|
[LUBUK KEDIT]-GARAPKAN IDEA KREATIVITI ANDA DALAM BENTUK TULISAN/KARANGAN
[Copy link]
|
|
TQ for rated ke hape ntah. sja mencuba dikala kebosanan. eh, merah pkai capital letter kan? skema gila! dush dush. haahahah |
|
|
|
|
|
|
|
TQ for rated ke hape ntah. sja mencuba dikala kebosanan. eh, merah pkai capital letter kan? skema gi ...
Merah_Lulu Post at 5-1-2011 10:40
Skema??? Mula-mula dulu rasa tak percaya akk pun boleh taip versi skema aka standard, sampai sekarang masih belajar |
|
|
|
|
|
|
|
yelaa type mcm zaman sekolah dlu kala. sbb bila baca lain2 semua mcm relax jaa, yg merah dah mcm karangan bagai. tp dah terbiasa dgn keje pa suma so xpa la kan. abagus tuk adik yg sekolah. ada ke? hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Jaza2008 at 5-1-2011 11:57
yelaa type mcm zaman sekolah dlu kala. sbb bila baca lain2 semua mcm relax jaa, yg merah dah mcm kar ...
Merah_Lulu Post at 5-1-2011 10:55
jaza pun masih sekolah lagi ni..... belajar smpai tua/mati....tuntut ilmu itu tiada had umur pun....
sentiasa ulangkaji dan belajar dari kesilapan agar hidup tidak huru-hara dan terpesong jauh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# Jaza2008
hahahaha.... 'cikgu Next' kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 41# cmf_blingblings
it's true kak blings... Adakala khilaf itu jadi habit bila kita selalu abaikan nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ for rated ke hape ntah. sja mencuba dikala kebosanan. eh, merah pkai capital letter kan? skema gi ...
Merah_Lulu Post at 5-1-2011 10:40
Di saat kita ingin seronok di sini, kita cuba menghayati rasa cinta pada bahasa. Bahasa ibunda kita.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_azure at 5-1-2011 12:55
HUJAN
Hujan masih turun lagi. Tiada tanda-tanda akan berhenti. Bahkan titik-titiknya semakin kasar. Farah memegang sekaki payung dan masih berdiri di koridor. Berfikir samada akan meredah hujan atau terus berdiri di situ. Untuk sampai ke tempat parkir kereta memang agak jauh. Payung yang kecil itu pasti tidak dapat menahan dirinya daripada terkena tempias hujan.
"Belum balik lagi?" Satu suara menegurnya. Farah menoleh. Senyuman dihadiahkan kepada empunya suara. Dia melihat Asyraff berdiri resah sambil mata melihat jam di tangan.
"Hujan lebat sangat!"
"Itulah.. Hari ini saya bawa motor saja. Selalu bawa kereta cuaca ok saja.."
"Cuaca amat tak menentu sekarang ini. Tengahari panas, tiba-tiba petang hujan lebat. Macam hari ini. Jalan pun pasti jam.." Farah berbicara panjang.
"Itulah... saya nak cepat ini, nampaknya kena redah juga..." Farah memerhatikan Asyraff yang siap berbaju hujan.
"Tunggulah hujan reda. Bahaya ini... " Farah menahan. Ada rasa bimbang melihat kesungguhan Asyraff untuk pergi juga di dalam hujan lebat.
"Tak apa... Saya pergi dahulu. Lain kali kita berbual lagi.. Assalammu'alaikum.. " Asyraff menghadiahkan senyuman paling manis kepada Farah.
"Wa'alaikummusalam... Hati-hati ya.. "Farah mengingatkan. Di hati ada rasa bimbang melihat Asyraff yang berjalan meninggalkannya tanpa menoleh lagi.
*****
Hujan masih juga begitu dan Farah tidak sanggup menunggu lagi. Payung dibuka... Tempias hujan menampar garang di kaki. Farah tidak peduli lagi. Yang penting dia harus tiba di rumah sebelum hari semakin gelap.
