|
Balas #23 AnisSuraya\ catat
ada ropunya komer...atee macamana org negeri kite anis hoi...dok makan sgt gulai tempoyak tu yg asyik terlompat2 aje ropenya...atee dema tu tumpo dak maunya, idup menyusahkan org ramai aje |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zzcbr at 3-2-2009 05:28 PM
SA ngan Dealer kete kat mesia ni mmg sombong dan memilih...kalu datang pakai selekeh sikit terus buat conclusion yg org tu tak berduit or tak serius nak membeli...terus buat layan tak layan, apat ...
dah tu abe zek dok area mana... takat tokyo tu mmg le layanan istimewa... cuba kat area Oita nun... kampung jerr... dapat ke layanan yg sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Peugeot 308 Turbo, VTi praktikal
Oleh Mohd Razlan Salleh
KELEMBAPAN ekonomi dunia bukan penghalang bagi Nasim Sdn Bhd (NSB), melancarkan dua model kereta serentak iaitu Peugeot 308 Turbo dan VTi untuk kepuasan peminat jentera dari Perancis itu.
Pelancaran model berkenaan menjadikan model 308 kini mempunyai tiga varian termasuk versi GT diimport sepenuhnya (CBU) yang sudah berada di pasaran tahun lalu.
Pengerusi Eksekutif NSB, SM Nasarudin SM Nasimuddin, berkata pengenalan Peugeot 308 CKD itu adalah sebahagian usaha syarikat untuk menawarkan kereta Peugeot yang berkualiti pada harga berdaya saing.
"NSB adalah syarikat pertama di dunia mendapat kepercayaan Peugeot di Perancis melaksanakan program CKD bagi model 308.
"Model terbaru ini tergolong dalam segmen kelas C dan ditawarkan dalam lima warna berbeza yang pastinya menarik perhatian ramai," katanya pada majlis pelancaran yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Abdul Rahim Bakri; Presiden Kumpulan Syarikat Naza, Datuk SM Shalahuddin SM Amin serta Pengarah Automobiles Peugeot Asia Pasifik dan Negara Afrika, Francois Poirier.
SM Nasarudin berkata, walaupun dalam suasana ekonomi lembap, NSB yakin mampu mencatat jualan baik untuk Peugeot 308 kerana model itu adalah kereta yang terbukti kehebatannya dan sudah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Antaranya, Anugerah Golden Lenkrad atau Anugerah Stereng Emas di Jerman, Anugerah Kereta Terbaik AMI NZ Autocar 2008 di New Zealand dan Anugerah Enjin Terbaik selama dua tahun berturut-turut.
Peugeot 308 dilengkapi dengan enjin EP6 yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan BMW itu mampu menghamburkan kuasa kuda (hp) setinggi 120hp dan 160Nm tork bagi versi VTi, manakala 308 turbo berkuasa 140hp serta 240Nm tork.
Model hatchback lima pintu berkenaan dibangunkan daripada platform model 307 tetapi menampilkan ciri lebih baik bagi memenuhi selera dan permintaan pelanggan bagi kereta yang moden, selesa, berkuasa, bergaya serta praktikal.
SM Nasarudin berkata, NSB akan terus berusaha menawarkan model Peugeot baru dan terbaik ke negara ini serta memastikan harganya berdaya saing dalam segmennya.
"Langkah itu adalah sebahagian strategi NSB untuk mengangkat jenama Peugeot di negara ini dan bersaing dengan jenama lain dalam segmen yang sama," katanya.
Peugeot 308 yang dipasang di kilang Naza di Gurun, Kedah didatangkan dalam dua varian, iaitu 308 VTi dan 308 Turbo masing-masing dengan harga atas jalan termasuk insurans RM96,500 dan RM111,000 seunit.
NSB yang ditubuhkan pada 4 Ogos 1997, secara rasmi mengambil alih francais Peugeot di negara ini serta menjadi ibu pejabat rasmi Automobiles Peugeot bagi rantau Asean (Aparo) pada 2 Januari 2008. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngauman Peugeot
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
[email protected]
Setelah kembali gagah dalam industri automotif dengan Bestari 206 dan Peugeot 407, label dengan eblem singa itu muncul pula dengan jentera terbarunya.
