|
Wah bestnya ada citer baru....congrats Detoxteruskan...... |
|
|
|
|
|
|
|
thanks midar, allamanda.......
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahril cuba menghampiri Zara semula dan dengan kasar dia menolaknya sehingga lelaki itu hampir terjatuh. Zara terus melangkah keluar dari kedai itu. Dia berjalan melewati kedai-kedai yang tersusun di sepanjang lorong. Lorong kecil tapi penuh dengan manusia membuat dia berasa sesak nafas. Kaki terus melangkah sehingga dia tiba pada satu dataran. Air sungai nampak berkilauan di panah matahari petang.
Dia bertinggung di tebing dan melihat arus air yang bergerak lesu. Poket seluar diseluk dan dua biji toffee dikeluarkan, dia memilih toffee yang berbalut hijau dan terus membukanya, hatinya masih terasa sebal, dan taktala rasa manis toffee itu memenuhi mulut, mindanya seakan terasa lebih tenang. Toffee di kunyah hingga terasa melekat di celah-celah gigi, dan rahangnya menjadi lenguh.
“Zara..” dia menoleh.
“Ayah…” dia bangun dan mendapatkan ayahnya yang menjinjing sebungkus plastik merah.
Toffee berbalut warna merah yang masih dalam genggamannya terus dimasukkan ke dalam kocek.
“Makan toffee lagi….apa Shahril dah buat kat you ?”
Zara tersengih dan menggeleng, membuatkan rambutnya yang di ikat tinggi turut bergoyang-goyang. Fandi sangat tahu perangai anak sulungnya itu, kalau ada masalah, dari kecil lagi toffee merupakan jalan penyelesaiannya.
“Tak de apa lah Ayah….” Dia menelan toffee sambil mata melihat ke arah plastik merah di tangan.
“Bought you Satay Kg. Jawa.” Fandi tersenyum dan mengangkat plastik merah dan mengoyangkan di hadapan hidung mancung dan tirus di hujung.
Bau satay menerpa masuk membuat Zara menelan air liur.
“Kita makan sini lah Ayah.”
“Ada siapa kat kedai ?”
“Tak ada siapa…” selamba dia menjawab lantas meleraikan ikatan getah yang membalut kertas suratkhabar, menarik secucuk, satay daging, hidungnya mencium dulu aroma lazat sebelum menggigit daging yang lembut dengan rempah perisa yang begitu sedap.
“Huh….”
Fandi terus tinggalkan Zara, dengan kalutnya dia menuju ke kedai. Zara perhati saja langkah ayahnya yang panjang-panjang. Dia tersengih dan kembali duduk bertinggung di tepi sungai itu, tidak sedikit pun mahu turut serta. Melayan satu cucuk lagi satay sambil matanya melihat riak air yang di panah matahari petang lebih enak ! |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh detox ada citer baru... kreatif ye detox nih... tapi seronok gak la baca cite gini... biasa cite gini si RAM jek yang suka tulis... cayalah detox... sambung la lagi... jangan malu jangan segannnn...bestttttt punya |
|
|
|
|
|
|
|
asyriqa, ni cuba2, je........kalau mengarut korang leh komen aku perbaik mana yang patut |
|
|
|
|
|
|
|
Fandi memasuki ruang kedai yang kosong, hatinya panas. Betul-betul tidak boleh harap, kalau ada pencuri, mahu habis barang-barang di rompaknya. Sepasang pelancong dari Jepun menghampiri. Dia memegang sebuah tembikar berwarna biru dan merah jambu mempunyai lukisan burung tiung di dasar tembikar itu.
“Excuse me, how much selling ?” tanyanya sambil menunjukkan pada Fandi.
“Hundred.”
Lelaki Jepun itu berbicara dalam bahasa Jepun dengan isterinya, Fandi nampak perempuan itu menggeleng-geleng.
“Less…” dia cuba menawar.
“Ninety. Final.” Fandi berkata.
Mereka berbicara lagi. Ketika itulah Zara masuk. Dia melintasi mereka tanpa minat untuk ikut serta dan terus ke basemen. Ruang yang penuh dengan barang-barang dilalui perlahan-lahan. Dia baru saja sebulan pulang ke Melaka, setelah menganggur di KL lebih empat bulan. Dia terpaksa juga pulang setelah ayahnya mengugut tidak akan menghantar lagi elaun. Maka terpaksa lah dia menjadi kuli Kedai Antik Fandi. Menghabiskan masa meneliti barang lama yang menyesakkan.
