|
kalau langgar Kancil mcam mane? Besar gilerr! |
|
|
|
|
|
|
|
lawa gak, tunggu tabung ayam penuh baru bole order sebijik... |
|
|
|
|
|
|
|
blakang mcm gen 2 jer... heheh |
|
|
|
|
|
|
|
[img]http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://elviza.files.wordpress.com/2007/02/proton-gen-2.jpg&imgrefurl=http://elviza.wordpress.com/2007/02/27/the-ailing-proton-berhad/&h=434&w=650&sz=40&hl=en&start=6&usg=__D6b0zfvlIHUabF3wYTFgP9O0z_Y=&tbnid=n_Sth_FK82wxVM:&tbnh=91&tbnw=137&prev=/images%3Fq%3Dproton%2Bgen%2B2%26gbv%3D2%26ndsp%3D20%26hl%3Den%26client%3Dfirefox-a%26rls%3Dorg.mozilla:en-USfficial%26sa%3DX[/img]
[ Last edited by acura at 26-8-2008 02:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
BMW X6 menggegar jiwa
Oleh JOHARDY IBRAHIM
INDUSTRI automotif Jerman memang berada pada kelas yang tersendiri. Tiga pengeluar utama negara tersebut iaitu BMW, Mercedes-Benz dan Volkswagen saling beradu teknologi, kreativiti dan kepakaran untuk menghasilkan kenderaan yang tercanggih, terpantas, paling selamat, paling menjimatkan dan sebagainya.
BMW terutamanya, sudah memiliki asas kukuh dalam segmen kenderaan utiliti sports menerusi model BMW X5. Namun, ia tidak sesekali menghalang syarikat itu untuk menghasilkan pula model BMW X6 yang diklasifikasinya sendiri sebagai Coupe Aktiviti Sports (SAC) yang pertama seumpamanya.
Menggabungkan ciri-ciri yang terbaik dari dua dunia automotif eksklusif, BMW X6 adalah contoh dinamik pemanduan terbaik, yang digabungkan di dalam satu pakej Coupe yang menawan. BMW Malaysia menawarkan model BMW X6 xDrive35i yang akan disusuli oleh variasi lain menjelang tahun 2009.
Ia merupakan interpretasi inovatif dari segi penampilan dan kualiti reka bentuknya, menggabungkan ketangkasan Coupe dan kemampuan penguasaan pelbagai jenis bentuk muka bumi yang terdapat pada BMW X.
BMW telah menjual sebanyak 6,082 buah unit X6 di seluruh dunia walaupun baru sahaja melancarkan kereta tersebut pada Mei lalu di Spartanburg, Amerika Syarikat. Mengambil kira jumlah jualan sedunia yang melebihi 1.1 juta kenderaan terjual semenjak pelancaran pasaran BMW X5 yang pertama pada tahun 1999, model BMW X telah memberi sokongan yang kuat dan berjaya mengukuhkan kedudukan BMW di dalam segmen SAV/SUV.
BMW X6 dilengkapi dengan teknologi pemanduan kesemua tayar BMW xDrive pintar dan merupakan kenderaan pertama di dunia yang menawarkan Kawalan Prestasi Dinamik yang memberikan ketangkasan unik, kestabilan penjejakan, ketepatan dan daya cengkaman dalam setiap situasi.
Kepelbagaian pengagihan kuasa pemanduan dipastikan bukan sahaja di antara gandar depan dan gandar belakang melalui xDrive, tetapi juga melalui Kawalan Prestasi Dinamik di antara kedua-dua tayar di bahagian belakang. Ini mengekalkan fungsi penstabilan yang terbaik walaupun semasa terjadinya perubahan bebanan secara mendadak.
Konsep bertema "Kawalan Prestasi Dinamik" adalah definasi bagi sistem mekatronik yang berfungsi untuk mengagih kuasa pemanduan secara berterusan kepada tayar belakang tanpa mengira output enjinnya. Untuk memberikan kesan pemanduan tersebut, sistem ini digabungkan dengan dua set gear superimposed dan dua brek pelbagai-plet yang dikawal secara elektronik, yang berfungsi untuk memberikan kawalan pengagihan kuasa pemanduan secara berterusan berbanding agihan kuasa pemanduan secara sekata ketika memandu di jalan yang lurus.
Keistimewaan yang dibanggakan melalui pembangunan teknologi BMW yang unik ini ialah buat kali pertamanya sistem ini berupaya untuk mengagihkan kuasa pemanduan secara aktif walaupun ketika berada pada mod overrun dan kedudukan klac yang bebas.
BMW X6 xDrive35i menawarkan enjin petrol enam-silinder dilengkapi dengan teknologi Turbo Berkembar dan sistem Injeksi Berkejituan Tinggi yang berupaya menghamburkan 225 Kw/306 bhp, menggabungkan keupayaan pengeluaran kuasa yang tinggi dengan pengunaan minyak yang efektif (hanya 12.1 liter /100 km). Kesemua enjinnya dipertingkatkan kepada transmisi automatik enam kelajuan menggunakan pilihan sistem penukaran gear melalui laras penukar gear elektronik atau melalui penukar gear paddle pada stereng kereta ala F1.
