CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakmacho

Hari-Hari Melakukan Syirik Tanpa Disedari

[Copy link]
 Author| Post time 7-2-2009 09:07 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 7-2-2009 03:56 PM
mcmana pula org yg jahil bahasa ALQURAN mengamalkan ALQURAN ?
sedangkan ALQURAN yg di turunkan dgn bahasa arab yg sempurna pun dia x tahu ...
adakah mesej ALQURAN itu sampai ? ...


Salaam,

Ngko cakap Al Quran itu sempurna..... tapi dalam masa yang sama ko tidak amalkan pun cara salam yang berkat lagi baik, nko amalkan pulak cara salam yang tidak menurut ajaran Allah dan RasulNya..... Allah kata "Salaam" dan "Salaamun Alaikum" nko pi ubah plak "Assalamualaikum" macam mana mesej nak sampai kat nko. Kalau mesej sampai kat ngko sudah tentu ngko amalkan kandungan Al Quran bukan pi ambil dari luar Al Quran.

[ Last edited by  anakmacho at 7-2-2009 09:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2009 09:38 PM | Show all posts
Originally posted by komicat at 7-2-2009 07:44 PM
asalamualaikum
ini jawapan kepada persoalan saya ttg cara menyebut salam..sy adabertanyakan kwn sy yg kat luar negara (india) bgmana beliau menyebutsalam:
ini yg beliau bagitau saya:
one should greet with assalam alaikum  or asalam alaikum warahmatullahiwabarakatuh. as it mentioned in HOLY Quran (whenever u r greeted,reply, or the same) suppose one greet u with assalam alaikum u shpouldreply wa alaikum assalam warahmatullahi wabarakatuh. u will find onevery word 10 sawab. InsyaALLAH. so pls dont use only SALAM. Sayassalam alaikum
ini yg sy terima dari beliau.
sy tanya bgmana beliau memberi salam yg sepatutnya dan diatas tadi adalah jawapan beliau


Salaam,

Memanglah macam tu sebab anda pi tanya orang yang amalkan sebutan cara salam macam tu.... tentu dia bagi pendapat dia dengan cara dia dan akan mempertahankan pendapat dia... persoalannya adakah sebutan salam itu menurut Allah dan rasulNya yang berkat lagi baik.... atau tidak menurut dari Allah dan akhirnya kesudahannya adalah kepulangan yang buruk (neraka). Sebab Allah dah kata YANG BUKAN DARINYA adalah satu kepulangan yang buruk.... dan oleh kerana sebutan "Assalamualaikum" tidak terdapat dalam Al Quran maka adakah itu dari Allah dan rasulNya ?

Susah sangatkah.... sebutan "Salaam" dan "Salamun Alaikum" tu ah......

Sebutan "salaam" dan "salaamun alaikum" dalam Al Quran;

