Originally posted by orgjauh at 5-2-2009 16:04
Antara yg aku dah tengok dan rasa best.
1) La Vie en Rose - filem biopic kisah hidup Edith Piaf, penyanyi leganda Prancis. Sedih tengok pengalaman pahit Edit Paif semasa hayatnya hinggahlah d ...
beautiful mind - seorng pakar matematik yg mengidap skizesofernia(gila) yg berusaha melawan penyakit tersebut..smpai dpt adiah nobel.. true story ke citer neh..o
man of honour - sorg penyelam tentera laut zaman WW2 berkulit hitam..byk cabaran dia nk berjaya sbb racist
catch me if u can - kisah seorg budak belasan tahun yg bijak menipu sehingga lastly dpt keje dgn CIA
charlie wilson's war - cerita punca kekalahan Soviet ketika berperang dgn Afghanistan..nampak US sbg pelopor utama usaha tersebut, ada kerjasama Irael dgn negara Islam..kesahihan ragu2..tp kalo btul..agak mengejutkan
american gangster - Kisah seorg pengedar dadah berkulit hitam yg paling berkuasa ketika itu, sanggup p vietnam mendapatkan sumber dadah yg bnyak, dgn bantuan tentera dia bawa dadah mentah ke US, dadah yg dijual sgt tulen..berjaya kuasai pasaran, bekerjasama dgn ketua2 gangster, polis2(ramai polis korup). Lastly kena tangkap tp bekerjasam dgn polis utk tangkap polis2 korup dan juga pengedar2 dadah yg lain...akhirnya kena hukum penjara 15 tahun je..bebas.
so, aku pilih American Gangster sbg terbest! (sori haku menspoil kan jalan citernya )
The Pianist - kisah seorg pemain piano bangsa yahudi suvive dari perang di jerman..kisah benar ke
Rocket Man (betul ke tajuk ) - kisah seorg lelaki yg suka buat roket ketika kecil tp dihalang bapanya yg kata mengarut dan perlu ikut mcm dia sbgai pelombong arang batu. Lelaki tersebut melawan dan akhirnya berjaya dgn minatnya sehingga lastly jadi seorg Engineer roket di NASA
Erin Brokovich - kisah seorg janda yg x berduit nk sara anaknya..dpt keje kat opis guaman jadi kerani je. tp dia berusaha sendiri siasat kes pencemaran yg dilakukan syarikat besar..amik masa bertahun nak selesai kes tersebut dimana mereka berjaya dan dpt gantirugi 313 juta dollar yg dibayar pampasan kpd penduduk2. Beliau diberi upah 2 juta slepas tuh
From Hell - kisah Jack The Ripper yg terkenal krn membunuh pelacur2 secara kejam yg mana rupa2nya sorang penganut Fremason. ada kaitan dgn perwarisan tahta pemaisuri. Johny Depp berlakon citer ni.
the shot that rang the world- kevin costner hensem lagi time nie
yg nie pun
thirteen days
cerita pasal cuban missile crisis....tgk cerita nie..baru tahu US ngan Soviet time tu closed sangat nak launch world war III (US nak launch strike again cuba yg tembak jatuh spyplane dia dan soviet dah arm n ready nak launch short n meidum ranger nuclear missile dia)...dlm documentary soviet time tu ada 340 known nuclear warhead, US ada 20,000! - kevin costner time nie dah tua
cerita nie mmg boring bagi yg tak layan cerita documentary-movie...banyak cakap n banyak swearing..tapi cinematography dia mmg cantik...
Originally posted by cak! at 6-3-2009 11:24
Rocket Man (betul ke tajuk ) - kisah seorg lelaki yg suka buat roket ketika kecil tp dihalangbapanya yg kata mengarut dan perlu ikut mcm dia sbgai pelombong arangbatu. Lelaki tersebut melawan dan akhirnya berjaya dgn minatnyasehingga lastly jadi seorg Engineer roket di NASA
catch me if u can
- lakonan leonardo di caprio n tom hanks. citer pasai budak belasan tahun yg genius yg mampu menyamar jadi doktor, peguam n pilot. n antara individu pelopor pemalsuan cheque n hidup kaya raya. di buru oleh tom hanks sepanjang filem. last2 kene tangkap gak n di amik bekeje oleh CIA.
