apa kena mengena nombor jersi plak?
satusembilan Post at 26-7-2011 12:39
secara automatiknya seseorang akan mengassumekan jersey nombor kepada tugasnye contohnya
#1=keeper
#9=striker
#10=tranquista
#4= defender/defensive midfielder
#7=winger
#8=midfielder
mungkin itu sebab ada segelintir penyokong berang apabila pemain tersebut memakai jersei bernombor sekian-sekian-sekian dan tidak mejalakan tugas yang dikaitkan dengan nombor2 berkenaan
What many people dont know is that the current national team is so called temporary sahaja. The real fun will become when the Lion Cubs get involved in these competitions:
look at all the matches they have played versus teams around the world. pretty good for the 2nd rated u15 team and good fall back for the u16 team which won a bronze in the 2010 youth olympics.
baju kuning suwey konon, baju biru pon kalau cam 1st half punye main, kalah jugak.
midfield tak hid ...
Alf_Ramsey Post at 23-7-2011 23:05
Baju kuning suwey pasal apa pulak?Pasal BERSIH ke?
kalau kaum kerabat raja tahu warna kuning suwey marah dia org ni.Kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai pulak yang jongkang-jongkit.
60,000 tiket perlawanan Malaysia-Singapura telah dijual
KUALA LUMPUR, (Bernama) - Sejumlah 60,000 tiket untuk menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura, Khamis ini telah dijual.
Kesemua 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu mula dijual di tiga stadium yang dipilih.
"Kita (FAM) memang menjangkakan sambutan begitu menggalakkan khususnya di kalangan peminat tempatan," kata pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S. Sivasundaram kepada Bernama.
Menurut beliau sebanyak 25,000 tiket telah diagih-agihkan untuk jualan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan masing-masing 12,500 tiket lagi untuk dijual di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Stadium Shah Alam.
Katanya, kesemua tiket yang diperuntukkan untuk jualan di Stadium Nasional habis dijual setakat pukul 3.30 petang manakala di dua lagi stadium pada pukul 5 petang.
Mengikut jadual asal, kaunter-kaunter tiket di ketiga-tiga stadium beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 7 malam dan akibat sambutan yang di luar jangkaan, kaunter ditutup lebih awal.
Selain jualan terus tiket di kaunter-kaunter tiket, Sivasundaram berkata sebanyak 10,000 tiket telah ditempah dan dibeli melalui dalam talian iaitu di laman web www.tickethotline.com.my.
Daripada jumlah 60,000 tiket itu, 2,000 adalah daripada penyokong Singapura.
"Baki 25,000 tiket yang ada akan dijual esok di ketiga-tiga stadium bermula pukul 9 pagi," katanya.
Mengenai rungutan sesetengah penyokong yang tidak dapat membeli tiket hari ini, Sivasundaram berkata: "Terdahulu sebelum ini kita telah umumkan yang kita akan menjual tiket-tiket berkenaan selama tiga hari bermula hari ini.
"Kalau kita jual habis semua tiket hari ini, macam mana pula bagi pembeli yang merancang untuk membelinya esok atau lusa. Kita tidak boleh puaskan hati semua pihak,"
tambah beliau.
Sementara itu, seorang pensyarah Psikologi Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Maarof Redzuan berkata peminat bola sepak negara seharusnya menerima hakikat kekalahan 3-5 skuad Harimau Malaya.
Katanya penyokong pasukan bola sepak kebangsaan seharusnya keluar beramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil pada perlawanan Khamis ini untuk memberikan sokongan moral kukuh kepada pemain negara menebus kekalahan.
"eminat bola sepak Malaysia seharusnya tidak memalingkan sokongan mereka. Sokongan kukuh kepada pasukan negara ketika menang dan kalah secara psikologi sangat penting untuk Harimau Malaysia beraksi lebih baik dan seterusnya memenangi perlawanan," katanya.
Sokongan tidak berbelah bagi akan menjadikan kesebelasan pemain Malaysia lebih selesa dan yakin ketika beraksi di padang sendiri, kata Dr Maarof.
Seorang lagi peminat Azuan Sharif, 34, yang bertugas di Tenaga Nasional Berhad berkata sokongan padu rakyat Malaysia penting dalam misi kalah mati pasukan bola sepak negara.
Katanya perlawanan antara Malaysia dan Singapura itu membabitkan suatu kemegahan negara.
..........Stadium dah penuh ,main pun kena bagi menang la.