|
di sesetengah negara maju, dlm kawasan bandar tak diwajibkan pakai tali pinggang coz speed limit dlm city area hanya 30-40km/j. Kalu on freeway, wajib pakai bagi pemandu dan juga penumpang. Baby dan kanak2 pula perlu dipakaikan baby/child seat. Utk tujuan keselamatan, ini merupakan satu langkah yg wajar di sokong.
Yg menjadi kurangnya sokongan terhadap peraturan ini di Malaysia ialah...kita org anak ramai ..satu seat belt kena kongsi ikat dua anak baru cukup |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #42 d34n's post
ni bas express kott..
hok yg gi kelantan tu.. banyak eksident tu gamaknyerrr...
utk overcome pasengger tercampakkk campak di tengah jlnnn... huhuhuhuhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #43 takumi86's post
aku pun fikir cenggitu gakk..
kalo naik rapid kl tu pun kena pakai seatbealt, tatau la nak kate.... |
|
|
|
|
|
|
|
topi keledar kena pakai tak masa drive?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mexz at 16-4-2008 01:35 PM
alah kat kedai aksesori ade jual talipinggang keledar nih..cuma perlukan duit ajer
Haku punya......tali yg kat pilar tu ada, tapi......yg kat bawah tu tadak. Kedai ada jual jugak ker kalau nak pasang yg bawah jer? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #46 Belimbingtm's post
alah..kalo dah ade yg kat pillar..xyah le lagi yg kat bawah tuh..melainkan ko sajer2 nak tambah...
btw ko pakai keter apa?
dan x salah aku..hanya kereta buatan tempatan dari tahun 1995 keatas aje yg wajib psg mender nih( kecuali kancil dan kenari dari yg dibuat dari tahun 1998 hingga 2004) |
|
|
|
|
|
|
|
so cmna? sape dah start kene saman tolong info ek..hee.. |
|
|
|
|
|
|
|
1 Januari 2009...pakai tau....
Ramai tidak tahu tarikh wajib pakai tali pinggang belakang
KUALA LUMPUR: Sebanyak 80 peratus pengguna jalan raya tidak mengetahui langsung tarikh penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar penumpang bahagian belakang kenderaan yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2009, walaupun pelbagai usaha pihak berkuasa giat menjalankan kempen bagi memupuk kesedaran itu.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh, berkata statistik yang keluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), mendapati pengguna ini tidak sedar mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang walaupun kerajaan sudah mengumumkannya.
“Inilah yang kita kenal pasti hasil daripada kajian ini, sama ada pengguna masih belum tahu atau ingkar mengenai peraturan ini. Justeru, langkah penguatkuasaan undang-undang akan ditekankan apabila tarikhnya tiba kelak.
“Sebelum tarikhnya pada hari esok ( hari ini) kita akan mula mengira selama 60 hari bagi permulaan kempen ini di mana amaran keras akan diberikan sebelum tindakan undang-undang diambil pada tahun depan ,” katanya ketika hadir di majlis bersama media 60 hari menjelang penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang di Plaza Tol Mines Sungai Besi, semalam.
Katanya, menerusi kajian itu mendapati hanya 60 peratus saja pengguna akan memakainya apabila tarikh penguatkuasaanya bermula pada tarikh yang dinyatakan. |
|
|
|
|
|
|
|
igt da start |
|
|
|
|
|
|
|
Kelonggaran pakai tali pinggang keledar belakang
KUALA LUMPUR 25 Nov. – Kementerian Pengangkutan akan memberi kelonggaran dalam penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2009.
Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, kelonggaran yang akan diberikan ialah penumpang keempat di tempat duduk belakang tidak akan disaman sekiranya tidak memakai tali pinggang.
‘‘Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang tidaklah seketat seperti di negara maju kerana kerajaan sedar bahawa penduduk negara ini mempunyai anak yang ramai.
‘‘Kelonggaran akan diberikan kepada penumpang keempat daripada memakai tali pinggang keledar memandangkan tempat duduk belakang hanya mempunyai tiga set tali pinggang keledar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi kementerian pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tee Keat bagaimanapun menegaskan, kelonggaran itu tidak bermakna pemilik kenderaan persendirian boleh membawa seramai mungkin penumpang di tempat duduk belakang.
Kementerian katanya juga berharap, tindakan membawa penumpang berlebihan tidak menjadi amalan para pemilik kenderaan persendirian.
‘‘Kelonggaran tersebut hanya diberikan kepada penumpang keempat, tetapi kalau kenderaan itu membawa lebih penumpang, pemandu boleh dikenakan saman kerana membawa penumpang berlebihan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
berapa harga utk pasang seat belt ehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Klu naik taxi, gue mesti pakai seatbelt kt belakang...
