CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 18-12-2008 03:24 PM | Show all posts
mana sambungannye? berjanggut aku tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2008 03:42 PM | Show all posts
sbb ada yg yg konfius , sy bagi ringkasan watak dlm citer ni
sorilah bnyk sgt watak

heroin - Fauziah ( Fuyah)
hero - ?
Mak Yan - mak Fauziah
Pak Fadzil - bapa Fauziah
Datuk Farid & Datin Roselina - pakcik & makcik Fauziah. Anak derang nama Farah
Shazwani/ Wani - adik Fauziah
Ashraf/ Acap - tunang Wani
Makcik Zaidah - mak Acap, jiran Fauziah
Uzir - boss Fauziah , anak Datuk Shahrin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 03:43 PM | Show all posts

Reply #39 qimi08's post

betul lah...yg first part tu drama yg fauziah tgh tengok kat TV
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 03:51 PM | Show all posts

Balas #42 sang_arjuna\ catat

wah kire malam tu...mamat yg lupa nama sendiri...uzir ya..
hero - ?...ala ala sapa yek...sivaji?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 03:52 PM | Show all posts
Bau tumisan mencuit hidung Fauziah sebaik saja Alia membuka pintu.

" Sedapnya bau."  Ujar Fauziah sambil menjenguk  ke sekeliling apartmen yang sederhana luas itu. Set sofa warna krim menghiasi ruang tamu. Meja kopitiam berkerusi empat pula terletak bersebelahan dapur.

" Kak Liza tu memang pandai masak. Itu lagi satu sebab aku suka duduk sini. Jomlah, aku kenalkan kau" Alia menarik lengan Fauziah menuju kea rah dapur. Dapur kecil itu kemas dan teratur.  Kak Liza yang kusyuk menggoreng berpaling ke arah mereka.

" Eh, Alia dah balik. Akak tak perasan.  Ini mesti Fauziah." sapa Kak Liza dengan mesra. Senyuman yang lebar membuat matanya yang sepet hampir tertutup. Wanita yang berambut kerinting dan berkulit cerah itu membasuh tangan sebelum bersalaman dengan Fauziah.

" Alia, tunjukkan Fauziah bilik kosong tu. Akak nak masak ni. Malam ni kita makan nasi goreng saja ya. Lauk dah habis. Tak sempat nak pergi Giant tadi. Fauziah makan sekali, ya" pelawa Kak Liza

Pintu bilik yang letaknya di sebelah ruang makan di kuak. Biliknya kecil tapi memadailah untuk sebuah katil bujang dan almari baju. Dindingnya siap dengan wallpaper corak biru cair dan putih. Fauziah menjenguk dari tingkap berlangsir biru. Kolam mandi dan taman mini menjadi habuan mata.

" Okay tak bilik ni? Bilik air di sebelah tu kena share dengan aku" tanya Alia " Aku rasa berbaloi untuk sewa RM 120. Kawan aku yang menyewa di  blok sebelah bayar RM180 untuk bilik yang sama. Kak Liza jenis yang tak berkira. Apartment ni hadiah dari bapak dia."

Anak orang berada lah rupanya Kak Liza ni, fikir Fauziah. Dia menghitung anggaran perbelanjaan bulanan dalam kepala; gaji bersih RM 1,500, sewa RM 120, bil air & letrik - RM50, makanan, pakaian dan barangan penjagaan diri RM400, bil henfon RM100, tambang bas / teksi RM 80-100. Ok jugaklah, boleh hantar RM 200 sebulan ke kampung. Bakinya kena simpan  dalam ASB dan Tabung Haji.  Kalau ada rezeki, aku nak beli kereta. Senang  kalau nak balik kampung.

" Okay tak?" desak Alia bila melihat Fauziah berfikir panjang. " Pergi kerja kau boleh tumpang aku tapi balik kau pandai pandai sendiri lah sebab aku balik tak tentu masa. Kalau banyak kerja , pukul 8 baru aku sampai rumah"  Alia bernasib baik; dia mendapat kerja dengan Ambank di bahagian credit card. Gaji lumayan dan dapat car loan berfaedah rendah.

