|
Teknik Belanja Minum dan Hilang...
Bayangkan anda hendak minum di sebuah restoran dan didatangi oleh 3-4 org lelaki yang well dressed, siap pakai blazer, tie semuanya...pendek kata muka langsung x mencerminkan penjenayah. Mereka kemudiannya beritahu ada buat biznez dan meminta dgn penuh sopan utk duduk semeja dgn anda (utk berceritakan biznez depa tu). Pada waktu yg sama, seorang tanya anda nak minum air aper, teh tarik wunnek ka, milo ais ka...lalu pergi order (padahal restoran tu bukan self service maa...). Bila air sampai, (sebenarnya dia dah masukkan sesuatu yg memening kapla anda dlm minuman @ drug ka, aper2 yg membuatkan pikiran melayang).
Bila depa tengok kita dah high, apa lagi, depa mintak kunci keta lah. Utk menggaburkan mata org2 kat situ, dengan anda2 diangkut dalam keta (biasanya akan dibuang/diturunkan kat dlm kawasan semak samun). Bukan hanya keta anda melayang, duit, henfon, komputer segala mak nenek barang habis dibalun. Kalu ader alamat dan kunci rumah, lagik haru....
Ini diadaptasi dari kisah yg terjadi pada seorang member yang selalu berprasangka baik pada semua org...jadi, berpada2 lah pada org yg tak dikenali...
[ Last edited by maxxsa at 4-3-2009 01:30 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
oo.. camni haku nak curik sibik satuppp... |
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Jual kereta Terpakai dan Hilang
Dituduh subahat jual kereta curi
KUALA LUMPUR: Seorang pemilik sebuah syarikat menjual kenderaan terpakai tidak menyangka niat baiknya membantu seorang kenalan menjualkan kereta melalui syarikatnya menyebabkan dia terpaksa meringkuk tiga hari dalam lokap selepas disyaki tali barut penjenayah.
Mangsa yang kebingungan ditahan polis selepas dituduh bersubahat dan terbabit dalam kegiatan menjual kenderaan curi yang diubah suai selepas polis daerah Ampang Jaya membuat operasi mengesan kereta curi melalui Ops Lejang.
Mangsa, Ow Vi Liong, 51, yang ditemui berkata, dia menjadi mangsa apabila sebuah kereta yang dijualnya kenderaan yang dilaporkan hilang di Cheras di sini.
Mangsa berkata, kejadian yang menimpanya bermula Disember lalu apabila seorang rakannya dikenali sebagai Wong meminta bantuannya untuk menjual kereta Perodua Kancil miliknya.
揝elepas mendapati semua dokumen kereta terbabit lengkap, saya bersetuju membantu menjual kereta itu dengan meletakkannya di bilik pameran syarikat saya di Kajang.
揝aya dimaklumkan kereta berkenaan milik isteri Wong dan dijual dengan harga RM15,000 kepada sesiapa yang berminat, |
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Puspakom dan Hilang
Porche Tengku Mahkota Kelantan Hilang
KUALA LUMPUR: Polis masih mengesan kereta Porche Cayanne Turbo S bernilai lebih RM1.4 juta yang dibeli Tengku Mahkota Kelantan yang dilaporkan hilang ketika kenderaan terbabit dihantar untuk pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Shah Alam, Isnin lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan kenderaan mewah milik putera Sultan Kelantan itu dan usaha menjejaki penjenayah serta kereta itu sedang giat dijalankan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas kes itu secara lebih lanjut berikutan siasatan kes itu sedang giat dilakukan.
Difahamkan, kereta itu masih dalam negara ini kerana ia tidak me Harian Metro sebelum ini melaporkan kenderaan itu dihantar ke Puspakom di Shah Alam untuk menjalani pemeriksaan bagi proses pendaftaran sebaik tiba di negara ini.
Sumber berkata, kejadian berlaku ketika seorang kakitangan dan pemandu Puspakom sedang melakukan ujian pemeriksaan pada kenderaan itu jam 2.30 petang.
Pemeriksaan itu bagi pengesahan nombor casis pada enjin kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, kakitangan Puspakom bertugas mendakwa terkejut apabila enjin kenderaan terbabit tiba-tiba dihidupkan sebelum kenderaan itu bergerak keluar dari pusat berkenaan.
揔ejadian berlaku dalam sekelip mata apabila kenderaan mewah itu yang dipandu individu tidak dikenali memecut laju meninggalkan pusat servis berkenaan.
