|
Post Last Edit by mnm77 at 11-6-2011 01:19
apa kabar sheikh mnm77? Alhamdulillah.. lama tak nampak ni syeikh kat forum... mungkin sibuk agaknya. tak pe lah syukur now syeikh is back.Alhamdulillah sheikh sungguh berminat dengan hujan ni. Alhamdulillah
habibollah Post at 9-6-2011 21:34 
Salam saudara habibollah yang dihormati,
Saya rasa baru 2 minggu kot saya tak masuk forum, sebab ada tugas rasmi di luar kawasan. Saya adalah seorang pengkaji, maka bab hujan ni pun saya boleh buat kajian juga, untuk menambahkan ilmu pengetahuan Insha-Allah...
Ilmu didalam AlQuran ini sungguh luas, sampai akhirat pun tidak akan habis digali ilmu itu. kita tak boleh melimitkan ilmu AlQuran. walaupun tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat2 baginda, tetapi tidak bererti kita tolak ilmu ALLAH yang datang melalui beiman pada AlQuran.
Benar apa yang saudara katakan. Saya setuju, ilmu dalam Al-Quran itu luas. Cuma konteks ilmu itu jika tidak dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya, ia tidak boleh dikatakan secara pasti berkesan atau sebaliknya selagi tidak dibuktikan. Kalau diamalkan oleh Rasulullah SAW macam khasiat madu, sudah pasti kita PERCAYA keberkesanannya sekalipun Sains kata tidak berkesan. Namun ilmu Sains pun menunjukkan madu itu berkhasiat (selari dengan Al-Quran)
Kalau saudara boleh jelaskan keberkesanan mandi hujan, dan buktikannya maka ia merupakan ilmu yang berguna. Sememangnya banyak manfaat dari turunnya AIR HUJAN, itu tidak dinafikan. Namun berkaitan MANDI HUJAN, dari pengalaman orang terdahulu, didapati ada juga mudaratnya.
Jika mandi hujan itu memang suatu yang disampaikan dari Al-Quran, tentunya cara (mandi) yang berkesan ditunjukkan oleh Nabi. Saya sebut pasal MANDI HUJAN, bukan AIR hujan kerana memang air hujan itu membawa banyak kebaikan, antaranya termasuklah boleh digunakan untuk bersuci dan berwudhu. Mandi air hujan ini tidak dipraktikkan orang secara kebiasaan, kenapa...???
Khasiat Mandi Hujan belum lagi saya dapati hujjahnya memuaskan untuk dipraktikkan. Disebabkan belum dibentangkan dari segi Sunnah, mungkin saudara boleh berikan penjelasan ilmiah secara saintifik supaya ilmu tersebut dapat diselidiki keberkesanannya....
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
mualaikum salam syeikh mnm77, insyaALLAH, jika ada peluang dan ditakdirkan oleh ALLAH, nanti kita mandi air hujan bersama2.seronok mandi air hujan rugi tak cuba. Air hujan yang memudaratkan itu adalah acid rain. jangan mandi air hujan yang awal2 turun itu, tunggulah dalam 1 ke 2 minit selepas tu.
cuba tanya dipersekitaran tempat anda yang ada klinik perubatan islam, mungkin anda boleh start kajian dari sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Dalam Al-Quran disebut gangguan Syaitan, bermakna ada gangguan. Anda menolak semua riwayat selain dari Al-Quran, dengan ANGGAPAN SEMUA itu KEDUSTAAN atas DASAR SANGKAAN SEMATA-MATA, hanya kerana tidak disebut sebijik-sebijik dalam Al-Quran?
وَيُذۡهِبَ عَنكُمۡ رِجۡزَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ 8:11
Dan Dia menghilangkan dari kamu akan KEKEJIAN SYAITAN ITU 8:11
Maseh lagi tak mahu menerima kenyataan walaupun jelas kelihatan PENG-ADA-ADA-AN SUATU KEDUSTAAN ke atas Kitab Suci Quran Tuhan Allah anda.
Kalimah azan secara turutan tidak disebut dalam Al-Quran. Adakah kalimah azan secara turutan tu merupakan kedustaan?
Bagi saya, Kalimah AZAN itu adalah PENG-ADA-ADA-AN SUATU KEDUSTAAN ke atas Kitab Suci Quran Tuhan Allah anda.
Buktinya, Tuhan Allah anda tidak menggunakan Kalimah AZAN, Sebaliknya Dia menggunakan Kalimah NAADAA.
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ 5:58
Dan apabila kamu MENYERU kepada Solah, Mereka telah mengambil akan ia itu Sebagai Suatu Olok-olokan dan dan Sebagai Suatu Permainan, Demikianlah itu, Dengan Bahawa Sesungguhnya mereka itu ialah Kaum yang tidak Berakal 5:58
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ 62:9
Wahai Orang-orang yang telah Percaya, Apabila DI SERU bagi Solah dari Hari Berkumpul, 62:9
Skrg,, Apakah anda mahu menerima kenyataan? Wahai Pengkaji &Saintis yg budiman? Nah! lu pikir la sendiri.........
Anda pertikai ayat Al-Quran mengatakan ada percanggahan, menunjukkan anda sendiri yang mendustakan Al-Quran, TAPI YANG PELIK pada masa yang sama anda kata Al-Quran itu sumber primer anda. INI menunjukkan AKAL YANG TIDAK SIHAT. Kalau anda boleh berhujjah secara sihat, mungkin saya boleh pertimbangkan untuk berhujjah dengan anda.
