CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: raffendi

Gen-2 Facelift with CPS

[Copy link]
 Author| Post time 7-3-2008 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by satriastendet at 7-3-2008 03:04 PM
Aku dh browse website proton, start esok 8hb march 08 gen2 facelift ada kt showrooms semua. Hmm lepas korg letih kempen belaka, mengundi pangkah calon, kutuk mengutuk memasing, release kan tensio ...


Patutlah.
Dah berhari2 aku dok ulang alik showroom Proton, apesallah masih takde lagi Gen2 CPS ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2008 08:02 AM | Show all posts
Haha teruja sgt lh tu. Gi ngundi dulu then baru g tgk keta. Ko tgk warna hibiscus tea...sure meleleh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 09:42 AM | Show all posts
Sentuhan lebih sporty

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Setelah mencatat jualan sehingga 28 peratus ketika ekspo pemotoran di Thailand pada tahun lalu, model Gen2 yang dilengkapi dengan teknologi IAFM dan CPS ini sudah bersedia untuk menerima tempahan daripada anda.





MERUPAKAN model kedua yang dibangunkan sepenuhnya selepas Waja, Proton Gen2 sememangnya menjadi titik penting dalam revolusi Proton menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.

Malah, nama Gen2 (membawa maksud generasi ke-dua) juga dipilih sebagai tanda kesungguhan Proton dalam menghasil dan mengaplikasikan enjin buatannya sendiri yang diberi nama Campro.

Ia sekali gus membuktikan komitmen Proton untuk mengurangkan (atau menghilangkan terus) kebergantungan terhadap bekalan enjin daripada pengeluar lain seperti Mitsubishi dan Renault.

Dihasilkan sebagai pengganti kepada model Wira yang sudah berusia, Gen2 yang mula diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2004 sedikit pun tidak membawa imej sedan popular itu. Penampilannya jauh lebih segar dan bergaya berbanding model-model Proton terdahulu.

Mungkin atas alasan itu, Gen2 pantas mendapat perhatian khalayak. Namun, keghairahan itu tidak bertahan lama apabila timbul beberapa rungutan terhadap produk ini.

Antaranya ialah kualiti kemasan dalaman (berwarna beige) yang kelihatan seperti plastik murah. Selain itu, darjah penglihatan (visibility) bahagian belakang yang dikatakan tidak cukup bagus kerana reka bentuk cermin menirus juga mendapat kritikan.
Tidak cukup dengan itu, reputasi Gen2 terus tercalar dengan dakwaan enjin Campro (lebih-lebih lagi varian 1.3 liter) itu tidak cukup berkuasa, terutama pada hamburan kuasa torknya. Ini sekali gus membuatkan Gen2 terasa agak lembap ketika dipandu.




Namun begitu, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, rupa bentuk Gen2 yang menarik membolehkan model tersebut terus mendapat sambutan, biarpun tidaklah sehebat sewaktu awal pelancarannya.

Selepas hampir empat tahun bertahan di pasaran, Proton tekad memperbaiki keadaan. Mahu menghidangkan produk yang lebih bermutu, Proton melancarkan model facelift Gen2 yang sarat dengan pembaharuan pada Isnin lalu.

Sebagaimana yang anda sedia maklum, model ini sudah pun diperkenalkan di Thailand pada Thailand International Motor Expo, November 2007.

Dipasarkan dalam dua varian iaitu medium line (ML) dan high line (HL) dengan sesaran enjin 1.6 liter, perubahan penting pada Gen2 pastinya pengunaan sistem IAFM dan CPS (Cam Profile Switching) pada enjinnya.

Sistem IAFM pada model medium line ini adalah lanjutan penambahbaikan kepada sistem sama, yang sebelum ini dipasang pada model Proton Saga baru. Enjin IAFM didakwa mampu menghasilkan kuasa tork lebih baik ketika putaran enjinnya (rpm) adalah rendah.

Ciri ini memberikan prestasi pecutan lebih lancar dan mengurangkan rasa kekurangan kuasa ketika hendak memotong, selain memberi keseronokan ketika memandu di bandar.

Secara teorinya, enjin yang dilengkapi dengan CPS juga berperanan menawarkan kuasa dan tork lebih tinggi. Sistem CPS turut meliputi teknologi VIM (Variable Intake Manifold) yang membolehkan campuran bahan api lebih efisien ketika putaran rpm rendah.




Hasilnya, enjin yang baru-baru ini dipasang pada model facelift Waja CPS mampu menghasilkan kuasa sehingga 125 hp berbanding hanya 110 hp pada enjin Campro lama.

Menyentuh penampilan luarannya pula, Gen2 menerima reka bentuk gril hadapan yang baru. Wajah Gen2 semakin sporty menerusi penggunaan skirting hadapan dan belakang selain perumah lampu utama berwarna hitam.

Manakala bahagian belakang Gen2 tidak menunjukkan perubahan ketara selain spoiler yang terpasang di sana. Selain itu, pemandu juga kini sudah boleh membuka ruang kargo dengan hanya menekan butang khas pada kuncinya. Menyempurnakan lagi perubahan Gen2 ialah reka bentuk rim aloi enam jejari bersaiz 16 inci.