4:94. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berpergian di jalan Allah, telitilah kamu, dan janganlah mengatakan kepada orang yang melemparkan kepada kamu "Salam", "Kamu bukan orang mukmin", kerana mencari keuntungan kehidupan dunia. Di sisi Allah rampasan perang yang banyak. Demikianlah kamu dahulunya; tetapi Allah berbudi baik kepada kamu. Maka telitilah kamu; sesungguhnya Allah menyedari apa yang kamu buat
6:54. Dan apabila orang-orang yang mempercayai ayat-ayat Kami datang kepada kamu, katakanlah, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)." Pemelihara kamu menuliskan (menetapkan) untuk diri-Nya pengasihan, bahawa sesiapa antara kamu membuat kejahatan dalam kejahilan, dan sesudah itu bertaubat, dan membetulkan, maka sesungguhnya Dia Pengampun, Pengasih.
7:46. Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya.
10:10. Seruan mereka di dalamnya, "Engkau disanjung, ya Allah", dan salam hormat mereka, "Salam", dan akhir seruan mereka, "Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam."
11:69. Rasul-rasul Kami telah datang kepada Ibrahim dengan berita gembira; mereka berkata, "Salam!" Dia berkata, "Salam"; dan sebentar kemudian, dia mendatangkan seekor anak lembu panggang.13:24. "Salamun alaikum, kerana kamu telah bersabar." Sangat baiknya tempat kediaman muktamad.
14:23. Tetapi bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dimasukkan ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dengan izin Pemelihara mereka; salam hormat mereka di dalamnya, "Salam!"
15:52. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" Dia berkata, "Sesungguhnya kami takut pada kamu."
16:32. Yang malaikat-malaikat mematikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa yang kamu telah buat."
19:62.  Di dalamnya, mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia, tetapi hanya, "Salam", dan di dalamnya, mereka mendapat rezeki mereka pada awal pagi dan petang.
25:63. Hamba-hamba Yang Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati, dan yang, apabila orang-orang yang bodoh berucap kepada mereka, mereka berkata, "Salam",25:75. Mereka itu dibalas dengan bilik yang tertinggi, kerana mereka bersabar, dan mereka akan menerima di dalamnya salam hormat, "Salam!"
28:55. Apabila mereka mendengar percakapan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya, dan berkata, "Bagi kami amalan-amalan kami, dan kamu, amalan-amalan kamu. Salamun alaikum! Kami tidak menginginkan orang-orang yang bodoh."
33:44. Salam hormat mereka, pada hari mereka menemui-Nya, ialah "Salam!" Dan Dia menyediakan bagi mereka upah yang mulia.
36:58. "Salam!" ialah ucapan daripada Pemelihara yang Pengasih.
39:73. Kemudian orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Taman, sehingga apabila mereka datang kepadanya, dan pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Salamun alaikum (Kesejahteraan ke atas kamu)! Kamu telah maju dengan baik; masuklah untuk tinggal selama-lamanya."43:89. Namun begitu, maafkan mereka, dan katakanlah, "Salam!" Kelak mereka akan mengetahui.
51:25. Apabila mereka masuk kepadanya, dengan berkata, "Salam!" dia berkata, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal."
56:26. Hanya ucapan, "Salam, Salam!"


Perhatikan ayat-ayat diatas Allah ulang-ulangi perkataan yang sama "Salaam"dan "Salaamun alaikum" dan langsung tiada perkataan "Assalamualaikum" dan adapun perkataan "Assalaam" adalah salah satu nama Allah;


59:23. Dia Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Dia Raja, Yang Suci, Yang Sejahtera (Assalaam), Yang Setia (Mukmin), Yang Mengawal, Yang Perkasa, Yang Mempunyai Kuasa, Yang Memiliki Segala Kebesaran. Allah disanjung, di atas apa yang mereka menyekutukan!


Masihkah lagi kita membantah...... terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 10:03 PM | Show all posts

Balas #38 dan #39 kalalah007\ catat

Salaam,

Untuk respon tuan ini... saya pindahkan ke topik tuan yang satu.... sila rujuk terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2009 10:12 PM | Show all posts
Yg pasti..aku dgr time smyg jumaat..imam bg salam mcm tu...bnyk tempat aku g smyg...mcm tu gak bunyi nye...even kat Abu Dhabi(UAE)..mcm tu gak imam bg salam... ape pun..aku ikut dlm buku pafa tu je..itu aku rase da standard da..
*mksd aku salam "assalam..." tu

[ Last edited by  alphalfa at 7-2-2009 10:19 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2009 10:34 PM | Show all posts
Originally posted by alphalfa at 7-2-2009 10:12 PM
Yg pasti..aku dgr time smyg jumaat..imam bg salam mcm tu...bnyk tempataku g smyg...mcm tu gak bunyi nye...even kat Abu Dhabi(UAE)..mcm tu gakimam bg salam... ape pun..aku ikut dlm buku pafa tu je..itu aku rase da standard da..
*mksd aku salam "assalam..." tu


Salaam,

Tiada yang lebih standart dari ajaran Allah dan rasulNya dalam Al Quran..... banyaknya orang yang mengamalkan bukanlah tiket satu kebenaran;

AQ 6: 115. Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan Dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. 116. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)[500].

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2009 12:04 AM | Show all posts

Reply #45 anakmacho's post

hands off..

aku ikut ape imam tu buat je..ikut yg baik le..adeehhh aku da confuse..but aku stick yg common je..mmg confuse..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2009 12:40 PM | Show all posts
sekarang saya keliru..nak mengamalkan yg betul tapi...tak tahu yg mana satu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2009 04:54 PM | Show all posts

Balas #47 komicat\ alphalfa 46\ catat

Salaam,

Adakah yang lebih valid dari Al Quran.... apa-apapun buatlah keputusan bijak.... dan jangan kita termasuk salah satu dari yang baginda adukan kat Allah kelak;

AQ 25:30. Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan/pedulikan."

