|
Reply 28# fazss
tqvm |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 42# shahrinas
macam mana nak cerah ni..gelap aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam... best lah faszz.... teringat zaman 'cinta monyet'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 44# naufal2705
hehehe..sambil2 tu berangan yer... |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta zaman sekolah....mengapa org yg kita suka selalu tak sukakan kita
tp org yg kita tak suka selalu nak menyondol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 46# cmf_blingblings
hehehehe...itu lah yang berlaku kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 45# fazss
fazss... skrg nie jumpa balik.... masing2 single lagi..hahaha.... zaman sekolah dulu... tgk dari jauh je..walau pun suka kat mamat tu..... hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 48# naufal2705
ermmm pastu tak ada nak sambung2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam meniti hari2 aku masih diselangi dengan lelaki2 yang bersinggah lalu. Semuanya ku anggap sahabat. Namun ada seseorang yang aku rasa lain dari yang lain. Aku rasa senang dengan sikapnya yang bersahaja, senior aku Hairul Nizam.
Suatu petang secara tidak sengaja kami bertemu di rumah bujang Cikgu Liza. Keadaan biasa pada aku namun seperti tidak pada Black. Cemburu ke? Tapi aku bukan sesiapa untuk dia. Lama kelamaan aku semakin rapat dengan Hairul Nizam, masa yang sama Black mula menjauh.
Aku paling tidak suka memutuskan persahabatan. Sahabat adalah segala2nya pada aku. Lama juga untuk aku membiasakan dengan keadaan itu. Syukur atas nasihat Cikgu Liza, Black kembali sebagai sahabat aku.
Keakraban aku dan Hairul Nizam bukan sahaja di salah ertikan oleh semua orang di sekeliling, Hairul Nizam juga! Kata2 nya itu masih tergiang2 di telinga aku.
“saya nak declare dengan awak boleh?” aku mula berdebar.
“declare??declare apa?” terkeluar pula soalan bodoh aku.
“couple”
“hah!!!” Aku terbangun, memandang dia yang masih duduk tidak terkelip.
“nak tak?”
“kira ya la..” aku masih membisu, terus dia menjawab. Aku menggeleng cepat. Kerja gila!!
Setelah beberapa hari berlalu, akhirnya aku mendapatkan pandangan Cikgu Liza. Hati aku ragu2 untuk berkata ya atau tidak. Kalaulah aku mampu untuk berkata tidak waktu itu tentu sekarang aku tak perlu berfikir lagi.
“terima aje lah”
“serius ke Cikgu ni? Saya tak rasa apa pun”
“try la dulu. You never know if you just stand like that. Take a move”
“errmmmm...” aku pun berfikir2..adakah ini ‘cinta monyet’ aku yang pertama.
Sempena hari lahir aku yang ke14, emak membuat kenduri doa selamat sama seperti tahun2 yang lalu. Semua kawan2 kakak dan abang juga ada. Agak meriah juga tahun ini.
“baiklah, saya akan cuba” itu sahaja yang mampu aku katakana pada Hairul Nizam. Malu pula rasanya. Mukanya agak terkejut, mungkin tidak sangka aku akan memberi jawapan pada hari lahir aku.
Hubungan kami berjalan seperti biasa, sudah berbulan namun hati aku masih seperti dulu. Tiada langsung unsur2 di hati aku seprti yang pernah Angah katakan dulu. Kenapa? Adakah ini cinta monyet? |
|
|
|
|
|
|
|
Hati aku masih beku dalam mengenal apa itu ‘couple’. Aku masih samar di dalam terang. Hubungan aku dan Hairul banyak habis di atas kertas, setiap minggu pasti sepucuk surat kami utuskan.
Kehadapan insan yang selalu saya rindui. Apa khabar hari ini? mesti lebih cantikkan. Macam mana dengan pelajaran semalam. Harap2 semua baik2 aje.
Yang benar,
Pakwe awak.
Masa rehat yang sekejap itu kami berjumpa, rindu katanya. Aku ikutkan sahaja. Jumpa atau tidak bukan persoalan buat aku. Aku pun tak tahu, pelik tapi benar.
“lama tak jumpa” katanya ketika aku baru duduk berhadapannya. Kerusi ni memang strategik, redup dan selesa.
“baru seminggu la” aku membalas.
“Hairul kalau tak jumpa Bil sehari pun dah rasa rindu. Inikan pula seminggu. Mana tahan” aku hanya tersengih.
“mulut manis. Dah berapa orang tersangkut?”
“baru nak test market”
“wah! Boleh ajar Bil nanti”
“boleh, makan lah coklat banyak2. Tapi Bil boleh manis dengan Hairul aje tau”
“kenapa pula?”