Anda kata anda Pengkaji &Saintis. Kenapa maseh menolak Fakta? Kenapa maseh tak mahu terima KENYATAAN? Bukankah Alat Kebenaran bagi Seorang Pengkaji &Saintis ialah Fakta& Akalnya sendiri? Jujurlah terhadap diri sendiri.......
Anda ada MASALAH AKAL yang amat KRITIKAL. Anda telah meletakkan akal anda sebagai kebenaran mutlak, melebihi Al-Quran itu sendiri sebagai sumber primer anda.
Anda yg bermasaalah sebenarnya, Kerana anda cuba menafikan Fungsi Akal anda yaitu Berfikir. Ya, Inilah yg dikatakan sebagai BLIND FAITH.
إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Zikr (kandungan Al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (Al-Hijr, 9)
Demi Al Quran yang mengandungi Az-Zikr (Sod, 1)
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). TIADA yang dapat MENGUBAH kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya (Al-Kahfi, 27)
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga! 85:22
Jikalau anda masih kata ayat Al-Quran (yang ada pada hari ini) bercanggah disebabkan telah diubah, maka sudah tentu anda percaya ia tidak terpelihara. Dan kalau beranggapan sebegitu, maka sudah tentu pada anda Tuhan itu lemah, tak mampu pelihara Al-Quran. MUSTAHIL bagi ALLAH bersifat lemah.
Memang terdapat Kesalahan Grammar di dlm Ayat 66:12 &Kesilapan itu SEMESTINYA datang dari Manusia dan terimalah kenyataan bahawa Hakikat dan Sejarah penulisan AlQuran itu sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi dari perdebatan, pertentangan, intrik, dan rekayasa.
Mengenai kesimpulan anda terhadap saya yaitu tentang "Kelemahan Tuhan Allah anda &ketidak mampuan Nya di dlm memelihara Kitab Nya", itu ialah Kenyataan yg lahir dari Akal anda sendiri, Yg bersungguh-sungguh anda menafikan Keberadaan &Peranannya sebagai Alat Berfikir.
Org yg menafikan Akal nya ialah Org yg tak Cerdik.
Sebenarnya AKAL anda yang LEMAH dalam memahami Al-Quran bila anda tak dapat guna logik dengan betul. Kebolehan berfikiran secara logik boleh ditarik balik oleh Allah. Akal yang sihat merupakan kurniaan dari Allah.
Seboleh-bolenya saya tidak mahu buang masa berhujjah dengan orang yang tidak sihat. BUANG MASA!!!
Apa yg sedang saya lihat skrg ialah Seorang yg mengaku dirinya Saintis &Pengkaji, Yg berhujjah dgn tidak menggunakan Fakta &Akal, Tetapi hanya menggunakan Emosi Kepercayaan Butanya shj, Dan menganggap Hujjah-hujjah Lawannya Yg berdasarkan Fakta &Akal itu, Ialah Sesuatu yang Membuang Masanya.
Sungguh Kasehan.....
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
2) ubat dr Allah : oxygen |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 14-6-2011 15:52
وَيُذۡهِبَ عَنكُمۡ رِجۡزَ ٱلشَّيۡطَـٰنِ 8:11
Dan Dia menghilangkan dari kamu akan KEKEJIAN SYAITAN ITU 8:11
Maseh lagi tak mahu menerima kenyataan walaupun jelas kelihatan PENG-ADA-ADA-AN SUATU KEDUSTAAN ke atas Kitab Suci Quran Tuhan Allah anda.
sirrikhafi Post at 12-6-2011 21:56 
Salam...
Saya dah agak bentuk jawapan yang akan membuang masa jika saya jawab. Namun saya nak respon berkaitan Tuduhan anda:
PENG-ADA-ADA-AN SUATU KEDUSTAAN ke atas Kitab Suci Quran Tuhan Allah anda
Apabila Syaitan buat KEJI kepada manusia, sudah tentu Syaitan ganggu manusia, dan cara gangguan itu termasuk dalam bentuk bisikan was-wasa (Surah An-Nas).
Adakah anda BERIMAN dengan Al-Quran DARI SEGI TEKS semata-mata? Golongan anti Hadith juga percaya kepada teks Al-Quran, dengan pemahaman mereka sendiri dari terjemahan orang-orang pada zaman terkemudian, bukan dari kefahaman para sahabat Nabi yang HIDUP sezaman dengan Nabi dan menerima ilmu secara terus dari Nabi.
Adakah anda percaya Al-Quran itu TERPELIHARA?
Bagi saya, Kalimah AZAN itu adalah PENG-ADA-ADA-AN SUATU KEDUSTAAN ke atas Kitab Suci Quran Tuhan Allah anda.
Buktinya, Tuhan Allah anda tidak menggunakan Kalimah AZAN, Sebaliknya Dia menggunakan Kalimah NAADAA.
Saya rasa patut buka thread baru kalau saya banyak masa. Hujjah di atas BUKAN bukti kalimah azan itu suatu PENDUSTAAN. Apa yang anda bawakan hanya dari TEKS Al-Quran mengikut kefahaman terjemahan zahir anda.
Adakah anda percaya Al-Quran itu TERPELIHARA?
Skrg,, Apakah anda mahu menerima kenyataan? Wahai Pengkaji &Saintis yg budiman? Nah! lu pikir la sendiri.........