Ruang kabin menerima proses naik taraf yang paling ketara. Bagi model high line, anda tidak akan menemui lagi plastik-plastik murah kerana ia telah digantikan dengan kemasan kulit berwarna hitam dan merah.

Biarpun papan pemukanya masih mengekalkan reka bentuk sama, lokasi yang menjadi perumah kepada sistem audio ini nampak lebih kemas dengan penggunaan material berkualiti tinggi berwarna hitam dan perak. Di bahagian bawahnya pula, terdapat tiga tombol kawalan pendingin hawa yang disusun atur secara menegak.

Stereng yang dibalut dengan kulit sedondon turut dilengkapi dengan butang kawalan audio. Meter gabungan analog dan digital nampak menyerlah dengan lampu latar berwarna merah. Gen2 juga menyediakan banyak ruang menyimpan barang kepada setiap penumpangnya.

Penulis harus mengakui bahawa segala perubahan ini telah membuatkan kokpit Gen2 jauh lebih baik berbanding sebahagian model sekelasnya berjenama Korea atau Jepun.

Aspek keselamatan Gen2 tidak diketepikan. Model ini memiliki dua beg udara bagi model HL dan satu beg udara (model ML). Memantapkan lagi pengendalian Gen2, model ini dilengkapi dengan sistem brek ABS, EBD (electronic brakeforce distribution) dan ciri auto cruise.

Berdasarkan kepada transisi ini, Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Syed Zainal Syed Abidin Syed Mohamed Tahir yakin bahawa Gen2 bakal menerima maklum balas positif. Justeru, pihaknya telah meletakkan sasaran jualan Gen2 sebanyak 3,000 unit sebulan.




Gen2 hadir dalam empat warna, dengan dua warna baru iaitu Hibiscus Tea dan hitam selain warna perak serta putih. Harganya di atas jalan: Model HL (A/T) RM60,488, Model HL (M/T) RM57,488, Model ML (A/T) RM56,488 dan Model ML (M/T) RM53,488.

Model HL dengan CPS ini sudah berada di bilik pameran proton sejak 5 Mac lalu, sementara model ML pula boleh anda saksikan bermula 25 Mac nanti.

Sama seperti anda, penulis tidak sabar untuk memandu uji Gen2 dan menilai sendiri sejauh mana ia mampu mengubah rasa skeptikal orang ramai terhadapnya selama ini.





lawa lak gen2 cps ni  weyy  
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 10:38 AM | Show all posts
Penuh lh showroom proton hari ni dgn org2 parti hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 12:15 PM | Show all posts
kalo aku nak sport rim dia je bleh masuk kat kete kebal aku huk2
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 02:16 PM | Show all posts
Ada yg dh g tgk Gen2 FL?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2008 03:47 PM | Show all posts
Originally posted by satriastendet at 7-3-2008 03:04 PM
Aku dh browse website proton, start esok 8hb march 08 gen2 facelift ada kt showrooms semua. Hmm lepas korg letih kempen belaka, mengundi pangkah calon, kutuk mengutuk memasing, release kan tensio ...

Haku ada gak gi usya kat Segamat lepas haku ngundi kat sana, tapi takder bayang Gen-2 CPS pun kat showrooom... sodeh den
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 07:47 PM | Show all posts
haha lori tu on the way ke segamat hntr Gen2 FL. Driver g ngundi dulu jgk kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2008 05:25 PM | Show all posts
mcm nak gi test drive jerk..!!! tapi, conpem tak nak beli nih!! sajer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 10:50 AM | Show all posts
katner leh test drive??kat showroom ker?

aku xnah test drive keta2 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 11:46 AM | Show all posts

Reply #51 skyzero's post

kat showroom ler
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 03:05 PM | Show all posts
wahh bagus la proton gini.. aku tgk ada value for money dah.. power:weight ratio pon bagus tuh.. boleh katakan power la keto ni..pastu torque pon dah takdo drop dah kat mid rpm tuh.. mantain ajer gemuk dia cun2..

airbags.. abs.. kan? ok la keto ni.. sesapo nak keto buleh la beli..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 04:22 PM | Show all posts
Ni lak dyno chart rasmi dari Proton (dua2 enjin Campro 1.6, biasa vs CPS)...



Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by Squall-Leonhart at 4-3-2008 11:52 AM
Sini haku tepekkan beberapa gambar 2008 Proton Gen-2 H-line (CPS)...




ni kete kt showroom ker?? kalo dh test drive

tgginye FC..gen2 yg lame dlm 7.2/100km jek
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 10:20 AM | Show all posts
kete ni ade ke takdeakde? mcm takde apepe berlaku pun. Kat showroom pun takde
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 02:04 PM | Show all posts
Test drive Gen2 CPS dalam CBT ari nie....



[ Last edited by  altimi at 30-3-2008 02:06 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2008 02:07 PM | Show all posts
double klik kat gambo tu utk size besar....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 12:02 PM | Show all posts

Reply #56 apam's post

ada kat showroom..smlm gi tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2008 01:16 PM | Show all posts
berkenan betul dengan lampu depan tu..nak call proton part centre tanya berapa harga dia..letak kat gen2 aku..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2008 08:14 PM | Show all posts
ada sapa2 kt sini yg dh beli gen2 facelift ni? ada problem x? aku ingt nk beli... tp was2... skrg interest proton brapa ye?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.061461 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list