揇ifahamkan, polis menerima maklumat suspek sebelum itu dilihat berkeliaran di kawasan berkenaan sebelum melarikan kereta mewah itu berlaku, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 Fast-N-Furious's post
sib baik aku x pakai sibik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 zzcbr's post
aik, x jumpa2 lagik Porshe ni
dah nak masuk ari ke 4 dah ni |
|
|
|
|
|
|
|
teknik panaskan enjin & dicuri.......
Kereta dicuri ketika panaskan enjin
SETIU 6 Mac - Tindakan seorang tukang kayu menghidupkan enjin kereta untuk memanaskannya membawa padah apabila keretanya dilarikan pencuri semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi apabila mangsa, Tee Keng Kee, 56, dari Kampung Fikri di sini bersiap untuk ke tempat kerja.
Menurut Keng Kee, selepas menghidupkan enjin kereta jenis Proton Wira 1.5 G.L di halaman rumah, dia masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang yang tertinggal.
Bagaimanapun 10 minit kemudian, dia keluar dan mendapati keretanya telah hilang.
''Saya amat terkejut kerana menjadi kebiasaan setiap pagi terlebih dahulu saya menghidupkan enjin beberapa minit sebelum ke tempat kerja," ujarnya ketika ditemui di sini semalam.
Keng Kee kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Setiu dan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Shaik Othman Abd. Hamid yang mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 t@t's post
...wau jgn leka...pencuri memang nak cari peluang yg terhidang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #49 t@t's post
aik, pantang lepa sket, dah hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Rampas Terus Dan Hilang...sib baik ada GPS
Alat GPS jerat tiga penyamun
SHAH ALAM: Tiga lelaki dipercayai serpihan geng mamak yang merompak sebuah van yang sarat membawa muatan rokok bernilai RM80,000 tengah malam kelmarin, tumpas apabila dikesan pihak berkuasa menggunakan alat Sistem Kedudukan Global (GPS) yang dipasang pada kenderaan yang dilarikan itu.
Alat berkenaan disembunyikan dalam kotak rokok selain alat sama dipasang pada van sebagai langkah keselamatan tambahan mengesan van dan muatannya sekiranya dilarikan perompak.
Menurut sumber, kejadian jam 12.25 tengah malam itu berlaku ketika pemandu van syarikat penghantar rokok itu dan pembantunya berhenti di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran Jalan Reko, Kajang, di sini, untuk menurunkan muatan rokok yang dipesan pemilik kedai.
揔etika kedua-dua mangsa sibuk menurunkan muatan rokok tiba-tiba mereka dihampiri sebuah kenderaan pelbagai guna model Toyota Estima dinaiki empat lelaki tidak dikenali.
揟iga daripada penumpang kenderaan berkenaan kemudian turun sebelum menahan mangsa, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 mycos79's post
yang ni lagik brutal, rampas terus
tapi akhirnya kantoi gak
TQ GPS... |
|
|
|
|
|
|
|
Porsche Tengku Mahkota Kelantan masih hilang
SHAH ALAM 7 Mac - Polis sedang giat mengesan kereta mewah jenis Porsche Cayenne Turbo S bernilai lebih RM1.4 juta milik Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang hilang sejak Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin berkata, usaha mengesan kereta itu tetap dilakukan walaupun pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenainya sehingga hari ini.
"Polis telah membuat hebahan mengenai kehilangan kereta Porsche itu ke seluruh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), balai polis serta Jabatan Imigresen seluruh negara.
"Malah, usaha itu turut melibatkan operasi mengesan kereta berkenaan di pintu sempadan.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu sama ada kereta mewah ini masih berada di dalam negara atau telah dibawa keluar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Isnin lalu, kereta Porsche tersebut dilaporkan hilang ketika diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Glenmarie di sini.
Kejadian berlaku dalam sekelip mata ketika dua orang kakitangan Puspakom sedang menjalankan pemeriksaan mengesahkan nombor casis kenderaan berkenaan.
Bagaimanapun, dua kakitangan terbabit telah diambil keterangan oleh polis berhubung kecurian kenderaan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencuri ditangkap...
Seorang diberkas, empat kereta curi ditemui
KLANG 10 Mac - Polis menemui empat kenderaan yang dilaporkan hilang selepas menahan seorang lelaki yang dipercayai anggota geng curi kereta dalam satu operasi di Lorong Tiong, Taman Eng Ann di sini hari ini.
Empat kenderaan tersebut ialah pacuan empat roda jenis Toyota Rush, Toyota Fortuner, Honda Civic dan Perodua MyVi.
Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, suspek yang berusia 21 tahun ditahan ketika berlegar-legar memandu sebuah Toyota Rush dalam keadaan mencurigakan di Taman Eng Ann kira-kira pukul 7.15 pagi.
Beliau berkata, seorang rakan jenayah suspek yang menaiki sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner turut bersamanya ketika itu.
"Pihak polis dimaklumkan oleh orang ramai tentang tindak-tanduk kedua-dua suspek dan pergi ke tempat kejadian. Menyedari kehadiran polis, mereka cuba memecut kenderaan masing-masing untuk melarikan diri.
"Bagaimanapun, suspek dapat dipintas dan ditahan bersama Toyota Rush yang dipandunya.
"Rakan suspek pula berjaya melarikan diri selepas cuba melanggar kereta peronda yang menghalangnya sehingga menyebabkan anggota polis yang berada di dalam kereta itu terpaksa melepaskan tiga das tembakan," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Tambah Mohamad, selepas soal siasat, polis mendapati Toyota Rush yang dinaiki suspek itu baru dicuri di Batu Belah di sini, kira-kira pukul 5 pagi ini.
Kata beliau, suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah kosong di Batu 7, Jalan Kapar di sini di mana dua lagi kenderaan curi iaitu Perodua MyVi dan Honda Civic disembunyikan.
"Kira-kira pukul 10 pagi, polis yang menjalankan gerakan memburu rakan suspek menemui pula Toyota Fortuner yang dinaiki oleh lelaki itu semasa melarikan diri di lorong belakang sebuah bangunan di Jalan Tiara 5, Bandar Baru Klang.
"Bagaimanapun, kenderaan pacuan empat roda itu yang dilaporkan dicuri di Taman Eng Ann semalam telah dibakar," jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Joki dan Hilang ni nampaknya semakin menjadi2
Mercedes peniaga dilarikan 慾oki |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 maxxsa's post
Tu la pasal... suruh buat hukum hudud, degil... kata kunun kijam laa, itu laa, ini laa... sebab tu la jenayah kita makin menjadi2. Tak hingat dulu kita kena gelak dgn Lee Kuan Yew psl katanya Mesia ni sarang penyangak, padahal time tu kadar jenayah Mesia tak seteruk sekarang tuu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 Squall-Leonhart's post
teringat dulu kes Ferrari singapore kena rembat tgh2 jalan time derang konvoi ke Genting... |
|
|
|
|
|
|
|
macam-macam cara ek.... yg penting kita semua kene sentiasa berhati-hati dan beringat setiap masa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mycos79 at 7-3-2009 02:44 PM
Alat GPS jerat tiga penyamun
SHAH ALAM: Tiga lelaki dipercayai serpihan geng mamak yang merompak sebuah van yang sarat membawa muatan rokok bernilai RM80,000 tengah malam kelmarin, tumpas ...
Ada gps pun tatk guna maa...
Pencuri buang GPS
PADANG BESAR: Sindiket mencuri kenderaan mewah dipercayai menanggalkan peralatan sistem pengesanan global (GPS) yang dipasang pada badan kenderaan yang dicuri bagi mengelak dikesan sejurus melakukan kegiatan itu sebelum menyeludup kenderaan itu ke negara jiran.
Taktik itu dilakukan bagi mengelak pemilik asal mengesan serta mematikan enjin kenderaan yang dilaporkan hilang itu menerusi peralatan perhubungan satelit yang dikendalikan beberapa syarikat komunikasi di negara ini.
Ini berdasarkan, beberapa kenderaan mewah yang dirampas ketika cuba diseludup ke negara jiran menerusi pintu sempadan Perlis-Thailand di sini, sudah ditanggalkan alat GPS termasuk terbaru membabitkan sebuah Toyota Camry 2.4 pada 8 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata Toyota Camry itu dikesan di tempat letak kereta Gapura Square, kira-kira 200 meter dari pintu sempadan di sini, sejak dua hari lalu dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.
揝epasukan anggota polis merampas kereta berkenaan jam 2 petang pada 8 Mac lalu selepas intipan selama dua hari mendapati tiada individu datang mengambil kenderaan terbabit di Gapura Square di sini.
揔enderaan itu menggunakan nombor pendaftaran dan insurans dari Thailand yang dipalsukan dan dipercayai hendak diseludup ke negara jiran menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Padang Besar, |
|
|
|
|
|
|
| |
|