Kenyataannya saya dapati anda mengalami masalah dalam membuat sesuatu deduktif. Mari saya berikan contoh supaya dapat berfikir dengan lebih waras:
Dalam Al-Quran diperintahkan kita berbuat baik kepada ibu bapa kita. Dalam Al-Quran TIDAK disebut NAMA ibu bapa kita.
Sekarang bolehkah berhujjah bahawa seorang anak (Qasim) berbuat baik kepada Aminah dan Abdullah (katakan nama ibu bapanya) itu suatu kedustaan kerana NAMA ibu bapa TIDAK disebut dalam Al-Quran secara TEKS? Atau secara KEFAHAMANNYA dia memang kena berbuat baik kepada ibu bapa (jika beriman dengan Al-Quran)?
Anda kata anda Pengkaji &Saintis. Kenapa maseh menolak Fakta? Kenapa maseh tak mahu terima KENYATAAN? Bukankah Alat Kebenaran bagi Seorang Pengkaji &Saintis ialah Fakta& Akalnya sendiri? Jujurlah terhadap diri sendiri.......
Saya tidak menolak fakta kebenaran. Siapa yang menolak FAKTA AL-QURAN? Adakah anda percaya Al-Quran itu TERPELIHARA? Kalau anda tidak percaya kepada kebenaran Al-Quran kenapa anda menggunakan Al-Quran? Siapa yang tolak fakta?
Anda yg bermasaalah sebenarnya, Kerana anda cuba menafikan Fungsi Akal anda yaitu Berfikir. Ya, Inilah yg dikatakan sebagai BLIND FAITH.
Saya tidak pernah menolak fungsi akal. Namun fungsi AKAL TIDAK DAPAT MENJANGKAU PERKARA GHAIB. Fungsi akal berguna untuk mencari kebenaran, dengan syarat akal yang WARAS bukan akal yang TIDAK SIHAT!!!
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga! 85:22
Jadi anda hanya percaya yang terpelihara tu yang di dalam Papan yang Terjaga? Habis untuk siapa Al-Quran yang terpelihara tu? Untuk simpanan malaikat sahaja kah? Al-Quran yang ada di dunia ni yang anda dan orang lain pakai hanya untuk menyesatkan? Begitukah?
Memang terdapat Kesalahan Grammar di dlm Ayat 66:12
Jadi anda percaya Al-Quran tidak terpelihara di dunia ni? Kalau begitulah pegangan anda, janganlah anda bawakan mana-mana ayat Al-Quran lagi untuk mempromosikan kefahaman anda kerana anda percaya Al-Quran itu tidak terpelihara. Itu lebih adil. Bawakan apa-apa yang anda percaya dan bawakan bukti sekali, JANGAN BAWAKAN AL-QURAN yang anda sendiri PERTIKIAI!!!
Apa yg sedang saya lihat skrg ialah Seorang yg mengaku dirinya Saintis &Pengkaji, Yg berhujjah dgn tidak menggunakan Fakta &Akal, Tetapi hanya menggunakan Emosi Kepercayaan Butanya shj, Dan menganggap Hujjah-hujjah Lawannya Yg berdasarkan Fakta &Akal itu, Ialah Sesuatu yang Membuang Masanya.
Sungguh Kasehan.....
Saya menggunakan fakta dan akal, tetapi anda yang tidak dapat menilai dan tuduh saya tidak guna fakta.
Anda tidak dapat membezakan antara fungsi akal dengan BERTUHANKAN AKAL.
Sungguh kasihan... seorang yang saya tahu sebagai HAFIZ (PENJAGA) Al-Quran, tetapi akhirnya pertikai Al-Quran itu sendiri. Ini lebih buruk dari orang kafir yang tidak pernah bertemu Al-Quran (maaf saya cakap). Perbuatan pertikai Al-Quran itu sendiri sudah menjadikan seorang Muslim itu MURTAD (bukan tujuan saya mengkafirkan). Cukup dengan perbuatan atau percakapan tertentu menunjukkan seseorang itu BUKAN ISLAM, tidak perlu nak tuduh atau takfir.
Saya kasihan seorang yang berpendidikan agama, akhirnya menolak HADITH NABI dan PERTIKAI KEASLIAN AL-QURAN, hanya berpaksikan akal yang tidak sihat.
Saya tahu banyak Ahli Saintis yang Atheis, kerana mereka bertuhankan AKAL mereka. Ada yang bertuhankan SAINS. Ada yang bertuhankan DUIT. Perkara itu sudah lumrah bagi golongan yang tidak mahu tahu akan kehidupan selepas mati, atau yang menafikannya. Akan tetapi, saya lebih-lebih cukup kasihan seseorang yang berpendidikan agama kemudiannya menggunakan akal yang tidak sihat untuk mempertikaikan agama!
Saya sungguh kasihan kepada ibu bapa anda yang akhirnya terpaksa anggap anda bukan anak mereka (kenyataan anda sendiri).
Semoga Allah Selamatkan Umat Islam dari orang yang pertikaikan Al-Quran dan Hadith.....
Ubatnya ialah IMAN. Akal tidak dapat menjangkau perkara-perkara berkaitan sebelum dan selepas kematian di dunia ini, sebaliknya melalui IMAN kepada Allah dan Rasul, kita dapat tahu setakat yang disampaikan.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Menunjukkan seolah-olah anda BERIMAN dengan Al-Quran DARI SEGI TEKS, bukan dari segi kefahaman TAAT ALLAH dan TAAT RASUL. Golongan anti Hadith juga percaya kepada teks Al-Quran, dengan pemahaman mereka sendiri dari terjemahan orang-orang pada zaman terkemudian, bukan dari kefahaman para sahabat Nabi yang HIDUP sezaman dengan Nabi.