"Okaylah. Ofis aku pun tak jauh dari sini. Er... Kak Liza tu kerja apa?" tanya Fauziah sambil melabuhkan punggung ke katil. Di henjutkan tubuhnya untuk test keempukan tilam. Best.. pass!

" Dia auditor dengan Price Waterhouse Coopers. Tapi dia pun macam aku juga, kalau time sibuk selalu balik lambat. Kerap juga dia pergi outstation." Alia tiba tiba berbisik" Tapi dia tu pelik sikit; anti lelaki"

Mata Fauziah terbeliak " Ha? Maksud kau dia lesbo? Tak nak lah aku duduk sini. Cari nahas!" desis nya

" Bukanlah, merepek lah kau ni. Kalau dia lesbo kau ingat aku nak duduk sini? Dia tu pernah putus cinta agaknya, lepas tu dia tak nak langsung ada apa apa hubungan dengan lelaki. House rule disini - jangan bawa mana mana lelaki datang. " tegas Alia

" Bapak aku pun tak boleh datang?" duga Fauziah

Alia menggeleng " Bapak,  abang, adik lelaki , atuk, semuanya tak boleh. Kalau status bukan muhrim dengan Kak Liza semua tak boleh. Dia allergic. Dulu aku nak kenalkan dia dengan kawan ofis aku pun aku kena marah. Lepas tu aku dah serik nak sebut nama lelaki depan dia"

" Sebut nama lelaki pun tak boleh? Habis tu aku kena panggil penyanyi fevret aku Anura Zainah, Fazilah Tahirah, Marcella..hahaha" Berderai ketawa mereka berdua

" Ha'ah.. pelakun fevret aku pula Rosyimah Nor" sambut Alia. Memang dari zaman student dulu mereka berdua champion  lawak bodoh.

Macam ni punya orang pun ada... pelik, pelik. Mesti bad experience yang tak dapat dia lupakan. Anyway, aku tak kisah. Bukannya aku ada pakwe atau kawan lelaki. Kalau bapak aku nak datang KL, dia boleh tumpang rumah Uncle Farid, fikir Fauziah.

" Alia, Fauziah... jemput makan" laungan Kak Liza dari dapur segera menamatkan perbualan mereka.

" Nak Fuyah tolong apa apa ?" soal Fauziah sambil tekun memerhati Kak Liza. Biarlah dia dengan perangai pelik dia, janji tak kacau aku. Lagipun aroma masakan dia buat air liur aku kecur.  

" Tolong makan lah. " ucap Kak Liza dengan senyum lebar.

" Gemuklah Fuyah camni. " sengih Fauziah. " Kak Liza, Fuyah setuju nak sewa bilik tu. Besok  Fuyah angkat barang ya."

Ok..settle. Tak payah tengok muka cemberut Auntie Rose lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 03:56 PM | Show all posts

Reply #31 arijah_08's post

lupa nak jawab

citer ni tak tepek lagi kat TS

smlm jenguk TS - banyak citer baru kat sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2008 03:59 PM | Show all posts

Reply #44 kaypo's post

kalau bukan sivaji , datuk shah rukh khan

tak fikir lagi sapa hero
kena tengok anak bulan
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 04:05 PM | Show all posts
best citer nie...

sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2008 04:09 PM | Show all posts
Fauziah melucutkan kasut tinggi bertumit 2 inci sambil menyandarkan tubuhnya ke dinding. Lenguhnya kaki! Jam tangan di pandang sekilas. Sudah pukul 9.10 pagi tapi belum nampak batang hidung seorang pun pekerja Tapis Engineering.  Pintu dan grill pejabat masih berkunci. Boss declare cuti ker hari ni?

"Dah dekat setengah jam aku tercegat macam tiang lampu kat sini. Ketiak pun dah berpeluh. Kalau aku tahu, tak adalah aku kelam kabut nak keluar pagi tadi sampai tak sempat nak breakfast. Sekarang perut aku dah pedih.Tapi kalau aku pergi makan pastu boss sampai, apa pula dia kata nanti. Hari pertama dah curi tulang." Dia mengomel sendirian

"Ting ting"
Fauziah menoleh ke arah lif. Seorang wanita bertudung bergegas keluar sebaik saja pintu lif terbuka.

