CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: W210

Gaji minimum untuk memiliki Mercedes

[Copy link]
Post time 4-11-2009 01:20 PM | Show all posts
38# zzcbr

jaga2...eksiden kang yop z, dek kekusyukkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 01:47 PM | Show all posts
ye ke?
tgk la pulak gaji berapa??
kalau keja senior excecutive, gaji dalam RM20k, dah kopak ke kerana merc sebijik?
anyway, kena tgk gak model apa yg dia ambik...hehehe

takde keperluan nak  ...
Brutal Post at 4-11-2009 11:41


gaji 20k tapi nak pakai merc, sendiri mahu ingat.. kalau setakat fikir monthly installment je, gaji 10k pon boleh kalau nak pakai merc :re:

tapi dah kira belom, insurans tahunannya.. service nya.. mentenennya & spare partnya? kalau bahagikan duit gaji utk setahun, mahu lebih 6k utk merc kompressor saja.. ha, jangan plak bila dah pakai merc, time kene tukar tayar, takde duit.. so terbiar je la tayar botak. road tax plak mati.. banyak je aku tengok yg jadi mcm tu

jom kita kira scr random.

kalau dah pakai merc, kerak pon nak besar tau.
rumah at least mesti nak teres.. tak main la apartment kan.. teres plak, tak main la area tanah lombong, koman2 nak rumah Sime.. kalau rumah je 2k, kereta merc plak 3k.. dah  5 k.. gaji  20k, bersih lepas epf & tax adalah dlm 17k.. 17k - 5 k = 12 k

2k utk isik minyak sebulan utk keta merc tu.. tinggal 10k

dah ada merc, takkan 1 je kereta. koman2 nak ada 2nd car. 2nd car, at least honda/toyota. lagi nak 2k atau lebih, campur minyak +tol. tinggal 8k

belanja dapor 1k, lunch kat ofis 1k gak, ye la tak main la warong. at least mesti nak cafe. campor lepak stabucks petang2 lagi.. lebih dr seribu. insurans keluarga 1k. belanja anak2 2k.. bagi bini 2k.

so tinggal balance 1k je.. utk simpanan kecemasan kot

time raya nak prepare lg.. lepas raya plak mesti buat open house, nak pasang 2-3 kanopi. pastu balik kg/tiap2 bulan nak hulur kat parent. hujung tahun nak pegi holiday, malu la pakai merc tapi tak pegi holiday.. itu belom kira sedara mara nak menempel, ye la org melayu ni jarang yg kaya, naik merc.. bila naik merc, sedara mara mesti expect kita banyak duit tau. haa kene gak reasy duit utk bagi sedekah, ye la mesti pas sorang, sorang sedara/kawan2 dtg jumpa buat citer sedih tak cukop duit. tu semua dah tak allocate dlm 20k tu, see?


tu sb aku kata, kereta mewah ni lg bagus dipakai utk org2 bisnes/yg ada kompeni sendiri.. sb cashflow diorang, puluh2 ribu.. kalau tak pon, sekurang2 nya kereta atas nama kompeni.. rumah pon atas nama kompeni. so, kalau gaji sbg owner kompeni 20k, dah terlebih & selesa sb gaji tu bersih, hutang2 bayar atas nama kompeni sb boleh reducekan tax


cuma bagi pendapat je, nak tolong tuan rumah.. kalau ada yg tak suka, apa aku kisah.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:19 PM | Show all posts
masnina ni pk jauh sgt gaknye.... member tu cite pasal kereta yg satu tu je.

apa gaknye kaitan merc tu ngan gaji ek....

tp mmg secara basic pon, utk aku duit yg akan digunakan utk kereta tu tiap bulan paling kuat pon takkan lebih 1/3 dari pendapatan bulanan.

