|
Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar
[Copy link]
|
|
Zackmaster posted on 23-8-2012 12:45 AM 
oleh kerna tajuk : Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar
jd x mau kaco pendpt2 ...
rasanya apa yang dibahaskan oleh Abangcute tu lari dari tajuk nye....
|
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 24-8-2012 11:24 AM 
rasanya apa yang dibahaskan oleh Abangcute tu lari dari tajuk nye....
rasanya sesetengah orang melihat dakwah tu dalam bentuk yg lebih luas kot
i mean pandangan saudara tu ada benarnya iaitu mempersiapkan diri dengan ilmu etc etc approach yg terdekat etc etc tu pun saya rasa satu strategi jugak...
cuma kalau kita luaskan pengertian dakwah itu - menyampaikan ...kita sampaikan apa apa pun yg berbaur kebaikan
kalau saudara nak tahu memakai tudung sahaja di hadapan sekumpulan yg bukan islam tu pun dikira berdakwah ....ini belum pun mulut dibuka
so dakwah ni luas konteksnya...
dan nak tunggukan mantapkan ilmu tu pun bagus , join majlis ilmu etc etc dan sampaikan pun kira okay...anything yg mengajak kepada yg positif.
|
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 24-8-2012 11:24 AM 
rasanya apa yang dibahaskan oleh Abangcute tu lari dari tajuk nye....
pokoknya saudara, saudara lakukanlah dakwah dalam apa cara yg termampu.kalau topik tu berat tak pe , you can take break kejap heheeh memang berat juga posting Abang cute ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 24-8-2012 11:24 AM 
rasanya apa yang dibahaskan oleh Abangcute tu lari dari tajuk nye....
Cuba baca dan please beri DALIL YANG JELAS dari kenyataan awal Tuan untuk kami PERCAYA kata-kata TUAN BENAR. Ada masaalah ke dengan kenyataan yang saya berikan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya Allah menerangkan perihal individu dan tanggungjawabnya dengan SEJELAS-JELASNYA di dalam keseluruhan Surah Al-Baqarah. Mentafsir Al-Quran memerlukan Sunnah Rasullullah SAW sebagai PELENGKAP sekiranya terdapat kemusykilan yang datangnya dari hadis-hadis yang disahkan kebenarannya. Jika ada mana-mana pihak ingin memberikan PANDANGAN dalam bentuk SANGKAAN, please... watch out with your mind thinking. PLEASE...PLEASE...PLEASE GIVE DALIL YANG LENGKAP DARI MANA-MANA KENYATAAN. Al-Quran merupakan kesempurnaan dari PENCIPTA ALAM yang di datangkan dalam bentuk AKIDAH, SYARIAT dan AKHLAK. Jika ada sesiapa yang mahu membincangkan perihal SYARIAT dan AKHLAK boleh carry on. Tapi apabila ada insan memberi NASIHAT perihal AKIDAH, please HIGHLIGHT, kerana RED MARK mean something to REMIND (ketetapan ALLAH tidak akan SALAH SAMA SEKALI). Jika tak percaya kata-kata saya, NO PROBLEM, tapi kalau sambil LEWA dengan PERINGATAN dan NASIHAT, itu anda tanggung sendiri. Apa pun wish ALL THE BEST with any OPPINION untuk perhatian bersama.
Mari kita renung ayat INI:
Dan (sebaliknya) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya dan memutuskan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, serta mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi, - mereka itu beroleh laknat, dan mereka pula beroleh balasan hari akhirat yang seburuk-buruknya. (Ar-Ra'd 13:25)
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat dari Tuhannya? "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya, - (Ar-Ra'd 13:27)
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Ar-Ra'd 13:31)
Kalau rasa BELUM SESAT, percayalah 99.9999% umat Islam SESAT dan HANYA YANG DIBERI PETUNJUK YANG SEBENAR SAHAJA YANG TIDAK SESAT sehingga KETETAPAN DAN PERATURAN TELAH DIPATUHI. Sesungguhnya jalan kebenaran hanyalah selepas MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAHKAN (bermula dari individu). Iaitu BERIMAN KEPADA AL-QURAN. So kepada yang memberikan SEBARANG HUJAH PLEASE THINK TWICE before you meet ALLAH soon or later including ME! Last edited by Abangcute on 24-8-2012 06:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk ke 2 : Strategi memperkembangkan Islam dalam erti kata sebenarnya
Tuan-tuan dan puan-puan. Majoriti UMAT ISLAM hari ini JAHIL AGAMA. Ada yang BUTA, ada yang PEKAK dan yang paling teruk BISU. Mari kita kembali merenung ISLAMKAH KITA bila RUKUN ISLAM TIDAK DITEGAKKAN? Sanggupkah kita mengaku beriman sedangkan KETERANGAN AL-QURAN dikatakan BOLEH MENYESATKAN? Itulah modal utama PEMIKIR-PEMIKIR BARAT yang menggunakan buku HADIS berwarna BIRU berharga RM35 untuk MERACUNI PEMIKIRAN yang KONONNYA mereka PINTAR tapi sebenarnya mereka lupa perihal yang sebenarnya. Saya nak lihat jugak ler dalam FORUM ini BERAPA RAMAI YANG BACA BUKU BIRU yang saya MAKSUDKAN tapi malangnya TIADA PUN YANG PERNAH BACA dan menjadi PEMIKIR AGAMA yang mana SEBAB UTAMA UMAT ISLAM MUNDUR antaranya disebabkan BUKU HADIS YANG BERWARNA BIRU yang berharga RM 35 dan BOLEH DIBELI DI MANA-MANA.
