CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KBRExtreme

Jelajah royal belum

 Close [Copy link]
Post time 22-4-2008 05:45 PM | Show all posts
Originally posted by teratai_kristal at 22-4-2008 03:36 PM
teatai prefer june..
sbb mei tu cuti sekolah..ada kenduri kawin...
kang x ngaku sedara plak..
org kenduri teratai g camping!!



kalu gitu 14-16June la... so ok KBR...  date dah ada...so apa langkah seterusnya.. i tak sabar ni.. dah la nomination i ke G KK  tak lepas.. dapat gi Belum jadila..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2008 05:49 PM | Show all posts
Btw geng.. i interested yg ni ye.. yang water rafting tu nanti dulu boleh tak...at this moment  i nak tenangkan fikiran....

BACK 2 NATURE &ADVENTURE @ TAMAN NEGARA BELUM

3 HARI 2 MALAM

Hari 1:

9.00 pagi:
Tiba di jeti Banding , Taklimat dan menaiki bot ke Royal Belum
Singgah di Air Terjun Sungai Ruak ,menyelusuri trek Rafflesia dan
mandi-manda.
Meneruskan perjalanan ke Kem Papan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2008 06:55 PM | Show all posts
wokess..akan ku pastikan ketenangan tu diperolehi di sana..hehe

baru2 ni ada krisis gak kat h.belum..bukan krisis apa pun..ntah makhluk mana pi masuk belum pakat memburu...kena tangkap then jab. hutan hold permit la..nasib baik dah open smula..tapi tak leh wak masuk senapang skali...ada geng2 kat sini yang plannak bawa senapang skali ke? hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2008 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by serimelur at 22-4-2008 05:49 PM
Btw geng.. i interested yg ni ye.. yang water rafting tu nanti dulu boleh tak...at this moment  i nak tenangkan fikiran....

BACK 2 NATURE &ADVENTURE @ TAMAN NEGARA BELUM

3 HARI 2 MALAM

H ...


me too serimelur..
memerlukan ketenangan total...

14-16 june tu da ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2008 08:51 PM | Show all posts
teratai n d geng..ehmm 14-16 jun actually ada grup paintball teambuilding kat gopeng..kalau minggu depannya ok tak..20-22 Jun. buat masa ni..tarikh tu kosong lagi..kalau 27-29 Jun tak dapat sebab bawak grup mencandat sotong kat terengganu..ataupun..kalau tarikh tu je u all ok takpelah..saya akan pastikan teratai n d geng menikmati keindahan belum..grup teambuilding tu mintak member grup handlekan
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 10:54 AM | Show all posts
20-22 pun ok je..
teratai so far takde plan bulan june..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2008 02:15 PM | Show all posts
Originally posted by teratai_kristal at 24-4-2008 10:54 AM
20-22 pun ok je..
teratai so far takde plan bulan june..



ok.. i br check tarikh tu pun ok gak... kasi book la kalau orkid ok.. mana orkid ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 04:19 PM | Show all posts
aku ok.... apa2 hal PM aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 05:21 PM | Show all posts
wokess geng..set!kita book tarikh tu..kalau ada member2 lain nak pi leh ajak skali..OK GENG...SET!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 05:40 PM | Show all posts
so apa langkah seterusnya KBR? brapa kosnya? nak kena bayar deposit dulu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 08:44 PM | Show all posts
Menjejak khazanah Royal Belum
Oleh Intan Mas Ayu Shahimi


[table][tr][td][/td][td]KALI pertama mendengar siulan burung yang terkenal dengan nama 慴urung ketawa
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 08:26 AM | Show all posts
kbr... my fren maybe nak ikut..tp nak tau la details..berapa kos, transport dsb...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 01:26 PM | Show all posts
baper hengget ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 02:03 PM | Show all posts
hehe..thanks masukkan berita..jap lagi aku update info pasal belum ni..now tak sempat ada keje jap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 09:28 PM | Show all posts
Pakej 3  Hari 2 Malam.