Menampilkan bentuk tersendiri dan mewah, BMW X6 berbangga dengan penampilan Coupe aslinya. Ia mampu menempatkan pemandu dan penumpang di sebelahnya termasuk juga dua penumpang di bahagian belakang. Ia memiliki rupa bahagian hadapan yang menarik dan sporty dengan ruang kemasukan angin yang besar, jaluran tepi yang dipanjangkan, pengurangan pencemaran, lengkungan tayar yang menawan dan bahagian tengah yang tinggi menampilkan ciri reka bentuk dan gaya yang serupa dengan model BMW X yang lain.
Bahagian dalaman BMW X6 menawarkan kombinasi unik kemewahan eksklusif, dinamik sport dan rekaan yang mempamerkan kekuasaannya pada setiap sudut. Reka bentuk permukaan yang berkualiti tinggi dan canggih menjadikan bahagian dalamannya satu pengalaman yang tidak ternilai dari setiap aspek sentuhan dan pandangan.
Seperti juga model BMW X yang lain, Sports Activity Coupe yang baru ini turut menawarkan posisi kedudukan penguasaan pemanduan boleh laras yang memberikan pemandu perasaan lebih selamat dan lebih berkuasa di dalam BMW X6. Coupe empat pintu ini juga didatangkan dengan ruangan simpanan barang boleh laras yang besar (570-1420 liter/20.0-50.8 cu ft).
Didefinisikan melalui tahap peningkatan yang tinggi dari segi ketangkasan dan kestabilan yang unik, BMW X6 turut dilengkapi dengan perkakasan prestasi yang standard seperti teknologi pemanduan kesemua tayar BMW intelligent xDrive, Pengawalan Penstabil Dinamik, Stereng Aktif dan Pengawalan Prestasi Dinamik.
Struktur kerangka badan BMW X6 dibentuk dan direka untuk menjamin keselamatan penumpangnya pada tahap maksimum. Digabungkan dengan sistem keselamatan kereta yang pasif, ia memenuhi kesemua pra-syarat ujian kemalangan dengan keputusan yang cemerlang. Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah lampu sorot bi-xenon berkembar dilengkapi dengan fungsi lampu siang hari, lampu kabus, lampu brek dua peringkat dan tayar kalis kebocoran.
Perkakasan standard termasuklah BMW iDrive dengan butang peribadi, pemain CD yang boleh dipadankan dengan MP3, soket AUX dalaman standard, sistem audio Hi-Fi pelbagai rangkaian, penyaman udara automatik 4-zone, kamera untuk mengundur, sistem navigasi, Head-up Display (HUD), Lampu sorot adaptif, Bluetooth, ruangan kemasukan yang selesa, bumbung kaca elektrik, operasi Tailgate automatik, dan kerusi sport .
Harga pasaran (di atas jalan, tanpa insuran, termasuk servis BMW + baik pulih) bagi BMW X6 xDrive ialah RM698,800.00
BMW X6 dikeluarkan khas di kilang BMW Spartanburg di South Carolina, Amerika Syarikat, bersama model BMW X5 dan BMW Z4.
holy moley guacamoleyy more than half mill??? terkejang jap aku tengok rega bmw x6 nih... tapi tu ler pasai.... kalu ler dapat hadiah sebijik... aku rela do anything.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku minat gile x6 ni...
hari tu tgk kat hiway..kaler merah..fuuhh...
berape ek rege x6 skrg?. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 49# bungarose
kalau recond dalam 600k |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 50# ambok
oOOo..tgk pic x6 ni rupe2 nye..tmpat duduk belakang hanya ada 2 seat..bukan mcm biase bleh duduk 3 org. ade divider kat tgh2... xpraktikal la plak kalau kete mahal2 n besar bodynye..naik 4 org je. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ambok
oOOo..tgk pic x6 ni rupe2 nye..tmpat duduk belakang hanya ada 2 seat..bukan mcm bia ...
bungarose Post at 22-6-2010 15:58
yg kat tengah2 tu bukan divider, hehe..dia boleh di angkat masukkan semula ke belakang, saja je dia letak divider tu utk display, sama juga mcm 5 series, 6 series pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm....siyes tak lawa X6 nih....lawa lagi Harrier...masa ada spyshots dedulu pun dah tak berkenan d ...
tossee Post at 22-8-2008 10:01
adehh.. x6 lebih lawa, dia panjang sikit dr harrier baru, |
|
|
|
|
|
|
|
bos aku ada pakai keta nih.
apa yang aku buleh cakap, keta ni memang besau giler!! |
|
|
|
|
|
|
|
boleh makeup jadi ni
|
|
|
|
|
|
|
|
hehe. xsama langsung .. tahap ketinggian dia pun lain |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang my dad tgh pening...
mau angkat X6 atau F10 535i...
dua-dua engine sama... aku tgh racun dia suruh amik 535i F10 tu...
X6 ni mmg tgh glamour sekarang, tapi lagi 1-2 tahun, mesti org dah jemu tgk design dia... macam kes Merc CLS... dulu bila keluar, sume org respect... skrg, org dah boring... kira dah obsolete design dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 58# BSundayB
sruh amik x6 la...cantik siott....:p |
|
|
|
|
|
|
| |
|