CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: charming_gal

Pengalaman seramku

[Copy link]
Post time 15-5-2011 08:03 AM | Show all posts
Reply  Stila


stila,jangan pandang belakang.....ku sambung esok la cerita lagi,,malam2 tak be ...
charming_gal Post at 15-5-2011 01:25



hahahhaha....ok2.. ce sambung, ce sambung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2011 09:59 AM | Show all posts
takottt....... but we want more~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 12:55 PM | Show all posts
Cerita ke-6~        Teringat lagi kisah yang berlaku pada satu malam ni.Masa tu kakak,aku,adik dan sorang sepupu yang perempuan yg aku namakan shera sedang berborak dalam bilikkitorang.Masa tu kakak aku tengah iron baju sekolah dia.Kitorang sekadar berborak kosong atas katil.Masa tu topik perbualan kita berkaitan hantulah.Pasal cite2 penunggu kat rumah kitorang la pe lagi.
        Walaupun waktu tu malam,tapi kitorang tak takut pun nak bercerita cerita seram2 ni.Sangkaan aku,ibu dan ayahku berada kat rumah masa tu.Malah.dalam masa kita berborak tu aku dengar suara ayah dan ibu yang juga sedang rancak berbual.Walaupun terdapat keganjilan yang kita tak berapa sedar sebab suara ayah dan ibuku agak kuat!Seperti yang aku maklumkan sebelum ni,keganjilan tu takkan terfikirkan dek akal kita masa tu walaupun nyata!Malah,sebenarnya sedikit terganggu dengan suara ayah dan ibuku sebabnya  seolah2 nadanya semakin kuat…
        Namun,kitorang teruskan juga bercerita.Aku tak pasti  mereka bertiga perasan atau tidak suara orang tua aku tu sebab aku tengok diorang memang terlalu asyik bercerita.Apabila topic “tentang dia” semakin rancak dibualkan,aku mula terperasan bunyi tong kat belakang rumah aku berbunyi seolah-olah ada yang mengetuk2.Mula-mula perlahan je,tiba2 semakin kuat.Kali ni bukan diketuk lagi tapi digegarkan dengan begitu kuat.Untuk pengetahuan uols tong yang dimaksudkan agak besar,diperbuat dari steel dan digunakan untuk mengukus.Tong tu tak berat sangat la.Memang kalau dialihkan menghasilkan bunyi bising.Memang tong tu diletakkan di belakang rumah kitorang dan aku sangkakan ibu dan ayahku berada sekitar tu sebab memang aku nampak pintu belakang rumah aku terbuka masa kitorang masuk ke bilik.Bukan aku saja yang perasan,diorang bertiga pun perasan juga.
        Goncangan yang kuat pada tong tu membuatkan kitorang terdiam.Perbualan kami terus terhenti!Kami saling berpandangan sesama sendiri.Muka masing-masing da pucat dan blur.Kakak aku pun bertanya,,”siapa yang gegarkan tong tu?”aku menjawab..”bukan ke mak ngan ayah kat belakang tadi”.Adik dan kakak aku pun menyokong apa yang aku cakap sebab dia pun nampak mak ngan ayah ku kat belakang dapur.Tapi yang peliknya,kenapa suara perbualan mak dan ayahku dah tak kedengaran lagi.Malah,bunyi tong tu pulak semakin menggila…..Takkan ayahku nak takut-takutkan kitorang pulak kot…
        Tindakan kitorang?seperti biasalahkan..tapi kali ni kitorang beranikan diri sikit nak jenguk ke pintu belakang dari pintu bilik sebab yakin orang tua kami berada kat belakang.Kakak dan aku pun jenguk setakat pintu bilik kitorang jela..nak lebih limit tu memang tak berani la..Oh alangkah terperanjatnya kami sebab ayah dan ibuku memang tak ada pun kat sana.Malah,kitorang tak lupa memang nampak pintu belakang tu sedikit terbuka..Apa lagi,larian tak cukup tanah kami pun bermula…Yang kesiannya shera sebab tak faham apa-apa pun.
        Kitorang pun hantar shera ke rumah atuk aku.Rupa-rupanya,ayah dan ibuku berada kat rumah atuk aku masa kejadian itu.Kami pun ceritakanlah apa yang terjadi tadi.Balik je ke rumah,aku dan kakak ku bingug bila melihat pintu belakang yang kami nampak terbuka sikit tadi sebenarnya terkunci rapat…Kami terkedu…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply 40# big_sky

takut pulak malam tadi bile teringat kisah2 lama ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 01:12 PM | Show all posts
Reply 42# akashiro


   Akan ku cuba mengimbau kisah2 seram yang pernah ku alami kat rumah lama tu dan tempat lain juga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 01:13 PM | Show all posts
Reply 41# Stila


   ce tunggu,,,ce tunggu yek...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2011 01:31 PM | Show all posts
seronok membaca kisah2 seram forumer...noor tumpang baca sebab ada dua kali je kena ganggu selama hayat ni.... tu pun tak seram mana..mungkin perasaan...atau dia sambil lalu..selebihnya mimpi ja..tu pun mimpi tak seram mana..