Pengangkutan:
Pengangkutan dari KL

Bas
- Naik Bas KL - Grik dari Hentian Duta. Pihak kami akan menunggu di Hentian Bas Grik

From                 :Kuala Lumpur
To:Grik
Distance:370 KM
Duration:4:30 Hour(s)
               
                                                               
Class                   :Economy
Time:9:00am, 4:00pm,10:00pm
Fare (Adult):RM 23.30
Fare (Children):RM 11.70
Departure Terminal:Kuala Lumpur : Hentian Duta, Jalan Duta, Persiaran Duta
Phone : +603 - 62014970
Arrival Terminal:Grik : Kaunter No. 1, Hentian Bas Grik, Jalan Intan
Phone : +605 - 7913931


Bagi yang memandu sendiri:
Dari KL/ mana2 destinasi anda, terus ke Kuala Kangsar. Dari Tol Kuala Kangsar, ikut papan tanda menghala ke Grik. Highway dah siap so terus je ke Grik/ Kota Bharu. Dah sampai Pekan Grik, kita akan tunggu kat situ atau kalau nak teruskan perjalanan gak, hala terus Banding/ Kota Bahru..then nampak je Tasik Banding leh stop kat hentian sebelah resort banding tu..nanti kita jumpa kat situ

harga pakej bergantung kepada bilangan peserta Average harga dari RM265 hingga ke RM 360. Harga adalah termasuk Penginapan (khemah), Makan Minum, Pengangkutan (Bot), Guide, Urusan permit ke royal belum.

aku akan bgtau latest info tentang harga dalam minggu ke2 Mei ni, kalau geng cari ni tak ramai, kita akan join dengan group lain. apa2 pun aku akan pastikan harga terbaik utk korang..

Esok cuti Hari Pekerja aku pusing Tasik Banding. Gi Mancing ikan dengan grup mancing..sape nak join JOM!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:09 PM | Show all posts
Pulau Banding bagai syurgaOleh Sarah Zulkifli

Jejaki jenut di belantara






JIKA anda inginkan suasanadamai, jauh dari hiruk pikuk yang menganggu ketenteraman, Pulau Bandingadalah destinasi yang tidak boleh dipinggirkan, khususnya bagi pencintaalam semula jadi.

Pulau Banding yang terletak di utara Perak bersama 20 pulaukecil di Tasik Banding dan menjadi pintu masuk ke Hutan Diraja Belum,satu daripada hutan simpan yang masih kekal terpelihara.

Peluang penulis menjadi penghuni selama dua malam di Pulau Bandingdalam program yang dianjurkan Syarikat Emkay memberikan peluang untukmenikmati keindahan alam semula jadi dan anugerah ciptaan Ilahi.

Bunyi kicauan burung dan nyanyian unggas rimba cukup memberi ketenanganberbanding seharian suntuk di kota yang bingit dengan deruan enjinkenderaan.

Pulau Banding adalah anugerah untuk negara ini danjika diberi promosi secara agresif, tidak mustahil kawasan ini bolehmenjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang meminati konseppelancongan-eko.

Seramai 30 wakil media massa dibawa dari ibukota dalam perjalanan kira-kira tujuh jam ke Pulau Banding. Kamisinggah di Rumah Rehat Gerik yang menjadi lokasi penginapan sepanjangprogram.

Ekspedisi bermula dengan menaiki bot di Jeti Awam.Penulis bersama rakan wartawan dibawa 'jalan-jalan' di sekitar PulauBanding kira-kira 40 minit bagi melihat alam semula jadi yang masihkekal dara.

Hari kedua, seawal jam 8 pagi, kami menjelajahHutan Diraja Belum yang kaya dengan flora dan fauna rimba selainmenjanjikan pemandangan yang memukau.

Antara tarikan utamaialah habitat gajah liar, harimau belang dan bunga terbesar dunia iaitubunga pakma atau lebih popular sebagai Rafflesia.

