CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kecuaian hospital - pernah terjadi pada anak2 anda?

[Copy link]
Post time 10-8-2007 10:59 AM | Show all posts

Reply #36 baju_merun's post

:@ ...TUH LAH BERSEMBANG JER TAU...Pak long aku pun pernah kene skali. Tapi bukan kat  kuala kubu tp kat KL. Mak long aku meleser direct jer kat dr yg handle tuh. Geram punya pasal.  

Senghiauuu...aku bacer thread nih. Tapi aku bacer gak sbb nak tau cerita / pengalaman korang2 yang mengalaminya. Byk info yang dapat dikutip.

Teringat aku beberapa kes berkaitan dgn kecuaian pihak spital yang pernah terpapar kat dada suwatkaba...

Yang paling haku tak bleh lupa ttg kes baby yg tercabut kepala masa dlm labour room,tgh deliver. Tak silap kes nih kat Melaka.

Pastu ader gak kes terpotong jari baby masa nurse tgh buat apa ntah pada baby tuh...sedar2 tergunting jari kelengking. Pihak spital cecepat buat pembedahan cantumkan semula...

Then ader plak kes baby terluka akibat terkene pisau bedah masa tgh operate c_sect masa melahirkan. Bukan kecik tau, besar!!! kalau kecik pun patutnya tak bleh jugaklah...

Pastu kes, jarum patah tertinggal kat kemaluan seorang wanita nih ms bersalin, Die menanggung sakit sgt pada bahagian tersebut esp ms intercouse dgn suami. Sampai bercerai berai. Banyak kali cek dr tp dieorg kata tak der pape. Last gagahkan p rujuk pakar gak, Xray cek rupanya ader jarum patah kat celah daging kat bahagian kemaluannya. Kesian, akibat kecuaian spital merana die...

Ader gak kes2 tertiggal kapas lah dlm perut ms operation lah, tertinggal gunting lah...

Apa nak jadi la...
Mmg tak dinafikan doktor nih bukan tuhan. Tapi manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tapi nih bukan alasan utk lepas tangan dari tanggungjawab dan amanah yang besar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 11:13 AM | Show all posts

Reply #38 dyzie's post

Astaqfirullahhalazim....
Innallillah.... sedihnya.

Kenapalah mereka buat macam tu ye?
Buta hati sangatkah sampai buat kerja main-main.
Tak terasa ke bagi anak bini merka tu makan duit hasil 'membunuh' anak orang?
Tak malu ke?

Shin emo betul hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:17 AM | Show all posts
Shin rasa, salah satu cara nak elak benda ni,
PASTIKAN HANYA DOKTO TERLATIH MENGENDALIKAN KES-KES YANG AGAK BERAT.

Lagi satu, KALAU NURSE, DOKTOR BUAT KERJA SAMBIL BERGELAK-KETAWA, ADALAH BAIK KITA TEGUR MEREKA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 11:23 AM | Show all posts
Boleh saman
Oleh Kamarulzaman Pid
[email protected]

PUTRAJAYA: Ibu bapa kepada bayi perempuan yang dikhuatiri kehilangan lengan kirinya dipercayai akibat kecuaian doktor ketika merawatnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, Jumaat lalu, boleh menyaman pihak terbabit yang mengendalikan kes anak mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pihaknya tidak akan menghalang jika ibu bapa bayi berusia 18 hari itu, Lai Kian Khee, 24, dan isterinya, Nut Tuenthony, 27, mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap HTAR dan kakitangan hospital terbabit.

"Kami tidak pernah menghalang orang ramai atau keluarga pesakit mengemukakan aduan jika mereka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan disediakan di hospital dan klinik kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pakar Perubatan Keluarga ke-11 bertemakan 'Perancangan keluarga dan Kesihatan Keluarga Adalah Tanggungjawab Semua: Cabaran Semasa dan Masa Depan' di sini, semalam.

Dalam laporan akhbar semalam, seorang bayi perempuan berusia 18 hari, Lai Yok Shan, dikhuatiri kehilangan lengan kiri akibat kesilapan doktor ketika memberikan suntikan bagi memasukan titisan intravena pada sikunya Jumaat lalu.

Lengan bayi itu bertukar menjadi hitam dan doktor di HTAR, Klang, menyatakan lengannya tidak dapat diselamatkan lagi.

Kejadian bermula apabila bayi yang dilahirkan sebelum tempoh matang itu, berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada darahnya dan ketika itu sistem imunisasinya belum berfungsi untuk melawan jangkitan itu.

Dr Abdul Latiff berkata, pihaknya juga berharap sebarang tindakan yang akan diambil perlu dilakukan secara jujur dengan disertai bukti kukuh.

"Ini kerana sebarang laporan negatif akan menimbulkan suasana panik dan ketakutan kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kerajaan," katanya.

