CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzulqarnain

'HUDUD' tiada dalam Al-Quran, ciptaan ahli feqh - tidak adil.

[Copy link]
Post time 7-3-2012 06:07 PM | Show all posts
Disbbkn terlalu 'pakar' dlm satu² hal agama,
mahupn menjaga pemahaman saudara atau yg diajarkn kpd saudara,
serta yg lainnya juga,
jgn nk pisahkn iman dan taqwa sesama kita.
Krn kedua² inilah shj bila masa semua jenis fahaman pn xkn dipecah²kn.
Dzulqarnain Post at 7-3-2012 15:13


Salam...

Nampak seperti anda tidak tangkap maksud yang cuba disampaikan. Mungkin anda baru di Forum Cari, atau mungkin anda sudah lama tetapi cuma tak setuju thread anda diubah.

Saya memahami anda yang buka thread memang anda sendiri lebih arif maksud dan niat anda, bukan niat saya untuk pecah-belah atau menyinggung saudara.

Terpulanglah kepada anda macamana nak menilai, kalau tak berpuas hati anda boleh minta Mod untuk tukarkan balik thread anda. Pada saya, lebih baik diletakkan di sub Board spesifik membincangkan Al-Quran/Hadith. Sebab bukan untuk memisahkan Iman dan Taqwa, sebaliknya untuk kurangkan pertelagahan di medan awam yang natijahnya menambahkan kekeliruan (kepada pembaca). Di Sub board memang nature perbezaan pendapat dibincang sedatail-detail nya.

Masih boleh berbincang dengan mana-mana pihak, tiada masalah, cuma bezanya kita nampak arah tuju perbincangan thread itu sesuai diletakkan di mana. Itu saja.

Maafkan saya jika saranan saya itu mungkin menyinggung saudara secara tak langsung....

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2012 07:54 PM | Show all posts
Salam...

Nampak seperti anda tidak tangkap maksud yang cuba disampaikan. Mungkin anda baru di ...
mnm77 Post at 7-3-2012 18:07



Xpe, cuma nk bertanya respon.
Sbb respon di luar sana,
hampir sama dgn respon di sini.
Terakhir saya dengar 'hukum hudud' djdkn 'sumber rujukan agama'.
Yg lama dulu dikemukakan dan dikaji (sama mcm ubah bod),
oleh pendita²/ahli agama/elit² agama/pakar agama/etc.
Tp perlaksanaan???

Jd, keluar drpd apa yg kita 'biasa²' tu.
Fikir sedlm²...berpijak dibumi berpalingkn 'TV'.
Mmg byk masyarakat di seluruh negara,
yg lama hidup dgn ketaatan mengikut 'had² Allah' tu.
Dlm menegakkan hukum Allah, hukuman tetap dilaksana dgn adil.
Yg plg penting mereka diberi keringanan dgn 'taubat'...

p/s:

Bkn kah tujuan utama kita utk sampaikan kpd semua?
Biarpn pelbagai fahaman, pegangan, aliran, mazhab, etc.

Penilaian yg baik dtg drpd Allah,
penilaian yg buruk tu bknnya drpd saudara,
tp drpd bisikan syaitan.
Jgn salahkan ibubapa mereka bila mereka malas membaca...ayat²Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:26 PM | Show all posts
Pokok persoalan, bila dirujuk Hadith tu adakah golongan yang menolak hadith kata TAK ADIL?
...
mnm77 Post at 7-3-2012 12:21


Jangan biasakan berak di jalan tapi banyak alasan..... jika anda berkata "sebahagian" segolongan" maka tuduhan anda itu tidak melibatkan semua yang anda labelkan melainkan anda mungkin orang baru dalam forum ini atau mungkin orang lama yang tidak peka atau tidak ingin mendengar semua pendapat (ingkar ayat 39 surahAz Zumar).


Adakah sesuatu yang Nabi sendiri beri penjelasan dikira mengatasi Allah dan Rasul?  Jika ada orang tanya bagaimana adab makan dan minum, dan Nabi beri penjelasan adab-adabnya, adakah perkara tersebut semua dusta bila tidak jumpa dalam Al-Quran? Jika anda hidup pada zaman Nabi, sesiapa yang ENGKAR kepada Nabi itu sebenarnya ENGKAR ALLAH.