" Hi. Adik ni mesti staff baru kan? Saya Suria. Sorry  terlambat hari ni. Jalan jam." katanya   tercungap cungap sambil mengambil segugus kunci dari beg tangan.

" Saya Fauziah. Er... di pejabat ni, pukul berapa mula kerja, kak?" tanya Fauziah sambil mengikut Suria masuk ke dalam. Matanya melingas sekeliling. Dekor berwarna jingga dan putih nampak ceria dan segar.... macam cafe atau restoran makanan segera. Lukisan abstrak menghiasi dinding. Citarasa boss Tapis ni boleh tahan juga.

Suria tersengih" Pukul 9. Tapi boss tak ada hari ni. Faham faham sajalah. Lagipun ramai jurutera pergi ke project site.  Kita kat sini flexible, tak ada punch card semua tu. Dress code pun tak ada, janji tak terlalu sempoi atau sexy. "  

" Okay. Saya tak pasti nak pakai apa. Takut nanti selekeh sangat. Tapi sekarang nampak macam nak pergi kenduri pula" Fauziah tergelak kecil sambil memandang baju kurung ditubuhnya.

"Ha... itu dia Encik Roslan dah sampai. Dia Pengurus Kanan. Kalau boss kita Encik Uzir tu tak ada, Encik Roslan yang in charge"

Fauziah melihat kelibat seorang lelaki yang agak berumur menuju ke bilik hujung. Staff yang lain juga mula sampai, masing masing menjenguk dan jeling menjeling kearahnya. Macam aku ni alien pula. Korek biji mata baru tahu!

" Berapa orang pekerja di sini?"

" Tak ramai, 12 orang saja. Fauziah akan ganti tempat akak. Kesemua pekerja disini lelaki kecuali awak, Ain dan Celine. Jaga jaga Fauziah, awak mesti jadi rebutan. Boss kita pun bujang lagi" Kak Suria berlelucon.

Fauziah cuma senyum. Banyak kisah Uzir Hanafi Datuk Shahrin  sudah di ceritakan oleh sepupunya Farah. Pasti aku selamat. Taste boss tu model, artis,pramugari, socialite dan spesis yang serumpun. Minah kampung  macam aku ni dia tak pandang sebelah mata lah.

" Jom , kita jumpa  Pak Lan. Lepas itu akak kenalkan pada staff lain"

" Pak Lan, ini staff baru kita." Suria memperkenalkannya pada Pengurus Kanan. Fail peribadi Fauziah di letak di atas meja. Kening Fauziah terjungkit . Pak Lan? Encik Roslan ni bersaudara dengan Kak Suria ke?

" Selamat Pagi Encik Roslan" sapa Fauziah penuh hormat.

"Apa khabar, er.. Fauziah Mohd Fadzil." Sapa Encik Roslan sambil meneliti butir peribadi Fauziah. Umur 23 tahun.Lulusan Pengurusan Perniagaan dari  Ohio University , CGPA 3.6. Baru tamat pengajian 2 bulan lalu. Asal dari Simpang Pulai, Perak.

" Khabar baik , tuan" balas Fauziah , terus menundukkan mata. Kena control ayu , beb. Pakcik ni nampak macam alim jer dengan janggut sejemput.

" Tak payah panggil saya tuan. Panggil saja Roslan atau Pak Lan. Di Tapis Engineering ni kita macam keluarga.  Saya yang paling tua di sini." Roslan  merenung gadis manis berbaju kurung  hijau itu. Gadis yang tua sedikit dari anak sulungnya nampak malu.

" Kenapa Fauziah memohon kerja sebagai eksekutif akaun di sini? Dengan kelulusan awak, sepatutnya awak boleh dapat kerja yang lagi baik"

" Er... sekarang ekonomi gawat. Susah nak dapat kerja, lebih lagi saya tak ada pengalaman. Lagipun saya tak memilih kerja. Janji dapat rezeki halal dan dapat menolong keluarga saya di kampung." Macam skrip drama pula jawapan aku.

" Fauziah pernah kerja sebelum ini?"

