CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arjunadewa

Bolasepak Sukan Sea 2009!

[Copy link]
Post time 9-12-2009 03:58 PM | Show all posts
tgkla camne lawan thailand nnt...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2009 04:57 PM | Show all posts
ermmmmm............ baru pas baca paper... budusnya la FAM nih...
patutnya pahang turun liga perdana n harimau muda nek liga super
mentang2 la pahang tu anak mas FAM...
hampes.. kalu camni la smpa ...
cmf_death Post at 9-12-2009 14:31


cian azraai..kena turun pangkat dok liga perdana plak
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 12:33 AM | Show all posts
ooo... ade maen upenye malaysia eh...
wa tau mengyu mng 3bijik je mikel owen score...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 09:17 PM | Show all posts
baper result Thai vs mesia tadik wei?
aku x tengok berita..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 10:16 PM | Show all posts
baper result Thai vs mesia tadik wei?
aku x tengok berita..
JUSTcircle Post at 10-12-2009 21:17


aku tggu gak.. tp tb3suku x bgtau ape2 pun.. klah la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 12:09 AM | Show all posts
aku tggu gak.. tp tb3suku x bgtau ape2 pun.. klah la tuh
cmf_death Post at 10-12-2009 10:16 PM

aku pi umah sukan sea.. dorg kata belum lawan laik la..
malu aku... abg aku la nih sibuk tanya2. aku jadik konpius dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2009 08:15 AM | Show all posts
39# cak!

ya betoi 3x......... siam dah 7 mata, m'sia 6
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 08:18 AM | Show all posts
ermmmmm............ baru pas baca paper... budusnya la FAM nih...
patutnya pahang turun liga perdana n harimau muda nek liga super
mentang2 la pahang tu anak mas FAM...
hampes.. kalu camni la smpa ...
cmf_death Post at 9-12-2009 14:31



memang jahat giler fam nih........ bukan setakat menghalang HM naik liga super tapi bubarkan terus HM A, semata2 nak bagi pasukan haram tetap dok kat liga super
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 08:19 AM | Show all posts
44# JUSTcircle


errrrrr......... bukan hari jumaat lawan ka......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 08:20 AM | Show all posts
Sukan Sea: Rajagobal terjebak persiapan kelam kabut


HARI ini adalah penentuan hidup mati skuad negara. Hanya ada satu pilihan di tangan melakar kemenangan yang akan sekali gus menyingkirkan juara lapan kali berturut-turut, Thailand, daripada pentas saingan kali ini.

Namun di sebalik dua hari dimiliki buat memantapkan pasukan, K Rajagobal jelas diganggu persiapan paling kelam kabut selepas menghantar penyerang, Zaquan Adha Abdul Radzak, pulang pagi tadi akibat sakit matanya yang belum sembuh.

Memang khidmat penggempur muda itu tidak boleh digunakan angkara penggantungan satu lagi perlawanan, tetapi itulah gambaran menghimpit jurulatih berkenaan ketika mengharap barisan penyerang ampuh buat meruntuhkan kekentalan benteng lawan.

"Ketiadaan Zaquan memang menyulitkan. Ketika ini, saya hanya ada Norshahrul (Idlan Talaha) dan (Abdul) Manaf Mamat. Ini jelas bukan persiapan terbaik ketika kami perlu menjaringkan gol dan menang ke atas Thailand," katanya.

Rajagobal enggan memandang ke belakang, tetapi jika itu pilihannya, kelibat Razali Umar Kandasamy, Farderin Kadir dan Khyril Muhymeen Zamri yang ditinggalkan, pasti wujud dalam pemikiran.

Razali diketepikan pada saat akhir selepas gagal melapor diri kembali ke kem latihan ketika Farderin dan Khyril masing-masing tersisih angkara kecederaan.

Ketika ini, apa diharapkannya ialah supaya pemain yang ada, bangkit menyahut cabaran buat melepasi ranjau penuh onak yang menanti.

"Saya tidak mahu mereka rasa gementar. Hormat boleh, tetapi jangan takut. Saya percaya mereka ada perwatakan kuat untuk menanganinya. Jika dapat menjelmakan apa yang mereka mampu, kemenangan bukan sesuatu yang mustahil."

Cuma, dilihat rekod pertemuan dengan Thailand pada pentas saingan serantau, kali terakhir kemenangan dicapai ialah pada 1989, ketika skuad negara mengungguli saingan di gelanggang sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 08:20 AM | Show all posts
kalau out pun raja dah ada jawapan dah........
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:31 AM | Show all posts
kalu btol la.... 1st time thailand out dr semis sea games nih..
mesti sbln kuar paper....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 11:45 AM | Show all posts
Sukan Sea: Rajagobal terjebak persiapan kelam kabut


HARI ini adalah penentuan hidup mati skuad negara. Hanya ada satu pilihan di tangan melakar kemenangan yang akan sekali gus menyingkirkan juara ...
jofizo Post at 11-12-2009 08:20


tu la xmo senaraikan razali umar tu..dia aku rs striker yg meningkat naik, xpon amikla ashaari tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 01:33 PM | Show all posts
53# cak!

kena tunggu razali umar men tuk selangor dulu bawu ble wakil malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 06:00 PM | Show all posts
malaysia menang 2-1..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 06:27 PM | Show all posts
Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA
11/12/2009 6:06pm

VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thailand 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama di sini sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Malaysia yang menduduki tangga kedua dalam Kumpulan A akan bertemu tuan rumah Laos, selaku juara Kumpulan B manakala Thailand akan ditentang oleh Singapura. - Utusan

Malaysia masuk semi...:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 07:20 PM | Show all posts
alhamdulillah Ya Allah.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 07:24 PM | Show all posts
Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA
11/12/2009 6:06pm

VIENTIANE 11 Dis. - Malaysia mara ke separuh akhir bola sepak lelaki pada temasya Sukan SEA ke-25 selepas berjaya menumbangkan Thai ...
eco_internet Post at 11-12-2009 18:27


aikk.. biar btol... bkn ke mesia 9 point.. 
vietnam kan mng ngan kemboja 10 point

asal lak thailand bleh gi semis... 7 point
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 07:27 PM | Show all posts
Sukan Sea: Malaysia layak ke separuh akhir


SKUAD bola sepak lelaki menghidupkan harapan untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa selepas layak ke separuh akhir apabila mengecewakan gergasi Asean, Thailand 2- 1 pada perlawanan Kumpulan A, Sukan Sea Laos, petang ini.

Meskipun ketinggalan selepas Thailand mendahului menerusi jaringan Arthit Sunthorthit pada m-52, anak buah K Rajagobal tetap bersemangat untuk terus memburu gol.

Namun mereka perlu menanti sehingga minit ke-80 untuk menyamakan kedudukan menerusi Nasriq Baharom.

Penyerang muda, Mohd Fakhri Saarani muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Malaysia ketika perlawanan memasuki minit kecederaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:04 PM | Show all posts
Tahniah Mesia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.118628 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list