Jika adab makan dan minum pun kena tanya baginda Nabi, maka apa gunanya akal yang Allah anugerahkan kepada anda itu. Takkan anda lebih teruk dari binatang ternakan pula.....


Jika anda hidup di zaman Nabi, dan masih menilai lagi nak ikut atau tidak perintah dan penerangan dari Nabi, maka tentulah anda bukan tergolong dalam golongan pengikut Nabi.



Takkan anda nak samakan hidup sezaman dengan nabi dengan hidup anda zaman sekarang, janganlah masih bermimpi disiang hari lagi  atau panjang angan2 tu..... kerja syaitan tu......


Yup kembali kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi yang sebenar-benarnya, bukan memperkudakan agama Allah dengan kefahaman yang dinilaikan akal semata-mata tanpa panduan dari Sunnah (Nabi).



Apakah bersyariat berpandukan Al Quran itu anda kata memperkudakan agama Allah..... his... his.... Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2 Bukhari N The Geng yang di tulis lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan baginda dan kitab2 tersebut tidak ada pengesahan dari baginda Nabi sendiri, maka terpulanglah.........sedang surat2 baginda kepada raja/pembesar2 sezamannya pun memerlukan cop mohor dari baginda sebagai pengesahan.


Salam......
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:37 PM | Show all posts
Apa 'hikmah'nya memindahkan thread ni ke sub board Al-Quran & Hadith....?
Saudara dan mod nk  ...
Dzulqarnain Post at 7-3-2012 02:25

Salam....

Apapun alasannya mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah dan RasulNya yang berikut kerana takut dengan bayang-bayang mereka sendiri.

AQ 39:18. Yang mendengar ucapan, danmengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allahmemberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yangmempunyai minda.


AQ 17:36. Dan janganlah mengikutiapa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, danhati - semua itu ditanya.


Mereka lupa yang memberi hidayah atau pentunjuk kepada seseorang adalah Allah bukan siapa2 dalam forum ini.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2012 08:49 PM | Show all posts
Reply  anakmacho


    cantik

kerana pakai akal leeee
orangbesi Post at 7-3-2012 10:40


Yup.... guna akal leeee
PC/laptop yang kita sedang guna sekarang ni pun hasil dari kaum yang guna akal.......

Dalam memahami Al Quran, Allah juga sarankan gunak akal.......

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda merenungkan ayat-ayatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2012 10:46 PM | Show all posts
Saya syak mungkin mereka berdua cuba nak menyembunyikan hudud @ had-had Allah yang telah di sebu ...
sirrikhafi Post at 7-3-2012 12:09



Jika 'syak' saudara tu ingin membantu, sila dan Tq.

Diharap kebijaksanaan saudara tu dpt dikongsi,
adakah ayat² Al-Quran berkenaan 'had-had' Allah itu
termasuk ayat² yg mengandungi kata 'antonim'nya i.e. 'melampaui batas'?

Jika kemahiran 'semantik' saudara digunakan bg mereka berfikir lebih sket:
Adakah 'halal-haram' juga 'had²'Nya?
Adakah 'perintah-larangan' juga 'had²'Nya?
Adakah 'misal perbandingan'Nya juga 'had²'Nya?
Adakah 'kisah dan khabar' dr Nya juga 'had²'Nya?
yg dirangkumkn segalanya dlm Al-Quran.

Spy kita tdk menghukum hanya dgn 'sepotong ayat' shj.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2012 11:12 PM | Show all posts
Reply  anakmacho
cantik
kerana pakai akal leeee
orangbesi Post at 7-3-2012 10:40



Ada yg lbh 'cantik' drpd senyuman tu?
Wlpn yg 'mistik' ada di MPS,
bila 'DIILHAMKAN KEFASIKAN DAN KETAKWAAN'
kupas le lagi sikit, pasti 'KALAMNYA BERGEMA'
atau.......

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 12:03 AM | Show all posts
Salam....

Apapun alasannya mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah dan RasulNya yang berikut keran ...
anakmacho Post at 7-3-2012 20:37



Jika berselisih hal amal, ayatNya...
Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu (42:15)

krn tanggungjawab menegakkan hukumNya itu lbh utama.
Slps yakin dan percaya i.e. iman dan taqwa dlm setiap jiwa.

Jgn pupuk benci-membenci (hasad dengki) di kalangan kita,
sdgkn musuh diluar bertepuk, bergelak suka ria.
(Kalau isu ini di CI, lg celaru~)
Al-Quran dh ada ditangan masing²,
Jika pesuruh s.a.w. tiada, kita lah 'perlaksana'.