So kesimpulannya, saya menggunakan pendekatan BACA dan FAHAM. Ada sesiapa yang SUDAH MENGETAHUI PERIHAL YANG SAYA MAKSUDKAN? Atau anda MASIH LAGI DALAM KESESATAN NYATA sepertimana yang saya jelaskan diawal melalui surah-surah yang berkaitan? Sesungguhnya, saya antara manusia yang lemah dan tiada upaya untuk mengubah melainkan dengan izin ALLAH. KepadaNYA kita memohon bantuan untuk menyelesaikan permasaalahan yang berpunca dari PIHAK-PIHAK yang mempergunakan ILMU untuk menukarkan ideologi Islam dalam kaedah yang salah. Jika kenyataan saya salah, maafkan saya kerana saya memang mahu mempelajari apa yang anda semua TAHU. Wallah Hualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 12-8-2012 09:39 PM 
Cuba Tuan buka buku perihal hadis cara-cara memperkembangkan Islam yang dianjurkan oleh Baginda Ra ...
AbangCute...
oh saudara ada membaca karya Imran Hossien ...
nak tanya : dah baca tak buku : Jerusalem in the Quran? |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 24-8-2012 09:21 PM 
AbangCute...
oh saudara ada membaca karya Imran Hossien ...
mendengar dari video... tapi buku belum pernah baca. Kenapa ekk? Ada yang menarik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 24-8-2012 09:55 PM 
mendengar dari video... tapi buku belum pernah baca. Kenapa ekk? Ada yang menarik ke?
cubalah baca buku tulisannya Jerusalem in the Quran
best saya tang analisis beliau , hanya dengan bersumberkan Al Quran dan hadith...
cuba bacalah  |
|
|
|
|
|
|
|
pada saya jika kita membaca begitu banyak hukum islam keatas seseorang sekalipun...walhal kita tidak tahu setakat mana iman nya maka itu seolah olah kita akan merosakkannya kemudiannya. Ini kerana manusia jika kita memberikan perkara-perkara yang terlalu berat maka ia cenderung untuk menolaknya dan jika itu yang berlaku maka dakwah kita itu sebenarnya gagal dari segi cara dan tatasusilanya. Jika dilihat Rasulullah s.a.w mengambil masa selama 13 tahun untuk berdakwah secara senyap dan memperkuatkan tauhid selepas itu barulah secara terang-terangan. Oleh itu jika kita hendak melihat ramai orang mengikut dakwah yang kita bawa maka kita juga perlu menjadi contoh kepada orang lain dahulu. dengan cara itu adalah lebih baik daripada kita memberikan sesuatu yang mereka sukar untuk faham.
Betul setiap orang akan melihat dakwah itu dari perspektif yang berbeza-beza...tetapi saya melihatkan dakwah ini terbahagi kepada dua iaitu kepada orang islam sendiri supaya mereka meningkatkan dan memperbaiki amalan mereka sendiri dan juga yang keduanya ialah kepada orang kafir.
Dalam konteks yang dibincangkan oleh Abangcute itu beliau telah mencampur adukkan kedua-dua kategori tersebut menyebabkan sukar untuk dibezakan hujah-hujahnya itu samada ditujukan kepada orang islam supaya beriman lebih lagi atau kepada orang kafir. |
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 24-8-2012 11:12 PM 
pada saya jika kita membaca begitu banyak hukum islam keatas seseorang sekalipun...walhal kita tidak ...
i see...dan ini pendapat saudara ye. okay saya hormati pendapat itu ...ada pointnya jugak...
would u like to suggest ...isi posting di 'watered down ' sikit ke akan kandungan hujah tu? or bagaimana ke ?
