CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4158|Reply: 40

Video Tular: Suami Nampak Bengang, Isteri Tarik Party Popper Sampai Habis Berterabur Kertas Kilat Warna-Warni Atas Makanan Terdedah

[Copy link]
Post time 22-8-2023 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Satu video tular menyaksikan seorang ibu berada bersama-sama anaknya di meja utama yang menempatkan kek hari jadi serta hidangan lain, menarik ‘party popper’ sehingga mengeluarkan kertas berkilat warna-warni dan bertaburan di atas makanan yang terdedah.


Dapat dilihat dalam rakaman, muka suaminya berubah menjadi emosi dan seakan-akan bengang.


Disebabkan itu sambutan hari jadi tergendala sebentar kerana mereka terpaksa membersihkan kawasan tersebut serta makanan terlebih dahulu.











Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ruhainiz berkata, apa yang berlaku pada 17 Ogos lalu sememangnya satu kesilapan kerana teruja meraikan hari istimewa anak bongsunya.


"Masa menyanyi lagu hari jadi dan tiup lilin, sebenarnya saya acah-acah nak letupkan props tu. Sebelum ini masa hari jadi anak buah, mereka buat juga tetapi percikan kertas warna-warninya besar sikit jadi senang je kutip.


"Ketika itu juga suami cadangkan tutup makanan dulu, tapi saya fikir tak mengapa. Tapi tak jangka masa saya letupkan props itu, kertas-kertas berkilat warna-warni yang keluar bersaiz kecil dan halus.


"Saya pun tergamam tengok ia berterbangan jatuh di atas makanan," ceritanya mengimbas kembali momen ketika hari jadi anak bongsunya itu.





Tambah Ruhainiz yang menetap di Semporna, Sabah, dia dan suami serta dibantu dengan adik-beradiknya yang menjadi tetamu majlis itu membersihkan dahulu makanan dan kawasan ruang tamu rumahnya yang dipenuhi kertas berkilat warna-warni tersebut.


"Dalam video nampak suami saya terus berlalu... ramai orang komen fikir dia marah. Sebenarnya dia ke dapur untuk ambil penyapu. Tak marah-marah pun.


"Kemudian saya, suami, adik-adik bersihkan tempat itu, makanan saya pergi bersihkan dan masak semula. Tapi untuk tetamu, saya hidang makanan yang masih berlebih di dapur sebab saya masak banyak juga.


"Alhamdulillah walaupun tergendala sekejap tapi sambutan berjalan dengan lancar selepas itu. Anak happy, semua dapat makan.


"Saya muat naik video itu dengan niat mahu beritahu, sesiapa pun boleh jadi lupa atau tak sengaja. Jadikan pengajaran, jangan buat seperti yang saya buat. Nak letupkan props tu jangan depan makanan atau tak payah letupkan. Nanti menyesal macam saya," ujarnya yang bekerja sebagai seorang jurusolek sambilan di Sabah.





Tidak menyangka videonya meraih sehingga 6.9 juta jumlah tontonan di TikTok, Ruhainiz berkata dia menyedari ramai yang memberi komen berbaur kecaman terhadapnya, namun mengambil pendekatan berlapang dada.


"asal netizen, sebenarnya saya ‘koyak’ juga baca pedas-pedas semua komen mereka tapi saya terima dengan hati terbuka.


"Saya tak marah pun sebab tahu salah saya. Apa pun ambil pengajaran daripada kisah tersebut," akhirinya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 22-8-2023 11:55 AM

Nanti malam jumaat abang balun dia...buat lagi satu anak bongsu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape nampak laki dia marah jom angkat tangan beramai2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Penat tepek berita caprut dia mai tepek konten tiktok buat semak bod ci.
Hanat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Party popper ni klu nak main, memang main luar umah je…
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 22-8-2023 11:57 AM
Penat tepek berita caprut dia mai tepek konten tiktok buat semak bod ci.
Hanat.

Board kongsi tular dah ada tapi nak gak buat semak kat sini sbb kat situ sendu je...dah penat kutuk kebengapan wartawatan cari ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2023 12:12 PM | Show all posts
so adakah makan tu di makan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:14 PM | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 22-8-2023 11:56 AM
Sape nampak laki dia marah jom angkat tangan beramai2..

obvious sangat muka naik angin.. sekadar nak sedapkan hati je cakap laki tak marah gi amik penyapu..kalau takde orang tu, mau kena maki

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 12:21 PM | Show all posts
Kau nak para netijen Cari komen bendasing jatuh dlm makanan dari sudut ilmiah ke atau...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis hari jadi anak orang pun kau bantai buat artikel. Aduiiiii.... Level cari ni merudum teruk betul skrg. Dulu dulu best je layan berita terpaling pantas. Skrg level berita dibuat budak budak lembam tak habis sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 22-8-2023 12:12 AM
so adakah makan tu di makan?

Sepatutnya makanan tu semua kena buang sebab dah terlekat glitters. Glitters ni halus & susah nak tanggal.

  

Ni video penerangan. Dia kata kena masak 2 kali. Eh entah la, tak faham sangat maksud percakapan dia.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:40 PM | Show all posts
"Sebelum ini masa hari jadi anak buah, mereka buat juga tetapi percikan kertas warna-warninya besar sikit jadi senang je kutip."


kak, boleh jd lebih bijak tak?


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini lembam. Ko x fikir ke benda tu terabur atas makanan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bday anak tp mak yg terlebih over reaction.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 12:52 PM | Show all posts
tapi tehtaplah nak upload jugak. attention seeker
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia Bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 22-8-2023 02:44 AM
Mak dia Bodo

Seronok tengok bling2 jatuh dari langit, konsepnya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 04:12 PM | Show all posts
pertama kali kah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 22-8-2023 02:55 PM
Seronok tengok bling2 jatuh dari langit, konsepnya.

Tapi jangan la hadap Kay makanan kan
Buat kat tempt luas kan boleh
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
B40 baru nak cecah jadi M40.... Memang biasanya excited gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.066059 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list