Wlpn mula dgn individu, keluarga, mahupn jemaah yg kecil,
pasti ramai yg tertarik dan menolak ke'palsu'an dunia,
ciptaan pendita²/ahli agama/pakar agama/etc.
tanpa bertindak melaksana, malah bersama² bergelak ketawa?
Kn lbh bijaksana adanya...hanya dgn izinNya.

- Hidayah dan petunjuk dr Allah, kita hanya menyampaikan shj.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 09:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-3-2012 10:01
Jangan biasakan berak di jalan tapi banyak alasan..... jika anda berkata "sebahagian" segolongan" maka tuduhan anda itu tidak melibatkan semua yang anda labelkan melainkan anda mungkin orang baru dalam forum ini atau mungkin orang lama yang tidak peka atau tidak ingin mendengar semua pendapat (ingkar ayat 39 surahAz Zumar).
anakmacho Post at 7-3-2012 20:26


Bagaimana tuduhan anda:
Berkenaan pakaian khusus semasa haji, apabila tak di sebut secara khusus oleh Allah dan RasulNya, mengapa pula manusia itu sendiri rasa berhak menetapkan dan mengatasi Allah dan RasulNya.


Itu kefahaman anda semata-mata bila anda tak jumpa/tak terima penjelasan dari Rasul (dari sumber Hadith).  

Apa yang anda labelkan kepada mereka yang beramal dengan saranan Rasul (Hadith)?

Jika adab makan dan minum pun kena tanya baginda Nabi, maka apa gunanya akal yang Allah anugerahkan kepada anda itu. Takkan anda lebih teruk dari binatang ternakan pula.....


Orang kafir pun makan juga, adakah mereka tak guna akal? Mereka guna akal, tapi akal mereka bukan berlandaskan Sunnah Nabi.

Bagaimana cara makan yang disukai Allah? Contoh tangan kanan atau tangan kiri? Hal ini termasuk dalam adab dan Sunnah. Allah perintah ikut Nabi, maka makan ikut Sunnah Nabi.

Samada makan guna tangan kanan atau kiri, makanan tetap masuk ke mulut. Bezanya yang mana lebih disukai Allah dan Rasul? Inilah AGAMA, ikut Perintah Allah, cara Nabi. Bukan cara orang kafir atau cara sendiri-sendiri.

Takkan anda nak samakan hidup sezaman dengan nabi dengan hidup anda zaman sekarang, janganlah masih bermimpi disiang hari lagi  atau panjang angan2 tu..... kerja syaitan tu.....


Adakah para sahabat Nabi yang ikut Sunnah Nabi tu ikut kerja Syaitan? Na'u zubillahi min zalik!

Mereka (para sahabat) ikut yang terbaik (Sunnah Nabi), maka itulah (Sunnah) yang menjadi ikutan Umat Islam

Apakah bersyariat berpandukan Al Quran itu anda kata memperkudakan agama Allah..... his... his.... Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2 Bukhari N The Geng yang di tulis lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan baginda dan kitab2 tersebut tidak ada pengesahan dari baginda Nabi sendiri, maka terpulanglah.........sedang surat2 baginda kepada raja/pembesar2 sezamannya pun memerlukan cop mohor dari baginda sebagai pengesahan.


Lihatlah bagaimana anda CUKUP berPRASANGKA terhadap Imam Bukhari:
-syariat kitab Bukhari? Siapa kata syariat Bukhari?
-tulis hadith lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan? Anda tahu atau tidak yang Imam Bukhari mengumpulkan hadith?
-Hadith tidak dapat pengesahan Nabi? Al-Quran dapat pengesahan Nabi tak? Mana Cop mohornya?

Anda melabel dan berprasangka terhadap Imam Bukhari, dan menyebarkan prasangka itu....
.....tapi anda melenting 'terasa' sangat bila saya tegur pihak anti hadith!