SETELAH sekian lama menghidangkan model kompak Peugeot 206 yang telah dilencanakan kembali atas nama Naza Bestari 206, pemegang francais kereta jenama Perancis itu di Malaysia, Nasim Sdn. Bhd., kembali mengujakan orang ramai menerusi pengenalan model kompak Peugeot 308.
Dilancarkan lewat Januari lalu, model yang didatangkan dalam dua varian iaitu Peugeot 308 VTi dan Peugeot 308 Turbo itu nyata mendapat sambutan hangat.
Bukan hanya disebabkan harganya yang dianggap berpatutan, tetapi ia turut disifatkan sebagai sebuah jentera yang berjaya mengisi kekosongan yang wujud dalam pasaran segmen C tempatan.
Jika Peugeot Turbo 308 dilihat sebagai model yang cukup sesuai buat mereka yang mahukan kuasa dan thrill ketika memandu, varian Peugeot VTi pula memberi tumpuan kepada individu yang lebih relaks tetapi tidak mahu berkompromi dengan aspek gaya dan keselamatan.
Saya diberi kesempatan memandu uji kedua-dua varian ini dalam perjalanan yang dianjurkan oleh pihak Nasim ke Pulau Pinang. Untuk ruangan kali ini, saya fikir ada baiknya jika kita bercerita tentang satu varian dahulu iaitu Peugeot 308 VTi.
Menjadi model yang dipasang tempatan CKD, apa yang ada pada jentera ini tidak akan mengecewakan sesiapa. Dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun Kedah, Peugeot 308 VTi mengandungi 40 peratus bahan tempatan.
Penampilan fizikalnya nyata menyerlahkan kepakaran pihak Peugeot dalam menghasilkan jentera kompak yang sukar untuk dinafikan. Andai dilihat dari setiap sudut, reka bentuknya bukan sekadar mementingkan nilai estetik, malah mengambil kira aspek aerodinamik.
Logo singa berwarna krom diletakkan di tengah-tengah bonet yang berbentuk V. Bahagian hadapan ini diserlahkan lagi melalui sepasang lampu utama yang menirus ke atas. Lampu kabus, gril radiator dan bumper berwarna hitam menambahkan lagi karakter model kompak itu.
Bahagian belakangnya jelas menyerlahkan pengaruh rekaan Eropah yang ringkas. Bumper, lampu belakang dan lampu brek ketiga digabungkan dalam bentuk yang begitu elegan dan sederhana.
PEUGEOT 308 VTi ditawarkan pada harga RM96,500 ini mempunyai sistem audio digital 308 VTi memudahkan pemanduan.
Peugeot 308 VTi dikuasakan oleh unit enjin siri EP6 yang dibangunkan secara bersama antara pihak Automobiles Peugeot dan BMW. Maka tidak hairanlah jika unit enjin yang sama boleh didapati pada model Mini Cooper.
Enjin yang pernah memenangi anugerah International Engine of the Year (2007 dan 2008) ini di atas kertasnya mampu menghamburkan kuasa sehingga 120hp pada putaran enjin 6,000 rpm, dengan tawaran tork maksimum 160Nm @ 4,250 rm.
Mengujinya di Lebuh Raya Utara-Selatan, kuasa enjin itu tidaklah mengecewakan. Ia mampu membawa tubuh Peugeot 308 VTi ke angka 110 km/j dengan pantas tanpa sebarang masalah.
Tiba di takat kelajuan 170 km/j, ia bagaimanapun perlu mengambil masa agak lama untuk mencecah angka 180 km/j dan seterusnya. Malah, jarum rpm juga akan berada sekitar 4,500 rpm. Berbanding unit berenjin Turbo, anda perlu sedikit bersabar bagi membolehkan jentera itu kembali mendapat momentum sebagaimana sebelum anda menekan brek.
Secara peribadinya, saya berasa sedikit kecewa kerana ia dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan. Dipanggil System Tiptronic Porche, ia tetap membolehkan anda mengawal sendiri kedudukan gear secara manual. Sekiranya mahu gear 'dipegang' lebih lama daripada biasa, tekan sahaja butang S yang ada di sebelah tuil gear.
REKA bentuk Peugeot 308 yang aerodinamik tampak lebih sporty.
