|
Syed Saddiq kawasan Parlimen dia kat bandar Muar. yang ni kawasan parlimen TSMY
|
|
|
|
|
|
|
|
TMJ arah Southern Volunteers bantu mangsa banjir (19/12/2020)
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan Pasukan Sukarelawan Southern Volunteers bersiap sedia dihantar ke kawasan dilanda banjir ketika ini. Dalam hantaran terbaru di laman Facebook, baginda bertitah ia sebagai usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barang keperluan kepada mangsa banjir. "Saya mengambil maklum mengenai bencana banjir yang melanda enam negeri. "Saya berharap pihak berkuasa memberi pertolongan kepada semua yang terjejas. Tumpuan perlu diberi kepada pencegahan banjir dengan segera. "Saya mengarahkan agar Southern Volunteers bersiap sedia untuk dihantar ke kawasan banjir bagi usaha membantu, membersih dan pengagihan sumbangan barangan keperluan. "Sama-sama kita doakan untuk keselamatan dan berkat Allah SWT bagi semua mangsa banjir," titahnya. Sejak semalam, banjir membabitkan enam negeri dengan lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Oooo...kawasan Abah
|
|
|
|
|
|
|
|
KL ikut jejak Paris warta had laju 30km/j
https://www.utusan.com.my/terkin ... ta-had-laju-30km-j/
Oleh AMREE AHMAD
12 Januari 2022, 5:48 pm

SURET Singh (dua dari kiri) bertukar cenderamata dengan Mahadi Che Ngah (dua dari kanan) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – DBKL
PUTRAJAYA: Selepas ibu kota Perancis, Paris mewartakan had laju maksimum 30 kilometer sejam (km/j) pada 30 Ogos tahun lalu, Kuala Lumpur pula bakal mengikut jejak yang sama.
Demikian dibayangkan Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Datuk Suret Singh menerusi ciapan dalam akaun sosial Twitter beliau baru-baru ini susulan hasil kunjungan hormat beliau ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah di pejabatnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu.
“Miros dan DBKL akan bekerjasama untuk menjadikan had laju 30 km/j dilaksanakan zon tertentu manakala 50 km/j di kawasan lain bakal menjadi kenyataan,” jelas ciapan tersebut.
Difahamkan, kerjasama dua badan awam itu bakal melibatkan usaha mengenal pasti jalan raya yang bersesuaian untuk pewartaan had kelajuan maksimum bagi kenderaan berkenaan.
Paris tahun lepas menjadi kota raya yang ketiga di Perancis telah berbuat demikian selepas Grenoble dan Lille, selain bandar Bilbao di Sepanyol dan ibu negara Belgium, Brussels. Langkah Paris itu diperkenalkan Datuk Bandarnya, Anne Hidalgo dalam usaha menggalakkan warga kota menaiki pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan pencemaran udara.
Usaha yang dkritik banyak pihak seolah-olah kembali ke era awal abad ke-20 itu antara sebahagian persiapan menjelang temasya terbesar dunia, Olimpik Musim Panas Paris 2024.
Mengulas lebih lanjut, Suret berkata, sebelum pewartaan laluan yang terlibat, kamera litar tertutup (CCTV) perlu dipasang untuk merakam kesalahan trafik pemandu melebihi had laju itu dan Miros dalam peringkat akhir merangka had standard maksimum 30 km/j bagi semua kawasan perumahan tidak kira sama ada di bandar dan kampung.
Berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Perintah Had Laju Bandaraya Kuala Lumpur 1989), pemanduan dalam kawasan pusat bandar ditetapkan sehingga maksimum 50 km/j, namun Jadual Pertama, Kedua dan Ketiga yang melibatkan laluan utama tertentu diwartakan oleh pihak berkuasa dibolehkan pemanduan masing-masing 60, 70 dan 80 km/j.
Malaysia antara negara yang meratifikasi Deklarasi Stockholm hasil Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai keselamatan jalan raya di ibu kota Sweden itu pada 2020.
Sejumlah 80 menteri pengangkutan yang menghadiri acara tersebut berikrar mengurangkan sehingga separuh bilangan kes kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2030 dan turut dicadangkan ialah penetapan had laju 30 km/j sebagai norma baharu di kawasan lazim digunakan bersama penunggang motosikal dan basikal pemandu kereta serta pejalan kaki.
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 12-1-2022 07:19 PM
Eh...awat kosong?
ade la gambar tu. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 12-1-2022 07:24 PM
Silap mata...
tgk ni ye, awak dh reply pun tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
Tuh yg heran...cam chipsmore
|
|
|
|
|
|
|
|
13 penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir
Kuala Lumpur: Sebanyak 13 kes penyakit berjangkit membabitkan jangkitan saluran pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit dan Acute Gastroenteris (AGE) dikesan dalam kalangan mangsa banjir, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes bagi ketiga-tiga penyakit berkenaan selain konjunktivitis serta penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) sebanyak 2,455 kes.