Zara membuka satu almari, terdapat banyak barang yang tidak membawa apa-apa erti pun. Heran betul lah, macam mana orang sanggup berhabis wang semata untuk mengumpul benda-benda lama ni. Apa nilai yang ada, apa sejarah yang terpalit. Dia menggeleng kepala dan matanya merayap antara satu barang ke satu barang. Dia tutup semula pintu almari, dan duduk di salah satu bangku batu yang di lukis tangan. Dia bawa mata melihat setiap sudut stor itu. Panas hatinya tiba-tiba menjelma apabila teringatkan Shahril. Dia bangun dan menendang satu mangkuk yang di perbuat dari perak. Tergolek ia lalu termasuk di celah kotak. Matanya memerhati dengan sebal, tapi bila terkenangkan towkey kedai yang akan membebel tak tentu pasal dia terus bangun.
Zara membongkok dan cuba mencapai, tapi tak boleh, dia bertinggung dan cuba menangkap mangkuk itu dengan tangan kiri, tapi tak sampai, dia menjatuhkan badan hingga pipi terkena simen yang berdebu. Akhirnya, setelah memanjangkan tangan sepanjang yang boleh, barulah dia dapat mencapai mangkuk itu. Namun matanya tertangkap sesuatu. Dia cuba menggapai tapi ternyata benda itu lebih ke dalam, dia mengesut ke tepi kotak dan dengan payah sehelai kain yang tersangkut cuba di rentap. Entah macam mana, sebuah lagi kotak yang terletak di atas kotak yang dihimpit bergoyang lalu terjatuh, beberapa benda tergolek keluar, sebuah lampu kaca terpecah dan kepalanya tertimpa satu papan yang berukir, nasib baik agak kecil kalau besar mau dia jatuh koma kat situ juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Fandi mendengar barang-barang jatuh, dia menggeleng kepala dan terpaksa juga melayan karenah Jepun yang banyak bertanya. Sebulan Zara di kedai itu, sudah banyak barang-barang tercedara, samada kemek, bengkok, terserpih ataupun pecah terus. Dia geram.
Aduh !! Zara bangun dengan payah, membuang sehelai kertas suratkhabar yang menutup kepalanya. Dia mengulum lidah melihat lampu yang sudah pecah berderai. Mampus ! Tangan yang masih memegang kain yang ditarik tadi. Kain itu di bawa ke hadapan mata. Sehelai songket tenun yang sangat cantik. Berwarna hitam dengan benang emas. Dia mengibas-ngibas songket itu, debu yang terlekat berterbangan membuatkan Zara terbatuk kecil.
Cantiknya. Corak tenunannya begitu unik sekali. Walaupun Zara bukanlah peminat barang-barang tenun, samping songket dan seangkatannya, dia dapat rasakan samping di tangan itu mempunyai nilai estetika yang amat tinggi. Tangannya menyurih corak yang terhasil, kainnya jenis lembut dan sedap apabila di pegang. Benangnya masih kukuh dan warnanya tidak jejas dek zaman. Coraknya juga sangat berlainan dengan corak tenunan songket Kelantan atau Terengganu. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Detox,
Nasib baik ada cerita baru untuk menceriakan warga WR...
Ada gak nama Iskandar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Detox,
Nasib baik ada cerita baru untuk menceriakan warga WR...
Ada gak nama Iskandar tu
cmf_blingblings Post at 24-6-2010 15:33
Salam Blings,
Saja aku letak kat sini, sementara aku menulis, aku share mana yang dah siap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by qimi08 at 24-6-2010 15:56
Detox kedai Kedai Antik Fandi kat JONKER ST. Melaka ek
Nanti akak nak gi singgah cari
Yummy satey suka satey perut...hu hu hu sodap ba |
|
|
|
|
|
|
|
Detox kedai Kedai Antik Fandi kat JONKER ST. Melaka ek
Nanti akak nak gi singgah cari
Y ...
qimi08 Post at 24-6-2010 15:51
yupe kat area2 situ lah........kali ni buat pengambaran kat Melaka plak kak
asyik KL jek....he he he |
|
|
|
|
|
|
|
oopppps...cite guna bahasa dolu2.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah detox...
citer baru..
terasa cam baca tetralogi bagaikan puteri - RAM... |
|
|
|
|
|
|
|
wah detox bt cite br la...congrats detox....best2...nk lg |
|
|
|
|
|
|
|
another great start
Thank you detox,.... love youuu... muahsss!! |
|
|
|
|
|
|
|
rindunya kt twins.. |
|
|
|
|
|
|
|
nie mcm 2 zaman.....
waang_82 Post at 24-6-2010 16:39
ye .... angan2 aku nak cuba buat cerita gini...tengokla klu menjadi...he he he |
|
|
|
|
|
|
|
oopppps...cite guna bahasa dolu2..
tudung_bawal Post at 24-6-2010 16:43
cerita ni guna dua2 style, dolu2 dan kini2
hahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 54# mijot
thanks mijot, aku nyer first attempt.....RAM = Ramlee Awang ? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|