Biarpun begitu, saya harus mengakui bahawa sistem brek yang ada pada jentera ini cukup efektif. Brek yang merangkumi sistem ABS (Anti-lock Brakes), EBD (Electronic Brake Force Distribution) dan EBD (Emergency Brake Assist) berupaya bertindak dengan cemerlang. Pedal minyaknya pula mempunyai dua tahap sebelum ia dapat dipijak rapat hingga ke lantai.
Kestabilan jentera kompak itu terbukti ketika mengambil selekoh pada kelajuan menghampiri angka tiga digit. Ia terasa seperti melekat di atas jalan raya tanpa rasa membuang atau sebagainya.
Rahsianya? Kerangka yang rigid, titik graviti rendah dan bukaan wheelbase lebar. Ciri itu kemudian disempurnakan lagi dengan aplikasi topang MacPherson bebas pada roda hadapan dan suspensi jenis deformable berbentuk U pada dua lagi baki rodanya.
Anda pasti senang ketika berada di dalam kabin Peugeot 308 VTi yang luas. Mata pemandu dijamu dengan barisan meter rpm, suhu enjin, takat bahan api dan meter kelajuan analog dengan latar berwarna putih.
TEMPAT penyimpanan kargo yang luas.
| RUANG kabin Peugeot 308 VTi yang selesa.
|
Di bahagian tengahnya pula terletak paparan maklumat digital yang memaparkan maklumat seperti tahap penggunaan bahan api dan kedudukan gear (jika memandu dalam mode manual).
Konsol tengah dalam ruang yang dipenuhi dengan warna hitam ini dihuni oleh unit audio yang diletak atas permukaan berwarna perak. Di atasnya, tiga corong pendingin hawa cukup untuk menyalurkan udara sejuk ke belakang dengan pantas.
Tidak pasti dengan saluran radio yang sedang didengar, masa dan suhu di luar? Pandang sahaja satu lagi paparan maklumat digital yang ada di bahagian tengah papan pemuka.
Ditawarkan pada harga RM96,500 seunit, model itu hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 100,000 kilometer (yang mana terdahulu). Anda juga boleh memilih antara lima warna yang ada termasuklah hitam, biru, aluminium, kelabu dan emas (lunar mist).
Bersaing secara langsung dengan model seperti Nissan Latio Sport, Suzuki SX4 dan Honda City generasi terbaru, Peugeot 308 VTi sememangnya alternatif terbaik untuk sesiapa sahaja yang mahu merasai keunggulan kenderaan continental pada harga cukup munasabah. |
|
|
|
|
|
|
|
derang ni mmg tgk org n gaya kita berpakaian jgk..betul la kata forumer2 kat ats td....pg td lps breakfast me n hb singgah la dkt nasim bangsara baru......me n hb pakai selebet jer.......tp kitorang bwak 3 series..dan2 tgk men hb ats bawah...tp aku wat tak heran.....tgk2 jer semua keta......tp mamat salesman tuh ckp..puan bleh test drive..i ckp takpe2 i nk tgk jer...then dia tanya minat yg mana?i ckp turbo 308 white colour....dia tanya lg bila nak?i ckp nk skrg laa.....hehehe tp dia ckp sori puan skrg stok takder kena order n book bln 7 baru dpt.then aku wat blagak takpa la i pi beli kat kedai lain..hahahaha.....padan muka.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah test 308 ni(308) .waktu test drive tengah hari buta ,dengan cermin depan yang besar dan tak bertinted ni bertambah laa peluh aku kuar masa test drive.Aircon full speed pun masih panas.overall 308 ni memang aku impress dengan teknologi dan gajet yang 308 offer tapi bila bawak macam tak best je.Badan kete ni agak berat kalau 308 THP sure puas hati kot.kete ni lagi lebar dari civic .tapi aku tak jadi nak beli...sekarang dah booking untuk Mazda 3 yang baru...bulan depan baru launch.. |
|
|
|
|
|
|
|
PEUGOT 308 VTI
ADE DAH YANG PAKAI.....BEST? MEH GAMBAR |
|
|
|
|
|
|
|
Peugeot 308 ngauman kompak berkuasa
Oleh AMRAN AHMAD
| Reka bentuk Peugeot 308 yang aerodinamik tampak lebih sporty.
|
SETELAH muncul gagah dalam industri automotif negara dengan Bestari 206 dan Peugeot 407, jenama kenderaan Eropah dengan label eblem singa itu muncul pula dengan jentera terbarunya menerusi pengenalan model kompak Peugeot 308.
