|
Reply #40 faridali's post
setuju dgn faridali & elle.. sesekali belanja kengkawan dan mereka yg byk berikan kerjasama dalam biz kita.. gi makan-makan kat tempat yg best sket.. sambil makan sambil borak.. yg best mereka yg support saya semua perempuan.. tapi bila buat gathering, suami mereka semua joint sekali.. semua kepala sempoi.. tiap kali jumpa mesti happening.. hubungan bisnes dah bertukar jadi persahabatan..
bila mereka dah kenal kita secara rapat.. tau cara kerja kita dan bagaimana kita secara peribadi.. jika bisnes kita diserang, tanpa diminta kawan-kawan akan bela kita.. time cam ni baru rasa.. betapa pentingnya hubungan kemanusiaan dalam bisnes..
[ Last edited by syikin at 23-10-2008 12:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elle_gogo at 23-10-2008 10:33 AM ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
dari belanja kawan2.. baik kite bersedekah pada pekerja..
berkat doa pekerja tu... insyallah rezeki kita makin bertambah...
tak kiralah belanja kawan ke pekerja ke,asalkan belanja dgn ikhlas
the more u give the more u get |
|
|
|
|
|
|
|
dengan ibu bapa ( wajib ) n adik beradik yg memerlukan....jgn lupa bg..![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak mencelah gak walaupun saya belum buat biz tapi minat gak baca buku pasal biz.
" Being both 'hunter' and 'farmer' is the key to consistency.
maksudnya dalam biz kena buat dua-dua:
1. (hunter) cari client/customer baru
2.(farmer) jaga customer sedia ada(farmer)
baru income sentiasa masyukk... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #50 faridali\ catat
farid dari hari tu elle bertanya.. korang ke china ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #52 faridali\ catat
huihh bagus bagus... borong banyak2 yer dik..
selamat pagi.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
~MENENTANG ARUS~
Kita kembali ke zaman kanak-kanak. Cuaca panas terik tetapi kita tidak mengalah dengan cuaca itu selagi emak ataupun ayah tidak datang dengan rotan.
Hati sudah sakit. Kawan ataupun adik memegang layang layang di hujung sana dan kita akan menarik benang layang layang di hujung sini selepas menjerit, "Hoopp!"Selepas jeritan itulah hati menjadi semakin sakit. Layang layang itu tidak mahu naik sebaliknya menggelongsor ke tanah ataupun senget ke tepi dan terus menerjah pokok. Lebih sakit hati apabila sudah naik sekerat, tiba tiba layang layang itu menjunam ke bawah. Lebih sakit hati apabila layang layang para sahabat berdengung dengung di udara. Bagi menambahkan sakit hati lagi apabila mereka mula memandang kita dengan tersengih sengih ataupun mula mengejek. Bagi melepaskan geram, kita menyalahkan adik ataupun kawan yang melepaskan layang layang di hujung sana tadi." Itulah kamu..."
Main layang layang atau wau perlukana seni dan sains. Dari pada segi sains, layang layang boleh naik keudara jika ia ditarik menentang angin, bukan mengikut angin.
Begitulah juga dalam kehidupan kita hari ini, sama sahajaa dengan seni dan sains menaikkan layang layang. Supaya naik, kita perlu menentang arus, bukan mengikut arus.
Menentang arus ataupun menentang angin ada beberapa kategori. Yang saya maksudkan ialah anda terpaksa menentang arus apabila anda yakin apa yang anda lakukan boleh mendatangkan kejayaan. - Teruskan, jangan pedulikan apa orang kata.
Ingat, Cakap adalah percuma. Kerana ia percuma, maka mereka bergotong royong menjatuhkan atau menggagalkan anda melalui kata kata dan perbuatan. Jika cakap berbayar, tentu tidak terdengar kata kata yang hanya menjatuhkan anda.
Ibarat memanjat pokok kelapa, anda sudah sampai suku bahagian pokok, lalu seorang kawn menjerit, "Kerengga!," Lalu seorang lagi menjerit, "Jatuh nanti". Selepas itu, berderet deret kawan cuba menggagalkan hajat anda dengan kata kata percuma mereka, "Tidak ada yang muda." "Kerja Leceh." "Cari penyakit". dan lain lain lagi. Akhir sekali datang kawan lain menjolok anda. Tidak ada seorang pun yang menggalakan, sebaliknya semua berusaha menggagalkan. Apa tindakan anda? Turun sajalah. Apabila anda turun bermakna anda mengikut arus, bukan menentang arus. Apabila terus memanjat, bermakna anda menentang arus. Layang layang berjaya naik ke udara kerana menentang arus. Bukan mengikut arus.