" Saya pernah bekerja di library dan juga sebagai research assistant di Ohio University. Masa tunggu result SPM dulu saya jadi part time cashier di supermarket Jusco di Ipoh" jelas Fauziah. Dia tak pernah di temuduga untuk dapatkan kerja ini. Maklumlah , anak saudara pada kawan baik pengarah. Uncle Farid cuma memberi sijil  nya pada  Uzir.  Dua minggu kemudian dia mendapat surat tawaran. Beres.

" Awak akan ambil alih kerja Suria sebagai eksekutif akaun dan pentadbiran di syarikat ini. Syarikat ini kecil saja , cuma 12 pekerja termasuk saya dan  Uzir. Suria akan ajar awak segala tugas yang perlu awak lakukan. Dia cuma ada lagi seminggu di sini jadi saya harap awak dapat belajar secepat mungkin . Ada apa apa soalan?"

Fauziah menggeleng. " Terimakasih Encik... er  Pak Lan"  Lega... Pakcik ni nampak baik. Tak banyak songeh. Harap harap boss besar pun macam ini jugalah.

" Kesian budak ni. Asyik angguk angguk, geleng geleng. Nampak innocent pula tu. Kalau kena dengan Uzir yang kepala angin dan egoist tu... entah macam mana" desis Roslan.
...............................................................................................................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 04:24 PM | Show all posts
" Macam mana kerja  setakat ni?" tanya  Suria sambil mencilok di celah celah kereta dengan Myvinya.

" Baru dua hari Kak Su. So far so good. Lagipun sifu ada" Fauziah tersengih sambil menjeling pada Suria. Semua hal berkaitan gaji pekerja, bayaran dari klien,  membeli peralatan pejabat akan menjadi tanggungjawab nya. Banyak tuh!  Tapi dia bersyukur , staf di Tapis semua baik belaka. Mereka rapat seperti keluarga sebab company pun kecil. Namun dia musykil, batang hidung Uzir tak nampak nampak lagi. Kata secretarynya,Ain,  Uzir memang macam itu. Jarang lekat di ofis. Tumpuan nya lebih kepada mendapat client dan kontrak baru.

Hujan menderu turun dengan lebat. Nasib baik Kak Su pelawa hantarkan dia pulang. Fauziah mengerling jam nya. Tepat pukul 6 petang. Sempat ke nak solat Asar? Kereta Kak Su cuma dapat bergerak 50 meter dalam 10 minit. Jam begitu teruk sekali. Suria yang sudah penat menekan minyak mencadangkan mereka berhenti di Hotel Concorde untuk sembahyang.

Usai solat , mereka berdua singgah ke coffee house untuk mengisi perut . Suria mengangkat tangan kepada salah seorang pelanggan yang duduk selang dua meja dari mereka.

" Hah.. Fauziah. Itulah Uzir, boss kita." Bisik Suria sambil menuding jari

Fauziah meneleng kepala ke arah yang di tunjuk. Lelaki berkemeja biru cair itu membelakanginya. Seorang perempuan cantik dan sexy duduk di sisinya. Berasmaradana sakan nampak. Tangan Uzir menjalar di peha gadis bermini skirt itu. Gadis itu pula membelai rambut dan pipi Uzir. Darah Fauziah menyirap. Kalau nak beromen , pergilah cari bilik. Sakit mata aku. Bukannya tak pernah tengok scenario macam ni masa di US dulu, lagi teruk pun ada. Tapi bila orang Melayu yang buat perangai tak senonoh....eeee, getik semacam. Loya pun ada.

" Siapa perempuan dengan dia tu? Macam biasa nampak" Fauziah mengerutkan dahi

" Natasha Nasir. Model iklan Pantene. Cantik kan? Boss kita tu boleh tahan, girlfriend keliling pinggang. Anak orang kaya , hensem pula. Petik jari saja berduyun datang." kata Suria sambil menjuihkan bibir.

Betul lah apa kata Farah.  Patutnya aku ambil gambar Uzir dengan aweknya dan tunjuk pada Auntie Rose. Biar Auntie Rose faham kenapa Farah alergik dengan  pilihan dia itu. Fauziah terus mengalih tumpuan pada kopi panas dan  sandwich tuna  yang baru sampai. Perutnya terus berkeriuk minta di isi.

