CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shana85

Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)

  [Copy link]
 Author| Post time 18-3-2011 12:04 PM | Show all posts

Hanim memandang bilik tidur yang terhiasindah. Menurut opah dan kak Pah ini bilik Hanim dan Aizad. Tergantung cantikgambar perkahwinan Hanim dan Aizad di dinding bilik. Namun jauh di sudut hatiHanim dia rasa aneh. Entah mengapa bila dia melihat gambar itu, ada riak sedihpada wajahnya walaupun sedang tersenyum.. begitu juga pada wajah Aizad. Jelassenyuman penuh keterpaksaan pada wajah itu. Mengapa?


“Apa yang renung lama sangat gambar tu?”Latipah menyapa Hanim. Hanim pantas berpaling. Tersenyum melihat Latipah yangberdiri di hadapan pintu.


“Tak ada apa-apa. Hanim Cuma tengok gambarkahwin ni jer. Hanim tak ingat langsung bila hanim kahwin. Tak tahu la tapikenapa hanim dan Encik Aizad nampak tak gembira dalam gambar ni ya?” Hanimmeluahkan kemusykilan hatinya pada Latipah. Terdiam Latipah mendengar soalanHanim itu.


“Kenapa ni? Senyap sunyi je? Kak Pah kenapamuka tu pucat je?” Tanya Aizad yang baru masuk ke bilik tersebut. Ditangannya adabeg pakaian Hanim.


“Err… Kak Pah keluar dulu ya,” Latipahpantas bersuara. Ingin cepat keluar dari situ. Ada rasa tidak selesa bertamu apatah lagibila mendengar soalan Hanim tadi. Mujur Aizad muncul, kalau tidak, kak Pah sendiritidak tahu jawapan apa yang harus diberi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2011 12:46 PM | Show all posts
Sambung lagi a................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2011 02:21 PM | Show all posts

“Bual apa dengan Kak Pah tadi?” soal Aizad.Matanya merenung Ammar yang selesa bergolek di atas katil. Langsung tidak mahujauh dari Hanim.


“Tak ada apa. Hanim Cuma Tanya kenapa dalamgambar kahwin ni kita nampak tak gembira,” jawab Hanim. Matanya merenung Aizad.Berkerut dahi Hanim bila melihat Aizad yang terdiam mendengar kata-katanya.Pelik, reaksi sama juga dilihat pada Latipah bila dia bertanyakan hal itu.Seperti ada yang tidak kena. Seperti ada rahsia yang tersembunyi.


“Kak Pah jawab apa?” Tanya Aizad, cuba bertenang.Menyembunyikan rasa resah hatinya dengan pertanyaan Hanim itu.


“Tak sempat jawabpun, bila encik masukcepat-cepat Kak Pah keluar…”jawab Hanim. Adanada tidak puas hati disitu.


“Hanim, berapa kali nak abang ingatkan. I’myour husband. Ingat abang suami Hanim bukannya bos Hanim. Janganlahberencik-encik dengan abang,” tegas Aizad. Sudah banyak kali dia ingatkan Hanimnamun wanita itu masih lagi degil. Pada Hanim, dia hanya majikannya.


“Maafkan Hanim… Hnim rasa kekok,” jawabHanim perlahan. Matanya berkaca.


“Abang bukannya marah Hanim, Cuma abang taknak hanim panggil abang Encik. Tak manis. Hanimkan isteri abang. Nanti Amar punhairan kenapa umi dia ni berencik-encik dengan papa dia,” pujuk Aizad. Sedarbukan salah Hanim. Hanim Cuma terlupa yang mereka sudah berkahwin. Deringan darihandset Aizad menghentikan bicara lelaki itu. Direnunggnya skrin. Pantas Aizadkeluar dari bilik tersebut untuk menjawab panggilan. Hanim hanya memerhatitanpa soal. Amar yang berada di atas katil dihampiri.


