kepada Nabi (yang lebih kurang maksudnya).... sedangkan haiwan sujud kepadamu wahai Rasulullah, apakah boleh kami berbuat demikian sebagai penghormatan kepadamu? (ini logik seorang sahabat Nabi)...

Nabi SAW menjawab, yang lebih kurang maksudnya, jika dibenarkan sujud kepada manusia nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami...

Tidak dapat dipastikan kategori lukisannya kerana kemungkinan yg bertanya Ibnu 'Abbas berfahaman yg dia hanya melukis gambar2 itu ( tidak menyembahnya satelah Islam) dan hasil kerja tangan itu telah menjadi 'periuk nasi'nya ( kerja yg telah lama- mungkin sebelum keIslamannya lagi)... gambar2 yg mendapat pasaran ketika Jahiliyah adalah gambar2 berhala sembahan.

Walaupun orang itu faham tentang syirik (penyembahan berhala) .. pertanyaannya adalah tentang hasil dari pekerjaannya itu sepertimana pertanyaan perkara berkaitan arak;

Apabila seseorang dah masuk Islam, ia dah faham supaya TIDAK MENSYIRIKKAN Allah (secara nyata samada secara gambar ataupun patung). Pengharaman lukis gambar bernyawa tu adalah syari'at Islam yang datang kemudian, sepertimana syari'at pengharaman Arak. Sebelum pengharaman arak, orang Islam dah tinggalkan amalan syirik, tapi minum arak masih ada yang minum sebelum jelas pengharaman tersebut. Sama juga larangan lukis gambar bernyawa.

Jika gambar secara umumnya diharamkan .... mustahil gambar2 boleh membawa kebaikan spt untuk ilmiah/pendidikan/kajian atau isu keselamatan.

Terdapat pengecualian, seperti yang disebut dalam hadith berkaitan anak patung permainan, maka Ulama membuat Qiyas, untuk pendidikan dibolehkan gambar atau anak patung (yang tak dimuliakan)

Sama juga dengan arak, pengharamannya secara total untuk amalan seharian, tetapi dalam perubatan, Ulama meringankan penggunaan... thabit dari Al-Quran dan Hadith (Al-Quran sebut arak diharamkan sebab banyak mudarat melibihi manfaat,.... masih disebut ADA MANFAAT). Maka pengecualian dibolehkan (apabila ada keperluan mendesak) dalam perubatan.

Pernah dengar BONJELA tak? Kat dalam tu ada alcohol (ethanol) yang mana bahan yang sama yang memabukkan dalam arak. Tapi, bonjela tu digunakan secara external use, sekalipun diletak dalam mulut kan.... Lain-lain seperti dadah yang mengkhayalkan, diharamkan sebab ia boleh menjejas kewarasan manusia (macam arak juga), tapi dalam perubatan diharuskan seperti morphine yang digunakan sebagai painkiller yang sangat berkesan.

Tentang bentuk lukisan, memang ketika itu Aisyah belum tahu ... tapi tentang gambar bentuk patung secara umumnya, Aisyah sudah maklum, kerana itu disorokkan boneka dan kuda bersayap... Tapi Baginda hanya tertawa !
Pada saya... itu kerana adanya perbezaan antara patung yg membawa kepada syirik dan patung biasa.

Kemusykilan saya... Patung2 itu boleh berada dirumah Rasulullah, adakah pembuat patung itu akan diazab sehingga dia mampu menghidupkan patung2 itu ?

Patung permainan tidak dimuliakan, sebab tu ia dikecualikan... dan dibolehkan sekadar pendidikan/permainan....
Gambar yang digantung atau dipertontonkan secara berterusan tentunya akan timbul bibit-bibit memuliakan.... sebab tu ada Ulama yang kata gambar yang dipotong/sebagai alas kaki tu tak mengapa sebab tidak dimuliakan.

Jika dilihat hikmah sebab larangan... Tertumpu kepada perkara yg berkaitan perkara syirik, samada gambar berhala atau gambar yg boleh membawa kepada syirik.

Umumnya saya setuju... dan bibit-bibit syirik tu mula dari memuliakan gambar sekalipun gambar yang tiada unsur syirik....

Sekiranya gambar bernyawa tanpa unsur syirik tu dibenarkan, tentu dah Ibn Abbas kata jangan lukis gambar yang ada unsur syirik.... sebaliknya disebut gambar yang bernyawa... kita sedia maklum ada golongan yang sembah matahari sejak zaman dahulu.... sebelum zaman sahabat lagi..... ada golongan yang sembah pokok melakukan syirik.... tapi Ibn Abbas membolehkan lukis gambar pokok..... di sini dah jelas gambar yang dilarang itu bukan sekadar gambar syirik...bahkan gambar yang bernyawa.... kerana gambar benda bernyawa juga kebiasaanya manusia memuliakan...