Itulah realiti..... hanya pandai pertikai, tapi tak boleh dipertikai!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:38 PM | Show all posts
Reply 47# Dzulqarnain


    DITURUNKAN PUN BERPERINGKAT-PERINGKAT
TIDAK DIBEBANKAN MELAINKAN KEMAMPUAN DIRI SENDIRI
TIDAK MENDAPAT PETUNJUK MELAINKAN MEREKA YANG BERAKAL




dan
DIALAH MENGETAHUI YAG GHAIB DAN NYATA

(kena jauh2 sikitttttt, supaya kurangnya FITNAH
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:39 PM | Show all posts
Bagaimana tuduhan anda:
Itu kefahaman anda semata-mata bila anda tak jumpa/tak terima penje ...
mnm77 Post at 8-3-2012 09:51


Tuduhan ke tu…. Bukankah awak sendiri yang menyatakan;

“Tawaf keliling Ka'bah dengan pakaian Ihram tu.... tak disebut secara explicit dalam dalam Al-Quran sebagai ritual Haji”

Maka jika tak disebut dalam Al Quran bukankah manusia itu sendiri memandai-memandai menetapkan lalu memperkudakan nama baginda nabi…..

Itu kefahaman anda semata-mata bila anda tak jumpa/tak terima penjelasan dari Rasul (dari sumber Hadith).  

Apa yang anda labelkan kepada mereka yang beramal dengan saranan Rasul (Hadith)?


Itu bukan namanya penjelasan tapi penambahan kepada Al Quran dan penambahan (wajib pakai ihram) itu bukan nabi melainkan memperkudakan nama nabi sebab baginda tidak dibenarkan menambah apa yang telah diwahyukan dalam Al Quran.

Perhatikan terjemahan ayat ini dimana orang mahu nabi megeluarkan pendapat atau arahan dari diri nabi sendiri……. lantas nabi diarah untuk menjawab;

AQ 7:203. Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, "Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?" Katakanlah, "Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai."

Orang yang beramal atau bersyariat selain Al Quran, pada saya mereka itu bertuhankan manusia selain Allah. Saranan Rasul dalam bersyariat atau beramal hanya Al Quran sedang Riwayat2 Hadis hanya memperkudakan nama baginda demi kepentingan sendiri.

Orang kafir pun makan juga, adakah mereka tak guna akal? Mereka guna akal, tapi akal mereka bukan berlandaskan Sunnah Nabi.

Bagaimana cara makan yang disukai Allah? Contoh tangan kanan atau tangan kiri? Hal ini termasuk dalam adab dan Sunnah. Allah perintah ikut Nabi, maka makan ikut Sunnah Nabi.

Samada makan guna tangan kanan atau kiri, makanan tetap masuk ke mulut. Bezanya yang mana lebih disukai Allah dan Rasul? Inilah AGAMA, ikut Perintah Allah, cara Nabi. Bukan cara orang kafir atau cara sendiri-sendiri.


Awak berhujah tanpa dalil…… maka hujah awak hanya mempergunakan Allah dan Nabi tanpa patut. Makan dengan tangan kanan disukai Allah ? Jadi, malang sunggup kepada mereka yang cacat tanpa tangan kanan atau cacat kedua2 belah tangan yang hanya guna kaki untuk menyuap…. Dahlah cacat, Allah tak suka pula……. sungguh malang nasib mereka……. Begitu ke?

Adakah para sahabat Nabi yang ikut Sunnah Nabi tu ikut kerja Syaitan? Na'u zubillahi min zalik!

Mereka (para sahabat) ikut yang terbaik (Sunnah Nabi), maka itulah (Sunnah) yang menjadi ikutan Umat Islam


Apa yang awak cuba pusing2 ni….. awak kata “jika anda hidup zaman nabi” sekarang awak pusing ke para sahabat nabi pula…. Para sahabat yang hidup zaman nabi dan kita sekarang sangat berbeza, awak mendakwa awak ikut nabi sedangkan rujukan awak (riwayat2 hadis)  itu tidak mendapat pengesahan dari baginda sendiri melainkan awak memberi jaminan 100% bahwa rujukan awak (riwayat hadis)  itu bebas dari manipulasi dari orang2 yang berkepentingan.

Lihatlah bagaimana anda CUKUP berPRASANGKA terhadap Imam Bukhari:
-syariat kitab Bukhari? Siapa kata syariat Bukhari?
-tulis hadith lebih kurang 200 tahun setelah kewafatan? Anda tahu atau tidak yang Imam Bukhari mengumpulkan hadith?
-Hadith tidak dapat pengesahan Nabi? Al-Quran dapat pengesahan Nabi tak? Mana Cop mohornya?

Anda melabel dan berprasangka terhadap Imam Bukhari, dan menyebarkan prasangka itu....
.....tapi anda melenting 'terasa' sangat bila saya tegur pihak anti hadith!