“ye la, kita kan dah couple”
“eleh..yang Hairul boleh manis kat semua orang? Mana aci!”
“mana ada lah”
“tipu!”
“sungguhlah, sumpah”
“sumpah lah, nanti kena makan sumpah” aku menggertaknya.
Gurauan kami terhenti apabila loceng rehat tamat berbunyi. Hanya lambaian pemisah kami. Aku masih tersenyum pulang ke kelas. Adakah ini manisnya ‘cinta monyet’ yang kawan2 aku rasakan.
Angin mendayu menghembus kasar secara tiba2. Dalam tenang hubungan kami yang tidak seperti yang lain aku di serikan dengan kisah Hairul dan Maria.
“awak rapat dengan Maria?” |
|
|
|
|
|
|
|
“tak lah rapat sangat, kenapa Bil tanya?"
“ada orang nampak awak keluar dengan dia. Buat apa?” aku memandangnya sekilas.
Jarak kami sentiasa terpelihara, mata2 abang aku ada di mana2.
“keluar mana ada” dia kelihatan resah.
“it’s ok, I’m just asking” aku terus berlalu. Hati aku kuat mengatakan dia berselindung.
Hembusan kisah Hairul Nizam dengan Maria masih beralun, jika dahulu hanya sekali sekali tapi kini ia semakin kencang. Hati aku masih tiada unsur cemburu, tapi kredibiliti aku sebagai makwenya sedang di pertikaikan. Aku tak tahu apa yang harus aku buat, perlu ke aku berjumpa dengan mereka.
“Bil, kita pergi bandar nak?” Haida membuka topic kami pagi itu.
“buat apa?” belum sempat aku bertanya, Lily dah mendahului.
“buat bodoh” balas Haida.
“kalau nak buat bodoh tak payah ke bandar, bazir duit tambang aje. Dah memang pun…” kata2 aku mendatang lucu semua yang ada.
“sengal tol ko Bil”
“aku pula sengal” kami masih dengan sisa tawa melihat Haida yang masam.
“ada plan baik ke nak ke bandar?”
“kita pergi jalan2 aje, ada kedai ais kacang baru buka. Try nak?”
“aku memang nak ke bandar, date dengan Hairul. Kalau dia tak jadi boleh aku join korang” aku baru buka mulut terus di sakat dengan sahabat2 aku yang penyayang ini.
“betul ke??” Lily dengan terujanya bertanya.
“gila! Intan Nabila binti Ahmad keluar dating. Macam tak percaya” masing2 buat muka.
Mujur cikgu telah masuk, kalau tidak makin teruk aku di sakat. Sahabat2 ini bukan boleh ada modal. Parah telinga aku mendengar nanti, boleh buat karangan 40 muka surat.
Hari minggu yang di janji, entah kenapa aku rasa bersyukur Hairul membatalkan janji temu kami. Plan Haida terus menjadi meriah, semua yang couple automatik single. Dari satu kedai ke satu kedai kami terokai. Bermula kedai2 ilmiah hingga ke kedai pakaian. Biasa lah perempuan katanya.
“Bil, ko jangan pandang lagi” aku terpaku.
“kenapa?” aku memandang tepat mata Lily.
“Hairul, jangan pandang lagi. Ko pusing 90˚. Dia dengan Maria” aku tergamam melihat mereka yang nampak sangat mesra.
“jom kita pergi kat diaorang” tanpa menunggu mereka yang asyik dengan pakaian yang di pilih2 aku menapak ke Hairul dan Maria. Kami hanya terpisah dengan beberapa rak sahaja sebenarnya, bukan jauh mana.
“hai korang” aku senyum, nampak mereka seperti serba salah.
“hai” |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 49# fazss
tak mungkin.. cukup sekadar berkawan je.... tak nak terluka dan melukai.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 53# naufal2705
kalau begini lebih baik, ok lah... asal kita sentiasa bersama Nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
huhuh...dah tertangkap...
apa tindakan bil?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# fazss
tak yakin hubungan jarak jauh... sorang kat KK.. sorang kat Shah Alam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 56# naufal2705
ye la... dulu fazss rasa tak kisah sgt, selagi cinta di hati (katanya) tapi bila terjebuk jadi.. ermmmm mmg tak lah lelaki klu nak jauh2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 55# bb_75
sambung esok.. adakah Bil belasah mereka? adakah Bil buat bodoh aje? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 58# fazss
baik buat bodoh aje...
bukan rugi pun kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 59# bb_75
ermmmmm....Bil ni tak ada hati sangat lagi pun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|