Kesimpulan Komen Mnm di atas seolah-olah Mnm SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI dgn TEKS ALQURAN.
Adakah anda percaya Al-Quran itu TERPELIHARA?
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Saya rasa patut buka thread baru kalau saya banyak masa. Hujjah di atas BUKAN bukti kalimah azan itu suatu PENDUSTAAN.
Kesimpulan Komen Mnm di atas seolah-olah Mnm SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI dgn TEKS ALQURAN.
Apa yang anda bawakan hanya dari TEKS Al-Quran mengikut kefahaman terjemahan zahir anda.
Maaf. Bukan Terjemahan Zahir tapi JELAS Tertera/Tertulis di dlm Teks Bacaannya.
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ 5:58
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ 62:9
Nampaknya Mnm seolah-olah SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI dgn TEKS ALQURAN Kitab Suci Tuhan Allah nya.
Adakah anda percaya Al-Quran itu TERPELIHARA?
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Kenyataannya saya dapati anda mengalami masalah dalam membuat sesuatu deduktif. Mari saya berikan contoh supaya dapat berfikir dengan lebih waras:
Dalam Al-Quran diperintahkan kita berbuat baik kepada ibu bapa kita. Dalam Al-Quran TIDAK disebut NAMA ibu bapa kita.
Sekarang bolehkah berhujjah bahawa seorang anak (Qasim) berbuat baik kepada Aminah dan Abdullah (katakan nama ibu bapanya) itu suatu kedustaan kerana NAMA ibu bapa TIDAK disebut dalam Al-Quran secara TEKS? Atau secara KEFAHAMANNYA dia memang kena berbuat baik kepada ibu bapa (jika beriman dengan Al-Quran)?
قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ 10:69
Katakanlah: "Sesungguhnya Orang-orang yang mengada-ada-kan ke atas Allah akan Kedustaan, Mereka Tidak akan Berjaya! 10:69
أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 2:75
Apakah maka kamu mengharapkan bahawa mereka akan mempercayai bagi kamu, Sedang Sungguh adalah suatu golongan dari mereka itu, Mereka mendengar akan Perkataan Allah, Kemudian, Mereka MENGUBAH AKAN NYA, Dari sesudah apa yang telah mereka fahami, Sedang mereka itu, Mereka Mengetahui!?? 2:75
Jelas Mnm mengunakan analogi Logik Akal nya yang tak cerdik di dlm Meng-ada-ada-kan &mengubah akan Ayat-ayat Allah.
Malah langsung tiada rasa takut& malu akan celaan Allah, Tuhan nya, akan perbuatan yg sedang& telah Mnm lakukan terhadap Ayat-ayat.
Hanya ini shj lah Tahap Logik seorg pengkaji &saintis yg bernama Mnm.
وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ 22:51
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51 |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tidak menolak fakta kebenaran. Siapa yang menolak FAKTA AL-QURAN? Adakah anda percaya Al-Quran itu TERPELIHARA?
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Kalau anda tidak percaya kepada kebenaran Al-Quran kenapa anda menggunakan Al-Quran? Siapa yang tolak fakta?
وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ 5:44
Dan Sesiapa yang TIDAK BERHUKUM dengan Apa yang telah menurunkan oleh Allah, Maka mereka itu, Merekalah Orang-orang Yang KAFIR! 5:44
ذَلِكَ بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِنْ رَبِّهِمْ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ 47:3
Demikianlah dengan Bahawa Sesungguhnya Orang-orang yang KAFIR itu mengikuti Akan KEPALSUAN, Sedang Orang-orang yang telah Percaya itu mengikuti akan KEBENARAN dari Pemelihara mereka, Demikianlah Perumpamaan ALLAH bagi Manusia akan Misal-misal mereka itu! 47:3
Saya tidak pernah menolak fungsi akal. Namun fungsi AKAL TIDAK DAPAT MENJANGKAU PERKARA GHAIB. Fungsi akal berguna untuk mencari kebenaran, dengan syarat akal yang WARAS bukan akal yang TIDAK SIHAT!!!
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan akan KEKEJIAN itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal! 10:100
Jadi anda hanya percaya yang terpelihara tu yang di dalam Papan yang Terjaga? Habis untuk siapa Al-Quran yang terpelihara tu? Untuk simpanan malaikat sahaja kah? Al-Quran yang ada di dunia ni yang anda dan orang lain pakai hanya untuk menyesatkan? Begitukah?
وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ 22:51
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51
ذَلِكَ بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِنْ رَبِّهِمْ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ 47:3
Demikianlah dengan Bahawa Sesungguhnya Orang-orang yang KAFIR itu mengikuti Akan KEPALSUAN, Sedang Orang-orang yang telah Percaya itu mengikuti akan KEBENARAN dari Pemelihara mereka, Demikianlah Perumpamaan ALLAH bagi Manusia akan Misal-misal mereka itu! 47:3
Jadi anda percaya Al-Quran tidak terpelihara di dunia ni? Kalau begitulah pegangan anda, janganlah anda bawakan mana-mana ayat Al-Quran lagi untuk mempromosikan kefahaman anda kerana anda percaya Al-Quran itu tidak terpelihara. Itu lebih adil. Bawakan apa-apa yang anda percaya dan bawakan bukti sekali, JANGAN BAWAKAN AL-QURAN yang anda sendiri PERTIKIAI!!!