Farah memandu penuh berhati-hati. Kelajuan hanya di tahap 50km/jam. Tiba di selekoh yang agak sempit...dia melihat seperti ada motor yang berhenti. Penunggangnya tiada. Plat itu.. plat itu mengingatkan dia kepada seseorang. Nombor itu seakan kabur kerana hujan lebat. Otaknya mencerna. Dia memandu semakin perlahan.
"Ya Allah... " Dia menjerit. Bukankah itu? Dia memberi signal untuk berhenti. Tidak jauh daripada motor itu dia melihat sekujur tubur tergolek ke dalam parit.
"Asyraff... " Farah menjerit kuat. Tanpa memperdulikan hujan yang lebat dia mendapatkan Asyraff yang berlumuran darah. Topi keledar masih di kepala namun darah seakan mengalir tanpa henti.
"Asyraff.." Farah menjerit lagi berlawan dengan bunyi hujan. Tubuhnya kuyup. Yang penting Asyraff mesti diselamatkan. Namun Asyraff masih tidak bersuara. Kereta yang lalu di jalan tersebut turut berhenti memberikan pertolongan.
"Maaf cik... " Seseorang bersuara.
"Sila panggil ambulan, kawan cik ni dah tak ada..."
"Ha..." Farah terkejut. Airmatanya mengalir laju. Tidak diduga itulah pertemuan terakhirnya dengan Asyraff. Baru sebentar tadi dia berbual dengan Asyraff. Berpesan dengan Asyraff. Dan paling tidak lupa senyuman yang Asyraff hadiahkan kepada dia.
Farah masih lagi terkaku di situ. Terkejut... Ya.. Bila tiba saatnya... seseorang tidak akan menjangka lambat atau cepatnya panggilan ajal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pendek saja cerita ini, rupanya panjang juga. Maafnya Puan Momod Jaza... |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan pendek saja cerita ini, rupanya panjang juga. Maafnya Puan Momod Jaza...
cmf_azure Post at 5-1-2011 12:48
pjng pun tak kisah la... sbb nak tgk sejauh mana idea kreativiti korang melakar secara spontan (spontan ke tu???)
tapi kalu pjng sgt post je thread cerpen trus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fazss at 6-1-2011 08:38
Aku dapat melihat dengan jelas ayunan langkah kaki si dia. Lelaki idaman hatiku. Silap. Lelaki idaman kampus paling sesuai, Adam. Gaya tubuh yang gagah penuh dengan tampan lelaki melayu. Siapa sangka dia akan mengajak aku berjumpa.
Walaupun dia masih jauh bermeter, aku dapat menghidu harumannya. Semua mata terpaku padanya, namun matanya hanya padaku. Bukan aku perasan tapi jelas perasaan aku benar. Lebih nyata tatkala dia sudah pun berada di hadapanku.
Ruang kafeteria yang tadi sejuk, kini panas membara. Debaran jantung bergetar, seolah aku baru menghabiskan larian pecut 100m. Senyuman yang dilemparkan menampakkan dia lebih tampan. Tidak sia-sia aku berhias jika ini habuannya.
Pertemuan pertama ini amat bermakna buat aku. Muka aku kembang kempis kerana bangga dapat berjalan dengan lelaki idaman kampus.
Hati aku mula curiga bila dia lebih banyak tersenyum dari bersuara. Soalan-soalanku dijawab dengan anggukan atau gelengan. Bisu ke?
Allah Maha Kaya, tidak sengaja dia melatah. Muka tampan tetapi suara macam itik pulang petang. Mataku terkebil-kebil cuba berada di dalam alam nyata semula. Seribu langkah dia meninggalkan aku yang masih terpaku dalam terkejut. Sekeliling gamat dengan tawa yang bertingkah melihat keayuannya jatuh tersadung.
Aku hanya mampu tergeleng. Temu janji pertama yang gagal.