Itulah realiti..... hanya pandai pertikai, tapi tak boleh dipertikai!


Ha.... siapa kata syariat Bukhari ? Kan jelas saya kata ”Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2.....” jadi apa tujuan awak nak putar belitkan kenyataan saya......

Menurut pembacaan saya, yup... begitulah Bukhari mengumpul dan menulis riwayat hadis.... ”Menurut Ibnu Hajar Al Asqalani, akhirnya Bukhari menuliskan sebanyak 9082 hadis dalam karya monumentalnya Al Jami’ as-Shahih yang dikenal sebagai Shahih Bukhari” (rujuk dan klik sini)

Saya tidak berprasangka tetapi saya berwaspada dengan amaran Allah seperti terjemahan berikut;

AQ 2:79. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka menulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka.

Begitu juga persamaan yang Allah nyatakan;

AQ 62:5. Persamaan orang-orang yang dibebankan dengan Taurat, kemudian mereka tidak memikulnya adalah seperti persamaan seekor keledai yang memikul buku-buku yang tebal. Adalah buruk persamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Awak bersyariat berpandukan kitab2 Bukhari N The Geng maka sudahkah awak membaca semua kitab2 mereka itu..... jika belum persamaan awak adalah seekor keldai.

Disamping itu saya berwaspada dengan janji iblis kepada Allah;

AQ 7:17. Kemudian aku (iblis) datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka berterima kasih."

Jaminan Allah berkenaan petunjukNya (Al Quran);

AQ 2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

-Hadith tidak dapat pengesahan Nabi? Al-Quran dapat pengesahan Nabi tak? Mana Cop mohornya?


Hehe..... ini tentu belum habis baca Al Quran atau baca tapi tidak mahu memahaminya.... ini jawapan saya;

Surah  Al Hijr
15: 9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[793].

Terjemahan lain;

AQ 15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.

Adakah yang lebih utama selain dari jaminan Allah dalam ayat diatas berkenaan pengesahan ketulinan Al Quran dan kepada Riwayat2 Hadis kitab2 Bukhari N The Geng ada tak mendapat jaminan dari Allah ?

P/s – Kepada TT, maaf banyak2 sebab thread ini dah agak terpesong.......

Salam.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 12:56 PM | Show all posts
Jika berselisih hal amal, ayatNya...
krn tanggungjawab menegakkan hukumNya itu lbh utama.
...Dzulqarnain Post at 8-3-2012 00:03


Salam....

Terima kasih atas ingatan dan tegurannya...... tiada niat dihati untuk pupuk benci-membenci (hasad dengki) di kalangan kita. Cuma  rasa sedih dan terkilan apabila ayat2 Allah tidak berusaha di patuhi. Nabi juga turut menyatakan kesedihannya terhadap Allah atas sikap yang mengaku umatnya tetapi mengabaikan Al Quran;


AQ 25:30. Rasul berkata, "WahaiPemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yangtidak dipedulikan."




Terkilan juga atas sikap mereka yg berkuasa dalam forum ini dan ini melambangkan sikap penguasa itu sendiri, apabila tidak sealiran mulalah menyekat sana menyekat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 02:37 PM | Show all posts
Reply  Dzulqarnain


    DITURUNKAN PUN BERPERINGKAT-PERINGKAT
TIDAK DIBEBANKAN MELAINKAN KEMA ...
orangbesi Post at 8-3-2012 12:38



Respon terbaik stakat ni.
Bila yg utama di'kawal' itu 'nafs'
dan bknnya akal dan selainnya.
'had²' hambaNya yg bijaksana.
Krn pemikiran yg haq bila yg bathil dibedung.
Jgn terjah sblm akal diasah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 03:08 PM | Show all posts
Salam....

Terima kasih atas ingatan dan tegurannya...... tiada niat dihati untuk pupuk benci- ...
anakmacho Post at 8-3-2012 12:56



Hanya mengingatkn kita semua,
krn agenda yg lebih besar dihadapan kita.
Cuma pohon kpd yg Maha Pemelihara,
spy kita terhindar drpd menyekutukanNya.
Juga dgn izinNya.

