CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dzaraa

Hatinya Sekeras Kerikil.

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-3-2010 02:15 PM | Show all posts
40# asyriqa

he..he..lucu tul ler engko nih..he.he...itulah..asyik baca novel/cerpen biasa je,skali skala bacalah plak version indonesia..inilah senetron indonesia yg sebenarnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2010 02:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by dzaraa at 2-3-2010 14:45

Haliza dah agak,mungkin itu Herni dan anaknya, mengkut bayangan yang diberitahu oleh ibunya. Sememangnya Zackry ada tanda besar warna hitam di atas dahinya….tapi dia bimbang untuk beritahu kepada Hazeem, sebab pernah suatu hari, Hazeem menyatakan yang dia rindu untuk menemui Herni dan anaknya itu. Begitu busuknya hati Haliza, dia terus mendiamkan apa yang dia ketahui.

***********************************************



Selepas melarikan diri dari rumah ibu Haliza. Herni berterusan sebagai pelarian di jalanan, sehingalah suatu hari dia kembali menemui temannya yang mula-mula dia menjejaki ke Malaysia. Herni takut dan bimbang, kehidupannya terus menerus dibayangi dengan gangguan, ancaman demi ancaman samada dari Haliza, Hazeem mahupun Kak Soleha, sebab itulah dia berterusan berlari sebagai pelarian. Di rumah temannya itulah dia mengutip segala kekuatan kembali bersemangat untuk membesarkan anaknya. Selepa Herni bernikah dengan Hazeem mereka tidak lagi berhubungan kerana Hazeem tidak membenarkannya. Namun, Kak Min mengetahui segala apa yang terjadi kepada Herni, puas juga dia mencari Herni namun tiada kesudahan, sehinggalah Herni datang menemuinya. Pertemuannya dengan Herni hari itu, bagaikan drama yang bersiaran di television  Bagai jejak kasih pun ada.

Kak Min, maafkan aku..sambil berpelukkan, Herni dan Kak Min. Aku tidak bekesampatan kak Min, pelbagai masalah dalam hidupku..Aku pusing sekarang Kak Min..aku pusing…begitulah keluhan Herni pada Kak Min, yang dianggapnya seperti kakaknya sendiri. Kak Min pernah berkahwin, namun suaminya telah tinggalkannya kerana perempuan lain, jadi tinggallah dia keseorangan tanpa siapa2 disisi. Nanti aku cuba carikan kerja yang baik untukmu..agar bisa boleh tanggung anakmu ini. Jelas kak Min. Herni hanya menangguk faham…. Tidak lama selepas itu, pelbagai kerja yang Herni lakukan, adakalanya dia terpaksa berulang alik hampir 10km setiap hari, bekerja di kedai2 makan, bila melihatkan polisi dia pasti akan cabutttt..bukannya dia tidak miliki passport atau pass pekerja yang sahh,, tapi dia takut..takut kerana Haliza dan Hazeem pernah mengupah pak polisi ini untuk mengawasi gerak gerinya. Sehinggakan, ada suatu ketika dulu, semasa dia membawa anaknya menaiki teksi untuk menemui Hazeem di pejabatnya, kemudian pemandu teksi tu diberi amaran, supaya tidak menolong atau apa2 saja dengan Herni ini. Begitulah sikap Haliza dan Hazeem jadi bagaiamana sengsaranya hidup Herni dan ingin hidup bebas seperti insan lain pun adalah sukar baginya.

