CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Duda Nak Kahwin Lagi Sebab Nak Suruh Bakal Isteri Jadi Maid- Tak Bagi Kerja, Duduk Rumah Jaga Anak Tapi Tak Bagi Duit Belanja

[Copy link]
Post time 21-3-2023 10:49 AM | Show all posts
spankee_fili replied at 20-3-2023 09:30 PM
Kena buat prenup kot?
Tapi laku ke prenup kalau bawak ke mahkamah syariah?

Bawa ke mahkamah sivil lah. Status lebih tinggi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
epal_putih replied at 21-3-2023 07:53 AM
Lepas tgk kehidupan seseorangkan
I nasihatkan ni..
Jgn kawin duda ada ank

Aku agree dgn ko
Mcm ada 2-3 andartu yg aku kenal, dh kawen dgn duda + anak2 tiri dh besar
Tp dibuatnya serupa babu bibik maid je
Tu blom lg kene jd driver depa ms musim raya
Nk pi holiday pun, bini (ex-andartu) ni yg kene byr semua hotel,tiket etc utk suami dan anak2 tirinya
Elok2 ms single hanya spend duit utk sorang je.now dah kene spend utk org lain lg
So sbb tu akak pilih laki akak, bujang terlajak...senang..ko takde beban lain dlm life aku
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo sapa kawen duda + anak2 skolah lg, maka bersedialah utk jd supir pd anak2 tiri korang tu.
pagi2 kene htr pi skolah
Tghri kene amik dr skolah pastu pi htr skolah agama
Pastu weekend kene htr pi skolah utk xtvt koko
Kowserrrr aih nak buat sume tu..bukan anak kandung sendiri pun
Esok2 dh besar pun budak tu bukan peduli pun
Baik spend time and money wisely utk bahagiakan diri sendiri dan parents sendiri
Pastu kawen je dgn memana bujang yg takde bebanan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:33 PM | Show all posts
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah
fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku
menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menjelaskan kepada kita apa yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w
tentang penghuni Syurga yang majoritinya adalah fuqara (para fakir miskin) dan
Neraka yang majoriti penghuninya adalah wanita. Tetapi hadis ini tidak
menjelaskan sebab-sebab yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam
Neraka dan menjadi majoriti penghuninya, namun demikian sebab-sebab tersebut
disebutkan dalam hadis lainnya.
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya
melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w
melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda
kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti
ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w
menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka
kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami
mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik
kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia
melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku
tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam
Al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni
Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang,
melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan
kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta.
Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal
wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Imam Qurthubi (rahimahu ‘Llah) menjelaskan maksud hadis di atas dengan
pernyataannya :
“Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk Syurga adalah hawa nafsu yang
mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangankesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan
mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang
menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang
paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa
nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka
dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan
terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.”
(Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tazkirah halaman 369)

Jika kita perhatikan keterangan dan hadith di atas dengan insaf, nescaya kita akan
dapati beberapa sebab yang menjerumuskan kaum wanita ke dalam Neraka bahkan
menjadi majoriti penghuniya dan yang menyebabkan mereka menjadi golongan minoriti dari penghuni Syurga.

1. Kufur Terhadap Suami dan Kebaikan-Kebaikannya :
Rasulullah s.a.w menjelaskan hal ini pada sabda baginda di atas tadi. Kekufuran
seumpama ini terlalu banyak kita dapati di tengah-tengah keluarga kaum muslimin,
iaitu seorang isteri yang mengingkari kebaikan-kebaikan suaminya selama sekian
waktu yang panjang hanya dengan sikap suami yang tidak sesuai dengan kehendak
isteri sebagaimana kata pepatah,'panas setahun dihapus oleh hujan sehari'. Padahal
yang harus dilakukan oleh seorang isteri ialah bersyukur terhadap apa yang
diberikan suaminya, janganlah ia mengkufuri kebaikan-kebaikan suami kerana
Allah s.w.t. tidak akan melihat isteri seumpama ini sebagaimana dijelaskan
Rasulullah s.a.w :
“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada
suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.”
(Hadis Riwayat Nasaie)
Hadis di atas adalah peringatan keras bagi kaum wanita muslimah yang
menginginkan keredhaan Allah s.w.t. dan SyurgaNya. Maka tidak layaklah bagi
wanita yang mengharapkan akhirat untuk mengkufuri kebaikan-kebaikan suaminya
dan nikmat-nikmat yang diberikannya atau meminta dan banyak mengadukan halhal kekurangan yang tidak sepatutnya untuk diperbesar-besarkan.
Jika sedemikian keadaannya, maka sangat tidak sesuai sekali jika wanita yang
kufur terhadap suaminya serta kebaikan-kebaikannya dikatakan Rasulullah s.a.w
sebagai majoriti kaum yang masuk ke dalam Neraka walaupun mereka tidak kekal
didalamnya.
Cukup sekiranya isteri-isteri Rasulullah s.a.w dan para sohabiyah sebagai suri
tauladan bagi isteri-isteri kaum muslimin dalam mensyukuri kebaikan-kebaikan
yang diberikan suaminya kepadanya.
2. Durhaka Terhadap Suami
Kedurhakaan yang dilakukan seorang isteri terhadap suaminya pada umumnya
berupa tiga bentuk kedurhakaan yang sering kita jumpai pada kehidupan
masyarakat kaum Muslimin. Tiga bentuk kedurhakaan itu adalah :