tp bos aku kata, kalo takat merc yg kecik2 tu, takat gaya je ada. power tadek...betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:43 PM | Show all posts
43# kaeiri

tu la....gaji & kete yg dipakai tu terlalu subjektif.....yg penting berkemampuan.....tuk bayar loan juga pkra2 lain.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 02:58 PM | Show all posts
Salam abang2 kakak2 semua,

saya baru jumpa calculator ni (affordability Calculator)
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_affordability.asp

berguna jugak untuk bagi kita petunjuk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:07 PM | Show all posts
sambungan

ni pasal service pulak. Actually service kereta w210 ni lebih murah aje. Tapi jangan le komer gi hantar kat C&C, gi lah hantar kat formen2 khas yg buat merc aje. Kalu minor service tu tak sampai RM400 pung. Kalu kena repair, Merc punya parts  tak mahal mana pun coz kat mesia parts banyak dan mudah diperolehi. Parts mahal pun tak apa sebab tahan lama. Teman suka merc ni (teman rujuk yg CBU direct dari germany  bukan yg CKD) coz semua parts dalam kete tu brand mercedes. Dari sekecil2 parts spt spark plug, bateri hinggalah ke body (dah tentulah ya ~ takkan body proton pulak) kecuali tayar semuanya brand mercedes. Tak macam kebanyakkan kereta baru lain yg kita jumpa, spark plug brand NGK, bateri brand century, wiper brand bosch, etc.

bersambung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2009 03:17 PM | Show all posts
46# zzcbr
macam drama bersiri Bunga Cinta Lestari lah pulok...
BTW abe Z, saja nak taw, spark plug, battery, wiper tu semua mmg Merc yg manufactured sendirik ka outsourced tapi letak brand Merc?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:23 PM | Show all posts
46# zzcbr  
macam drama bersiri Bunga Cinta Lestari lah pulok...
BTW abe Z, saja nak taw, spark plug, battery, wiper tu semua mmg Merc yg manufactured sendirik ka outsourced tapi letak brand Merc?
maxxsa Post at 4-11-2009 04:17 PM


tak sampai ke tahap tu lah teman menyelidik...mungkin outsoursed kot...nanti teman sms director merc kat german tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 03:30 PM | Show all posts
48# zzcbr
kalu Director Merc dah kategori nyonya Minah Salleh, komer bagitaw je lah result dia kat Toss ka, Mikos ka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:36 PM | Show all posts
Salam abang2 kakak2 semua,

saya baru jumpa calculator ni (affordability Calculator)
http://www.autoworld.com.my/v2/tools/loan_affordability.asp

berguna jugak untuk bagi kita petunjuk..
W210 Post at 4-11-2009 03:58 PM


tak payahlah kau nak mengira2 bagai pakai caculator....kalu dalam kepala tu dah penuh dengan W210 W210 W210 W210 W210 W210......hasil pengiraan tu tak ada maknanya, jawapannya tetap BELI W210
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:39 PM | Show all posts
Nak pakai Merz, ni mai aku habaq. Soal berapa mampu bayar tu bergantunglah kepada berapa boleh buat down payment dan berapa pinjam dari bank, kira dengan interest 4% dan tempoh bayaran. Nak monthly murah, kasi down payment tinggi.

W210 mula dikeluarkan pada 1996 (mungkin akhir 1995) dengan E230, E200, E280 yang semuanya yang lampu bulat tu. E230 telah stop production pada 1997 dan digantikan dengan E240. Aku boleh cerita pasal E240 sahaja. Ada dua jenis iaitu pre-facelift pengeluaran tahun 1998-1999 secondhand boleh dapat antara 80-90K, enjin V6 2.4 manakala facelift version dikeluarkan mulai tahun 2000-2002 v6 2.6 .Yang secondhand berharga 100-110K pada masa ini. Bergantung pada condition. Lepas tu dia stop production dan diganti dengan W211(lampu senget).

Dari segi maintenance, diakui agak lebih dari kereta Jepun atau malaysia. Ini kerana dari segi minyak hitam pun E240  pakai 8 liter(dua tong).Jadi kalau anda service pakai semi sintetik pun minyak hitam dekat RM200, belum masuk oil filter dan labour charge. lain-lain part sesetengah boleh didapati di kedai potong tetapi ada yang perlu beli baru misalnya jika mahu tukar absorber.(RM300 sebatang brand Sach). Jarang pemilik Merz yang service setiap 15000km kecuali yang pakai fully sintetik-biasanya setiap 10k km service perlu dilakukan. Selain regular maintenancerenew roadtax dan insurance, perlu juga spare duit incase wear and tear part yang lain. Misalnya aircond-dia punya compressor dalam RM1400(denso).kalau bocor pula coooling coil, sedialah dalam RM2000.