teruskan C.gal....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 01:52 PM | Show all posts
xpenah lg kene mende2 camnie.....tp sonok bace pgalaman org. huishhhh, simpang2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2011 02:59 PM | Show all posts
Reply 48# akashiro


   memang seram bile kene..tapi kalau fikir2 balik pengalaman ni kadag seronok juga..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 03:12 PM | Show all posts
Kalau diceritakan serba sedikit tentang kawasan rumah aku ni,memang kebanyakan jiran aku semua cina.Ada la 3rumah gitu je india dan 4rumah termasuk rumah aku je melayu.So,bila mak aku risik2 dengan jiran cina aku ni pernah tak alami kejadian misteri2 cam kitorang ni diorang tak pernah pun.Nampaknya,makhluk2 tu memang suka usik uma aku dan ada jugalah sikit2 rumah atuk aku pun kene juga.   Tapi rumah atuk aku tak kenela cam kitorang ni.Kadang atuk aku usik gak kata benda yang usik uma atuk aku tu kadang singgah kejap rumah atuk aku sebab ikut kitorang pergi rumah atuk aku.
   Pernahlah satu hari tu,tengah hari la makcik aku tengah masak kat dapur.Tengah2 die sibuk kat dapur tu.die dengar de suara seseorang bagi salam dari belakang rumah.Makcik aku pun peliklah sape pula yang bagi salam tengah hari camtu,dari belakang rumah pulak tu.Terus die jenguk ke pintu belakang..Haram,,,Tak ada siapa pun..Suara wanita katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 05:43 PM | Show all posts
tu tandanye die nk join korg chite la tu tp korg wat tak endah je..skali die masukkn sound effect la ..bunyik tong pn jadi la
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 05:47 PM | Show all posts
x de sambongn ker ,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 05:49 PM | Show all posts
Reply 51# ida88

yela kot..dala cite pasal die..tapi xnak ajak die skali kan..tak gempak katenye..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 05:49 PM | Show all posts
Reply 28# charming_gal

seramnyer citer TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 05:51 PM | Show all posts
Reply 52# miszaimi


sedang dalam proses nak mengarang ni..bersabo yek...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 06:07 PM | Show all posts
Kitorang pernah juga dengar suara misteri yang bagi salam.Masa tu malam,mak ngan ayah aku dah tidur.Tinggal la kitorang bertiga kat hall rumah,masing2 sedang siapkan kerja sekolah.Pintu semua da berkunci time tu.Tiba-tiba kitorang terdengar suara orang bagi salam kat luar rumah.Tak salah aku 2kali.Suara cam makcik jiran aku tu,yang aku tersalah sangka sebelum ni...
   Kitorang terkejut jugalah sebabnya masa tu jam lebih kurang da pukul 12 tengah malam.Entah keberanian apa entah yang merasuk aku masa tu.Dengan pantasnya aku pergi buka pintu...
   Rupanya tiada siapa pun yang ada kat luar rumah aku masa tu...so suara misteri siapakah itu???So,dengan pantasnya aku tutup balik pintu.Kakak aku marah dengan tindakan bodoh aku tu...
   Terus kitorang kejut mak ngan ayah dan ceritakan apa yang kitorang dengar tu.Apa lagi kenelah sebakul bebelan daripada mak ngan ayahku...Sebabnya mak aku ada pengalaman sedara aku yang amat mengerikan pasal misteri ketukan pintu waktu malam....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2011 06:09 PM | Show all posts
teruskan cerita.........boleh dijadikan ikhtibar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 06:27 PM | Show all posts
Kisah ni agak lama juga berlaku.Aku tak berapa kenal makcik ni sebab sedara jauh2 la.Aku gelarkan dia cek jah jela ek..Cek jah ni tinggal di kawasan yang agak pedalaman la.Dulu masa emak aku kecik2,mak aku tinggal kampung yang sama.Memang banyak cerita-cerita seram kat  kampung mak aku tu.Tapi cek jah ni tinggal kawasan yang lebih terpencil.Kira kawasan rumah dia tu penuh hutan lah.
   Satu malam tu,tak pastilah cek jah sorang2 ke apa kat rumah time tu.Tapi agak lewat malam jugalah.Tiba-tiba pintu belakang rumah dia diketuk berulang2.Cek jah tak fikir banyak la kot. Terus dibukanya pintu...
   Apa yang dia nampak...?owh...sangat mengerikan..lembaga besar yang teramat tinggi dengan badan berbulu merenung tajam ke arahnya...apa jadi pada cek jah?pengsan terus depan pintu tu..demam berhari2....
   Pengajaran yang terus melekat kat aku...kalau ada ketukan pintu @suara yang misteri pada tengah malam jangan pandai2 nak buka pintu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2011 06:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by charming_gal at 15-5-2011 18:56

Berbalik pada misteri gangguan kat rumah aku tu,ayah aku pernah tanyakan banyak ustaz juga.Semua katakan benda yang sama je.Kata mereka,rumah aku ni memang ada "penghuni" lain..."enghuni" tu memang dah lama kat rumah tu.Yela,seperti yang aku beritahu pada awal2 cite dulu..tuan rumah aku kan berbangsa lain.So,faham2 ajelah kan...   Seperti biasa "penghuni" kat rumah aku tu mestilah takkan boleh terima kita yang Islam ni kat rumah tu.Lagipun,kitorang ni rajin juga mengaji dan buka azan kat radio lagi2 waktu maghrib.So,maybe "penghuni" tu tak berkenan la tu.Tu yang dikacaunya kitorang ni supaya bla cepat2 kot..Tapi tetap lama gak kitorang menyewa kat rumah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2011 08:41 PM | Show all posts
kalo kat umah aku plak, maen tekan2 loceng....bila tengok kat luar, takde orang....slalu gak la....sampai kitorang bengang n off suis loceng tu....tapi bukan 'mereka' punya keje la....budak2 kat kawasan umah tu yg kaco....kitorang tak nampak sbb dorang tunduk n nyorok di sebalik pagar pas tekan2 loceng tu....yela...dorang kan kecik.....hehhehe....jgn marah ye.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.192008 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list