1. Derhaka dengan ucapan.
2. Derhaka dengan perbuatan.
3. Derhaka dengan ucapan dan perbuatan.
Bentuk pertama ialah seorang isteri yang biasanya berucap dan bersikap baik
kepada suaminya serta segera memenuhi panggilannya, tiba-tiba berubah sikap
dengan berbicara kasar dan tidak segera memenuhi panggilan suaminya. Atau ia
memenuhinya tetapi dengan wajah yang menunjukkan rasa tidak senang atau
lambat mendatangi suaminya. Kederhakaan seperti ini sering dilakukan seorang
isteri ketika ia lupa atau memang sengaja melupakan ancaman-ancaman Allah
terhadap sikap ini.
Termasuk bentuk kederhakaan ini ialah apabila seorang isteri membicarakan
perbuatan suami yang tidak ia sukai kepada teman-teman atau keluarganya tanpa
sebab yang dibenarkan oleh syara’. Atau ia menuduh suaminya dengan tuduhantuduhan yang bermaksud untuk menjatuh dan merosak kehormatannya sehingga
suaminya dipandang hina di mata orang lain. Begitu juga apabila seorang isteri
meminta talak atau di khulu’ (dicerai) tanpa sebab syar’i. Atau ia mendakwa telah
dianiaya atau dizalimi suaminya atau lain-lainnya.
Permintaan cerai biasanya di awali dengan pertengkaran antara suami dan isteri
kerana ketidakpuasan isteri terhadap kebaikan dan usaha suami. Atau yang lebih
menyedihkan lagi bila hal itu dilakukannya kerana suaminya berusaha
mengamalkan syari’at-syari’at Allah s.w.t. dan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w.
Sungguh hina sekali apa yang dilakukan isteri seperti ini terhadap suaminya.
Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w :
“Wanita mana saja yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie)
maka haram baginya mencium wangi Syurga.”
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )
Bentuk kederhakaan kedua yang dilakukan para isteri terjadi apabila seorang isteri
tidak mahu melayani keperluan batiniyah suaminya atau bermuka masam ketika
melayaninya atau menghindari suami ketika hendak disentuh dan dicium atau
menutup pintu ketika suami hendak mendatanginya dan yang seumpamanya.
Termasuk dari bentuk ini ialah apabila seorang isteri keluar rumah tanpa izin
suaminya walaupun hanya untuk mengunjungi kedua orang tuanya. Tindakan ini sebenarnya adalah seakan-akan seorang isteri lari dari rumah suaminya tanpa sebab
syar’ie. Demikian pula jika isteri enggan untuk bersafar (melakukan perjalanan)
bersama suaminya, mengkhianati suami dan hartanya, membuka dan
menampakkan apa yang seharusnya ditutupi dari anggota tubuhnya (aurat),
menerima tetamu tanpa izin suaminya, berjalan di tempat umum dan pasar-pasar
tanpa mahram, bersenda gurau atau berbicara lemah-lembut penuh mesra kepada
lelaki yang bukan mahramnya dan yang lain-lain.
Begiti juga apabila seorang isteri tidak mau berdandan atau mempercantikkan diri
untuk suaminya padahal suaminya menginginkan hal-hal itu, melakukan puasa
sunat tanpa izin suaminya, meninggalkan hak-hak Allah seperti solat atau puasa
Ramadhan.
Maka setiap isteri yang melakukan perbuatan-perbuatan seperti tersebut adalah
isteri yang durhaka terhadap suami dan telah melakukan maksiat kepada Allah
s.w.t. Jika kedua bentuk kederhakaan ini dilakukan sekaligus oleh seorang isteri
maka ia dikatakan sebagai isteri yang derhaka dengan ucapan dan perbuatannya.
Sungguh rugi wanita yang melakukan kederhakaan ini. Mereka lebih memilih jalan
ke Neraka daripada jalan ke Syurga kerana memang biasanya wanita yang
melakukan kederhakaan-kederhakaan ini tergoda oleh angan-angan dan
kesenangan dunia yang menipu.
Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan
dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali
orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan
ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar
menempuhnya.
Ketahuilah pula bahawa jalan menuju ke Neraka memang indah, penuh dengan
syahwat dan kesenangan dunia yang setiap manusia tertarik untuk menjalaninya.
Tetapi ingat dan sedarlah bahawa Neraka menanti orang-orang yang menjalani
jalan ini dan tidak mahu berpaling darinya semasa ia hidup di dunia.
Hanya wanita yang bijaksanalah yang mahu bertaubat kepada Allah s.w.t. dan
meminta maaf kepada suaminya dari kederhakaan-kederhakaan yang pernah ia
lakukan. Ia akan kembali berusaha mencintai suaminya dan sabar dalam mentaati
perintahnya.

