Originally posted by supermod at 30-8-2007 12:38 PM
cucuku.... kalau besar nanti ko nak jadi apa?
atukku.... kalau besar nanti aku nak jadi ice...
Kalau ko nak jadi ice, jadilah ice-ice baby...
Jangan jadi icelemontea!!!!...
cucuku...kalau besar nanti ko nak jadi apa? atukku...kalau besar nanti aku nak jadi super kalau ko nak jadi super, jadilah superman...gagah perkasa, hebat beromen jangan jadi supermod...depan pempuan malu terkemot-kemot.
[ Last edited by icelemontea at 30-8-2007 02:38 PM ]
Salam kemerdekaan untuk semua...........
Kekalkanlah kemerdekaan yang kita capai ini untuk selamanya...
Malaysiaku Gemilang....
Satu Warisan, Satu Matlamat.....
Polis Nasihat Jaga Kelakuan Semasa Sambutan Merdeka
KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Polis menasihati orang ramai terutama golongan muda supaya tidak berkelakuan yang melanggari peraturan apabila menyertai sambutan 50 Tahun Merdeka di sekitar ibu negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Zul Hasnan Najib Baharudin berkata lebih 2,000 anggota dikerah mengawasi keselamatan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai selain mengawal trafik.
"Kita akan berkawal dan menjaga lalu lintas di jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka dan kawasan yang akan menjadi tumpuan orang ramai pada waktu malam," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau juga ingin memberitahu orang ramai yang ingin berkumpul di Dataran Merdeka supaya mengikut arahan polis dan tidak menimbulkan situasi yang akan melanggar peraturan.
"Mereka dibenar berkumpulan tetapi perlu berkumpul dengan semangat kemerdekaan dan bukannya menunjukkan aksi-aksi motosikal seperti 'mat rempit'," katanya.
Katanya sambutan tahun ini amat bermakna kepada negara dan ia tidak seharusnya dicemari dengan elemen negatif.