Dilancarkan lewat Januari lalu, model yang didatangkan dalam dua varian iaitu Peugeot 308 VTi dan Peugeot 308 Turbo itu nyata mendapat sambutan hangat.
Bukan hanya disebabkan harganya yang dianggap berpatutan, tetapi ia turut disifatkan sebagai sebuah jentera yang berjaya mengisi kekosongan yang wujud dalam pasaran segmen C tempatan.
Jika Peugeot Turbo 308 dilihat sebagai model yang cukup sesuai buat mereka yang mahukan kuasa dan thrill ketika memandu, varian Peugeot VTi pula memberi tumpuan kepada individu yang lebih relaks tetapi tidak mahu berkompromi dengan aspek gaya dan keselamatan.
Penulis diberi kesempatan memandu uji model Peugeot 308 Turbo baru-baru ini dan turut diberikan pendedahan mengenai model Peugeot 308 VTi.
Menjadi model yang dipasang tempatan CKD, apa yang ada pada jentera ini tidak akan mengecewakan sesiapa. Dipasang di kilang Naza Automotive Manufacturing di Gurun Kedah, Peugeot 308 VTi mengandungi 40 peratus bahan tempatan.
Penampilan fizikalnya nyata menyerlahkan kepakaran pihak Peugeot dalam menghasilkan jentera kompak yang sukar untuk dinafikan. Andai dilihat dari setiap sudut, reka bentuknya bukan sekadar mementingkan nilai estetik, malah mengambil kira aspek aerodinamik.
Logo singa berwarna krom diletakkan di tengah-tengah bonet yang berbentuk V. Bahagian hadapan ini diserlahkan lagi melalui sepasang lampu utama yang menirus ke atas. Lampu kabus, gril radiator dan bumper berwarna hitam menambahkan lagi karakter model kompak itu.
Bahagian belakangnya jelas menyerlahkan pengaruh rekaan Eropah yang ringkas. Bumper, lampu belakang dan lampu brek ketiga digabungkan dalam bentuk yang begitu elegan dan sederhana.
Peugeot 308 VTi ditawarkan pada harga RM96,500 ini mempunyai sistem audio digital 308 VTi memudahkan pemanduan.
Peugeot 308 VTi dikuasakan oleh unit enjin siri EP6 yang dibangunkan secara bersama antara pihak Automobiles Peugeot dan BMW. Maka tidak hairanlah jika unit enjin yang sama boleh didapati pada model Mini Cooper.
Enjin yang pernah memenangi anugerah International Engine of the Year (2007 dan 2008) ini di atas kertas, mampu menghamburkan kuasa sehingga 120hp pada putaran enjin 6,000 rpm, dengan tawaran tork maksimum 160Nm @ 4,250 rm.
Mengujinya di Lebuh Raya Utara-Selatan, kuasa enjin itu tidaklah mengecewakan. Ia mampu membawa tubuh Peugeot 308 VTi ke angka 110 km/j dengan pantas tanpa sebarang masalah.
Tiba di takat kelajuan 170 km/j, ia bagaimanapun perlu mengambil masa agak lama untuk mencecah angka 180 km/j dan seterusnya. Malah, jarum rpm juga akan berada sekitar 4,500 rpm. Berbanding unit berenjin Turbo, anda perlu sedikit bersabar bagi membolehkan jentera itu kembali mendapat momentum sebagaimana sebelum anda menekan brek.
Walaupun dipadankan dengan transmisi automatik empat kelajuan yang dipanggil System Tiptronic Porche, ia tetap membolehkan pemandu mengawal sendiri kedudukan gear secara manual. Sekiranya mahu gear 'dipegang' lebih lama daripada biasa, tekan sahaja butang S yang ada di sebelah tuil gear.
Harus mengakui bahawa sistem brek yang ada pada jentera ini cukup efektif. Brek yang merangkumi sistem ABS (Anti-lock Brakes), EBD (Electronic Brake Force Distribution) dan EBD (Emergency Brake Assist) berupaya bertindak dengan cemerlang. Pedal minyaknya pula mempunyai dua tahap sebelum ia dapat dipijak rapat hingga ke lantai.
