CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: Friska

[Jenayah] 'Mak guard' (Nor Aleeya Suhadah Mohamad) dan kekasihnya (Muahmad Mohd Mohtar) didakwa, cabul murid tahun 3 dalam tandas sekolah hingga murid jalan kengkang

[Copy link]
 Author| Post time 14-10-2025 11:53 AM | Show all posts
Edited by Friska at 14-10-2025 12:27 PM


Pasangan kekasih, Muahmad Mohd Mohtar, 25 dan Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Pengawal keselamatan sekolah dan kekasih didakwa cabul murid perempuan dalam tandas
Oktober 14, 2025 @ 11:33am

Seremban: Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan tahun tiga, minggu lalu.

Tertuduh, seorang jurukimpal, Muahmad Mohd Mohtar, 25, dan teman wanitanya yang juga pengawal keselamatan sekolah, Nor Aleeya Suhadah Mohamad, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Kanageswari.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kedua tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal bagi tujuan seksual terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Kejadian itu berlaku antara 9.30 hingga 10.30 pagi di tandas murid perempuan sebuah sekolah rendah di Rembau pada 7 Oktober lalu.



Berikutan itu, kedua tertuduh didakwa telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sekiranya disabitkan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 terhadap setiap tertuduh termasuk tiga syarat tambahan.

Muahmad yang tidak wakili peguam berkata, dia bekerja sendiri dan akan dijamin abangnya yang hadir di mahkamah.



Peguam Nor Fazrin Jamal yang mewakili Nor Aleeya Suhadah pula memaklumkan anak guamnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,700 sebulan.

Menurutnya, tertuduh juga menanggung ibu bapa yang mempunyai penyakit darah tinggi serta empat adik yang masih bersekolah dan meminta jaminan sebanyak RM10,000.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan syarat perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam ditetapkan pada 17 November ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2025 12:41 PM | Show all posts

baru nak cakap yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 01:49 PM | Show all posts
Indon celah mana dua2 nama penuh Mohamad.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau. Stay strong dik
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 06:38 PM | Show all posts
dan2 lah buat cerita sedih jaga org tua sakit lah
anak sulong lah
org susah lah
masa nk merogol tak fikir mak bapak keluarga semua tu
hujung2 nafsu disalahkan

korg dua org ni rogol je la sesama sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata takut pak guard rogol budak so bawaklah mak guard. Sekali mak guard buat hal bawak jantan masuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2025 09:11 PM | Show all posts
depa berdua ni kalau kawin, jgn ler ada zuriat.. dengan budak pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2025 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak 2-2 setan ni ada kecenderungan yang tak bermoral, sebab tu la betina ni boleh suka & support jantan macam ni. Aku bimbang, buatnya dua malaon ni kawen & membiak, silap2 anak jadi mangsa. Extended family, tolong la jauhkan diri dari manusia bernafsu setan ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2025 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 11-10-2025 11:19 PM
Tapi kes ni bukan budak yg merogol
Org dewasa yang buat hal
Nak masuk kawasan sekolah setau aku gu ...

Lagi pun kan you, access to porn now amat mudah, TikTok pun, dgn masing masing umur dah tua pun tunjuk buah dada besar, yang muda apatah lagi, paling tak malu Leona tu, I segan dgn anak lelaki I, mestilah TikTok Leona tu selalu fyp semua TikTok TikTok user termasuk anak anak I Dan I sebab itu I tahu.

Tah hapa hapa sekarang ni suka betul semua semua ni semua soft porn.
Mana tak naik syahwat masing masing.
Meluat betul.

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 02:47 PM | Show all posts
pulas aje puting mak guard tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 02:48 PM | Show all posts
bluebutter replied at 15-10-2025 02:39 PM
Lagi pun kan you, access to porn now amat mudah, TikTok pun, dgn masing masing umur dah tua pun tu ...

wanita2 yg berbogel dlm media sosial adalah punca segalanya...women are to be blamed on this...kalau lelaki memang kena pukul dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 02:51 PM | Show all posts
silance replied at 11-10-2025 11:17 AM
Rembau: Pengawal keselamatan wanita dan kekasihnya ditahan polis selepas disyaki terbabit mencabul s ...

betul. bukan fadlina yang lantik pengawal tu... pengawal pun kalau kat mana2 sekarag memanjang bertukar org ..bukan kekal org sama kat satu tempat...sbbdibekalkan syarikat yang dilantik sekolah/ppd kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 15-10-2025 02:51 PM
betul. bukan fadlina yang lantik pengawal tu... pengawal pun kalau kat mana2 sekarag memanjang ber ...

muda lagi 22 tu, sekolah x cek betul² guard ni. Maybe sementara nk cari guard baru. Just teka je, jgn marah ea.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 05:03 PM | Show all posts
guard ni kena apply SPA ke sekolah yg pilih?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg babi betul
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2025 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank God korang tak melayan komen jantan gila seks tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2025 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 15-10-2025 09:03 AM
guard ni kena apply SPA ke sekolah yg pilih?

Taklah... Selalunya bawah cmpany security yang dilantik secara contract oleh sekolah/ppd
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bencinya tengok muka malaun 2 ekor nih
Mohon disepak bertubi2 dalam lokap
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik beliak jgn lupa wish hepi besday bapok tua byk kali..mana la tau dpt kurang suwey tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2025 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan tu campuran indon dapat ic biru ke? Nama muahmad... Indon suka letak nama mohammad tapi ejaan lain macam achmad dll.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkui987bhatt ji
Views : 606 Replies : 0
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 1775 Replies : 1
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 909 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dddbhatt ji
Views : 1113 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1516 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45ddbhatt ji
Views : 1515 Replies : 0
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 202371 Replies : 4038
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
kukuku45dbhatt ji
Views : 1923 Replies : 0
bhatt ji
AKUI89bhatt ji
Views : 2020 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.132813 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list