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ 22:51
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51
ذَلِكَ بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِنْ رَبِّهِمْ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ 47:3
Demikianlah dengan Bahawa Sesungguhnya Orang-orang yang KAFIR itu mengikuti Akan KEPALSUAN, Sedang Orang-orang yang telah Percaya itu mengikuti akan KEBENARAN dari Pemelihara mereka, Demikianlah Perumpamaan ALLAH bagi Manusia akan Misal-misal mereka itu! 47:3
Anda tidak dapat membezakan antara fungsi akal dengan BERTUHANKAN AKAL.
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan akan KEKEJIAN itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal! 10:100 |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh kasihan... seorang yang mengaku HAFIZ (PENJAGA) Al-Quran, tetapi pertikai Al-Quran itu sendiri. Ini lebih buruk dari orang kafir yang tidak pernah bertemu Al-Quran (maaf saya cakap). Perbuatan pertikai Al-Quran itu sendiri sudah menjadikan seorang Muslim itu MURTAD (bukan tujuan saya mengkafirkan). Cukup dengan perbuatan atau percakapan tertentu menunjukkan seseorang itu BUKAN ISLAM, tidak perlu nak tuduh atau takfir.
وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ 2:191
Dan Fitnah itu LEBIH DAHSYAT dari Membunuh! 2:191
إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا 10:36
Sesungguhnya Sangkaan itu TIDAK BERGUNA dari Kebenaran akan sedikit pun! 10:36
إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ 49:12
Sesungguhnya Sebahagian Sangkaan itu ialah DOSA! 49:12
Saya kasihan seorang yang berpendidikan agama, akhirnya menolak HADITH NABI dan PERTIKAI KEASLIAN AL-QURAN, hanya berpaksikan akal yang tidak sihat.
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ 39:23
Allah telah menurunkan SEBAIK-BAIK HADIS (AlQuran)!!! 39:23
وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا 4:87
Dan Siapakah yang LEBIH BENAR dari Allah akan sebagai Suatu Hadis??? 4:87
إِنَّهُ لَقَوْلُ رَسُولٍ كَرِيمٍ 81:19
Sesungguhnya Ia itu (Al-Quran itu/Bacaan itu) Benar-benar Perkataan Rasul yang Mulia! 81:19
فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَ اللَّهِ وَآيَاتِهِ يُؤْمِنُونَ 45:6
Maka dengan Hadis yang manakah, Sesudah Allah dan Ayat-ayat Nya, Mereka akan mempercayai???? 45:6
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan akan KEKEJIAN itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal! 10:100
Saya tahu banyak Ahli Saintis yang Atheis, kerana mereka bertuhankan AKAL mereka. Ada yang bertuhankan SAINS. Ada yang bertuhankan DUIT. Tapi saya cukup kasihan seseorang yang berpendidikan agama kemudiannya menggunakan akal yang tidak sihat untuk mempertikaikan agama!
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan akan KEKEJIAN itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal! 10:100
Saya sungguh kasihan kepada ibu bapa anda yang akhirnya terpaksa anggap anda bukan anak mereka (kenyataan anda sendiri).
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ 9:23
Wahai Orang-orang yang telah Percaya, Janganlah kamu mengambil akan BAPA-BAPA kamu dan SAUDARA-SAUDARA kamu Sebagai Wali-wali, Jika MEREKA lebih menyukai KEKAFIRAN/KETIDAK PERCAYAAN ke atas KEIMANAN/KEPERCAYAAN, Dan Sesiapa yang mewalikan akan mereka itu dari kamu, Maka mereka itu, Merekalah Orang-orang yang ZALIM! 9:23
الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ 43:67
Segala Kekasih-kekasih di hari itu, Sebahagian mereka bagi sebahagian, adalah MUSUH! kecuali Orang-orang yang Bertaqwa 43:67
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ 80:34
Di hari lari Seseorang dari Saudaranya! 80:34
وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ 80:35
Dan Ibu nya dan Bapa nya! 80:35
وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ 80:36
Dan Sahabatnya dan Anak-anak nya! 80:36
Semoga Allah Selamatkan Umat Islam dari orang yang pertikaikan Al-Quran dan Hadith.....
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا 25:30
Dan telah berkata Rasul: "Wahai Pemelihara! Sesungguhnya Kaum ku telah mengambil akan AlQuran ini SEBAGAI SUATU YANG TAK DI PEDULIKAN! 25:30
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 14-6-2011 15:57
Kesimpulan Komen Mnm di atas seolah-olah Mnm SUDAH TIDAK PERCAYA LAGI dgn TEKS ALQURAN.
sirrikhafi Post at 14-6-2011 15:47 
Nampak sangat anda tak mahu faham apa yang disampaikan. Kat mana yang saya kata saya tak percaya teks Al-Quran?
وَالَّذِينَ سَعَوْا فِي آيَاتِنَا مُعَاجِزِينَ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ 22:51
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51
MEMANG BENAR. SIAPA YANG KATA AL-QURAN TU ADA KESALAHAN GRAMMAR ATAU TAK TERPELIHARA, MAKA DIA AKAN TERGOLONG DALAM AYAT YANG ANDA BAWAKAN DI ATAS.....
Memang buang masa!! Saya berlepas diri dari orang macam anda...