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 24-8-2012 11:15 PM 
i see...dan ini pendapat saudara ye. okay saya hormati pendapat itu ...ada pointnya jugak...
wo ...
Saya cadangkan supaya setiap hujah yang diberikan itu bersama dalilnya tetapi setiap dalil itu perlulah ada penjelasannya kenapa dalil itu diguna apakah ia selari dengan tuntutan dalil itu. Contohnya jika satu hadis itu digunakan sebagai dalil maka perlulah diberi penerangan kenapa ia menjadi dalil dan perlulah dibuat perbandingan kenapa hadis itu diturun kan, atas sebab apa ia diturunkan dan di bandingkan dengan keadaan semasa supaya dapat kita mengaplikasikan hadis dan keterangan tersebut. Begitu juga dengan ayat-ayat AlQuran. Apabila diturunkan mestilah ada sebab, cerita dan tujuannya. Jadi kalaulah hendak meletakkan ayat-ayat alQuran atau hadis sebegitu semata-mata hendak menyokong pendapat itu tidak akan sampai kemana-mana dan ia tidak akan membawa maksud dakwah sebenarnya. Ia akan lebih mengelirukan.
Jadi saya setuju isi posting di "watered down" supaya setiap hujah itu dapat difahami dan setiap hadis atau ayat alQuran yang dibentangkan itu lebih difahami akan isi dan maksudnya.
Jika kita meletakkan hadis dan ayat alQuran sebegitu rupa kita bimbang jika kita meletakkan ditempat yang salah menyebabkan lebih ramai orang akan keliru. Tajuk threads ini bagus dan amat bagus iaitu "Strategi Mengembangkan Agama Islam Dalam Erti Kata Sebenar" jadi perbincangan nya mestilah kearah cara-cara untuk mengembangkan agama islam atau dakwah itu sendiri bukan membincangkan akan kesesatan orang lain atau orang islam itu sendiri. Jadi jika kita memberikan sesuatu contoh maka perbahasan perlulah berkisar bagaimana hendak memperbaiki contoh tersebut supaya dakwah itu membawa kearah kebaikan. Itu yang saya maksudkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 24-8-2012 11:12 PM 
pada saya jika kita membaca begitu banyak hukum islam keatas seseorang sekalipun...walhal kita tidak ...
Setuju...
itula yg sy maksudkan...
terdapat perbezaan antara dakwah kpd muslim dan bukan muslim...
jd brdasarkan tajuk, sy mmberikan pndangan untuk tahap keluasan umum shj.
|
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 24-8-2012 11:12 PM 
pada saya jika kita membaca begitu banyak hukum islam keatas seseorang sekalipun...walhal kita tidak ...
Tuan check sekali lagi... Adakah saya berhukum atau Allah berhukum? Kalau terasa itu MASAALAH TUAN dan saya nak jelaskan AL-Quran berkata-kata. Mau tau ler siapa yang berhukum siapa sekarang ini. Penggunaan Al-Quran kepada yang MEMAHAMI. Buka page pelan-pelan baca pelan-pelan. Jangan kata SAYA BERHUKUM melainkan TUAN PASTI saya yang berhukum. Kalau dah akidah pun tak paham... kalau ada sijil PHD tu, koyak buang masuk tong sampah..tak ada guna kalau keluar kata-kata tanpa DALIL JELAS... Sesungguhnya Allah Jua Yang Mengetahui
Last edited by Abangcute on 25-8-2012 12:28 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
syarih posted on 10-8-2012 01:05 AM 
Jika kita dah bekeluarga..adalah lebih baik kita memperbaiki diri kita sendiri dan mendidik ahli kel ...
Sekarang ini TOLONG BAGITAU saya yang baru nak belajar DIMANA ILMU TUAN AMBIL DALIL yang DIMAKSUDKAN? Kembali kepada adab waktu berhujah perihal ilmu. Perlu ke saya mengajar? Pertama : Niat yang ikhlas. Kedua : Tekun berusaha dan bertawakal.Ketiga : Menjauhi maksiat.Keempat : Memilih teman yang soleh.Kelima : Banyakkan zikrullah.Keenam : Menjaga kehormatan.Ketujuh : Mendapat doa dan keredaan ibu bapa.Kelapan : Menghormati guru.Kesembilan : Beramal dengan segala ilmu yang diperolehi.