Bagaimana fikiran saudara berkenaan perlaksanaan hukum Allah?
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 03:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 8-3-2012 15:37
Tuduhan ke tu…. Bukankah awak sendiri yang menyatakan;

“Tawaf keliling Ka'bah dengan pakaian Ihram tu.... tak disebut secara explicit dalam dalam Al-Quran sebagai ritual Haji”

Maka jika tak disebut dalam Al Quran bukankah manusia itu sendiri memandai-memandai menetapkan lalu memperkudakan nama baginda nabi…..
anakmacho Post at 8-3-2012 12:39


Tuduhan kamu tu yang saya gariskan di atas. Cara pemakaian Ihram tak disebut dalam Al-Quran, tetapi ditunjukkan cara oleh Nabi (Sunnah). Al-Quran tak boleh tunjuk macamana Ihram tu dipakai, sebab Al-Quran bukan manusia.

Orang yang tolak Sunnah Nabi itulah yang memperkudakan agama Islam dengan akal cetek mereka. Dr. Mahathir tunaikan Haji dengan pakaian Ihram secara Ahli Sunnah. Adakah anda nak kata Dr. Mahathir tu juga ikut membabi buta atau memperkudakan agama atas nama Nabi juga?

Itu bukan namanya penjelasan tapi penambahan kepada Al Quran dan penambahan (wajib pakai ihram) itu bukan nabi melainkan memperkudakan nama nabi sebab baginda tidak dibenarkan menambah apa yang telah diwahyukan dalam Al Quran.


Al-Quran tu bukan manusia, Nabi tu manusia. Nabi bukan menambah-nambah, Nabi tunjukkan secara praktikal.
ADA FAHAM?

Masih ingat ayat Al-Quran perintah Ruku' bersama orang2 yang ruku'? Bagaimana orang yang tolak hadith tu Ruku'? Al-Quran bukan manusia yang boleh ruku' macam manusia ruku'. Persoalan ni sampai sekarang golongan anti Hadith tidak jawab. Saya nak tahu bagaimana dan dengan siapa anda ruku bersama-sama orang yang ruku.

Awak berhujah tanpa dalil…… maka hujah awak hanya mempergunakan Allah dan Nabi tanpa patut. Makan dengan tangan kanan disukai Allah ? Jadi, malang sunggup kepada mereka yang cacat tanpa tangan kanan atau cacat kedua2 belah tangan yang hanya guna kaki untuk menyuap…. Dahlah cacat, Allah tak suka pula……. sungguh malang nasib mereka……. Begitu ke?


Dalil diberi pun bukan nak terima!
Bagi yang cacat atau kudung, mestilah ada keringanan.

Habis kalau yang takdak kaki dan tangan macamana nak ruku' ikut perintah Allah? Awat tak guna logik yang sama jugak? Tu lah takmau ikut, baca Al-Quran tu elok, kefahaman kena ikut Sunnah, bukannya boleh agak-agak saja bila timbul sesuatu masalah.

Apa yang awak cuba pusing2 ni….. awak kata “jika anda hidup zaman nabi” sekarang awak pusing ke para sahabat nabi pula…. Para sahabat yang hidup zaman nabi dan kita sekarang sangat berbeza, awak mendakwa awak ikut nabi sedangkan rujukan awak (riwayat2 hadis)  itu tidak mendapat pengesahan dari baginda sendiri melainkan awak memberi jaminan 100% bahwa rujukan awak (riwayat hadis)  itu bebas dari manipulasi dari orang2 yang berkepentingan.


Point saya tu anda tak faham. Sahabat hidup zaman Nabi, sahabat ikut cara Nabi. Walaupun kita tak hidup pada zaman Nabi, itu tak bermakna tiada orang ikut Sunnah Nabi dari zaman ke zaman.

Hadith Nabi pula ada kategori pengesahan dari yang pakar Hadith, bukan main semberono tangkap muat semua sama saja. Mana logiknya Nabi yang dah wafat nak buat pengesahan pula. Al-Quran pun mana ada Nabi buat pengesahan Al-Quran sebagai sebuah kitab lengkap!

Al-Quran dan Hadith kedua-duanya disampaikan oleh Nabi:
-Al-Quran tu dihafal secara lafzi, periwayatan juga secara lafzi (lafaz)
-Hadith juga difahal secara lafzi dan sesetengahnya dihafal secara maknawi.

Al-Quran sebagai sebuah kitab lengkap hanya muncul pada zaman Abu Bakr As-Siddiq. Zaman Nabi tiada Al-Quran dalam bentuk sebuah kitab lengkap! Ayat Al-Quran sendiri yang menyatakan Al-Quran itu diturunkan secara berperingkat-peringkat.