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 03:23 PM | Show all posts
pasti gf aizad yg call kan....
tak sabar nak tahu punca mereka berpisah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 05:16 PM | Show all posts
cerita yang agak unik dan penuh suspen .... apa yang terjadi sebenarnya ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2011 05:18 PM | Show all posts
cinta aizad dan gefren yang x di restui ....hanim jadi mangsa ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2011 07:11 PM | Show all posts
next shana....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 07:29 PM | Show all posts
sob2..sedih nye...

sambung ya TT
tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 09:19 PM | Show all posts
next...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 08:47 AM | Show all posts
“I dah beritahu You kan jangan call I, biar I je yang call,” Aizad berang.

“I rindukan You…” Linda bersuara sayu.

“You tahukan I tak boleh tinggallkan wife I sekarang. Dia tak sihat,” pujuk Aizad.

“You asyik pentingkan perempuan tu je? I ni siapa?” Tanya Linda tidak puas hati. Dia sedar sejak kepulangannya Aizad jadi agak dingin. Entah mengapa jauh di sudut hatinya dia dapat rasakan cinta mereka kian pudar.

“You kan buah hati pengarang jantung I… tapi You tahukan Hanim perlukan sokongan I sekarang. Lagipun dia dah tak ada sesiapapun. Dia Cuma ada I, suami dia,” balas Aizad.

“Sampai hati You… kalaulah I boleh undur masa I takkan sesekali pergi tinggalkan you,” Linda bersuara sebak. Ada penyesalan di situ.

“Itu pilihan You… Dah lah, Amar menangis tu,” Aizad terus mematikan talian. Aizad pantas memasuki bilik bila tangisan Amar makin kuat.

“anak papa, kenapa menangis ni?” Aizad menghampiri anaknya yang sedang menangis. Hanim tiada di bilik. Kemana? Ada rasa geram di hati bila memikirkan Hanim sampai hati meninggalkan Amar keseorangan di bilik.

Hanim yang mendengar tangisan Amar bergegas menaiki tangga menuju ke bilik. Sebentar tadi ketika Hanim turun ke dapur, Amar masih lagi tidur. Hanim menarik nafas lega melihat Amar berada dalam pangkuan Aizad. Kelihatan lelaki itu sedang memujuk Amar yang masih menangis.

“Hanim kemana? Kenapa tinggalkan Amar sorang-sorang dalam bilik? Kalau jadi apa-apa macammana? Nak jaga anak seorang pun tak boleh?” sembur Aizad sebaik melihat kelibat Hanim.

Hanim terdiam. Lidahnya kelu bila dimarahi Aizad. Matanya berkaca. Bukan niat Hanim meninggalkan Amar. Hanim Cuma turun ke dapur sekejap, tekaknya haus. Dahaga. Amar pula hanim tengok sudah tertidur.

“Abang Tanya kenapa diam? Hanim tahukan abang paling tak suka kalau…”

“Hanim minta maaf… hanim turun ke dapur sekejap. Hanim haus. Tadi Amar tidur…” jawab Hanim perlahan. Tangannya mengesat air mata yang mengalir dipipi.
Aizad diam. Matanya memandang Hanim yang sedang teresak dihadapannya. Menangis. Perlahan Aizad bangun. Tubuh Hanim diraih dalam pelukan.

“Sorry, bukan niat abang nak marah Hanim… abang Cuma bimbangkan Amar…” pujuk Aizad. Satu sifat baru Hanim yang diketahuinya. Sebelum ini Hanim seorang yang sangat tabah. Biar seteruk manapun dia marah atau melukakan hati Hanim, Hanim tetap tenang. Tiada langsung air mata yang menitis. Kini Hanim yang berada di hadapannya sangat sentitif. Mudah sangat mengalirkan air mata.

“Mi ngan ngis…” Amar yang berada dalam dukungan Aizad turut menyapu air mata yang mengalir di pipi Hanim. Anak kecil itu turut memujuk uminya yang sedang menangis.