Beliau berkata, laporan awal berhubung kes terbabit sudah diserahkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, semalam.

"Kita akan melakukan siasatan terperinci terhadap kes ini mengikut prosedur sedia ada," katanya.

Selain tindakan yang boleh dilakukan orang ramai, Dr Abdul Latiff berkata, kementerian itu juga akan bertindak terhadap mana-mana kakitangannya yang cuai ketika bertugas.

"Dalam masa sama, kita juga tidak akan teragak-agak mengambil pelbagai tindakan tegas terhadap kakitangan hospital atau klinik kerajaan yang cuai.

"Jika mereka didapati cuai, kita boleh menggantung tugas mereka dan sijil amalan perubatan atau pun dipecat," katanya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau berkata, sikap sebahagian besar golongan lelaki dan suami yang kurang mengambil berat terhadap aspek kesihatan dan perancangan keluarga dengan tidak berminat menghadiri kursus seperti itu amat dikesali.

" Sikap kurang mengambil berat dan tidak bertanggungjawab golongan lelaki ini menyebabkan kebanyakan program seperti ceramah kesihatan dan perancangan keluarga yang kita anjurkan, gagal mencapai matlamat.

"Biarpun kita menganjurkannya di kawasan bandar atau luar bandar, sambutannya amat dingin," katanya.

Berikutan itu, Dr Abdul Latiff berkata, kementerian itu akan melantik lebih ramai pembantu perubatan lelaki bagi membantu meningkatkan tahap kesedaran golongan itu terhadap aspek kesihatan dan perancangan keluarga.

"Kita berharap, melalui langkah ini golongan lelaki akan lebih mudah didekati dan seterusnya terbabit dalam program seperti ini yang kita jalankan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:24 AM | Show all posts

Reply #41 guppy's post

aiyaks...sepital melaka ni famous eh?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:25 AM | Show all posts

Reply #44 Syd's post

saman...buat pengajaran....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by Oshin at 10-8-2007 11:17 AM
Shin rasa, salah satu cara nak elak benda ni,
PASTIKAN HANYA DOKTO TERLATIH MENGENDALIKAN KES-KES YANG AGAK BERAT.

Lagi satu, KALAU NURSE, DOKTOR BUAT KERJA SAMBIL BERGELAK-KETAWA, ADALAH BAI ...


Kalau boleh mmg kite nak doc terlatih je yg rawat kes2 sebegini, tp doc pelatih kat sepital gomen pun perlu berlatih gak...sbb most sepital gomen kat Msia ni teaching hospital kan? yeke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:39 AM | Show all posts
anak shok plak kena injet bcg 2 kali... memula tak tau ingatkan memang baby ada 2 kesan injet kat bahu sebab tgk kad ada mcm2 injection... pastu masa gi checkup sebulan nurse tanya apsal 2 bcg?... checkup 2 bulan urse lain plak... pon tanya apsal 2 bcg... memandangkan 2 org berlainan tanya benda yg sama aku syak memang nurse kat spital tmpat anak aku lahir tu silap inject la... aku pegi jumpa paed ytanya kot2 ada side effect tak 2 bcg... nasib baik paed kata takde apa.. kalau tak memang aku gi balik spital tu minta penjelasan/saman ke apa... cuma skang ni risau takut dia bg 2 bcg pastu injection lain yg patut injet dia tak injet... tak cukup imunisasi plak kang... kpd kawan2, sblm discharge minta nurse/doc terangkan apa imunisasi yg dia dah bg dan tunjuk kat mana dia inject...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 12:18 PM | Show all posts
sy bkn nak kondem sepital gomen..x semua yg x baik belaka..ada juga yg baik.tp memandang sy pun bukan byk uwangg..terpaksa gak le..g sepital gomen exp. sy yg plg geram masa anak sy kaki kena kaca,g bhg kecemasan...yg bengang tu doc. x nak jahittt...sbb anak sy meronta2..sampai 4 org pegang..doc. x boleh nak jahit.hubby dah :@ ..x kan la biarkan luka tu ternganga...mmg la budak menangis & meronta..gunakan teknik yg betul..sepatutnya balut bdn anak dgn blanket..x bg meronta2..ni kita lak nak kena ajar...dia org..pastu ada ke..x nak bius..lg la hubby bengang..nak jahit hidup2..ni budak la..bkn org tua.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 12:52 PM | Show all posts

Reply #45 MrsJohn's post

Famous MrsJohn.
Tapi kalau jumpa yang baik, baik betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 01:01 PM | Show all posts

info tuk semua. penting.