Perihal menyampaikan ilmu yang BERMANFAAT :
Dalam kitab Sahihnya, Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Hajjaj bin Minhal dari Syu’bah dari Alqamah bin Martsad dari Sa’ad bin Ubaidah dari Abu Abdirrahman As-Sulami dari Utsman bin Affan radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ .
Maksudnya : “Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.”
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa membaca al-Quran dan mempelajarinya dan mengerjakan isinya, kedua orang tuanya akan diberikan mahkhota dari cahaya sinarnya seperti sinar matahari, dan dipakaikan kedua orang tuanya perhiasan yang tidak didapatinya didunia, lalu keduanya bertanya : dengan amal apa hingga kita diberikan pakaian ini ? dikatakan :' kerana anakmu menghafal al-Quran'.” (Hadis Riwayat Hakim)
Tolong lihat, Tuan punya ayat tu SESUAI ke dengan Sunnah Rasullullah?
Pembacaan al-Qur'an yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar. Jika tak faham bahasa Arab cuba lihat terjemahannya. Kalau tak faham, nak kena tafsir?? Carilah Sunnah... Eh... Tuan ni tak reti baca bahasa Malaysia ke? Tak mau ikut Perintah Rasullullah ke? Kan kita ni perlu BACA dan FAHAMI Al-Quran dan Sunnah?? Bukan nak perli, tapi nak jelaskan Tuan ni sebenarnya ada masaalah dengan Allah. Sesungguhnya Allah Jua Yang Maha Bijaksana. Wallah Hualam
Last edited by Abangcute on 26-8-2012 01:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya nak jelaskan ONCE more, note baik2 nye :
Sehubungan dengan perintah ajarkan walaupun satu ayat, Allah SWT. berfirman:
"Dan siapakah yag lebih zalim dari pada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya lalu dia berpaling dari padanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? sesungguhnya kami meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka akan mendapat petunjuk selama-lamanya."(QS.Al Kahfi : 57) Last edited by Abangcute on 26-8-2012 12:53 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Zackmaster posted on 24-8-2012 11:58 PM 
Setuju...
itula yg sy maksudkan...
terdapat perbezaan antara dakwah kpd muslim dan bukan muslim. ...
Tuan kena kenal Islam dan Kafir yang dimaksudkan dalam Al-Quran. Islam dan Munafik yang dimaksudkan dalam Al-Quran. Barulah kita boleh nilai PERLU atau TIDAK kita MENASIHATI orang yang SUKA MENASIHATI tapi MENAMBAHKAN LAGI RACUN dalam MADU yang DIBERIKAN. Perlu ker letakkan RACUN DALAM MADU?
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf posted on 24-8-2012 10:46 PM 
cubalah baca buku tulisannya Jerusalem in the Quran
best saya tang analisis beliau , hanya deng ...
Iyer saya kerap mendengarnya. Tapi bagi saya, tak perlu kerana saya dah faham apa yang perlu saya faham selaku hamba Allah yang mengharapkan menjadi hambaNYA di sana kelak... WHO KNOW??
Memang saya teringin nak baca... tapi rasanya tak perlu kot? Hehehe... Nice comment DUDE... Tq
p/s: JUM BACA BUKU!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Abangcute posted on 25-8-2012 01:09 AM 
Tuan kena kenal Islam dan Kafir yang dimaksudkan dalam Al-Quran. Islam dan Munafik yang dimaksudka ...
Baiklah..jawapannya tidak..
Terima kasih atas peringatan..
Erm..sy bersetuju dgn saudara syarih bkan bmakna saudara Abangcute salah..
maaf jika menyebabkan saudara terasa begitu..
apa yg saudara sampaikan itu betul, kata2 saudara itu benar..
cuma mungkin saudara boleh lebih mengkelaskan bahagian2nya agar lebih mudah faham,
contoh: jelaskan ciri2 Islam, kafir, munafik yg dimaksudkan dalam Al-Quran,
kemudian huraikan strategi2 yg berkaitan bg mengembangkn Islam kpd setiap golongan2 tersebut...
akhirnya tujuan/alasan terhadap dakwah2 yg dilaksanakan...etc
|
|
|
|
|
|
|
|
Zackmaster posted on 25-8-2012 09:15 AM 
Baiklah..jawapannya tidak..
Terima kasih atas peringatan..
Kejap lagi saya remind untuk diri saya kaedah menjaga JIWA dan bukannya Fikiran dan Hati semata-mata. Kerana kunci kejayaan Umat Islam terletak kepada Jiwa yang bersih. Maafkan saya seandainya menyinggung perasaan Tuan/Puan.