Destinasipertama peserta ke Air Terjun Sungai Ruak menaiki bot kira-kira 40minit. Air terjun itu memang indah kerana belum diteroka. Melihat airyang jernih, kebanyakan peserta tidak menunggu lama untuk berendam danmenyejukkan badan.

Sebelum masuk ke Hutan Diraja Belum, pasukantentera memeriksa dokumen peribadi kami kerana memerlukan permit masukke hutan yang penuh dengan 1001 khazanah alam semula jadi.

Ekspedisi seterusnya menaiki bot ke Kuala Sungai Papan. Sebaik tiba,pemandu pelancong kami, Pak Mokhtar, memberi teropong bagi membolehkankami melihat kelibat burung di dahan pokok, antaranya enggang.

Kami terkejut dengan penemuan beberapa kesan besar tapak kaki jenut,iaitu kawasan pasir berbukit yang ditarah hidupan liar untukmendapatkan bekalan garam galian dan mineral semula jadi.

Jenutberlopak, kering atau berair di beberapa lokasi di Hutan Diraja Belumitu menjadi tumpuan pelbagai spesies hidupan liar seperti gajah, rusa,kijang dan seladang.

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala SungaiKejar yang mengambil masa 50 minit menggunakan bot untuk menikmatimakan tengah hari di kawasan perkhemahan.

Dalam perjalananpulang, hujan lebat seolah-olah sedih apabila kami akan meninggalkanhutan itu. Ketika masing-masing dalam kesejukan, kami terkejutmendengar jeritan Orang Asli di atas rakit yang mahu menumpang bot kamiuntuk pulang ke kampung mereka.

  Kami menghantar Orang Asli ke Kampung Sungai Kejar kerana rakit mereka tidak dapat digunakan disebabkan hujan lebat.

Difahamkan lebih 8,000 Orang Asli menetap di sekitar Hutan DirajaBelum, terdiri daripada suku kaum Semai dan Jahai, yang membina rumahdi pulau dan sekitar tasik.

Masa berlalu dirasakan begitupantas, dalam keseronokan menikmati keindahan hutan yang masih dara itudan tercari-cari untuk melihat bunga terbesar di dunia, Rafflesia, kamiterpaksa meninggalkan tempat itu kerana kesuntukan masa dan cuaca.

Namun, peluang meneroka sebahagian kawasan Hutan Diraja Belum peluangyang sukar dilupakan dan jika dimajukan untuk industri pelacongan, iabakal menjadi antara kawasan tumpuan pelancong seluruh dunia.

[ Last edited by  KBRExtreme at 5-5-2008 01:14 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2008 01:11 PM | Show all posts

INFO PULAU BANDING

Kenali Pulau Banding

  Pulau Banding terletak di TasikTemenggor, Gerik, Perak, adalah tasik buatan manusia terbesar berukuran70 kilometer (km) panjang dan 18,000 hektar lebar.

Ia mempunyai20 pulau buatan yang pada asalnya puncak bukit dan terletak kira-kira50 km dari Bandar Grik, 80 km dari Pekan Jeli, 183 km dari Ipoh dan 440km dari Kuala Lumpur.

Terletak 2,000 meter dari aras laut,mengandungi empat empangan terdiri daripada Empangan Temenggor,Empangan Bersia, Empangan Kenering dan Empangan Chenderoh.

  Pulau Banding satu-satunya cara untuk masuk ke Hutan Diraja Belum melalui bot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:12 PM | Show all posts

-Bagaimana ke sana?

Anda perlu ke Hulu Perak sama ada melalui jalan raya (bas dan teksi), kereta api atau udara.

Jika melalui jalan raya, anda perlu menyusur Lebuh Raya Selatan-Utara(jika dari Kuala Lumpur dan Selatan) dan melalui Jalan Raya Timur-Baratjika dari Kelantan atau pekan Baling, Kedah dan Pengkalan Hulu jikadari Utara.

