CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: monik

Kerinduan - by Sheila Majid

  [Copy link]
 Author| Post time 8-7-2010 12:28 AM | Show all posts
Cuaca di Genting Highlands tika itu agak sejuk. Menghirup kopi panas adalah sangat membantu. Kurasa segar kembali. Nasib baik pening ku tidak berlanjutan. Ku hirup lagi kopi sambil menikmati udara yang segar dan pemandangan yang mendamaikan. Ahh...alangkah indahnya kalo setiap hari begini. Duduk bersenang2 disini tetapi duit masyukk.....heeehhee...tak payah aku bekerja mengejar dateline sana sini.

" Ehem..ehem..."

aku tersedar kembali.
" Berangan lagi ke ? " tanya Farhan sambil tersenyum. Aku suka melihatkan senyuman itu. Terasa damainya. Eh, eh...apa yang aku mengarut ni.....kalau la mamat sengal ni tahu....mati aku di gelaknya.

" Cik adik oii.....boleh tak kurang2 kan berangan awak nih. Saya tak pernah jumpa dengan oarang mcm awak nih. Saya ajak awak ke sini utk bergembira. Tetapi awak ke mari untuk berangan....dan pening."

Aku memandang Farhan. Sesaat dua kami terdiam. Kemudian kami sama2 tertawa.

" macamana ? ada kurang pening   awak tuh ?"

" dah ok sikit. Farhan, awak nak main2 ke ? kalo nak main2 awak pergi la. saya boleh duduk sini saja. lagipun saya rasa tenang kat sini. "

" gila ke apa, takkan la saya nak terjerit2 sorang2. tak pe lah. saya pun ajak awak untuk release tension. kita boleh duduk2 dan borak2 sepanjang hari.

Aku berterima kasih saat itu Farhan amat memahami. kami berbual2. Dari satu topik ke satu topik. sesekali di selangi dengan tawa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 12:44 AM | Show all posts
"Aduh!"

"Eh, kenapa ni Aleya ? Pening lagi ke ? "

" Err....sekarang ni dah pukul 1.30 tghari. Saya ada gastrik. Kalau lambat makan, sakit perut."

" Nyonya cantik manis oiii.......kenapa tak cakap siang2 ? "

" Ni siang la nih...mana ader bulan bintang ! " bentak ku

" Wah..wah..wah...dlm sakit2 tuh melawan jugak dia"

" Boleh awak senaraikan apa penyakit awak lagi tak ?  Kuat berangan, pitam gayat, gastrik. Lagi ? "

" Ada lagi...." jawab ku perlahan

" Ada lagi??? apa dia ?" tanya farhan dengan wajah yang tidak sabar

" sakit OTAK!" Kali ini, farhan kaget. Mungkin tidak menyangka jawapan itu yang keluar dr mulutku. Selepas itu, dia ketawa berdekah sambil menahan perut. aku pun sama ketawa. hilang sakit pening ku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 12:46 AM | Show all posts
Hari itu, ku tinggalkan Genting Highlands dengan seribu kenangan. Aku tidak tahu kenapa. Tapi bagiku ia merupakan hari yang indah dengan bermacam2 perkara yang terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 01:21 AM | Show all posts
oh... best gak citer nih..
lagi monik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 09:34 AM | Show all posts
nanti malam, monik smabung lagi ok !
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:04 AM | Show all posts
sweet couple...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2010 10:10 AM | Show all posts
ada cite baru lagi!!!huhuhu mana satu nak baca ni...ramai sungguh yg berbakat ya!
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 10:20 AM | Show all posts
bestlah monik bila nak sambung lagi ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2010 11:03 AM | Show all posts
nal lg... nak lagi.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 01:08 PM | Show all posts
TT klau x bz smbng le lg..
harap2 cinta berputik la antara Aleeya n Farhan
rasa sweet jer klau diaorg kapel...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 01:11 PM | Show all posts
x de n3 ke untuk lunch nie...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 02:54 PM | Show all posts
assalamualaikum monik...
wah.. best jugak cite ni.
kelakar la heroin nye kuat verangan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 03:23 PM | Show all posts
uishhh..berani betul Aleya nie...baru kenal dah blh ikut sampai genting....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2010 04:09 PM | Show all posts
Reply 53# allamanda


tu la...berani betul dia....anak saper la nih....heheehhehee.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 04:53 PM | Show all posts
ptg2 nie x ade n3 lg ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 04:18 PM | Show all posts
takde lagi ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2010 05:51 PM | Show all posts
Betapa kat Genting ke Monik...tak dak n3 pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 08:59 PM | Show all posts
sori  semua....busy sikit...tggu sekejap lagi monik masuk entry ye......

terima kasih pd yg sudi membaca. buat tmbh semangat nak berkarya.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 10:03 PM | Show all posts
takde supper ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2010 11:14 PM | Show all posts
"Aleya! ada orang carik kt lobby. " suara Kak Midah bergema di interkom.

Siapa pulak yang cari ni. Rasanya aku xde berjanji dengan mana2 client pagi ni. Sesampainya aku di lobby, aku tak nampak sesiapa pun yang ku kenali.

" siapa cari saya kak midah ? "

" ni ha..." tegak jari telunjuk kak midah ke satu arah.

" cik aleya ke ? ada bungkusan untuk cik " baru ku sedar ada mat despatch di tepi meja kak midah.

" untuk saya ? dari siapa ? " aku kehairanan.

" saya tak pasti cik. saya hanya diarahkan untuk menghantar barang ni pd cik ." jujur mat despatch itu. Selesai menandatangani bungkusan itu, aku kembali ke bilik ku.

Sesaat ku buka bungkusan itu, aku terus terjerit. Sekotak buah berangan yang sejuk kejung di dalamnya. Sudah dapat kujangka siapa penghantarnya. Ada juga sekeping kad di celah2 buah berangan itu yang berbunyi

' sampainya hati puteri berangan, sudah 2 minggu hamba tidak bertemu tuan puteri berangan. sudila kiranya menerima hadiah hamba yg tidak seberapa ini '

hampeh! ni mesti keje mamat sengal nih. Hiiii.....x habis2 nak nyakat aku. Tiba2 handphone ku berbunyi.

" haiii.. puteri berangan....."

" eiii...awak nih kan, kalo x sakat saya x boleh hidup ke ?  walaupun sebenarnya aku pun tertunggu2 suara itu. Tapi mana boleh mengaku beb....control2.

" ishhh...awak ni, dah 2 minggu saya x jumpa awak...awak cakap kasar2 cam nih. kalo mcm nih, saya tukar la nama awak. Hemmmm....awak jadik puteri tarzan la ek. "

"eeeee....geramnya......suka hati awak la! Puteri tarzan ke puteri katak ke, saya x peduli."

" sebab saya peduli la, awak kena pandang luar tingkap bilik awak."

Saat itu, aku rasa mahu pengsan sekejap. Pastu sedar semula dengan harapan itu hanya ilusi. Tapi bagaimana kalau, ianya betul2 bukan khayalan.

" Aduhmak.....awak berangan lagi ye. cepat la turun! "

dan aku seolah2 menerima arahan yang perlu ku ikut, menonong turun ke bawah. Ku titipkan pesan pada rakan sepejabat ku Fiza yang aku ada hal.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.052825 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list