Kestabilan jentera kompak itu terbukti ketika mengambil selekoh pada kelajuan menghampiri angka tiga digit. Ia terasa seperti melekat di atas jalan raya tanpa rasa membuang atau sebagainya.
Rahsianya? Kerangka yang rigid, titik graviti rendah dan bukaan wheelbase lebar. Ciri itu kemudian disempurnakan lagi dengan aplikasi topang MacPherson bebas pada roda hadapan dan suspensi jenis deformable berbentuk U pada dua lagi baki rodanya.
Pemandu pasti senang ketika berada di dalam kabin Peugeot 308 VTi yang luas. Mata pemandu dijamu dengan barisan meter rpm, suhu enjin, takat bahan api dan meter kelajuan analog dengan latar berwarna putih.
Di bahagian tengahnya pula terletak paparan maklumat digital yang memaparkan maklumat seperti tahap penggunaan bahan api dan kedudukan gear (jika memandu dalam mod manual).
Konsol tengah dalam ruang yang dipenuhi dengan warna hitam ini dihuni oleh unit audio yang diletak atas permukaan berwarna perak. Di atasnya, tiga corong pendingin hawa cukup untuk menyalurkan udara sejuk ke belakang dengan pantas.
Tidak pasti dengan saluran radio yang sedang didengar, masa dan suhu di luar? Pandang sahaja satu lagi paparan maklumat digital yang ada di bahagian tengah papan pemuka.
Ditawarkan pada harga RM96,500 seunit, model itu hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 100,000 kilometer (yang mana terdahulu). Anda juga boleh memilih antara lima warna yang ada termasuklah hitam, biru, aluminium, kelabu dan emas (lunar mist).
Bersaing secara langsung dengan model seperti Nissan Latio Sport, Suzuki SX4 dan Honda City generasi terbaru, Peugeot 308 VTi sememangnya alternatif terbaik untuk sesiapa sahaja yang mahu merasai keunggulan kenderaan kontinental pada harga cukup munasabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Peugeot 308 Turbo goes the panoramic route
Posted by: Anthony Lim
If you're into the Pug 308, and love lots of skylight and glass, then this is surely nothing less than sweet. As of now, the Peugeot 308 Turbo comes with a full-length panoramic glass roof - the incoming version replaces the steel roof model in the lineup.
Now with more glass than before ...
No changes elsewhere to the model, save the panoramic roof, which takes up two-thirds of the roof area (or 1.26m2, if you're into such things). Athermic glass is the material of choice, so you get the light without most of the heat. There's an electric sun-blind, with ‘one-touch’ operation, which provides further cover from the sun, if you so choose.
And how much will the stargazing capability cost you? Well, not that much more, really, because the 308 Turbo Panoramic rolls in at RM113,888 (on-the-road, including insurance and road tax), which is about two grand more than the outgoing version. The car will be available from end-July onwards.
aku baru ajer beli pijot....tapi beskal ler..... wokeyyyyy gak beskal... sbb tak mampu nak beli keta pijot!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by LT at 28-6-2009 10:55
rase biasa je bawak kete ni.... 160km/j dah goyang. may be angin kuat kut masa tu.......
tengah tunggu saman, kot ade yg tersangkut.... harap2 tak de .........
tp review aku, sempit, kecik, tak selesa.... pakai dlm bandar ok, jalan jauh penat skit..... |
|
|
|
|
|
|
|
54# amazed
Ko beli mountain bike ker bro?? |
|
|
|
|
|
|
|
kt ner tuh LT?..uk kaa? |
|
|
|
|
|
|
|
57# kecimpret
kt R & R highway, drp toulon, france nak gi monaco. saje jalan2 alang2 dah sampai french riviera ni...... |
|
|
|
|
|
|
|
54# amazed
Ko beli mountain bike ker bro??
danedzya Post at 28-6-2009 23:57
racing bike peugeot.... aku kengkadang.. bila hari yg not bad naik beskal ajer pi kerja... tak jauh mana pung... dalam 30 kliks!!
aku ada gak mountain bike.... beli dari abg aku seken hen......dia beli kat s'pore warna ungu... tu kalu pi camping aku bawak gak mountain bike dlm hutan samer!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|