WAllahu a'lam






Last edited by mnm77 on 23-9-2012 12:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 12:35 PM | Show all posts
LanzSlumber posted on 21-9-2012 10:53 AM
Penerangan yang cukup mudah difahami. Semoga explaination berikut dapat menjadi jawapan kepada ora ...


Terima kasih... saya hanya menyampaikan....semoga perbincangan ni bermanfaat

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 12:37 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 23-9-2012 12:22 AM
err ....how about this :

i suka snap photos...gambaq bunga  but
saya suka sangat melihat seni visual - fotografi yg  u know scientific photos - like

a) cells ...depa highlight dengan teknik teknik tertentu
b) gambarfoto struktur tulang ...yg depa gabungkan dengan seni foto
c) all those scientific and bio - image yg menarik like kepak sayap rerama

macam tu okay ke ?

Kan untuk kajian/pendidikan/keselamatan dikecualikan.....

Snap of photo tu ada khilaf, so ada sikit kelonggaran. Yang dilarang lukis gambar makhluk bernyawa (yang ada nafs). Pokok, matahari, bulan, bintang bukannya ada jiwa/nyawa (nafs)

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 12:48 PM | Show all posts
mnm77 posted on 23-9-2012 12:37 PM
Kan untuk kajian/pendidikan/keselamatan dikecualikan.....

Snap of photo tu ada khilaf, so ada ...

yeeee... oh yeee.....ok ...ok...ok....sowwy ....tertanya ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2012 02:30 PM | Show all posts
mnm77 posted on 23-9-2012 12:24 PM
Salam...

Ya setuju, kedudukan mereka mulia... tapi kalau dikatakan gambar berunsur syirik saja  ...
Ya setuju, kedudukan mereka mulia... tapi kalau dikatakan gambar berunsur syirik saja yang tak dibenarkan, kenapa gambar mereka tidak dibuat bukan dasar untuk syirik, tapi setakat mengenali rupa?

Bukan gambar berunsur syirik sahaja... termasuk gambar yg mempunyai unsur2 yg membawa kepada syirik.

Untuk mengenali rupa.... medium lukisan tidak boleh memberi ketepatan, akan ada penambahan atau pengurangan. perbezaan dengan yg asal akan memberi persepsi yg berlainan pada seseorang samada jadi memuliakan atau mengkeji ikut persepsi masing2.... faktor ini yg diambil kira dalam larangan gambar para Nabi dan sahabat r.a.

Apabila seseorang dah masuk Islam, ia dah faham supaya TIDAK MENSYIRIKKAN Allah (secara nyata samada secara gambar ataupun patung). Pengharaman lukis gambar bernyawa tu adalah syari'at Islam yang datang kemudian, sepertimana syari'at pengharaman Arak. Sebelum pengharaman arak, orang Islam dah tinggalkan amalan syirik, tapi minum arak masih ada yang minum sebelum jelas pengharaman tersebut. Sama juga larangan lukis gambar bernyawa.

satelah Islam, memang tidak boleh mensyirikkan Allah --> ditanya tentang buat dan jual gambar berhala kepada penyembah. berhala.

Satelah Ayat pengharaman Arak, tidak boleh minum arak --> ditanya adakah hasil jualan arak boleh digunakan untuk kebaikan.

Terdapat pengecualian, seperti yang disebut dalam hadith berkaitan anak patung permainan, maka Ulama membuat Qiyas, untuk pendidikan dibolehkan gambar atau anak patung (yang tak dimuliakan)
Patung permainan tidak dimuliakan, sebab tu ia dikecualikan... dan dibolehkan sekadar pendidikan/permainan....
Gambar yang digantung atau dipertontonkan secara berterusan tentunya akan timbul bibit-bibit memuliakan.... sebab tu ada Ulama yang kata gambar yang dipotong/sebagai alas kaki tu tak mengapa sebab tidak dimuliakan.

Gambar pada bantal yg dibeli oleh Aisyah ( tentu tidak dimuliakan kerana sebagai alas duduk ) .. tapi kenapa Nabi melarang ?
Melainkan gambar itu gambar syirik atau ada unsur membawa syirik.