***********************************************************************
kakak2..fazss tak pasti beberapa perkataan, harap2 boleh tolong jika ada kesalahan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di saat kita ingin seronok di sini, kita cuba menghayati rasa cinta pada bahasa. Bahasa ib ...
fazss Post at 5-1-2011 12:23
merah cuba ok!! |
|
|
|
|
|
|
|
jaza pun masih sekolah lagi ni..... belajar smpai tua/mati....tuntut ilmu itu tiada had um ...
Jaza2008 Post at 5-1-2011 11:54
merah pun masib belajar, x semestinya dgn hanya ke sekolah kita belajar kan?
Belajar dari pengalaman yg lepas. jangan hidup dengan sejarah, just jadikan sejarah sebagai 1 iktibar dlm hidup kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_azure at 5-1-2011 22:43
pjng pun tak kisah la... sbb nak tgk sejauh mana idea kreativiti korang melakar secara spo ...
Jaza2008 Post at 5-1-2011 13:32
Jaza,
Terima kasih bagi tacang..
Idea tu memang spontan,,,
teringat semalam hujan lebat itu yang terhasil cerita hujan
tengok orang naik motor dalam hujan lebat rasa kasihan sangat!
Jika dibandingkan dengan mereka...
diri masih beruntung;
meredah hujan di bawah bumbung
* ehem..ehem...kita pun masih belajar lagi;
tak layak lagi dipanggil pro... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dapat melihat dengan jelas ayunan langkah kaki si dia. Lelaki idaman hatiku. Silap. Lelaki idaman kampus paling sesuai, Adam. Gaya tubuh yang gagah penuh dengan tampan lelaki melayu. Siapa sangka dia akan mengajak aku berjumpa.
Walaupun dia masih jauh bermeter, aku dapat menghidu harumannya. Semua mata terpaku padanya, namun matanya hanya padaku. Bukan aku perasan tapi jelas perasaan aku benar. Lebih nyata tatkala dia sudah pun berada di hadapanku.
Ruang kafeteria yang tadi sejuk, kini panas membara. Debaran jantung bergetar, seolah aku baru menghabiskan larian pecut 100m. Senyuman yang dilemparkan menampakan dia lebih tampan. Tidak sia-sia aku berhias jika ini habuannya.
Pertemuan pertama ini amat bermakna buat aku. Muka aku kembang kempis kerana bangga dapat berjalan dengan lelaki idaman kampus.
Hati aku mula curiga bila dia lebih banyak tersenyum dari bersuara. Soalan-soalanku dijawab dengan anggukkan atau gelengan. Bisu ke?
Allah Maha Kaya, tidak sengaja dia melatah. Muka tampan tetapi suara macam itik pulang petang. Mataku terkebil-kebil cuba berada di dalam alam nyata semula. Seribu langkah dia meninggalkan aku yang masih terpaku dalam terkejut. Sekeliling gamat dengan tawa yang bertingkah melihat keayuannya jatuh tersadung.
Aku hanya mampu tergeleng. Temu janji pertama yang gagal.
fazss Post at 5-1-2011 16:26
Fazss...
Haku bukannya cerdik pandai yang boleh menegur
tapi kita sama-sama belajar ya..
Yang ternampak untuk diperbetulkan ialah
menampakan - menampakkan
anggukkan - anggukan
keayuan - lebih sesuai untuk perempuan.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 57# cmf_azure
terima kasih azure... keayuan tu, fazss guna untuk menggambarkan sebenarnya lelaki itu, 'sesuatu'
boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang nak join gak... kisah masa kecik-kecik;
Siri 1
Malam tu bapa janji nak bawak kami semua pi masjid, malam nisfu sya'ban dan ada kuliah malam tu kat masjid. Mama sediakan blause labuh untuk Bintang. Tapi Bintang da awal-awal pakai baju melayu adik punya (yang adik lum pakai lagi, mama jahitkan untuk raya nanti dan baju tu agak besar dengan adik tapi padan dengan Bintang, yeaahh). Mama suruh bukak dan pakai blause labuh yang mama sediakan tuh. Bintang taknak sambil sibuk cari kopiah.
Bapa pun pujuk - maklum la anak manja dia neh kepala punya la keras kalo tak layan elok-elok.