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sirrikhafi at 14-6-2011 22:24
Nampak sangat anda tak mahu faham apa yang disampaikan. Kat mana yang saya kata saya tak percaya teks Al-Quran?
أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 2:75
Apakah maka kamu mengharapkan bahawa mereka akan mempercayai bagi kamu, Sedang Sungguh adalah suatu golongan dari mereka itu, Mereka mendengar akan Perkataan Allah, Kemudian, Mereka MENGUBAH AKAN NYA, Dari sesudah apa yang telah mereka fahami akan nya, Sedang mereka itu, Mereka Mengetahui!?? 2:75
قُلْ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ 10:69
Katakanlah: "Sesungguhnya Orang-orang yang mengada-ada-kan ke atas Allah akan Kedustaan, Mereka Tidak akan Berjaya! 10:69
MEMANG BENAR. SIAPA YANG KATA AL-QURAN TU ADA KESALAHAN GRAMMAR ATAU TAK TERPELIHARA, MAKA DIA AKAN TERGOLONG DALAM AYAT YANG ANDA BAWAKAN DI ATAS.....
Memang buang masa!! Saya berlepas diri dari orang macam anda...
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan akan KEKEJIAN itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal! 10:100
Memang buang masa!! Saya berlepas diri dari orang macam anda...
Bagi Mnm, Ayat-ayat Suci Tuhan Allah nya itu adalah Suatu yg Membuang Masa nya Yakni Suatu yg Sia-sia.
Sikap Mnm ini Persis sekali seperti Sikap Orang-orang Kafir yg Bencikan AlQuran.
41:26 وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَغْلِبُونَ
Dan telah berkata Orang-orang yang Kafir itu: "Janganlah kamu mendengar kepada AlQuran ini, Dan kamu Sia-sia kan lah di dalam nya itu, Mudah-mudahan kamu itu ialah Orang-orang yang mengalahkan!" 41:26
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-6-2011 10:31
Bagi Mnm, Ayat-ayat Suci Tuhan Allah nya itu adalah Suatu yg Membuang Masa nya Yakni Suatu yg Sia-sia.
Sikap Mnm ini Persis sekali seperti Sikap Orang-orang Kafir yg Bencikan AlQuran.
sirrikhafi Post at 14-6-2011 17:12 
Salam...
FITNAH SIRRIKHAFI LAGI......
Apabila berhujjah, akhirnya dia mem-FITNAH. Ini juga termasuk dalam membuang masa saya nak menjawab fitnah sirrikhafi...
BUKTIKAN KAT MANA SAYA MEMBENCI AL-QURAN?
Sebenarnya sirrikhafi yang kata Al-Quran itu ada kesalahan grammar di dalamnya. BUKTINYA Lihat post #43:
Memang terdapat Kesalahan Grammar di dlm Ayat 66:12 &Kesilapan itu SEMESTINYA datang dari Manusia dan terimalah kenyataan bahawa Hakikat dan Sejarah penulisan AlQuran itu sendiri sesungguhnya penuh dengan berbagai nuansa yang delicate (rumit), dan tidak sunyi dari perdebatan, pertentangan, intrik, dan rekayasa.
sirrikhafi Post at 12-6-2011 21:56 
Tulisan di atas jelas menunjukkan manusia telah berjaya mengubah Al-Quran, menurut kefahaman sirrikhafi
Sedang dia percaya Al-Quran itu telah diubah penulisannya, dia asyik dok bawakan teks-teks Al-Quran. Sungguh BINGUNG orang yang kata Al-Quran itu diubah, tapi TAK MALU dok cedok Al-Quran....
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Zikr (kandungan Al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (Al-Hijr, 9)
Demi Al Quran yang mengandungi Az-Zikr (Sod, 1)
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). TIADA yang dapat MENGUBAH kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya (Al-Kahfi, 27)
Saya ambil balik quote sirrikhafi mengenai ayat Al-Quran yang dia bawakan:
Katakanlah: "Sesungguhnya Orang-orang yang mengada-ada-kan ke atas Allah akan Kedustaan, Mereka Tidak akan Berjaya! 10:69
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51
Sesiapa yang kata Al-Quran terdapat kesalahan, ternyata dia cuba melemahkan Al-Quran. Mereka itulah sahabat-sahabat Jahim...
Jika kamu percaya kepada ayat-ayat Allah, bertaubatlah... wahai sirrikhafi selagi nyawa di kandung badan...
Signature kamu tu "WALLAHU A'LAM", bermakna kamu percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI..... Allah itu Tuhan kamu dan Tuhan Saya.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Sebenarnya sirrikhafi yang kata Al-Quran itu ada kesalahan grammar di dalamnya.
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
Tulisan di atas jelas menunjukkan manusia telah berjaya mengubah Al-Quran, menurut kefahaman sirrikhafi
Seperti mana yg telah berlaku kpd Kitab-kitab Allah yg terdahulu yaitu Taurat, Injil, Zabur ETC
Sedang dia percaya Al-Quran itu telah diubah penulisannya, dia asyik dok bawakan teks-teks Al-Quran. Sungguh BINGUNG orang yang kata Al-Quran itu diubah, tapi TAK MALU dok cedok Al-Quran....
Nampaknya Mnm cuba menghalang saya dari terus merujuk Ayat-ayat Allah. Tuhan Allah nya pun tidaklah sekejam Mnm. Mungkin Mnm menyangka AlQuran itu hanya utk diri nya &golongan Sunni nya shj Seperti isu Pengharaman Nama Allah ke atas non muslim dll.