" Tapi kalau pasal kerja, Kak Su memang respeklah  Uzir tu.  Dia serius dan bersungguh sungguh. Tapis Engineering  dia tubuhkan dengan titik peluh sendiri, guna duit sendiri. Masa dia tubuhkan  Tapis tiga tahun dulu cuma ada 4 pekerja, Uzir, Pak Lan, sorang draughtsman dan akak. Pejabat kami waktu itu cuma ruang kecil di atas rumah kedai. Dia tak macam abang dia si Umar . Yang itu memang teruk. Pemalas. Asyik perabih harta Datuk Shahrin."  Suria membuka cerita. Segala cerita dalam kain keluarga Datuk Shahrin mula di bongkarnya.

" Kak Su rapat dengan keluarga Datuk Shahrin kah?" tanya Fauziah, musykil. Belum sempat Suria menjawab, suara lelaki mencelah

" Hi Kak Su"

Fauziah menoleh. Alamak! Muka Fauziah terus pucat. Hampir tersembur sandwich dalam mulut. Kalau mukanya di toreh setitik darah pun tak keluar. Mata lelaki itu memandang tepat kepadanya tanpa berkelip.

" Apa khabar Uzir? Kenalkan, ini staf baru kita yang nak ganti Kak Su, namanya Fauziah"

Fauziah kelamkabut bangun.Terketar ketar tangan Fauziah menyambut tangan yang di hulurkan. Bibirnya di paksa mengukir senyuman.
" Hi...hi.. Encik U.. Uzir.. " tergagap gagap suara Fauziah. Natasha menjeling ke arahnya dengan bibir yang menipis. Lengan Uzir di pautnya seolah memberi isyarat " He's mine" .

" Nice to meet you" balas Uzir dengan senyum sinis. " See you at the office "
Minah ni anak buah Uncle Farid , sepupu Farah rupanya. Malam tu aku nampak macam bibik. Bila tengok dengan jelas, lawa juga minah ni. Tapi not my type, matanya memandang Fauziah dari atas ke bawah. Blaus hitam lengan panjang dan slacks kelabu yang di pakainya terlalu konservatif.

" Yang awak gabra semacam ni kenapa ? " tanya Kak Su kehairanan selepas Uzir dan Natasha meninggalkan mereka.

" Tak ada apa apa lah Kak. Saya memang kalut sikit kalau berdepan dengan boss. Saya dengar boss  tu  bengkeng." Arghhh... aku kena cari kerja lain. Mesti kena pecat tak lama lagi, Fauziah mengeluh dalam hati.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 04:29 PM | Show all posts
x sabo nak tunggu n3 citer nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 04:42 PM | Show all posts
" Awak dah breakfast, Fuyah?" tanya Firdaus sambil melabuhkan punggung di kerusi kosong depan Fauziah sebaik saja gadis itu sampai.

" Saya dah makan kat rumah tadi. Kenapa? " dia bertanya kembali pada jurutera kimia itu.

" I ada beli nasi lemak extra dari gerai Pak Wan tadi. You nak?"

Fauziah menggeleng. " No thanks. Gemuklah I kalau asyik makan jer " Betul kata Kak Su, ramai nak belanja makan, baik  breakfast, lunch atau minum petang. Serba salah pula rasanya. Kalau tak layan takut orang kata sombong, jual mahal. Kalau di layan , panjang pula cerita nanti.

Fauziah menaipkan user name dan password ke dalam computer. Kemudian terus sign on Maybank internet banking. Pesan Kak Su, hari ini kena buat staff overtime. Kalau terlambat mesti ramai yang bising. Jarinya meluncur pantas atas keyboard. Nasib baiklah website Maybank ni mesra pengguna

" Kenapa nama manja you Fuyah? Tak sesuai lah. I rasa kalau panggil you Jee lagi okay" cadang Firdaus.

" Masa kecil dulu, saya pelat. Fauziah jadi Fuyah.  Mana lah saya tahu nama tu tak glamour. Kalau masa tu saya dah kenal artis artis mesti saya panggil diri saya Jee atau Ogy atau Uji."

Ketawa besar terletus dari mulut Firdaus.