Perbandingan Gambar;
dengan

  atau yang membawa kepada  
                                                                                                                   ( eh... abaikan 2 perempuan itu )


Sama juga dengan arak, pengharamannya secara total untuk amalan seharian, tetapi dalam perubatan, Ulama meringankan penggunaan... thabit dari Al-Quran dan Hadith (Al-Quran sebut arak diharamkan sebab banyak mudarat melibihi manfaat,.... masih disebut ADA MANFAAT). Maka pengecualian dibolehkan (apabila ada keperluan mendesak) dalam perubatan.

Pernah dengar BONJELA tak? Kat dalam tu ada alcohol (ethanol) yang mana bahan yang sama yang memabukkan dalam arak. Tapi, bonjela tu digunakan secara external use, sekalipun diletak dalam mulut kan.... Lain-lain seperti dadah yang mengkhayalkan, diharamkan sebab ia boleh menjejas kewarasan manusia (macam arak juga), tapi dalam perubatan diharuskan seperti morphine yang digunakan sebagai painkiller yang sangat berkesan.

Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara- perkara) yang haram.

- pengecualian dalam darurat.

Ethanol dalam bonjela... saya tak pasti ethanol dari arak atau ethanol dari petrolium ( hukum kedua2nya berbeza)

kita sedia maklum ada golongan yang sembah matahari sejak zaman dahulu.... sebelum zaman sahabat lagi..... ada golongan yang sembah pokok melakukan syirik.... tapi Ibn Abbas membolehkan lukis gambar pokok..... di sini dah jelas gambar yang dilarang itu bukan sekadar gambar syirik...bahkan gambar yang bernyawa.... kerana gambar benda bernyawa juga kebiasaanya manusia memuliakan...

Jika pokok yg dilukis itu melambangkan 'uzza dan gambar seketul batu melambangkan manah... ia akan termasuk gambar syirik.

Kata Ibnu Jarir Al Uzza" berasal dari kata Aziz. Al Uzza berarti sebuah pohon yang di atasnya ada sebuah bangunan dan bertirai, bertempat di Nakhlah yaitu antara Mekan dan Taif; orang-orang Quraisy mengagungkan pohon itu.

orang-orang musyrik itu juga menyembah Manah yang ketiga yakni yang terakhir sebagai anak perempuan Allah.
Manah itu sebuah batu besar terletak di Musyallah dengan Qadid antara Mekah dan Madinah. Kabilah Khuza'ah, Al Aus dan Khazraj mengagungkan Manah ini dan dalam melakukan ibadah haji mereka mulai dari Manah sampai ke Kakbah.


Last edited by Nazrulism on 23-9-2012 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 05:45 PM | Show all posts
Nazrulism posted on 23-9-2012 02:30 PM
Untuk mengenali rupa.... medium lukisan tidak boleh memberi ketepatan, akan ada penambahan atau pengurangan. perbezaan dengan yg asal akan memberi persepsi yg berlainan pada seseorang samada jadi memuliakan atau mengkeji ikut persepsi masing2.... faktor ini yg diambil kira dalam larangan gambar para Nabi dan sahabat r.a.

Saya setuju... tapi bukankah medium lukisan (yang sahih) dapat memberi gambaran yang lebih tepat berbanding dengan penjelasan kata-kata?

Persoalan saya, bila saudara kata tak mengapa lukis gambar tanpa unsur syirik, kenapa para sahabat tidak melukis gambar mereka sendiri? (Bukan bertujuan syirik)

ditanya tentang buat dan jual gambar berhala kepada penyembah. berhala.

Sudah tentu gambar berkaitan berhala dah terlarang.... persoalan yang disebut Ibn Abbas adalah tentang larangan melukis gambar makhluk bernyawa.... kalau gambar tu berkaitan berhala/syirik, tentu saja Ibn Abbas kata TAK boleh lukis gambar yang ada unsur syirik, sekalipun gambar pokok atau matahari yang tak bernyawa.... kan? Sebaliknya Ibn Abbas RA kata boleh lukis pokok, tak boleh lukis gambar makhluk bernyawa....

Gambar pada bantal yg dibeli oleh Aisyah ( tentu tidak dimuliakan kerana sebagai alas duduk ) .. tapi kenapa Nabi melarang ?
Melainkan gambar itu gambar syirik atau ada unsur membawa syirik.

Kalau gambar yang ada unsur syirik, Aisyah RA sudah arif, bahkan Muslimin para sahabat umumnya semua dah arif akan keterlarangannya....

Nampak seperti Aisyah tak rasa bersalah (sebab belum tahu hukum yang baru tentang larangan tersebut), sebab tu Aisyah bertanya kepada Nabi.

Setelah Nabi nampak gambar tersebut DIPERTONTONKAN, maka Nabi tanya ini apa? Kenapa Nabi tanya sedemikian sekalipun Nabi dah tahu itu bantal, yang ada gambar padanya?

