sambung....
Nadrisa mengurut lembut tangannya yang berbekas merah dek kekasaran Ilham. Lelaki itu jarang dilihat mengamuk apabila dipejabat dan ini kali pertama dia melihat Ilham sebegini. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia melawan semula. Dia bukan perempuan yang lemah. Dia ada tali pinggang merah dalam taekwando. Tetapi memikirkan dia pekerja Ilham dia akan cuba memujuk lelaki itu dengan cara yang lebih berhemah.
“encik Ilham dah salah faham... saya tak pernah buat kerja-kerja mengintip ni...” tipu Nadrisa. Teringat pesanan puan Maimun yang memintanya jangan melibatkan namanya sekiranya rahsianya terbongkar.
“awak tak payah nak tipu saya... kalau bukan awak pengintip puan Maimun, apa awak buat kat restaurant tadi? bukan sekali malah dah banyak kali saya perasan kewujudan awak.” Keras suara Ilham.
“ye saya mengaku memang saya ada mengintip encik....”
“pang!” satu tamparan melekat pada pipi Nadrisa. Nadrisa terpaku. Terkejut melihat keganasan yang dilakukan Ilham padanya.
“saya intip encik sebab saya cintakan encik Ilham... tak ada kaitan dengan puan Maimun atau sesiapa sahaja.” Balas Nadrisa perlahan. Janji yang dah dibuat mesti ditepati. Dia tidak boleh melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.
Ilham terpaku mendengar jawapan Nadrisa yang dirasakan jujur. Wajah tidak bersalah wanita itu diperhatikan lama.
“saya sayangkan encik Ilham sebab tu saya buat macam ni... saya yang hantar gambar kecurangan girlfriend encik Ilham tu sebab saya nak encik Ilham dan dia putus. Supaya encik Ilham boleh pandang saya yang sangat cintakan encik Ilham... maafkan saya.” Ujar Nadrisa lagi sebelum pergi meninggalkan Ilham yang terpaku mendengar luahan hatinya. Harap-harap Ilham percaya kata-katanya dan tidak melibatkan puan Maimun dalam perkara ini.
Last edited by misssakura on 4-10-2012 08:13 PM
|