Pengaduan baginda diatas akan berlaku di akhirat kelak.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 05:48 PM | Show all posts
menyebut salaam tu mmg tak susah..tapi timbul persoalan dlm diri saya ttg asalamualaikum...sebab selama ini kita sebut asalamualaikum, para ustaz dan ustazah sebelum ini pun sebut asalamualaikum

tiba2 hari ni baru dgr yg seharusnya di sebut salaam alaikum
jadi benda ni mengelirukan............

Mudahan Allah mengampunkan segala kesilapan kami.....

Mudahan Allah menetapkan kami di jalan yg lurus(Islam) dan jgnla pula bila dah jumpa yg lurus(islam) kami disesatkan pula.....

jgn marah tuan rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2009 09:13 PM | Show all posts

Balas #49 komicat\ catat

Salaam,

Saya pun berharap dan berdoa agar kita semua dilindungi dari syaitan yang di rejam... kerana syaitan dah berjanji akan mengganggu kita walaupun kita berada di jalan yang lurus, syaitan akan sentiasa membengkokkan dan kita pun merasa sentiasa berada di jalan yang lurus walhal syaitan dan mengabuinya.

AQ 7:16. Berkata (Syaitan), "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,

AQ 7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka berterima kasih."

Lihatlah janji syaitan diatas, dia akan berusaha untuk memesongkan kita walaupun kita berada dijalan yang lurus.... maka kita berhati-hatilah...

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 01:42 AM | Show all posts
padan la..ade org bg salam "semekom" =salaam alaikum
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 01:16 PM | Show all posts
sya suka posting anakmacho yang menquotekan ayat alquran tepat pada tempatnya.walaupon sya bukan anti hadis,sya rasa mereka yang anti hadis lebih alim dari kita dalam mengkaji ayat alQuran
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 01:30 PM | Show all posts
adakah org yg jahil bahasa ALQURAN lebih faham dari org yg TAHU bahasa ALQURAN ?

adakah org yg tidak tahu bahasa ALQURAN lebih mahir tentang bahasa ALQURAN berbanding org yg tahu bahasa ALQURAN ?

adakah org yg tahu & alim serta menghafal isi kandungan ALQURAN serta membacakannya di bulan ramadhan seperti imam masjidil haram dll itu tidak tahu akan ayat SALAMUN 'ALAY KUM yg tertera di dlm ALQURAN ... malah bahasa ALQURAN itu bahasa mereka sendiri ?

malah setiap kali selesai solat , imam akan menyebut ASSALAAAMU 'ALAY KUM ...

sekian banyak manusia yg berbahasa ALQURAN di jazirah arabiya ... tidakkah mereka tidak mengetahui akan hal ini ?



tiba2 muncul pula manusia yg mengaku dirinya jahil bahasa ALQURAN , tetapi memberi penerangan pula tentang panduan2 dari ALQURAN ...


seperti org buta yg yg mendapat lampu ... lantas sembrono memimpin org ... walhal, dirinya memerlukan tongkat ( ilmu ALQURAN ) dan pimpinan org2 yg celik ( ahli ALQURAN tulen ) ....




bagi mereka yg telah mempelajari BAHASA ALQURAN ( khususnya ilmu grammar arab ) ....  in sya ALLAH tidak ada keraguan dlm hal kalimah AS SALAM itu melainkan manusia2 yg JAHIL bahasa ALQURAN ...


setiap alif & lam itu boleh masuk pd setiap isim kecuali yg bertanwin ...

dan bukan semua isim yg ada alif & lam itu menjadi na'at @ sifat ....


kadang2 boleh jadi " permulaan " ayat seperti jumlah mubtada' & khabar ( mcm subject & predikat ) ...   


assalaamu 'alaykum :  BERMULA kesejahteraan ITU keatas kamu ...  

ayat BERMULA itu MUBTADA' & ayat ITU adalah KHABAR kpd ayat kesejahteraan itu ...



jika org itu terjemahkan assalamu 'alaykum  : MAHA SEJAHTERA ke atas kamu ... nampak sangatlah org nih x pernah belajar bahasa arab ... maknanya org ini jahil bahasa ALQURAN ... xkanlah kita nak mengambil org jahil sebagai guru ALQURAN kita .. sesat jadinya ....


jadi persoalan melakukan syirik tiap2 hari tidak timbul melainkan org yg jahil bahasa ALQURAN !


so isu pertama ( syirik ) itu saya anggap sudah selesai  ...


so , skrg isu psl cara memberi salam ... yaitu salamun 'alaykum @ assalamu 'alaykum .....