Persoalan Nabi itu menunjukkan reaksi Nabi TIDAK SUKA pada gambar, dan alasan yang diberi oleh Aisyah adalah memang munasabah, untuk alas duduk bukannya untuk dimuliakan atau sengaja nak dipertontonkan. Namun, apabila bantal bergambar yang diletakkan dalam keadaan dipertontonkan gambarnya, maka Nabi TAK suka, sekalipun bukan dimuliakan. Cuba bayangkan kalau Nabi benarkan, tentu saja dikhuatiri umatnya berlebih-lebihan pula menyukai gambar-gambar pada semua benda serba-serbi....

Ethanol dalam bonjela... saya tak pasti ethanol dari arak atau ethanol dari petrolium ( hukum kedua2nya berbeza)

Ethanol adalah bahan yang memabukkan... tidak kira samada dari punca buah-buahan mahupun petroleum. Jika ethanol berada dalam mana-mana minuman dalam peratusan 3% ke atas, minuman itu jadi arak.

Arak diharamkan sebagai minuman, tapi ethanol atau bahan memabukkan yang lain seperti morphine adalah dibenarkan dalam situasi tertentu (dalam perubatan) sebab penggunaannya bukan untuk sebagai minuman memabukkan.

Sama juga kes gambar lukisan makhluk bernyawa, umumnya dilarang, tetapi dikecualikan dalam kes-kes yang mendesak.

Namun, saya tidak memaksa sesiapa terima penjelasan saya. Saya hanya menyampaikan, terpulang kepada masing-masing untuk menilai....

Jika pokok yg dilukis itu melambangkan 'uzza dan gambar seketul batu melambangkan manah... ia akan termasuk gambar syirik.

Kata Ibnu Jarir Al Uzza" berasal dari kata Aziz. Al Uzza berarti sebuah pohon yang di atasnya ada sebuah bangunan dan bertirai, bertempat di Nakhlah yaitu antara Mekan dan Taif; orang-orang Quraisy mengagungkan pohon itu.

orang-orang musyrik itu juga menyembah Manah yang ketiga yakni yang terakhir sebagai anak perempuan Allah.
Manah itu sebuah batu besar terletak di Musyallah dengan Qadid antara Mekah dan Madinah. Kabilah Khuza'ah, Al Aus dan Khazraj mengagungkan Manah ini dan dalam melakukan ibadah haji mereka mulai dari Manah sampai ke Kakbah.

Jadi, kenapa Ibn Abbas menyatakan boleh lukis gambar pokok, tak boleh lukis gambar makhluk bernyawa?

Pokok: umumnya pokok tiada unsur syirik, tapi ada pokok berunsur syirik

Ibn Abbas tak sebut pasal pokok yang ada unsur syirik sebab memang sudah difahami apa-apa yang ada unsur syirik, adalah terlarang.... tak kira pokok, batu, matahari, manusia, haiwan.... semua terlarang

Seterusnya, Ibn Abbas sebut makhluk yang bernyawa adalah terlarang dibuat lukisan gambar.... ini termasuk samada yang ada unsur syirik (memang double tak boleh lah) mahupun juga termasuk yang tiada unsur syirik

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 23-9-2012 06:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2012 10:30 PM | Show all posts
wahai teman2, apa yang nak dikhilafkan?

seperti mana di dalam hadis2 sahih kat atas telah jelas:
1. pelukis yang melukis gambar mahkluk bernyawa diazab. gambar mahluk bernyawa di sini disebut secara umum samada lukisan bukan unsur syirik atau tak.
2. malaikat2 tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat gambar2 makhluk bernyawa dan anjing.
3. patung2 juga tidak dibenarkan di dalam rumah2. manakala boneka atau permainan budak perempuan terdapat khilaf ulama'. khilaf ni terpulang nak ikut pendapat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2012 11:26 PM | Show all posts
LanzSlumber posted on 23-9-2012 10:30 PM
wahai teman2, apa yang nak dikhilafkan?

seperti mana di dalam hadis2 sahih kat atas telah jelas:
...


Salam...

Perbincangan ni saya lihat berbentuk ilmiah, dan masing-masing lontarkan kefahaman masing-masing tanpa provokasi dan sentimen 'aku menang', cuma nak kupas lebih mendalam keadaan-keadaan yang dimaksudkan....

Point-point yang dibawa saudara Nazrul saya lihat ada kebaikan dari segi pemikiran dan perbincangan yang sihat, di mana jika dapat dijelaskan, maka persoalan yang timbul tampak lebih terjawab dengan lebih konkrit...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.155507 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list