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Az-Zikr (kandungan Al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya (Al-Hijr, 9)
Demi Al Quran yang mengandungi Az-Zikr (Sod, 1)
Dan bacakanlah apa yang diwahyukan kepadamu, yaitu kitab Tuhanmu (Al Quran). TIADA yang dapat MENGUBAH kalimat-kalimat-Nya. Dan kamu tidak akan dapat menemukan tempat berlindung selain daripada-Nya (Al-Kahfi, 27)
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Sesiapa yang kata Al-Quran terdapat kesalahan, ternyata dia cuba melemahkan Al-Quran. Mereka itulah sahabat-sahabat Jahim...
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
Signature kamu tu "WALLAHU A'LAM", bermakna kamu percaya ALLAH MAHA MENGETAHUI..... Allah itu Tuhan kamu dan Tuhan Saya.
Tapi Tuhan Allah kamu taklah sekejam kamu yg cuba menghalang saya dari merujuk &mencedok Ayat-ayat Nya.
Insaflah Mnm...
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-6-2011 15:45
Nampaknya Mnm cuba menghalang saya dari terus merujuk Ayat-ayat Allah. Tuhan Allah nya pun tidaklah sekejam Mnm. Mungkin Mnm menyangka AlQuran itu hanya utk diri nya &golongan Sunni nya shj Seperti isu Pengharaman Nama Allah ke atas non muslim dll.
sirrikhafi Post at 16-6-2011 15:22 
FITNAH lagi,
Sebenarnya saya menghalang anda dari terus BINGUNG kerana kata Al-Quran mengandungi kesalahan, tetapi anda cedok ayat-ayat Al-Quran seolah-olah anda anggap Al-Quran tiada kesalahan.
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Mengikut kefahaman anda, semua ayat Al-Quran yang anda bawakan tu asalnya dari Papan yang Terjaga?
Bagaimana dengan ayat yang anda kata ada kesalahan grammar? Sila jelaskan sikit wahai orang yang menggunakan akal?
Tapi Tuhan Allah kamu taklah sekejam kamu yg cuba menghalang saya dari merujuk &mencedok Ayat-ayat Nya.
Insaflah Mnm...
Wallahu A'lam
Saya tak pernah melemahkan atau menyatakan ada kesalahan pada ayat-ayat Al-Quran. Saya tak pernah halang anda untuk beriman dengan Al-Quran dan menyampaikannya dengan KEBENARAN. Saya hanya cuba halang anda dari menjadi BINGUNG kerana anda kata terdapat kesalahan dalam Al-Quran, tetapi masih menggunakan Al-Quran.
Kenapa anda kata 'Tuhan Allah anda'? Seolah-olah Tuhan Allah itu hanya untuk saya, bukan untuk anda? Siapakah Tuhan anda?
Saya hanya bawakan saranan dari ayat Al-Quran yang anda sendiri bawakan:
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51
Disebabkan saya percaya ayat di atas, maka saya tidak mahu anda tergolong dalam golongan yang melemahkan ayat-ayat Allah......
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Mnm,
Sesuatu yang menarik untuk dikongsi....
Ubat dari Allah untuk Atheist:
Saya berpendapat tajuk yg lebih tepat ialah: 'Ubat dari Allah yakni AlQuran, Utk Penganut& Pencinta Hadis-hadis Manusia', Kerana Dr Brown menjumpai sesuatu yg 'Make Sense'/'Perfect Sense' di dlm AlQuran. Jika seandainya Dr Brown membaca 6 Kitab kumpulan Hadis-hadis Golongan Sunni& The Gang (ASWJ), Saya percaya, Dr Brown sukar utk menemui sesuatu yg 'Make Sense'/'Perfect Sense' di dlm nya.
Tapi yg hairannya, Segala Ayat-ayat Allah yg saya bawakan kpd Mnm, Tidak pula menjadi sesuatu yg 'Make Sense'/'Perfect Sense' kpd diri Mnm, bahkan Mnm memilih KETIDAK PERCAYAAN &Cuba menghalangi saya dari terus menjadikan AlQuran itu sebagai Sumber Primeri saya, Demi mempertahankan Doktrin Sunni&The Gang (ASWJ) yg yg di anuti nya.
Di harap, Mnm mencontohi Sikap Dr Brown, Di dlm mencari Kebenaran.
عَسَى أَنْ يَهْدِيَنِي رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَذَا رَشَدًا 18:24
Mudah-mudahan bahawa akan menunjuki kepada ku oleh Pemelihara ku kepada yang lebih dekat daripada ini, Sebagai Suatu Penunjukan! 18:24 
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yg hairannya, Segala Ayat-ayat Allah yg saya bawakan kpd Mnm, Tidak pula menjadi sesuatu yg 'Make Sense'/'Perfect Sense' kpd diri Mnm, bahkan Mnm memilih KETIDAK PERCAYAAN &Cuba menghalangi saya dari terus menjadikan AlQuran itu sebagai Sumber Primeri saya, Demi mempertahankan Doktrin Sunni&The Gang (ASWJ) yg yg di anuti nya.
Di harap, Mnm mencontohi Sikap Dr Brown, Di dlm mencari Kebenaran.
sirrikhafi Post at 16-6-2011 15:57 
Bukan ayat-ayat yang anda bawakan tak masuk akal, tetapi anda kata Al-Quran mengandungi kesalahan tu yang tak masuk akal.