''Pakai baju ni sayang,'' sambil bapa ambikkan blause labuh bintang. :cf:
"Baju ni kan elok jek,'' Sambil memandang abang dan adik yang da siap pakai baju melayu.
"Tapi itu baju melayu, baju untuk lelaki."
"Lelaki tu apa?"
"Lelaki tu macam bapa, abang dan adik."
"yelah, Bintang pun lelaki."
"Bintang pompuan, macam mama."
"Apa pulak?"
"Iyer... nanti besar ada nenen sama cam mama.''
"Nenen Bintang sama cam bapa, abang dan adik lah.'' sambil angkat baju tunjuk nenen.
"Iyer, iyer... tapi Bintang besar nanti nenen akan tumbuh sama mama."
"Bintang tade lobster,'' kata abang, bapa angguk, adik angguk, mama pun angguk gak.
"Tengok mama punya, ada lobster tak?'' Bintang cuba selak kain mama. Mama tepis dan bebel ntah pape yang Bintang tak ingat gurindam apa yang mama mainkan. {:1_126:}
Dipendekkan citer Bintang menang.. yahooooo.... pegi la ke masjid malam tu, Bintang berambut panjang pakai kopiah dan berbaju melayu. Sampai masjid semua yang terserempak tu tegur anak bapa ni lelaki ka pompuan? Sambil cubit-cubit pipi Bintang. Apa, ingat bintang neh cokodok ka leh cubit-cubit. Penat bintang sapu pipi dah ler tangan depa semuanya kasar-kasar. Bapa jawab dengan sopan ini anak pompuan dia... Bintang muncungkan mulut. Diskriminasi tul bapa...
Masa nak solat, bapa suruh pi kat tempat mama, solat sama mama. Tapi Bintang kan anak degil, mana de mudah-mudah mau patuh camtuh. Bapa pujuk. Nanti bapa belikan aiskerim yang banyak chip coklat atas tu... yeaaaa tawaran bapa benar-benar mengancam. Bintang duk kat mama. Tapi sekejap jek. Imam mula takbiratul ihram dan agak lambat membaca fatihah. Bintang meluru duk sebelah bapa yang duk saf belakang. - bapa memang selalu duk saf belakang kalo pi masjid bawak Bintang.
Bila imam mula baca fatihah, Bintang pun baca gak kuat-kuat ikut bacaan imam. Kanak-kanak yang duk saf belakang kedengaran gelak-gelak kecil. Bintang pusing belakang dan ada di antara mereka memandang bintang dalam depa tengah solat tu..! Bintang pun jenggilkan mata dan... haaiiitttt:@ kat dia orang sambil ketatkan bibir. Depa diam dan Bintang kembali mengadap ke kiblat sambung bacaan surah ikut imam... ikut jek, bacaan tonggang langgang.... budak-budak kat belakang makin kedengaran ketawanya. Baba da mula solat sendiri cepat-cepat - mufaraqah. Bintang ikut jek baba solat. Selesai kasi salam, bapa dukung bintang duk kat luar masjid. Buatkan susu dan kasi jek tutup mulut bintang yang masih potpetpotpet........ngadu kat bapa ada budak-budak laki gelak masa solat... blablablaaaa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Korban, Endrajit
(Terkesan setelah menghadam pembacaan terhadap Ramayana)
Langit Hitam.
Bumi terbakar dengan pawaka yang membahang. Perang pun meletus dengan hebat. Segala perajurit, perwira dan satria yang dikepalai anderiguru berperang bermati-matian merngorbankan jiwa pada perintah maharaja mereka yang entah apa. Dogmatis.
Seri Rama pun memutar gandewanya, lalu dipuja panah yang bernama Angadewata itu dan dipanahnya Endrajit. Ditepis Endrajit dengan panahnya, Atawati lalu bersepai menjadi seribu dan kena pada rakyat jelata. Hancur menjadi debu.