Katanya, tiada kes baharu positif Covid-19 dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kalangan mangsa banjir, hari ini.
"Sebanyak 470 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan setakat ini dalam kalangan mangsa banjir.
"Tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di pusat perpindahan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan kluster dikesan masih lagi satu kluster.
"Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di PPS juga masih kekal 15 kes tanpa pertambahan kes dilaporkan hari ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 27 PPS membabitkan 1,086 mangsa di Johor dan Melaka masih beroperasi sehingga jam 3 petang tadi.
"Mangsa banjir dinasihatkan supaya memaklumkan status risiko Covid-19 kepada anggota penyelamat sekiranya disahkan positif dikenal pasti sebagai kontak rapat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan dibuat.
"Selain itu, mangsa banjir juga diminta patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS," katanya.
Beliau turut menasihatkan supaya mengelak dari berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir semasa berada di PPS.
Katanya, pakai pelindung diri semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses-proses pembersihan pasca banjir selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan yang terkena air banjir.
"Elakkan diri daripada bermain atau meredah air banjir dan elak minum air serta makan makanan yang tercemar selain menjaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor.
"Sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran terutama bagi individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil individu mempunyai komorbiditi.
"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.
Menurutnya, KKM akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya supaya penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya Covid-19 dapat dibendung.
Disiarkan pada: Januari 12, 2022 @ 7:55pm
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Johor perkenal pelbagai bantuan pasca banjir[size=0.82]Essa Abu Yamin
[email protected]
January 8, 2022 @ 8:57pm
Hasni (kiri) bersama Pegawai Daerah Muar Mustafa Kamal Shamsudin (tengah) melihat bekalan barang bantuan ketika melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan Pagoh hari ini. - foto BERNAMA
MUAR: Kerajaan Johor akan memperkenalkan pelbagai bantuan pasca banjir bagi meringankan bebanan semua mangsa bencana alam berkenaan di negeri ini.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata kerajaan sudah merangka pelbagai bantuan dalam usaha membantu mereka yang terjejas.
"Saya berharap mangsa-mangsa banjir tidak perlu bimbang, kita tidak akan membiarkan mereka (mangsa banjir) begitu sahaja.
"Kerajaan negeri sudah merangka bantuan pasca banjir. Namun, bantuan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat mengikut keadaan semasa," katanya selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Pagoh dan PPS Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), hari ini.
Katanya, hari ini hanya empat daerah sahaja lagi yang masih membuka PPS manakala daerah lain sudah ditutup.
"Persediaan banjir kali ini begitu baik, semua agensi tahu peranan masing-masing... terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terbabit," katanya.
Hasni turut menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Negeri Terlibat Banjir Tahun 2022 (Fasa 1) dan Bantuan Wang Ihsan Johor Tahun 2022 (Fasa 1) sebanyak RM1,500 kepada wakil keluarga mangsa banjir.
|
|
|
|
|
|
|
|
tadi tengok buletin utama, masih ada tempat di beberapa daerah di Muar masih terjejas. ada juga yg belum pulang ke rumah dan tinggal di pps
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by farhana008 at 12-1-2022 10:40 PM
ada juga isu berbangkit masa banjir dari ahli politik
Polis siasat isu bantuan mangsa banjir di Segamat dibangkitkan ahli politik
JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia sedang melakukan siasatan berhubung isu pemberian bantuan mangsa banjir di Daerah Segamat yang dibangkitkan oleh seorang ahli politik dan disiarkan dalam satu sidang media secara langsung di platform media sosial semalam.
Pemangku Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya melakukan siasatan susulan laporan polis yang diterima berhubung siaran langsung itu."Dalam sidang media tersebut, ahli politik berkenaan telah menyentuh isu berkaitan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.
Kerajaan Negeri Johor melalui pejabat-pejabat daerah telah mengeluarkan tatacara, prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan demi kebaikan semua pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, Khaw berkata pihaknya tidak beranggapan bahawa mana-mana sukarelawan daripada badan bukan kerajaan atau parti politik yang memberikan bantuan adalah merupakan suatu kesalahan undang-undang.
"pihak polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang secara adil dan saksama untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau tidak," katanya.
Khaw menjelaskan susulan itu, pihaknya bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan atas laporan polis yang diterima dan hasil siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara sebelum pertuduhan dibuat.
Beliau pada masa sama menasihati orang ramai agar tidak menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan seperti media sosial atau platform lain untuk melakukan sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengganggu- gugat ketenteraman dan keselamatan awam berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan oleh seorang penjawat awam, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haah...tengok gak...sambil nunggu semi final Suara Viral 2.0
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 12-1-2022 10:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
farhana008 replied at 12-1-2022 09:38 PM
ada juga isu berbangkit masa banjir dari ahli politik
Polis siasat isu bantuan mangsa banjir ...
Uik...ada isu ye...Syed Saddiq pun kena jadi isu tu...huhu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|