“Sayang anak umi…” Hanim makin terharu. Makin laju air mata yang mengalir. Amar terpinga-pinga melihat uminya yang makin kuat menangis. Aizad mengeluh…tak tahu cara bagaimana untuk menghentikan tangisan Hanim. Amar juga turut menangis bila melihat Hanim yang makin beria-ia menangis. Aizad geleng kepala.

“La… napa anak umi menangis ni?” soal Hanim bila melihat Amar turut menangis. Tangisan Hanim berhenti sendiri bila dia menyedari Amar turut menangis.

“Mi ngis… Mar ngis la…” jawab Amar. Aizad ketawa mendengar kata-kata Amar.

“Anak papa ni nakal betulla…” Aizad bersuara riang.

“Dah Umi dengan Amar tak mau nangis dah. Nanti opah dengan oyang kata papa buli umi dengan Amar” sambung Aizad. Jari Aizad mengesat air mata dipipi Hanim yang sudah merona merah. Malu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 08:49 AM | Show all posts
Reply 48# fuzzyhannah23

sedih ??? x sedih sangat cerita ni... tp mungkin utk n3 akan dtg lbh sedih lg
apapun tq coz baca cerita ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 09:03 AM | Show all posts
ala sikitnye...sambung la panjang2 sket dik oiii...cite best nih...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 10:59 AM | Show all posts
kalu free letak n3 lagi erkkk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 11:18 AM | Show all posts
Insyaallah....nanti sambung.... tp skrg ni tengah mood malas

tengah semangat nak habiskan novel Dhiya Zafira yg baru best bangat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply 54# shana85


    sabar jela shana ni... dia tgh bersmnagat baca novel lain..
yg kat sini bersmgat nak baca citer ni melopong je...hmy3:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 01:30 PM | Show all posts
jangan marah... tengah perah idea taip citer nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2011 01:38 PM | Show all posts
Linda merenung gambar pertunangannya dengan Aizad. Gambar yang di ambil lima tahun dahulu. Wajah Aizad yang tersenyum riang ditatap. Kacak. Mereka sangat bahagia saat itu. Andai masa dapat di putar semula, Linda tidak akan pernah meninggalkan Aizad. Itulah kesilapan besar yang dilakukannya.

Linda mengeluh lagi bila memikirkan hubungannya bersama Aizad yang masih tiada penghujung. Sikap Aizad juga amat merimaskannya. Aizad kini lebih mementingkan anaknya sahaja. Apasahaja untuk Amar. Linda sudah jatuh nombor dua kini. Dulu kalau dia merajuk, cepat sahaja lelaki itu memujuk. Kini dia terpaksa memujuk rajuknya sendiri… nak harapkan Aizad… jangan mimpi lelaki itu akan memujuknya.

Otak Linda mula merangka idea. Dia mesti menjauhkan Aizad Dari Hanim. Dia sedar walaupun lelaki itu mengatakan Hanim bukan sesiapa padanya namun jauh disudut hati Aizad, Linda tahu Hanim ada tempat yang istimewa disitu apatah lagi Hanim ibu pada anak kesayangan Aizad. Hanim juga amat disayangi oleh keluarga Aizad sedangkan keluarga Aizad amat membenci dirinya. Puan Nora yang menyanyangi dirinya dulu turut membenci dirinya. Bukan salah mereka tapi salah dirinya sendiri. Akhirnya dia yang sengsara dengan jalan yang dipilihnya walaupun lima tahun dulu dia amat yakin dengan pilihannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 01:39 PM | Show all posts
pendek jer... tngah confuse nak masukkan sebab apa Aizad n Linda berpisah... ada dua pilihan nieh
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 01:58 PM | Show all posts
salam... menumpang baca kat sini... =)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2011 02:58 PM | Show all posts
Reply 59# ashyta


  salam ashyta.... terimakasih coz sudi baca citer ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.315487 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list