WALLAHU A'LAM .....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 02:07 PM | Show all posts

Reply #53 sirri_khafi's post

aapa yang saya faham, as-salaam itu maksudnya the peace kan.dalam bahasamelayu tak ada the atau al.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 02:36 PM | Show all posts

Reply #54 temansejati17's post

salam itu maknanya sejahtera ( tanpa alif & lam ) ... salaman/salam adalah isim masdarnya ( kata akarnya ) ..

jika merujuk kpd nama & sifat ALLAH ... org arab akan tambah alif & lam jadi AS SALAM  ( MAHA SEJAHTERA ) ...

kadang2 org arab memulakan sesuatu ayat dgn di mulakan dgn huruf wau ( wa ) @ dgn mubtada' yg di sertakan huruf alif & lam .. contohnya :

as salamu 'alay kum , alhamdu liLLAHI robbil 'aaalamiien , wa minannaaasi man yaquuulu amannaaa biLLAHI dll ....  


adapun sebutan ASSALAMU 'ALAYKUM itu digunakan utk org yg di depan kita ..

adapun sebutan SALAMUN 'ALAY KUM di dlm ALQURAN itu merujuk kpd org yg tidak ada di hadapan kita .....  


rugilah bila kita jahil bahasa ALQURAN ... sebab , kita akan mudah di kelentong oleh org2 yg jahil ... akhirnya , sesat & menyesatkan ...  



jika anda memilih cara sebutan ALQURAN ( salamun 'alaykum ) , itulah yg terbaik ...


sebaliknya jika anda memilih sebutan assalaamu 'alay kum ... maka ia bukanlah perbuatan syirik @ dosa malah tidak pula menyalahi ALQURAN ..

sebab ... ALLAH suka kpd perbuatan kebajikan ... dan mendoakan kesejahteraan kpd muslim lain juga adalah termasuk di dlm perbuatan kebajikan ....











WALLAHU A'LAM ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2009 02:52 PM | Show all posts

Balas #52 temansejati17\ catat

Salaam,

Apa yang saya harapkan saudara selidik dahulu apa yang saya sampaikan, jangan terima bulat-bulat.... kerana itu adalah arahan Allah. Soal alim hanya Allah yang tentukan.... kealiman bukan ditentukan dari ilmu, gaya, perwatakkan dsbnya... ia ditentu oleh ketakwaan dan ketakwaan atas pengetahuan Allah... siapa yang bertakwa kepadaNya.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2009 02:53 PM | Show all posts

Reply #55 sirri_khafi's post

kenapa awak kata yang tebaik kalau guna salamun alaikum.sebab kalau saya jumpa orang di depan saya, patutnya saya cakap assalamu alaikum lah (mengikut tatabahasa arab)
tak fahamlah sya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 02:58 PM | Show all posts

Reply #56 anakmacho's post

sya permpuan
terima kasih atas nasihat awak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2009 02:59 PM | Show all posts

Reply #56 anakmacho's post

sya permpuan
terima kasih atas nasihat awak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2009 03:01 PM | Show all posts

Balas #53 sirri_khafi\ catat

Salaam,

Ini bukan soal jahil bahasa arab atau tidak tetapi sejauh mana kandungan Al Quran di amalkan.... susah sangatkah setakat sebutan "salaam" dan "salaamun alaikum" yang baik dan lagi berkat itu sehingga sukar untuk diamalkan.....

Sama atau tidak tentu ada sebab mengapa Allah menetapkan perkataan itu "Assalaam" adalah namaNya manakala 'salaaam" adalah perkataan untuk memberi ucapan, dengan erti kata lain Assalaam dan Salaam mempunya perbezaan.

Namun terserah kepada individu untuk menilaikkannya... tiada paksaan untuk itu. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.077018 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list