Di keliling kita ini, di kalangan sahabat sahabat kita adalah arus. Banyak arus. Bukan semua tetapi sebahagian besarnya. Pilihanya hanya ada satu sahaja iaitu sama ada anda mengikut arus ataupun menentang arus. Mengikut arus akan menjadi seperti mereka, seangkatan dengan mereka. Jika anda berani menentang arus, insyallah anda akan meemperolehi apa yang anda hajati.
Apa tujuan mereka menyediakan arus? Mudah! manusia ini tidak pernah sepi dari sifat cemburu. Mereka tidak mahu anda lebih pandai daripada mereka, itu sahaja. Ada pula yang menunjuk pandai, Lebih pandai daripada anda dan menjadi kebanggaan mereka jika anda menurut idea mereeka. Kemudian hari mereka boleh mengatakan, "Aku dahulu itu yang...."
Cuma anda perlu mengigati kepada diri anda sendiri - Arus adalah penting. Arus itu adalah cabaran. Tanpa cabaran, kadang kadang manusia tidak bertindak. Dalam pada itu, sentiasa ingatkan kepada diri sendiri yang anda sama sekali tidak akan hanyut mengikut arus. Apabila anda hanyut, anda akan tersangkut di mana mana. Susah. Kerana itu jangan cari susah. MenenTang arus jika percaya dengan melakukan demikian anda akan sampai ke destinasi, sebenarnya bukan mencari susah. tetapi mencari senang.
"ARUS BUKAN BAGI DITAKUTI. TETAPI BAGI DITENTANG" |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua
waa bes bace artikel motivasi yg korang share sini, even saye pun byak membaca buku dan search kat tenet pasal motivasi, tp ade bbrpa tips yg x pernah jumpe n bes dpt gak amik untuk simpanan...
dan disini kirenyer saye pun nak share ape yg saye suka baca untuk membangkitkan semanagt yg down ...
selain drpd membaca buku2, majalah2 dan search kat tenet sal motivasi matters, saye suka baca buku JANGAN BERSEDIH by Dr Aidh b Abdullah Al Qarni, mungkin ada dikalangan kawan2 yg ade buku nih, tp bg yg tkde saye share sket kat sini ek ...
" Jadikanlah amal perbuatan anda itu ikhlas hanya kerana ALLAH semata-mata dan jangan mengharapkan ucapan terima kasih dari org lain! dan jangan bersedih dan gelisah apabila kebaikan yang anda curahkan kepada org lain justeru dibalas dengan celaan, atau tatkala tangan putih yg anda hulurkan dibalas dengan tamparan yang menyakitkan dan tidak menghargai kebaikan yang telah anda berikan " nih kire motivasi gak kan?? hehe
" Jangan bersedih, anggaplah celaan orang sebagai angin lalu "
Tidak akan meluap ombak laut
sampai membahayakn
hanya kerana lemparan kerikil seorang budak kecil -> renung2 kanlah
selamat membaca .. nanti saye share lagi kk .. banyak lagi yg bes2
selmat bermotivasi dan menghidupkan aura positif dalam diri ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku tahu realitinya camna irfan bleh jadik kaya dari semasa dia belajar UK dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
realiti ape tuh ... nape die leh jadik kaye? |
|
|
|
|
|
|
|
Pra pelancaran
Dengan membuat sesuatu yang orang belum buat!
Jika tidak boleh:
Buat sesuatu yang orang sudah buat tetapi pastikan ia jauh jauh jauh jauh jauh lebih baik!
Lupakan laporan percuma, ebook percuma dan sehingga satu tahap, audio dan video percuma. Push the bar higher, kick the ball farther. Try to think outside the box. Buat ia meletup dengan betul-betul meletup.
(kami teringin untuk menjadi sebahagian dari Event of The Year di dalam industri Internet Malaysia, tetapi sayangnya tidak ada launch yang betul-betul ooomphh untuk dipanggil event of the year yang telah dilancarkan dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Saya mencabar pembaca blog ini, rancang event of the year anda betul-betul dan kami lebih dari sudi untuk membantu!)
HINT: Kita di Malaysia ini sangat untung kerana kita ketinggalan sedikit dari industri perniagaan internet luar negara. Jadi jika anda tidak berapa kreatif dan tidak ada idea yang banyak, lihat dan survey 揼uru-guru |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #58 adm1n\ catat
huihhh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|