Mari kita sama-sama renungkan perkataan ini,
Undang-undang dan Perlembagaan HAQ Milik Allah :
Sesungguhnya kita kena mengakui ilmu yang kita ketahui perihal Alam adalah terhad. Walau bagaimanapun atas belas kasihan Allah yang menciptakan segala-galanya atas ilmuNYA, Allah SWT meninggalkan SESUATU untuk kita fahami iaitu Undang-undang dan Perlembagaan milikNYA. Semuanya terkandung di dalam Al-Quran. Semestinya kepada yang mengaku ISLAM tiada MASAALAH untuk memahami ISLAM akan tetapi bermasaalah dalam memahami BERIMAN kerana didalam ISLAM perlulah BERIMAN. Harus diingatkan ketetapan Allah adalah muktamad dan kunci untuk kesempurnaan ISLAM terletak kepada IHSAN. Di sinilah sumber utama yang dimaksudkan dengan perkara yang saya maksudkan iaitu Al-Quran atau lebih tepat KALAM ALLAH. Bagi seorang yang mengaku BERIMAN kepada TuhanNYA perlulah kenal apa yang disampaikanNYA dalam bentuk Undang-undang dan PerlembagaanNYA. Bukan kita selaku manusia sahaja yang perlu mengikutnya malah SEKELIAN MAKLUK tertakluk kepada KETETAPAN yang telah ditetapkan olehNYA. Key pemahaman agama ISLAM terletak kepada Undang-undang dan Perlembagaan yang disampaikan ALLAH didalam Al-Quran. Pecahan kepada Undang-udang dan PerlembagaanNYA terbahagi kepada 3 bahagian Utama iaitu :
1) AKIDAH
2) SYARIAT
3) AKHLAK
Majoriti Umat Islam hari ini tertumpu kepada Syariat dan Akhlak semata-mata dan lahirlah Umat Islam yang lemah dari segi JIWA yang mana akan melahirkan JIWA-JIWA yang bersifat WAHAN (cinta dunia dan takut mati) tambahan RAMAI yang mengeluarkan dalil yang TIDAK SEMPURNA DARI segi syariat yang sepatutnya, disebabkan akal yang terhad yang tidak mendorong kejayaan bangsa ISLAM yang asalnya datang dari Bani Adam itu sendiri. Ini disebabkan penyampaian ILMU AGAMA yang terhad kerana kefahaman JIWA yang dimaksudkan tidak sampai kepada PERKARA UTAMA yang baginda Rasullullah SAW bawakan dalam bentuk kefahaman kita yang dikenal sebagai SUNNAH. Seharusnya perkara yang perlu ditanam di dalam JIWA Umat Islam hari ini adalah AKIDAH kerana akidah (lebih kepada JIWA) akan drag ke arah ISLAH dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Bila menyebut AKIDAH, ramai yang beranggapan/bersangkaan semata-mata, yang tidak menepati apa yang ALLAH maksudkan. Akidah merujuk kepada Individu dalam melakukan Perbuatan, Kata-kata dan Niat, yang mencakupi dimensi ruang dan masa yang ALLAH maksudkan iaitu apa yang kita nampak dan apa yang kita tidak nampak. Sesuatu yang kita nampak BOLEHLAH kita buat kajian akan tetapi yang tidak nampak (ghaib) semuanya TIDAK PERLU DIBINCANGKAN dan hanya perlu DI-IMANI akan ayat-ayat suci Al-Quran yang dimaksudkan.
Dewasa ini MAJORITI Umat Islam banyak menceritakan perihal Alam Ghaib sedangkan perihal Alam Ghaib adalah hanya dalam pengetahuan Allah sahaja. Saya tak kata SALAH akan tetapi yang BATIL terletak pada Alam Ghaib berkenaan. Yang memahami TIDAK AKAN MENCERITAKAN perihal berkenaan kerana BOLEH MENYESATKAN tanpa kita sedari. Kita dituntut untuk memohon perlindungan daripada Perkara-perkara yang melibatkan perihal Ghaib yang melibatkan Syaitan dari kalangan Jin dan Manusia itu sendiri. Saya boleh detailkan cuma untuk pengetahuan umum cukuplah ilmu yang PERLU TAHU takut-takut nanti boleh sesat kerana itu antara ILMU ALLAH yang hanya PERLU TAHU. Saya akan sambung lagi bila ada masa Insya'allah. Kembalilah kepada Akidah yang ada di dalam Al-Quran dalam erti kata sebenar. Sesungguhnya KALAMULLAH antara PETUNJUK KEBENARAN YANG HAKIKI. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Wallah Hualam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|