Semak status doktor melalui laman web


Semak status doktor melalui laman webKUALA LUMPUR 6 Ogos

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 01:44 PM | Show all posts
epal pun ada mcm2 pengalaman di hospital ni, itu pun sebab anak no 2 mmg ada masalah kesihatan sejak lahir
kes 1
kat HKL--anak nak buat operation masukkan semula usus kat dlm, before tu usus keluarkan sikit utk keluarkan najis dia...then sorang doktor pakar ni dah suruh nurse bagi sejenis ubat utk diminum oleh anak epal supaya semua isi kandungan usus dia dibersihkan, sekali bila ketua dia buat round dia dah marah kat nurse kenapa bg anak i ubat tu sebab sepatutnya tak perlu...dahla anak i kena puasa sejak mlmnyer, lepas tu kena kosongkan usus lagi, sib baik tak dehydration anak i.....cepat2 doktor suruh masuk bilik OT (bayangkan OT sepatutnya pukul 8 dah tangguh sampai kul 11 sebab bilik OT penuh....), anak i dah puasa lebih dari 10 jam....ish ish....nak nangis i bila ingat balik

kes 2
Kat GH Melaka--- anak i sakit perut sampai menonggeng2...he is only 1 1/2 years masa tu.....doktor bg paracetamol jer utk thn sakit katanya...3 hari doktor kata just wait and see...kesian anak i menanggung sakit yg teramat sgt...masuk hari ke 3 anak i kena sawan sebab badan dah dehydration....mana taknyer sepanjang sakit tak mo makan & minum, bila minum sikit muntah, sepatutnya doktor kena masukkan drip tp ntah kenapa dia tak buat....bila dah kena sawan tu barulah semua nak kelam kabut....lepas tu mcm2 diagnose yg doktor bagitau, katanya usus melekat kena buat op semula...i dah menggigil kepala lutut dah, tak sanggup nak tgk dia kena bedah lagi....rupa2nya anak i kena infection kuman kat usus, menyebabkan najis dia tak mo keluar dan perut kembung... i tak tau kenapa lambat sgt diorg ni nak buat keputusan, sepatutnya doktor kena bersihkan usus anak i guna tiub.....
lepas tu i dah serik sgt nak gi GH Melaka.....i pegi private hosp. jer lepas tu kalau ada problem....dari segi layanan pada epal ok jer tp tindakannya tu sgtlah lambat....
Alhamdulillah sekarang anak epal nampaknya dah makin sihat....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 02:31 PM | Show all posts
dahsyat tul laa hospital melaka ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 02:38 PM | Show all posts
hhmmm nak kata terjadi tak tau la....tapi sampai la ni no one told me the coz of dead my other twin........

[ Last edited by  poison32 at 30-8-2007 03:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 02:43 PM | Show all posts

Reply #52 epalhijau's post

eiiii....teruk nyer sampai dua kali operation...kejam sungguh....mcm manalah ur situation on that time agak nyer...lg kan ada sorang pegawai perubatan kat SMC tu tumpah kan darah anak kiter pun dah geram giler...yerlah masa tu my doter baru 1 year + ...nak ambik darah kat jari manis punyalah susah sampai lebam dok picit, nangis tak usah citer lah...sekali tertumpah, tiub tue...pastu kena ambik lg sekali ...

[ Last edited by  marissa_raif at 10-8-2007 02:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 03:07 PM | Show all posts

Reply #53 baju_merun's post

tuler pasal..takutlak bitt dengar..
tp mase bitt bersalin kat GH Melaka, ok je doktor2 dia..ckp pun lemah lembut jek ngan bitt..mase anak bitt kena jaundice pun ok jek layanan diaorg..takde masalah ape2 pun..maybe sesetengah doktor je kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2007 03:18 PM | Show all posts

Reply #56 bitt's post

Doktor wad bersalin OK.
2 kali Shin masuk sana OK jer.
Wad kanak-kanak tu jer bermasalah. :@
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:06 PM | Show all posts

Reply #55 marissa_raif's post

actually 3 kali kena op, tp mmg kena buat utk baiki keadaan usus dia....wad pembedahan kanak2 kat GH Melaka ni takde pakar, tu sebab jd camtu..MO tak berani nak buat keputusan, diorg kena rujuk pakar...
dulu ada sorang pakar, bagus doktor tu, tp skang ni dia dah tak keje lg kat sana....so kalau kes2 serius mmg diorg tolak gi KL je....
tp mmg sakit hati betul bila ingat2 balik....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:07 PM | Show all posts
Originally posted by epalhijau at 10-8-2007 23:06
actually 3 kali kena op, tp mmg kena buat utk baiki keadaan usus dia....wad pembedahan kanak2 kat GH Melaka ni takde pakar, tu sebab jd camtu..MO tak berani nak buat keputusan, diorg kena rujuk p ...


ooo..epal pon org melaka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 11:11 PM | Show all posts

Reply #59 paraparasakura's post

iyer, org melaka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-12-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.210855 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list