|
oh bangganya aku melihat thread johor fc berada di puncak ini..
:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
senyap je JFC nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Johor FC..
Skuad johor tu tang2 ni pun belum mampu bangkit lagi. Mmg kite hrpkn Jhr FC lah!!
Ingt lg time 80-an. Klu men kt Larkin tu, org kampung aku petang tak ramai yg main bola sbb gi rombongan gi larkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
herm aku igt zaman2 abbas saad ngan alistair edward..
pak aku walaupun tadak live kat tv, sanggup dok tepi radio tuh..
but now, ada live pun dia xmo nengok dah..
lupa diri tul |
|
|
|
|
|
|
|
'Pengajaran buat Pahang'
Oleh Asrol Awang
[email protected]
KEKURANGAN pengalaman jelas memberi kesan kepada skuad Pahang yang tewas 2-3 kepada Johor FC kelmarin namun jurulatihnya, Tajuddin Nor percaya ia adalah pengajaran berharga buat pemain dalam meneruskan cabaran di Liga Super musim ini.
揝aya akui pengalaman pemain Johor FC membolehkan mereka mencipta kemenangan walaupun pada satu ketika ketinggalan dua gol.
揟api saya percaya kekalahan ini akan memberi pengalaman berharga kepada pemain saya agar lebih bersedia dan tidak mudah berasa selesa sebelum perlawanan berakhir.
"Ini dapat disaksikan ketika selesa mendahului 2-0, pemain gagal mengekalkan rentak hingga memberi ruang kepada lawan mencipta kemenangan.
揝ebenarnya, prestasi kedua-dua pasukan agak sama tetapi kurangnya pengalaman dalam liga berprestij memudahkan Jojor FC menidakkan peluang Pahang meraih kemenangan sulung," katanya.
**3 mata untuk JOHOR FC |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramlan kecewa Johor FC tampak goyah
Oleh Rizar Mohd Noor
[email protected]
WALAUPUN Johor FC berstatus pasukan ketiga terbaik dalam saingan Liga Super musim lalu, aksi kelmarin nyata mengundang seribu persoalan sama ada skuad bimbingan Ramlan Rashid sudah bersedia menghadapi perlawanan seterusnya.
Keputusan seri 2-2 ke atas Pulau Pinang tidak seharusnya berlaku pada perlawanan di laman sendiri, namun sikap pemain Johor FC yang tampak masih goyah bagaikan merungkai segala persoalan kemampuan sebenar kesebelasan utama skuad itu yang jelas masih belum mantap sepenuhnya.
Senario itu nyata mengundang kekecewaan buat Ramlan yang mengakui betapa persembahan anak buahnya tidak menjadi, malah langsung gagal berfungsi terutama di posisi tengah yang jelas kelam kabut.
"Saya hairan kenapa pemain Johor FC begitu lemah sehingga membuka ruang kepada lawan mudah menjaringkan gol penyamaan tatkala sudah mendahului di awal perlawanan, |
|
|
|
|
|
|
|
hehe
cayalah JFC
main 10 org je tuh...
:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Ape cer terbaru..??
Ari tu gua predict dua game Lebah..dua2 kalah...
Cpt betul pancit dan pancutnye...:kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Barisan pemain baru Lebah belum serasi
Oleh Rizar Mohd Noor
[email protected]
UJIAN pertama Johor FC dengan membariskan tujuh muka baru dalam skuad itu tampak kurang menyerlah selepas tewas 3-5 kepada Pos Malaysia, baru-baru ini. Namun, jurulatih Azuan Zain tidak panik.
Selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga keempat serta layak ke separuh akhir Piala Malaysia, skuad bergelar Lebah tetap optimis mampu mencipta keputusan terbaik tatkala saingan liga menyingkap tirai 15 Januari ini.