Kenapa anda kata Al-Quran mengandungi kesalahan tetapi masih menggunakan Al-Quran? Ada ayat anda kata ada kesalahan, ayat yang lain pula macamana anda tahu ia terpelihara seperti dalam Papan yang Terjaga?
Anda faham atau tidak pertanyaan saya ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya saya menghalang anda dari terus BINGUNG kerana kata Al-Quran mengandungi kesalahan, tetapi anda cedok ayat-ayat Al-Quran seolah-olah anda anggap Al-Quran tiada kesalahan.
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
Saya merujuk AlQuran Rasm Uthmani kerana itulah satu-satunya Sumber Copy yg umat muslim ada. Sekiranya saya memiliki Mushaf Ali, Mushaf Fathimah, Mushaf Ibnu Mas'ud, Mushaf-Mushaf yg telah di bakar semasa era Usama &Marwan ibnu Hakam, Sudah tentu saya akan merujuk Sumber-sumber tersebut, Tetapi ianya SUDAH TIADA.
Mnm, TERIMA LAH KENYATAAN.
Saya hanya bawakan saranan dari ayat Al-Quran yang anda sendiri bawakan:
Dan Orang-orang yang telah berusaha MELEMAHKAN pada Ayat-ayat kami, Mereka itulah Sahabat-sahabat Jahim! 22:51
Disebabkan saya percaya ayat di atas, maka saya tidak mahu anda tergolong dalam golongan yang melemahkan ayat-ayat Allah......
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
Mnm, TERIMA LAH KENYATAAN.... 
Wallahu A'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-6-2011 16:31
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
Saya merujuk AlQuran Rasm Uthmani kerana itulah satu-satunya Sumber Copy yg umat muslim ada. Sekiranya saya memiliki Mushaf Ali, Mushaf Fathimah, Mushaf Ibnu Mas'ud, Mushaf-Mushaf yg telah di bakar semasa era Usama &Marwan ibnu Hakam, Sudah tentu saya akan merujuk Sumber-sumber tersebut, Tetapi ianya SUDAH TIADA.
Mnm, TERIMA LAH KENYATAAN.
sirrikhafi Post at 16-6-2011 16:19 
Saya sudah terima kenyataan yang Al-Quran itu terpelihara. Anda bagaimana?
Anda sendiri merujuk kepada Rasm Uthmani sebagai satu-satunya Sumber Copy. Adakah anda terima kenyataan yang Al-Quran Rasm Uthmani itu terpelihara (hanya satu-satunya COPY).
Kalau ia tak terpelihara bagi anda, bagaimana mungkin anda menyampaikan ayat Al-Quran yang terpelihara?
كِتَابٌ فُصِّلَتْ آيَاتُهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ 41:3
Sebuah Kitab yang dirincikan akan Ayat-ayat Nya, Sebagai Bacaan yang Arab, Bagi Kaum yang Mengetahui!! 41:3
Mnm, TERIMA LAH KENYATAAN....
Ayat di atas adalah dari Rasm Uthmani. Saya terima kenyataan yang ia sama seperti original. Adakah anda juga terima?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ayat-ayat yang anda bawakan tak masuk akal, tetapi anda kata Al-Quran mengandungi kesalahan tu yang tak masuk akal.
وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ 10:100
Dan Dia menjadikan akan KEKEJIAN itu ke atas Orang-orang yang Tidak Berakal! 10:100
Anda yg tak mahu menggunakan Akal walaupun terdapat Kesalahan Grammar yg Amat Jelas &kesalahan itu datang dari Kesalahan Manusia, Bukan Tuhan.
Kenapa anda kata Al-Quran mengandungi kesalahan tetapi masih menggunakan Al-Quran?
Lihat Kembali Teks nya dan Gunakanlah Akal seperti Layaknya Seorg Manusia, Seorg Pengkaji &Seorg Ahli Saintis.
Contoh Pertama:
وَالَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهَا مِنْ رُوحِنَا وَجَعَلْنَاهَا وَابْنَهَا آيَةً لِلْعَالَمِينَ 21:91
وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ 66:12
Contoh Kedua:
وَأُتْبِعُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ أَلَا إِنَّ عَادًا كَفَرُوا رَبَّهُمْ أَلَا بُعْدًا لِعَادٍ قَوْمِ هُودٍ 11:60
وَأُتْبِعُوا فِي هَذِهِ(?) لَعْنَةً وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ بِئْسَ الرِّفْدُ الْمَرْفُودُ 11:99
Ada ayat anda kata ada kesalahan, ayat yang lain pula macamana anda tahu ia terpelihara seperti dalam Papan yang Terjaga?
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Semuanya Terpelihara di dlm Papan Yg Terjaga SHJ, Bukan di dlm Mushaf-mushaf yg di tulis oleh Manusia.
Wallahu A'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-6-2011 16:51
Semuanya Terpelihara di dlm Papan Yg Terjaga SHJ, Bukan di dlm Mushaf-mushaf yg di tulis oleh Manusia.
sirrikhafi Post at 16-6-2011 16:39 
Jadi, ayat-ayat Al-Quran yang anda bawakan semua itu belum tentu yang Terpelihara? Boleh jadi diubah oleh Manusia?
فِي لَوْحٍ مَحْفُوظٍ 85:22
Di Dalam Papan yang Terjaga 85:22
Ayat di atas juga dari Rasm Uthmani. Anda menyampaikan ayat di atas. Bagaimana anda yakin ayat di atas terpelihara? |
|
|
|
|
|
|
| |
|