Masa beredar, Kak Min, mencadangkan agar, Herni berkahwin lain agar, dia tidak lagi diganggu oleh Haliza, Hazeem mahupun kak Soleha jugak. Memang pada mulanya dia keberatan, namun di atas dia percaya dengan Kak Min,..maka Herni pun berkahwin dengan seorang lelaki yang juga Indonesia namun telah mendapat taraf warganegara sini. Lelaki tersebut adalah sepupu kepada Kak Min, dan juga telah berkahwin, namun isterinya masih lagi ada di Indonesia dan itulah nasib Herni kini  sekali lagi menjadi isteri kedua. Pada mulanya dia tidak mengetahui bahwa  suami barunya itu telah berkahwin namun tidak lama selepas itu baru Herni dapat tahu bahwa suaminya itu ada isteri lain di Indonesia namun lebih tua dari Herni. Apakandaya, nasi sudah menjadi bubur, dah tiada gunanya lagi. Semasa dia mengetahui yang suaminya ada isteri lain, waktu itu dia tengah mengandung. Diisebabkan, hatinya sekali lagi dilukai.  Namun, setelah Herni tahu yang suaminya ada isteri lagi, Heryanto pun berhasrat untuk membawa isterinya ke sini..dan disebalik itu mempunyai agenda lain..Apakah agenda sebenarnya Heryanto..selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:11 PM | Show all posts
suspen jek... cpt sambung ek..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:27 PM | Show all posts
40# asyriqa

he..he..lucu tul ler engko nih..he.he...itulah..asyik baca novel/cerpen biasa je,skali skala bacalah plak version indonesia..inilah senetron indonesia yg sebenarnya...
dzaraa Post at 2-3-2010 14:15

Senteron Indonesia tu okeh tapi kadang2 x sesuai dgn cara hidup dimsia.. Walau pun beragama islam dari makzab yg sama
tetapi bab2 hukum ni ada yg x sapa... tu kena berhati-hati sikit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2010 03:28 PM | Show all posts
Tidak lama selepas itu, Herni menerima sepucuk surat . Surat dari siapakahitu..

Assalamualaikum.

Maafkan aku kiranya warkah ini bisa mengguris hatimu diketika ini. Sebelum panjang lagi bicaraku Terimalah ucapan tahniah dariku di atas kelahiran cahaya mata kalian. Aku yakin tentu kau bahgia diketika ini.

Herni, maafkan aku yang suatu ketika dulu terlalu kejam ke atas dirimu. Bagaimana dengan anak kita itu. Rupa siapakah dia, adakah mirip aku atau pun wajahmu. Aku teringin sekali untuk menatap wajahnya untuk kesekian kalinya. Namun, aku tidak layak untuk melakukan demikian rupa,kerana aku adalah ‘ayah’ yang tidak bertanggungjwab, yang membiarkan dirimu, dan anakku hidup melarat. Maafkan aku Herni, sesungguhnya aku ketika itu seolah-olah tersepit di antara keluarga dan juga demi nama baikku dan juga jawatan yang ku miliki.
Bersama-sama ini aku ada lampirkan satu buku bank di atas, nama Zackry. InsyaAllah, nanti aku akan masukkan wang belanja untuk persekolahannya Didiklah anak itu menjadi manusia yang berguna pada bangsa Negara dan demi untuk kita juga. Jangan biarkan dia menjadi seperii aku ini. Sesungguhnya aku tidak lagi berguna buatnya. Maafkan aku, aku redha dan pasrah di atas segala suratan ini.

Salam kerinduan.

Hazeem Abd. Malek.


Hampir menitis jua airmata wanitanya, begitu lemah dan lembut hati seorang wanita, hanya dengan sedikit coretan, bisa meluntur jiwanya, sememannya surat daripada Hazeem itu penuh dan sarat dengan keinsafan dia yang lalu. Namun apadaya telajak perahu tiada gunanya.

Kini, Herni kembali meneruskan kerjanya di sebuah Taska. Menjaga dan mengajar anak2 disitu, kadang2 hingga lewat malam. Namun, tidak pernah dia tinggal atau jarang mengunjungi surau atau masjid berhampiran rumahnya, boleh diikatakan setiap malam dan maghrib pasti dia akan hadir untuk ceramah2 agama sambil solat jemaah bersama-sama. Anak2 kecilnya itupun dikendong bersama-sama.