3. Tabarruj

Yang dimaksud dengan tabarruj ialah seorang wanita yang menampakkan
perhiasannya dan keindahan tubuhnya serta apa-apa yang wajib ditutupnya dari
pandangan lelaki bukan mahramnya.
Hal ini kita dapati pada sabda Rasulullah s.a.w tentang wanita-wanita yang
berpakaian tapi hakikatnya telanjang disebabkan pakaian yang mereka pakai
tipisnya, berseluar ketat menampakkan bahagian-bahagian tubuh tertentu, tidak
menutup aurat sepertimana yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sebagaimana
yang dihuraikan oleh Ibnul ‘Abdil Barr rahimahu ‘Llah ketika menjelaskan sabda
Rasulullah s.a.w tersebut. Ibnul ‘Abdil Barr menyatakan :
“Wanita-wanita yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w adalah yang memakai pakaian
yang tipis yang menampakkan tubuhnya atapun yang menunjukkan bentuk
tubuhnya dan tidak menutupinya, maka mereka adalah wanita-wanita yang
berpakaian pada zahirnya dan telanjang pada hakikatnya … .”
Mereka adalah wanita-wanita yang suka dan amat gembira apabila berjaya
menampakkan perhiasan mereka, padahal Allah s.w.t. telah melarang hal ini dalam
firmanNya yang bermkasud :
“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan-perhiasan mereka.”
(Surah An Nur ayat 310)
Imam Az-Zahabi rahimahu ‘Llah menyatakan di dalam kitab Al Kabair :
“Termasuk dari perbuatan-perbuatan yang menyebabkan mereka dilaknat ialah
menampakkan hiasan emas dan permata yang dipakai oleh mereka, memakai
minyak wangi dengan yang seumpanya jika mereka keluar rumah … .”
Dengan perbuatan seperti ini bererti mereka secara tidak langsung menyeret kaum
lelaki ke dalam Neraka, kerana pada diri kaum wanita terdapat daya tarik syahwat
yang sangat kuat yang dapat menggoncang keimanan yang kukuh sekalipun, apa
lagi iman yang lemah yang tidak dikuatkan dengan ilmu Al Qur’an dan As Sunnah.
Rasulullah sendiri menyatakan di dalam hadis yang sahih bahwa :
“ Fitnah yang paling besar yang paling ditakutkan atas kaum lelaki adalah
fitnahnya wanita.”
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:40 PM | Show all posts
Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan
dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali
orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan
ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar
menempuhnya.
Ketahuilah pula bahawa jalan menuju ke Neraka memang indah, penuh dengan
syahwat dan kesenangan dunia yang setiap manusia tertarik untuk menjalaninya.
Tetapi ingat dan sedarlah bahawa Neraka menanti orang-orang yang menjalani
jalan ini dan tidak mahu berpaling darinya semasa ia hidup di dunia.

sekian terima kasih

ikhlas dari PU totok
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 12:50 PM | Show all posts
seeloknya jantan2 mesekin nih jgn menikoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang kan jd laki.. culas xbayar nafkah utk anak n bini..
Pos je hadis perempuan lg ramai kat neraka n payung emas ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 20-3-2023 09:17 PM
SIL iols (dara) kawen dgn abang iols (duda).. ok jahh..