Pengguna kereta api pula destinasi stesen terakhirdi Kuala Kangsar dan mengambil teksi atau bas ke Grik dan seterusnya kePulau Banding.

Pelancong mempunyai pilihan sama ada untukmemilih mendirikan khemah ketika bermalam di tepi tasik atau menginapdi Banding Island Resort (BIR) yang dibina Kumpulan Fima Berhad.

Dalam masa terdekat, Kumpulan Syarikat Emkay akan mengubah suai danmenaik taraf kemudahan BIR dan dijangka beroperasi awal tahun depan.

* Buat masa ni resort tgh naik taraf..aku pegi minggu lepas nama dah bertukar jadi BELUM RAINFOREST RESORT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:14 PM | Show all posts

10 perkara jangan lepaskan peluang ketika di Pulau Banding.

1) Rafflesia - Pastikan anda menyaksikan dan merakamkan gambar bungapakma atau lebih dikenali sebagai Rafflesia iaitu spesies bungaterbesar didunia.

2) Penempatan Orang Asli - Lebih 8,000Orang Asli menetap di sekitar Lembah Belum. Ia merangkumi suku kaumSemai dan Jahai, yang membina rumah di pulau dan sekitar tasik yangmenambahkan lagi keunikan kawasan berkenaan. Antara kampung penempatanOrang Asli adalah Kampung Pulau Chueh, Chiong, Pulau Tujuh, Terhong,Kampung Tebang dan Kampung Sungai Kejar.

3) Jenut (sira)- Pengunjung berpeluang melihat jenut iaitu kawasan garam nutrien yangsering dikunjungi oleh hidupan liar. Pengunjung boleh melihat kesantapak kaki dan najis hidupan liar seperti kijang, tapir, gajah, rusadan seladang.

4) Air terjun - Kedinginan air terjun pasti menggamit pengalaman cukup indah ketika bercuti di tengah hutan.

5)Aktiviti memerhati burung - Walaupun terpaksa menunggu beberapa waktu,pengalaman cukup menakjubkan bila berpeluang menyaksikan kelibat burungdi dahan pokok. Antara burung yang kerap kelihatan termasuklah burungenggang.

6) Memancing - Dikelilingi tasik dan sungai,Lembah Belum menjanjikan 'syurga' dan kepuasan buat kaki pancing. Jenisikan yang terkenal di situ ialah toman, kelah dan talapia.

7) Spesies flora - Terdapat pelbagai spesies flora seperti orkid liar, palma, ara, gaharu, buluh dan rotan.

8)Haiwan liar - Berkhemah di tengah hutan sambil memerhatikan haiwan liardi atas menara peninjau di waktu malam. Jika bertuah mungkin andaberpeluang menyaksikan kelibat harimau belang, badak, rusa, seladangdan beruang.

9) Pokok hutan - Pelbagai pokok perubatantradisional dan akar kayu tumbuh melata di hutan Lembah Belum. Antarapokok hutan boleh ditemui ialah tongkat ali, kacip fatimah dan jeraibesar yang mempunyai penawar mujarab dalam perubatan tradisional.

10)Tasik- Tasik buatan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari BandarGrik dengan ketinggian sehingga 2,000 meter dari aras laut mengandungi20 pulau buatan yang asalnya adalah puncak bukit.

ARTIKEL DARI HARIAN METRO Oleh Sarah Zulkifli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by amaryusof at 15-4-2008 12:41 AM
Tempat ni mmg best sgt, dulu pernah pergi tahun 2006, time tu tidur kat chalet, x salah Pulau Pendidkan (nama2 pulau kat tasik Temenggor ikut name jabatan kerajaan)
Mase gi tu ade International  ...


amar, masa aku balik sana  minggu lepas aku nampak dah hampir siap Pulau Banding Rainforest Research Centre..lepas ni boleh la korang buat research kat situ je..hehe..mai grik bgtau aku..ni khas utk ko





[ Last edited by  KBRExtreme at 5-5-2008 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.058180 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list