Sehinggakan suatu hari dia menyatakan hasrat untuk bekerja di rumah orang pula. Kebetulan, ada seseorang jemaah di situ sedang mencari pengasuh untuk anak2nya………

Kemudian dia pun telah berbincang dengan suaminya itu akan hasrat dia yang sebenarnya. Pada mulanya suami Herni benarkan namun kemudian…….ada agenda lain dihati suaminya itu…Selepas Herni menemui Kak Aisyah untuk menyatakan tujuan dan hasratnya untuk bekerja itu, malamnya dia dan suaminya bergaduh besar rupa-rupanya, Heryanto punyai perancangan untuk membawa isterinya dari Indonesia itu ke sini kemudian, nanti isterinya itu disuruhnya bekerja dengan Kak Aisyah dan bukannya Herni…Keesokkanya Herni telah memaklumkanlah kepada Kak Aisyah.

Namun Kak Aisyah pun bertegas ’Kenapa pula Herni…katakan pada suamimu, kalau bukan Herni, kakak tidak mahu orang lain selain dari Herni, lagipun akak dah kenal lama Herni, dan tahu Herni boleh jaga budak sambil masak dan segalanya’.  

Sememangnya Herni tersepit sekali, bayangkanlah, sebelum itu, dia pun telah berhenti kerja di tempat Taska yang dia bekerja sebelum ini, dan seterusnya akan bekerja dengan KakAisyah, sekali Heryanto ada agenda lain sebenarnya. Sekali lagi Herni diperlakukan kejam oleh suaminya ini.. Penderitaan, kesengsaraan terus menyelubungi hidup Herni.....namun bagaimanakah hidup Herni selepas ini. Berjayakah dia mengharungi kehidupan selepas ini...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:36 PM | Show all posts
aku nak ambik masa nak baca juga w/pun tak ada inbracket comma bagai, kira main redah ni, raw tp best...mcm cerita benar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2010 03:39 PM | Show all posts
crite ni ok tp mcm sedikit kalut..
sori writer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:48 PM | Show all posts
Herni..herni..ni orang kata sudah jatuh ditimpa tangga...tapi ni bukan tangga lagik tapi dan kena hempap ngan menara klcc dah nie.. parah betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-3-2010 03:51 PM | Show all posts
thanks for ouls comments...takper..bagi semangat nih..tapi lepas ni...penulisan stopp dulukot..Herni balik Indon 3 hari..he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 03:59 PM | Show all posts
Pulak doh... peeling dah masuk neh... aiseyman kena tunggu la neh... herni balik naik feri ke tongkang???
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 04:06 PM | Show all posts
haku pun baru  balik dari sumetera barat ha ha ha ha sayang x jumpa Herni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 05:01 PM | Show all posts
qimi masa u gi sana herni dah balik malaysia  kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 05:13 PM | Show all posts
qimi masa u gi sana herni dah balik malaysia  kot.
anieaina Post at 2-3-2010 17:01


Yelah kut....selisih jalan....

Tuan rumah rajin2 update nanti org lupe jalan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:28 AM | Show all posts
siannya Herni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 09:29 AM | Show all posts
hadoila.... boleh plak camni ek...

siap ade narator kat penghujung entri.... kikikiki
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 01:44 PM | Show all posts
Mmg kesian kat Herni ni eik.  
Kita xpernah rasa mcm tu cuma boleh bayangkan aje kesengsaraannya aje.....
Mudah2an kita x diuji olehNYA dgn dugaan yg sebegitu berat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 02:33 PM | Show all posts
siannya Herni...
camnelah n3 citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 03:05 PM | Show all posts
ni semua salah haliza...
kalau dia tak pujuk jadi madu..herni tak jadi mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2010 08:55 PM | Show all posts
okla ceritanya tp pening sket nk baca sbb cam karangan jer sumernyer...
xtau mana satu perbualan,mana satu penceritaan...
teruskan mengarang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 12:56 PM | Show all posts
Salam... herni ooo herni... blum balik lagi ke... org dah ckp naik la air asia ko pi naik tongkang wat pe...  lambat la nak sampai mcm neh... jgn kena tahan ngan polis marin habislah ko... x merasa la nak tau cite ko neh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.062305 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list