Sekaran ni ramai pomen yang boleh menyelenggara mercedez, tak perlu hantar ke C&C atau Si Khiong dan kos upah lebih rendah serta boleh lagi mendapat advise tentang kereta anda.

Saya tidak setuju dengan pendapat bahawa memiliki Merz adalah untuk golongan peniaga bagi tujuan mendapat projek, bagi saya safety dan enjoy to drive adalah menjadi keutamaan.

Cuma kalau drive Merz, tu etika memandu mestilah dijaga dan bukannya memandu macam orang mabok atau bawa waja yang dimodified perasan Evo X. Begitu juga jika ingin pasang acessories, bukanya beli dekat kedai acessories "adik beradik",  kalau nak tukar sport rim, kenalah pakai AMG, baru sesuai, sebab kalau rim sukan dari Taiwan, ianya tak tahan lama, tak mampu tampung body merz.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:52 PM | Show all posts
34# KTMan  

pasal saman ekor tu memang betul bang KTM ~ dulu teman nak kata tiap2 bulan kena saman, sampaikan bini teman kata kalu macam ni baik you gi bank buat standing order buat potongan bulan ...
zzcbr Post at 4-11-2009 13:02


kalu pakai minyak lintah, dan gerak waktu malam..ini, kena pakai gear manual..pelbagai speed dan gear, speed dan slow dan speed lagi, dan akhirnya sampai ...masalah merz, sebelah tangan pun tak rasa kalau setakat 120km/h....sekarang malam2 pun polis bertugas bang..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:55 PM | Show all posts
Nak pakai Merz, ni mai aku habaq. Soal berapa mampu bayar tu bergantunglah kepada berapa boleh buat down payment dan berapa pinjam dari bank, kira dengan interest 4% dan tempoh bayaran. Nak monthly mu ...
Odyman Post at 4-11-2009 15:39


aku setuju benor cakap abang kite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 03:57 PM | Show all posts
member aku pakai BMW 5 siri, tapi tahun 1989 rasanya, 3000cc. Harga murah jer, dalam 20 ribu dah dapat. Tapi aku tobat takkan pakai benda tu sebab roadtax untuk 6 bulan jer 9 ratus lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:05 PM | Show all posts
42# masnina nak kira gitu, kalau income 30 juta sebulan pon takleh pakai merc lagik...ye la, dah duit banyak...kenala ada jet peribadi, pulau peribadi, kapal peribadi...nak maintain semua tu, last2 tiap2 bulan tinggal singgit jek...hehehe

anyway, sebab tu aku kata tgk pada model gak...kalau gaji 20k nak pakai merc yg harga berjuta pastu nak pulak rumah yg harga berjuta, mampos la...
boleh je pakai merc, tapi kena la tgk perbelanjaan yg lain...dan mana yg dilebihkan...mana yg nak dikurangkan...

member aku yg gaji tak sampai beberapa ribu pon boleh jek pakai merc...masterpiece je la...boleh je nak maintain....bukan dia rosak hari2...tapi kena la ada duit standby lebih sikit...

berkenaan keperluan, cam aku cakap sebelum ni la...mana ada keperluan semua ni? kehendak je...sebab minat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:09 PM | Show all posts
55# Brutal

most of the time kehendak mengatasi keperluan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 04:12 PM | Show all posts
55# Brutal  

most of the time kehendak mengatasi keperluan......
220796 Post at 4-11-2009 16:09


memang pun, kebanyakkannya kita ikut kehendak dulu baru keperluan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:16 PM | Show all posts
Sorry terlupa bagi salam..

Salam semua..
W210 Post at 4-11-2009 10:24


wsalam....

ini jer yg mampu den jawab psl persoalan tuan umah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:19 PM | Show all posts
wsalam....

ini jer yg mampu den jawab psl persoalan tuan umah...
t@t Post at 4-11-2009 05:16 PM


teman pun cuba nak menyelit2 kat thread org kaya ni...tapi bila dah sampai cerita juta2 punya income, teman rasa kena duduk kat indonesia lah baru teman boleh pakai merc ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 04:26 PM | Show all posts
57# elastic

klupon kehendak mengatasi keperluan still memerlukan kemampuan......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.062869 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list