flash of genius
- citer pasai sorang pensyarah yg bercita2 untuk adakan family bussines n nak buka kilang utk pasarkan intermittent wiper secara besaran. tapi hak cipta wiper rekaan dia di cilok oleh gergasi motokar, ford motor corp. yg best nya time susah2 camni slalunya bini (n family) mesti cabut lari . last2 dia fight sorang diri, even lawyer pun takde yg sanggup wakili dia against ford motor. last2 dia buat preparation utk fight di court n amik masa bertahun untuk belajar law studies individually at library. masa kat court, dgn bantuan anak dia yg dah besau n dengan law studies yg hanya di pelajari dari buku, dia fight sorang diri lawan wakil2 professional lawyer dari ford motor. citer ni mmg bagi motivasi habis, amat bersemangat.
the message
- kisah nabi muhammad n sahabat2nya menyebarkan ajaran Islam.
kingdom of heaven
- kisah perang salib di jerusalem. aku suka part perang salahuddin al ayubi.
apollo 13
- lakonan tom hanks. kisah astronaut yg dalam misi ke bulan. misi terpaksa di kenselkan w'pun dah sampai ke bulan sebab rocket n lunar module rosak kene meteorit. so filem ni byk citer tentang misi menyelamat NASA n lunar crew untuk balik ke bumi. kesian hero dia tak dapat jejak kaki ke bulan, dapat tgk jer dari dekat.
cool runnings
- citer pasai 1st bobsled team dari JAMAICA yg masuk 1988 WINTER olympics. mmg best, banyak dugaan team ni nak masuk olympic. w'pun citer dia tak berapa ikut sejarah sebenar, filem ni tetap best. ada sket lawak, motivasi n ada unsur patriotik.
nang nak
- citer seram & romantik thailand. berdasarkan kisah lagenda di sebuah wilayah di sana. citer details bole baca di wiki..
kalo citer melayu, aku suke bukit kepong. w'pun citernya ada sket menyimpang dari bukunya, aku suka filem yg ada unsur patriotik.. seriusly, m'sia ni kureng filem unsur sejarah yg menarik.. lagi2 kisah mat rempit n racing kete.. bosan da..
Originally posted by capiloton at 9-5-2009 21:51
cool runnings
- citer pasai 1st bobsled team dari JAMAICA yg masuk 1988 WINTERolympics. mmg best, banyak dugaan team ni nak masuk olympic. w'punciter dia tak berapa ikut sejarah sebenar, filem ni tetap best. adasket lawak, motivasi n ada unsur patriotik.
terima kasih mengingatkan aku kat citer niee...
best sgtttt
time sekolah rendah aku tgk
Voor Een Verloren Soldaat [For a Lost Soldier] (1992)
Voor Een Verloren Soldaat [For a Lost Soldier] (1992)
-Kisah kontroversi
-seorang budak Belanda berumur 12 tahun bernama Jeroen Krabbe di zaman perang dunia ke-2 yang jatuh cinta dengan salah seorang askar pengaman Canada, Walt Cook, yang telah datang membebaskan Belanda daripada Nazi German.
-Budak tu tak reti English, askar tu pulok tak reti Dutch, walapun jadi macam ayam dan itik becakap, mereka masih boleh bekawan baik.
-Sebelum itu, Jeroen sedang meningkat dewasa dan mula discover orientasi seksnya yang lebih cenderung terhadap lelaki. Dia tertarik dengan kawannya yang dia jumpa semasa perpindahan mereka ke sebuah pulau, jauh daripada tempat asal mereka, Amsterdam.
-Ramai kanak-kanak dihantar ke rumah keluarga angkat di pulau tersebut oleh ibu bapa mereka semasa peperangan, jadi Keroen terlibat dan dihantar berjauhan daripada ibunya.
-Budak ni bosan dan keseorangan, maso orang lain yang sebaya dengan dia mula minat dekat perempuan, dia pulok minat kat lelaki
-Suatu hari, segerombolan tentera pengaman Kanada datang sambil membawa berita gembira terhadap penduduk pulau tu bahawa Belanda telah merdeka daripada Nazi German.
-Dalam satu perarakan tentera dengan rakyat tempatan, Jeroen nampak sorang askar yang ensem. Askar tu nampak Jeroen dan dia lempar coklat kat budak tu. (Setiap kali jumpa Jeroen, dia akan bagi coklat)
-Sejak daripada tu, dia asyik intai askar tu dari jauh, terkenan la gamaknya
-Askar tu sedar dan sewatu Jeroen berjalan pulang ke rumah, askar tu mempelawa budak tu naik kereta dia, jadi persahabatan pun bermula.