Sama juga hadith disampaikan dari masa ke semasa semasa hayat Nabi.

Ha.... siapa kata syariat Bukhari ? Kan jelas saya kata ”Jika anda selesa bersyariat berpandukan kitab2.....” jadi apa tujuan awak nak putar belitkan kenyataan saya......


Buat apa nak pusing? Yang saya gariskan di atas tu. Bersyariat berpandukan kitab Bukhari tu maknanya apa? Lihat quote di bawah ni:

Awak bersyariat berpandukan kitab2 Bukhari N The Geng maka sudahkah awak membaca semua kitab2 mereka itu..... jika belum persamaan awak adalah seekor keldai.

Bila masa saya kata saya bersyariat sedemikian? Siapa yang pusing ni?

Al-Quran itu Rujukan utama. Sunnah Nabi itu secara praktikal nak beramal dengan Al-Quran. ADA FAHAM?

Anda baca Al-Quran tapi tak mahu ikut perintah Allah menurut Sunnah tu, samalah anda dengan SEEKOR KELDAI. Itulah perumpamaan orang yang kendong kitab Allah tapi tak faham isi kandungannya.

Hehe..... ini tentu belum habis baca Al Quran atau baca tapi tidak mahu memahaminya.... ini jawapan saya;

Surah  Al Hijr
15: 9. Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[793].

Terjemahan lain;

AQ 15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.

Adakah yang lebih utama selain dari jaminan Allah dalam ayat diatas berkenaan pengesahan ketulinan Al Quran dan kepada Riwayat2 Hadis kitab2 Bukhari N The Geng ada tak mendapat jaminan dari Allah ?


Pandai buat tuduhan. Hadith Nabi anda minta cop mohor. Ayat Al-Quran di atas tu BUKAN COP MOHOR Nabi. Itu KALAM ALLAH. Saya tak pertikai Kalam Allah.

Anda pertikai Hadith Nabi dengan alasan COP MOHOR, kenapa tak pertikai Kalam Allah dengan COP MOHOR NABI? Bukankah Nabi yang menyampaikan Al-Quran?

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 03:14 PM | Show all posts
Hukum HUDUD yang di sebut dalam Quran hanya lah berkaitan dengan Puasa, Penceraian, Hukum Warisan &  ...
sirri_khafi Post at 1-3-2012 17:36


Adakah 'had-had' Allah itu hanya 4 perkara?
Sila beri pencerahan, bagaimana saudara 'memotong' (no. rujukan) ayat² dlm Al-Quran,
krn tiada ketetapan dlm menentukan bilangan ayat setiap surah?
Begitu juga ayat² berkenaan 'had-had'Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 03:21 PM | Show all posts
Kepada TT, maafkan saya jika thread ni tersasar dah jadi thread debat anti hadith pula. Apabila anti hadith membuat serangan, saya terpanggil untuk mempertahankan Al-Quran dan Sunnah.

Jika TT rasakan tidak sesuai perbahasan ini kerana sudah ada topik membincangkan sedemikian, saya boleh berundur untuk tidak kacau thread ini supaya thread ini lebih terkawal. Jika sedemikian saya cadang anakmacho boleh sambung di sini:
http://mforum2.cari.com.my/viewt ... age%3D1&page=10
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 03:53 PM | Show all posts
Kepada TT, maafkan saya jika thread ni tersasar dah jadi thread debat anti hadith pula. Apabila anti ...
mnm77 Post at 8-3-2012 15:21



Itu yg terbaik n tq.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:41 PM | Show all posts
Bagaimana fikiran saudara berkenaan perlaksanaan hukum Allah?
Dzulqarnain Post at 8-3-2012 15:08


Sudah namanya hukum Allah maka wajib dilaksanakan tanpa alasan apapun...... berkenaan pendapat Tun Mahathir tajuk topik ini, pada saya biarlah beliau yang membuat penjelasan atas pendapatnya itu...... kita nak ulas banyak pun, takut nanti terfitnah pula.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 09:42 PM | Show all posts
Kepada TT, maafkan saya jika thread ni tersasar dah jadi thread debat anti hadith pula. Apabila anti ...
mnm77 Post at 8-3-2012 15:21


Jom kita ke sana......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.264156 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list