Hanuman, sang wanara yang gagah perkasa mara mendekati Endrajit lalu berkata,
“Endrajit, usahlah engkau mengorbankan dirimu kerana keangkuhan ayahandamu”
Ah! Ini Endrajit yang setia dengan ayahandanya. Walau seribu dosa yang digembala ayahanda akan dipikul oleh Endrajit. Walau bagaimana pun papakerma Rawana, Endrajit tidak akan membiarkan sesiapa pun menghina Rawana. Ini sumpah Endrajit. Ini ikrar Endrajit.
Endrajit bukan cuma senapati agung, anderiguru yang perkasa ataupun seorang putera yang berwibawa, tapi juga seoerang anak yang tahu menghargai jasa dan budi baik orang tuanya!
Hitam kata Rawana, hitamlah kata Endrajit.
“Ayahanda, ampunkan anakanda kerana sembah anakanda sembah murka. Tidak ada cara lainkah yang boleh dilakukan selain perang yang zalim ini buat kita dan rakyat sekaliannya?”
“ Mengapa? Kerana seorang perempuan kita perlu mencipta perang dan kerosakkan ini? Apatah lagi perempuan itu adalah hak orang lain yang kita rampas. Untuk apa semua ini, ayahanda? “
“Untuk apa? Adakah kerana rasa angkuh yang kita tatang dan tidak kekal itu?”
Wajah Rawana berubah merah. Murka. Bergegar empat puluh bahunya menahan murka. Seratus jarinya diramas-ramas. Giginya yang bergemerincing diketap-ketap. Tunduk Endrajit memaklumi kemurkaan ayahandanya.
“Anakanda mahu ayahanda mengembalikan Sita Dewi? Tidak, tidak akan terjadi anakku. Tidak sama sekali aku menyerah kalah pada Seri Rama, manusia durjana itu. Adakah kau gentar anakku, untuk menghadapi perang ini?”
“Bukan takut atau gentar yang anakanda khuatiri, tapi kebenaran.”
Ya! Kebenaran.
Lamunan Endrajit terpenggal bila pekikan kematian Mahabira adikung kesayanganya semakin lenyap. Kemarahan Endrajit memuncak. Mengamuk ganas. Perang jadi gila dan segilanya. Endrajit turun ke bumi dan dihobatnya menjadi kelam. Segera dihambur taufan oleh sakti yang dicipta Seri Rama menjadi cerah kembali.
Endrajit bersiap untuk pertempuran yang penghabisan.
Menang atau mati! Itu sahaja pilihannya. Rawana tetap dengan keangkuhan, tapi Rawana adalah ayahandanya. Ayahnadanya yang telah membesarkan, memberikan segenap kasih sayang dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Dan dia? Dia harus memenuhi tanggungjawab sebagai seorang anak.
Hitam kata Rawana, hitamlah kata Endrajit!
Saat itu Seri Rama pun menghayun gandewa dan dipanahnya Endrajit, putus bahu kirinya dan gugur ke bumi. Dalam kesakitan dan murka, Endrajit mencapai senjatanya yang terakhir bernama Terusalam dan diamuknya rakyat jelata Seri Rama. Dua ribu orang mati dan bergelimpangan menjadi kunarpa kaku.
Marah dengan tindakan itu, Seri Rama terus memutar panahnya lalu dimentera. Kena leher Endrajit. Maka rebahlah Endrajit, melepaskan nyawanya. Melepaskan tanggungjawabnya. Para dewa pun menghujani bumantara dengan wangian rampai dari kembang kujarat dan bermadah hiba.
"terkorban satria sejati, memikul dosa ayahanda sendiri,
berhenti berputar wahai bumi, jadilah saksi..."
Langit masih lagi hitam.
Glosari
Adikung - pembantu peribadi pembesar
Anderiguru - kepala perang, panglima
Bumantara - bumi, alam
Dogmatis - kepercayaan yang harus diterima tanpa soal
Gandewa - busur panah
Kujarat - bunga
Kunarpa - mayat
Papakerma - jahat atau malang/azab
Pawaka - api
Wanara - kera |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|