Kehadiran bekas kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya dan Mohd Rahman Zabul selain diperkuat kelibat penyerang Perak, Shahrizal Mohd Saad dan juga dua pemain Johor, Mohd Irfan Abd Ghani serta Mohd Radzi Jasman menjadi pertaruhan terbaik Azuan “ Kombinasi pemain belum serasi terutama bahagian pertahanan yang agak kelam kabut selain posisi tengah gandingan Rezal dan Khairul Ismail juga masih tidak berkesan.
“ Saya tidak gusar dengan kegagalan pemain baru menyesuaikan diri kerana masih ada tempoh kurang sebulan untuk membentuk kesebelasan mantap menerusi beberapa siri perlawanan persahabatan yang dirancang.
“ Rezal dipilih sebagai kapten pada musim baru memandangkan dia memiliki pengalaman sama ketika menyarung jersi Negeri Sembilan, ” katanya.
Beliau juga mengakui corak permainan yang diterapkan ketika tewas kepada Pos Malaysia iaitu 4-4-2 tampak kurang berkesan tatkala pemain hilang fokus dan gagal berfungsi dalam satu pasukan.
Katanya, formasi berkenaan dalam proses percubaan dan belum pasti dipraktikkan atau menukar corak permainan berbeza apabila melayani kunjungan Majlis Perbandaran Muar dalam aksi persahabatan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, petang ini.
“ Perlawanan ini penting kerana saya akan cuba formasi baru untuk mencari kesesuaian terutama di posisi pertahanan dan tengah, ” katanya.
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 24-1-2011 16:42
Johor FC Kit 2011
Kika ? JKiNG ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Azuan terselamat
Oleh Rizar Mohd Noor
[email protected]
STATUS Azuan Zain selaku jurulatih Johor FC masih kekal berikutan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah ketika timbul ura-ura pihak pengurusan ingin mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincang kedudukan pembimbing skuad bergelar Lebah itu.
Dua kekalahan lalu nyata mengundang rasa kurang puas hati pihak pengurusan selepas dipalit kekalahan mengejut kepada Perak 1-0 sebelum diaib Kelantan 4-1.
Namun, tindakan berani Azuan mempertaruhkan barisan tempang ketika beberapa tonggak masih dibelenggu kecederaan kembali melonjakkan keupayaan bekas pertahanan Johor itu yang mampu mencorakkan kemenangan berharga buat Johor FC.
Azuan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kedudukannya selaku jurulatih Johor FC yang agak terumbang-ambing.
“ Saya beri komitmen tinggi untuk membentuk barisan mantap walaupun terpaksa berdepan masalah kecederaan dan belum mampu membariskan kesebelasan utama mengharungi saingan Liga Super.
“ Tiga mata diraih amat bermakna selepas tewas dua perlawanan lalu, ” katanya.
Azuan berkata, rombakan kecil terpaksa dilakukan untuk memantapkan barisan Johor FC selepas menyenaraikan Azizan Baba di posisi tengah manakala Eddy Helmi Manan mengetuai serangan sambil Mat Saiful Mohamad menguatkan benteng pertahanan.
Beliau menegaskan, kelibat ketiga-tiga pemain tidak diturunkan ketika menentang Kelantan kerana kurang cergas namun menggunakan khidmat mereka ketika menentang Sabah.
Azuan berkata, rombakan kecil terpaksa dilakukan untuk memantapkan barisan Johor FC selepas menyenaraikan Azizan Baba di posisi tengah manakala Eddy Helmi Manan mengetuai serangan sambil Mat Saiful Mohamad menguatkan benteng pertahanan.
Beliau menegaskan, kelibat ketiga-tiga pemain tidak diturunkan ketika menentang Kelantan kerana kurang cergas namun menggunakan khidmat mereka ketika menentang Sabah.
“ Tumpuan kini terarah membuat persiapan saingan Piala FA menentang SPA FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Sabtu ini, ” kata Azuan.
- Harian Metro -
|
|
|
|
|
|
|
| |
|