Tak caya lah dorang bw keter melayang2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta bawa penumpang keempat di belakang boleh disaman 02/12/2008 5:30pm
KUALA LUMPUR 2 Dis. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #54 zzcbr's post
anak ramai... kena la beli bas... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau orang ahli keluarga ramai. Disuruh setengah naik kenderaan awam setengah naik kereta. Cuba bayangkan berapa kos nak tanggung kalau keluarga besar nak travel.
Jangan samakan dengan negara maju. Ahli keluarga mereka biasanya kecil. Taraf hidup mereka tinggi. Nak beli kenderaan MPV pun mampu.
Bandingkanlah dengan Thailand, Indonesia, Filipina.
Kita tengoklah kesannya pada ekonomi negara nanti. Kalau orang dah tak nak keluar rumah. Pasti kurang berbelanja. Pertumbuhan ekonomi negara yang lembab ni pasti akan merudum lagi.
[ Last edited by harubiru at 3-12-2008 09:18 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Syor tangguh tali pinggang belakang
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Cuepacs meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang berikutan penguatkuasaan dasar itu akan menyusahkan golongan berpendapatan rendah.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah, berkata pelaksanaan dasar itu sehingga menyebabkan muatan kereta penumpang perlu dihadkan kepada lima orang, bukan saja tidak adil malah membebankan kebanyakan rakyat negara ini.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya melakukan kajian menyeluruh termasuk membabitkan aspek sosiol rakyat sebelum apa-apa dasar berkaitan kepentingan mereka dilaksanakan.
“Rakyat negara ini terpaksa bersesak dalam satu kenderaan bukanlah disebabkan mereka suka dengan keadaan itu tetapi disebabkan kemampuan terhad untuk membeli kenderaan lebih besar di samping tahap pengangkutan awam negara ini yang masih tidak memuaskan, menyebabkan mereka tidak mempunyai pilihan lain,” katanya.
Semalam Berita Harian melaporkan kerajaan akan mengehadkan jumlah muatan kereta penumpang kepada maksimum lima orang termasuk pemandu mulai 1 Januari depan berikutan pelaksanaan dasar pemakaian tali pinggang keledar penumpang belakang.
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh dilaporkan berkata, penguatkuasaan dasar satu kereta untuk lima orang itu dibuat dengan alasan hanya tiga tali pinggang keledar dipasang bagi penumpang belakang sesebuah kereta.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman ketika dihubungi berkata, langkah kerajaan mahu mengehadkan jumlah muatan kereta penumpang akan menyebabkan golongan pendapatan rendah hidup lebih tertekan.
“Kerajaan seharusnya memberi taklimat kepada persatuan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) bagi menyatakan kewajaran polisi berkenaan sebelum melaksanakannya supaya kami dapat menjelaskan kepada ahli alasan polisi itu perlu dilaksanakan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan tidak berhasrat denda penumpang keempat tidak pakai tali pinggang keledar
05/12/2008 5:30pm
KUALA LUMPUR 5 Dis. — Kerajaan tidak berhasrat mendenda penumpang keempat di tempat duduk belakang kenderaan persendirian yang gagal mematuhi arahan memakai tali pinggang keledar, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Kerja Raya (JKJR) Datuk Suret Singh. Katanya timbul kekeliruan di kalangan orang awam terhadap laporan tindakan saman terhadap penumpang yang gagal mematuhi arahan memakai tali pinggang keledar tempat duduk belakang.
“Tindakan berkenaan tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini dan tidak akan dikuatkuasakan kerana ia hanya akan membebankan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Advokasi di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Suret berkata kajian Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia mendapati hanya terdapat antara lima ke sembilan peratus sahaja pemandu kenderaan di seluruh negara membawa penumpang melebihi tiga orang di tempat duduk belakang.
Pemakaian tali pinggang keledar di bahagian tempat duduk belakang kenderaan persendirian akan diwajibkan pada 1 Jan depan, katanya.
Tiga syarikat pengeluar jenama Proton, Honda dan Perodua akan memberikan perkhidmatan pemasangan tali pinggang keledar belakang secara percuma bagi kenderaan jenama masing-masing, kata Suret.
Pengecualian pemakaian tali pinggang belakang hanya diberikan kepada kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Jan 1995.
Para pemilik kenderaan boleh mendapat maklumat lanjut pemasangan tali pinggang keledar dengan menghubungi pengedar kenderaan masing-masing atau melayari laman web www.panducermat.org.my
— BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
aku baru terperasan.... keta aku ada dua je seat belt blakang.... hampesss |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by geng_tx at 5-12-2008 08:28 PM
aku baru terperasan.... keta aku ada dua je seat belt blakang.... hampesss
pasang tali pinggang seluar cap buaya pun bleh gak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|