-Dalam pertemuan yang singkat, mereka habiskan masa bersama, walaupun tak berapa paham antara satu sama lain. Terperanjat bila askar tu dah seduce budak cute tu untuk buat seks dengan dia. Budak tu pulok jatuh cinta dekat askar tu
-Kesian, bila satu hari, sorang budak pompuan kata, dia dah bagi hadiah perpisahan dekat askar kekasih dia sebab askar-askar tu dah nak berpindah keluar dari pulau tu.
-Budak tu terkejut, dia tak tahu pun pasal askar2 Kanada nak berpindah. Dia pi cari Walt Crook tu kat tempat2 mereka pernah bersama, askar tu dah tak ada.
-Yang sedehnyo, gambaq walt dan rantai kenangan walt bagi tu semua musnah atas beberapa sebab. Jadi, tak adalah barang tinggalan walt yang dia dapat simpan sebagai kenangan. Sedih dia.tapi dia tetap ingat askar tu sampai bila2, dan bila dia besar,dia tulis buku bernama Voor Een Verloren Soldaat
-Jalan cerita dalam buku dia tu lebih detail dan layanan askar Walt tu terhadap Jeroen agak kasar, bukannya macam lemah lembut seperti ditunjukkkan dalam pilem. Tapi budak tu still anggap askar tu sahabat dan kekasih dia. Sebabnya, budak tu muda lagi, askar tu mungkin ambik kesempatan je kat dia, sebab dia cute haha. tapi dia dah jatuh cinta kat askar tu, dia anggap pertemuan tu berharga bagi dia dan semua yang dia belajar termasuk seks tu seperti satu yang baik. Budak tu bukan paham sangat apa Walt cakap, jadi dia hanya interpret pengalaman dia tu dalam penulisan dia mengikut perasaan dia je.
Bang Rajan (Thai) kisah benar berlaku pada zaman pemerintahan Siam Ayutthya sekitar 1765.
[img[/img]
- mengisahkan bagaimana penduduk sebuah kampung disempandan Siam dan Myanmar mampu bertahan daripada serangan tentera Myanmar yang ingin menyerang ibukota Siam lama, Ayutthaya. setelah gagal meminta bantuan daripada kerajaan Siam, mereka terus berjuang hingga ketitisan darah terakhir. kerajaan Ayutthaya tewas tidak lama kemudian.
Tuskegee Airmen (USA) kisah benar ketika perang dunia kedua.
mengisahkan di mana sekumpulan tentera udara berkulit hitam berusaha membuktikan yang mereka mampu berdiri sama tinggi dengan juruterbang pejuang kulit putih ketika era perang dunia kedua di mana warna kulit masih lagi menjadi satu isu. Skuadron 332 dengan nama jolokan "Red tail"( kerana warna merah dicatkan pada ekor P-51) kahirnya menjadi satu skuadron yang dihormati dan disegani oleh lawan dan kawan. malahan sehinggakan dalam sebarang operasi pengeboman, khidmat iringan jarak jauh daripada skuadron ini seolah-olah satu rahmat buat mereka di atas rekod cemerlang yang ditunjukkan. dikhabarkan juga bahawa tentera Nazi akan melayan juruterbangkulit hitam jauh lebih baik berbanding kulit putih jika mereka terhempas di kawasan tentera Nazi.
lain-lain filem adalah:
Men of honour- kisah benar yang berlaku sekitar 1950-an mengisahkan tentang Carl Brashear, warga kulit hitam Amerika pertama yang menjawat jawatan tertinggi dan anggota OKU pertama bagi penyelam tentera laut dan usahanya untuk mencapai cita-citanya.
Bukit Kepong - Kisah benar yang berlaku di Bukit Kepong Johor pada Februari 1950 mengisahkan sepasukan polis yang bertahan daripada serangan komunis yang jauh lebih besar bilangannya. walaupun tewas, namun keperwiraan mereka berjaya menyangkal matlamat awal komunis yang menjangkakan mampu menewaskan mereka dalam masa yang singkat.
Tora,tora,tora - berdasarkan kisah sebenar serangan Jepun ke atas Pearl harbour pada 7 Disember 1941
the bridge on the river kwai - mengisahkan buruh paksaan yang terdiri dariapda tahanan perang Jepun dan orang awam untuk membina jambatan keretapi di Siam ketika perang dunia kedua.
The Amityville horror - Bedasarkan kisah yang dialami oleh keluarga Lutz apabila mereka membeli dan berpindah ke sebuah rumah yang pernahterjadi pembunuhan kejam yang berlaku pada 1974 di Long Island, USA. cuma yang 2005 punya filem dikatakan agak lari daripada cerita asal.