CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7163|Reply: 116

Tauke Kantin Serang Peniaga Nasi Lemak RM1, Berang Sebab Makanan Miliknya Tak Laku

[Copy link]
Post time 17-2-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang merupakan peniaga nasi lemak RM1 dimarahI seorang lelaki dipercayai pengusaha kantin oleh kerana didakwa menutup periuk nasinya.


Menurut pemilik TikTok @Teacher Aina Home Tuition, kejadian itu berlaku semalam, yang mana lelaki berkenaan menyerangnya serta mendakwa dia menutup jalan utama sekali gus menyebabkan perniagaan lelaki terbabit terjejas.










“Akak tutup jalan kami. Kalau nasi lemak akak RM1, matilah kami dekat dalam (kantin),” kata lelaki terbabit.


“Nasi lemak abang tak habis jadi abang nak salahkan saya ke?” soal Aina.


Menerusi video berdurasi hampir tujuh minit itu, individu berkenaan turut bertindak mempersenda keadaan fizikal peniaga wanita tersebut.


Sehubungan itu, lelaki tersebut meminta pemilik TikTok terbabit supaya berniaga di kawasan lain sebelum dia mengambil tindakan melaporkan hal itu kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


“Sini akak potong (jual) RM1 sedangkan saya jual nasi lemak di dalam (kantin) RM3,”ujarnya.


Pada masa sama, seorang lagi lelaki dilihat cuba menenangkan keadaan dan berusaha meleraikan pergaduhan mulut yang tercetus antara mereka berdua. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana videonya????
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 09:53 AM | Show all posts
kalau kau masak sedap portion berbaloi, orang tetap beli jugak..
jual murah tapi nasi tak rasa apa telur microchip sd card ikan bilis kacang timun semua takdak, orang tak beli jugak melainkan yang betul-betul takde duit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:00 AM | Show all posts
nasi lemak dalam sekolah RM3?
gila mahai! ada lauk apa dalam tu? belangkas? sotong kurita?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:06 AM | Show all posts
lorrr sblm ni pun ada kes 2 peniaga gaduh
hujung2 2, 2 x blh niaga tmpt tu dh


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:06 AM | Show all posts
Nasi lemak kantin rm3..mmg mahal la.
Tapi kalau sedap mahal pun org beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
AznieBunnie replied at 17-2-2023 10:00 AM
nasi lemak dalam sekolah RM3?
gila mahai! ada lauk apa dalam tu? belangkas? sotong kurita?

kantin kilang kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:11 AM | Show all posts
pindah je la dek, nasib baik dia marah2 aja.. kalau nasib tak baik, santau yang hinggap.. brand pun da ada kan, pindah je kat port lain orang tetap cari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 10:15 AM | Show all posts

oooooh...
okey....

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kes ni kantin klinik kesihatan, laki xpuas hati dia byr sewa, ponpuan ni free je xyah byr apa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:20 AM | Show all posts
Kalau rm 3 portion berbaloi and sedap org tetap beli. Kadang2 i tgk org beli nasi lemak RM1 tu, tetap makan 2-3 bungkus.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:27 AM | Show all posts
rm3 tu portion banyak mana? klu sama saiz dgn yg rm1 tu for sure org beli rm1 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:35 AM | Show all posts
Nnasda53 replied at 17-2-2023 10:06 AM
Nasi lemak kantin rm3..mmg mahal la.
Tapi kalau sedap mahal pun org beli.

orang tu tender bayo sewa ape segala...kakak pulak bukak payung mana tak ngamok
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:38 AM | Show all posts
toynme replied at 17-2-2023 10:35 AM
orang tu tender bayo sewa ape segala...kakak pulak bukak payung mana tak ngamok

Buat je report tak payah gaduh2.
Gaduh2 ni menyekat rezeki sendiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 10:42 AM | Show all posts
kastemer plak beli nasik singgit kat kedai akak, pastu makan kat kantin klinik kesihatan yg sewa kena bayar mana la tokey klinik tak ngamok
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:19 AM | Show all posts
Nnasda53 replied at 17-2-2023 10:38 AM
Buat je report tak payah gaduh2.
Gaduh2 ni menyekat rezeki sendiri je.

betui tu.....tapi zaman now ni kena viral dulu....kakak tu pun tgh buat live mmg org terus record ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2023 11:35 AM | Show all posts
toynme replied at 17-2-2023 11:19 AM
betui tu.....tapi zaman now ni kena viral dulu....kakak tu pun tgh buat live mmg org terus record  ...

Kiranya mmg nasib tak baik la ari tu..tak memasal viral.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:38 AM | Show all posts
meniaga ni memang competitive, ramai peniaga pakai bomoh, ifrit, toyol, jenglot utk survive
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:47 AM | Show all posts
teringat aku penah kena marah dengan penjual masa nak beli nasi lemak  

tempat biasa aku beli nasi lemak tutup, so aku pun ronda lah kawasan sekitar cari gerai nasi lemak. jawapan biasa, "Maaf, habis la bang.", "Baru habis dik."

pastu nampak ada satu khemah kecik jauh di sudut jalan, area kilang
tengok ada berbungkus-bungkus. harap2 nasi lemak, bukan nasi goreng atau bihun

aku datang je, "Ni nasi lemak ye?"
makcik, "Apesal lambat?"
aku dah.. "Haa???", apa yang lambatnya??
pastu makcik tu membebel, "Akak ni nak pegi mesyuarat surau. Tunggu orang tak datang2 nak beli nasi lemak. Akak nak habiskan nasi lemak dulu. Kalau datang awal beli kan senang, cepat habis."

dah tu yang pegi sound aku kenapa  
bukan masalah aku. kita ni customer
aku pun beli 2 bungkus, habis. dia pun bungkus gerai dia sambil sambung membebel
tobat aku tanak beli lagi dah  
nak join bertekak pun tak guna, risau makcik tu tiga suku  
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya kalau akak tu jual nasi lemak berlauk sama harga dgn brader tu takde la dia marah sgt. Org mesti beli yg murah. Sedap tak sedap kemudian kira.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 1.131213 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list