Xkan la nk merungut dgn family mertua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 21-3-2023 01:33 AM
Kepanasan @ifanonline mendengarnya

Dia tu yg sengkek pastu kna rijek oleh andartu barangkali…tu yg lamaaaa simpan dendam kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:18 PM | Show all posts
aechae replied at 21-3-2023 02:17 PM
Dia tu yg sengkek pastu kna rijek oleh andartu barangkali…tu yg lamaaaa simpan dendam kot

fitnah itu ahli neraka...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-3-2023 10:59 AM
Aku agree dgn ko
Mcm ada 2-3 andartu yg aku kenal, dh kawen dgn duda + anak2 tiri dh besar
Tp dibu ...


Dia kawen duda sengkek ke smp kena jd supir support anak2 tiri bercuti.

Kalu nak kawen duda better yg ada stable income aka kaya, dan anak2 dia yg paling kecik dah above 18....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 21-3-2023 02:18 PM
fitnah itu ahli neraka...

Rsa ramai dlm ni yg beratur…xpe ada geng
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 21-3-2023 02:20 PM
Dia kawen duda sengkek ke smp kena jd supir support anak2 tiri bercuti.

Kalu nak kawen duda bette ...


Sengkek la..jd freelancer je
Pastu kene korban kan cuti AL sbb nk kene pi hantar dan amik anak2 tiri dr asrama yg duk kt negeri lain
Suruh naik bas express,takmo..mengada2 nk mampos
Well..nasib la kan..sapa suruh kawen duda + 3 anak tiri..penat aku tadah telinga dgr rungutan dia
Org dh nasihat dr awal kut
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:27 PM | Show all posts
aechae replied at 21-3-2023 02:20 PM
Rsa ramai dlm ni yg beratur…xpe ada geng

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah
fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku
menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.”
(Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:31 PM | Show all posts
tu ler kalo kawin yg bujang  kena kawin dgn satu keluarga apa lagi kalo duda yg beranak pinak.
harta aku berjuta tu baik aku sedekah kan boleh jugek jadi talian hayat bila di alam barzakh
dah anak pun takde kan..
orang yg tak pernah bersusah payah mencari rezeki ni bukan nya faham.. asyik la nak menenggek harta org..
bunyi mcm sombong tp lebih baik sayangkan diri sendiri sebelum nak sibuk dgn hidup org lain
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 20-3-2023 02:57 PM
apasal pulak..takan la kawen nk cuci kaki. igt semua org tu ikhlas ke nak kawen semua ada kira2. ko  ...

Siapa yg maths nyer fail sampai bercerai dulu?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 21-3-2023 02:31 PM
tu ler kalo kawin yg bujang  kena kawin dgn satu keluarga apa lagi kalo duda yg beranak pinak.
harta ...


Anak takda sebab tempat peranakheun tak berfungsi atau tempat peranakheun ada...cuma teloq jantannyer yg belum ada, mencelup?

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 21-3-2023 02:27 PM

greentea, kaka rosikinki, edaylidiz, normahbaru.....flip hair(atas bawah)

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 21-3-2023 02:23 PM
Sengkek la..jd freelancer je
Pastu kene korban kan cuti AL sbb nk kene pi hantar dan amik anak2 ti ...

Amboi over nyer anak2 tiri amik kesempatan. Mak diorg dah takde ke?

Kawan uols tu sendiri cari masalah...sendiri tanggunglah....rajin uols dgr kisah dia, kalu meols, dah lama meols laser kan jer....haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 21-3-2023 01:13 PM
Senang kan jd laki.. culas xbayar nafkah utk anak n bini..
Pos je hadis perempuan lg ramai kat nerak ...

Hadis payung emas tu hadis palsu so sape je guna utk rendahkan isteri mmg i akn balas kaw2 la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.068388 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list