" What is so funny? Share the joke" suara Uzir menerjah gegendang telinga. Mereka berdua terus senyap.
Aikkk... pertama kali aku nampak dia datang ofis. Masuk awal pula tu.  Baru pukul 8.45.

" Awak... er... siapa nama? Joyah? Masuk kejap" perintah Uzir sambil memandang Fauziah.

"Joyah dia panggil aku?? Kenapa pagi pagi nak jumpa aku? Nak pecat aku ke?" Hati Fauziah jadi tak keruan.

............................................................................................................

" Boss, er.. Encik Uzir, saya minta maaf sebab terkasar bahasa masa Encik datang rumah Uncle Farid.. er.. Datuk Farid hari tu. Saya ... saya tak kenal Encik. Lagipun Datuk Farid kata pemandu Datuk Shahrin nak datang hantar kunci . " Fauziah tercegat di depan meja Uzir. Matanya terkebil kebil. Dalam hati dia berdoa. Ya Allah, lembutkan lah hati Uzir Hanafi Datuk Shahrin. Janganlah aku di pecat. Mak dengan Abah tak sempat lagi merasa gaji aku.

" Oh, awak kah yang saya jumpa kat rumah Datuk Farid malam tu. Saya ingat orang gaji Datuk." Sinis nada Uzir.

Fauziah diam tak berkutik.  Tak berani nak mengangkat mata langsung. Peluh dingin mula merembes di celah anak rambut. Senak perut bagai pesalah menunggu hakim menjatuhkan hukuman.

" Berapa balance dalam akaun syarikat? Ranhill dengan PTP dah bayar ?" soal Uzir

Huh? Dia tak pecat aku? Eh silap... dia BELUM pecat aku.

" Joyah.. awak ni pekak kah? Sudahlah kurang asam, pekak pula." Pedih kata kata yang singgah di telinga Fauziah.

" Er... dalam akaun ada RM98, 260. Cek dari Ranhill dah bank in tapi belum clear lagi. Jumlah dia RM32,000.  Saya dah call Encik Arshad dari PTP, dia kata dah hantar cek. Mungkin dua tiga hari lagi sampai, Encik Uzir"

" Expenses bulan ni berapa?"

" Kalau tak termasuk gaji, lebih kurang RM 8, 500. Tinggi sikit sebab kena repair motorsikal  Jim yang kena accident hari tu. Harga minyak pun dah naik."

Uzir  mengurut dagunya. Matanya tak berkelip memandang eksekutif akaun itu. Fauziah berdebar menanti soalan seterusnya. Macam ujian lisan SPM pula.

" Punggung awak ada bisul ke?"

HA? Fauziah tercengang. Apa punya soalan ni? Mukanya merona. Dia menggeleng

" Habis tu kenapa tak duduk?"

Dia pantas menarik kerusi tetamu depan meja Uzir. Memang pun kakinya dah lenguh berdiri. Belum sempat punggungnya mencecah tempat duduk, Uzir bersuara

" Tak pelah.. awak boleh keluar. Buatkan saya kopi. Black with sugar "

Bila Fauziah berpaling ke arah pintu, dia terdengar tawa kecil dari arah Uzir. Sabar jerlah....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 04:47 PM | Show all posts
Thanks arjuna/smiley  
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 05:13 PM | Show all posts

Balas #52 sang_arjuna\ catat

alahai..joyah jadinya...sabor jerlah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 05:40 PM | Show all posts
Hehehe.. lawaklah..Sedap lg Fuyah tu dr Joyah..

Smiley nanti Uzir tu kan hero..kan..kan..kan...

Next...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 06:11 PM | Show all posts
besh... besh...besh....
tepek lg yea.... tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2008 06:23 PM | Show all posts

Reply #55 iem1985's post

uzir jadi hero..haha..besnye..suke watak hero2 smiley ni...gentlemen dan cool..hehe

sian fuyah jadi joyah plak..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 06:32 PM | Show all posts
  lawak ler smiley...

tepek byk2 lagi ye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 12:03 AM | Show all posts
he..he...lawak....lawak....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 06:24 AM | Show all posts
makin best...jgn lupa sambung ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.634504 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list