aaa! Seroja
dah beli gitar dah? elok lah gitu, nanti saya nak belajar dengan oja ye
emmm...suatu masa dulu, ada orang kata pada saya. kalau kita belajar gitar klasik, kita mudah nak main apa gitar pun...elektrik atau lain2 lah. Sebab teknik klasikal ni kita kena main semua jari dan latihannya pun...adoi boleh tahan
kalau kita mula dengan gitar biasa (kita strumming/guna pick biasanya), maka kita amat sukar untuk main klasikal sebab skil, kaedah dan pendekatan agak berbeza.
So oja pillihlah, ikut kecenderungan...kalau oja nak main gitar aje, belajar apa gitar pun tak apa kalau main klasikal tu, makan masa lama juga dan beza dengan kita main lagu2 yang biasa orang dengar sekarang.
sekarang ni gitar elektrik pun dah ada kursus2 tertentu yang mungkin ada sekolah2 atau institusi muzik yang sediakan. tah saya pun tak pasti sangat. Kalau kita ada basic klasikal, kita boleh terapkan dalam permaianan kita dengan apa gitar sekali pun...tah lah, itu pandangan saya saje
wa...hebatnya sdr. momo! beribu2 lemon jam sdr. berlatih main gitar!! aduuu...tabik gue sama lu beb
aku setuju dengan kata2 sdr, kena latih telinga & ikut rentak. ituu basic dari segala basic tu...pada adatnya lah.
gitar ni memang letih dan "sakit" nak belajar. Lebih2 lagi diperingkat awal, bilamana yang cuba belajar masih belum ada apa2 pun tentang gitar dalam otaknya. Belajar main gitar ni kena betul2 sabar dan makan masa lama untuk capai satu2 tahap yang kita boleh puashati.
Yang seronoknya, bila kita sampai satu peringkat, rupanya apa yang kita capai tu, sikeeeet je sebenarnya...aduooooi...tu yang buat kita rasa keciiik aje dan geleng kepala tak sudah
latihan untuk koordinasi jari; kiri & kanan, otak kita, telinga, nyanyian kalau perlu adalah asas yang mau tidak mau, kita kena lalui kalau ingin mencapai satu tahap yang baik dalam seni ini. Kalau kita main gitar biasa guna pick, maka teknik "UDUD" / alternate picking yang sdr. kata tu memang asaslah. kalau tak, kita tak boleh nak maju dan capaii "next level" dalam permainan kita.
satu lagi perkara yang mungkin boleh kita saja2 cerita, adalah kefahaman tentang "chords construction". Bukan setakat kita tau "chords" yang ramai orang buka buku dan hafalkan patternnya tetapi kita tahu, bagaimana chords itu terbina. kerana itu akan banyak membantu kita dalam bermain gitar macam buat solo ke dsbnya lah.
dan juga, itu akan memberi "punch" kepada permainan kita.
satu lagi perkara yang saja aku nak cerita aje, kalau kita baru nak belajar main gitar, kita jangan terus ambil buku kod gitar dan hafalkan kod2 tu dan tak lama lepas tu, kita pun main lagu2 yang kita suka. Bukan tak boleh, boleh tapi, ada sikiit lebih baik, kalau kita mahirkan dahulu apa yang biasa kita panggil "scale" gitar. Biarlah dalam beberapa bulan, kita tak ada kerja lain, dok main benda ni aje. memang boring tapi berbaloi
ya betul, bunyi gitar klasikal memang bagus, lebih2 lagi kalau gitar nya bagus, talinya bagus,...he he he...orang yang main pun bagus juge bab yang last nie, aku surrender lah
memang aku mengakulah, main gitar ni bagi yang minat memang best kita dengar pun kadang boleh menitik air mata
banyak lagu2 melayu yang kita boleh main dengan klasikal gitar dan sedap didengar. contohnya macam lagu azura ke, ape ke. kena tengah2 malam peegh!...
gitar elektrik satu lagi jenis gitar yang begitu menarik dari banyak segi. bukan saja instrument ni "versatile" (main klasikal pun boleh!) malah punya ruang untuk si pemain lebih kreatif dan banyak peluang untuk meluahkan apa yang dia rasa dan suka. Cuma kadang tu, kena sedia duit sikeet sebab nak beli gitar pun dah makan duit beberapa ratus juga...
macam nizamje punya gitar tu, Ibanez RG series tu...kalau aku tak silap lah kot?...salah satu gitar elektrik yang sangat bagus dan harga pun berpatutan aku gitar kapok tua adalah...
blom. tu la tanye dulu. nak blaja folk.. kene la beli folk gitar.. folk gitar murah sket. tapi nape selama ni.. forumer asek sebut acoustic guitar? ta sebut folk guitar? sbb classical guitar pown acoustic guitar gak?
main gitar ni tak kenal usia, tak kenal lelaki pempuan, tak kenal siapa. Semua orang boleh main gitar dengan baik sebenarnya...
ada orang kata jari gemuk2, jari pendek, jari "keras" susah main gitar dll. metos lah. tu semua tak berapa nak betul...yang penting, kemahuan dan keinginan yang betul2 mantap, jadi je insyaAllah.
adalah contoh yang aku pernah tengok, budak perempuan 18 tahun main bass gitar macam pro giler! gitar tu bila dia pegang silap2 "tinggi" dari dia tapi, aku terasa "halus" bila tengok dia main selambeee...
sorang lagi pulak budak pempuan jugak umur cam tu jugaklah. Main gitar sambil berborak2 dengan kawan...adu...jari dia macam "ketam" terus meniti fret board tu, tak payah ditengok2 pun...aduuu....
banyak contoh lagi yang aku tengok lah, orang perempuan memang sebenarnya boleh main gitar...malah harus lebih baik dari orang lelaki kalau dia latih betul2
Originally posted by sikomeng at 20-6-2008 06:57 AM
main gitar ni tak kenal usia, tak kenal lelaki pempuan, tak kenal siapa. Semua orang boleh main gitar dengan baik sebenarnya...
ada orang kata jari gemuk2, jari pendek, jari "keras" susah ...
gutarist pompuan harus lebih baik dr guitarist lelaki yieww?
tak heran pun, sbb kat IPT, nisbah 70:30 katanyieww
beza tak beza gitar "folk" dengan yang lain. tak tau lah saya Oja
cuma yang saya tau lah, kalu gitar biasa yang orang biasa pangge "gitar tong" itu gitar acoustic lah. kalu selain tu, maybe gitar elektrik lah. Ada jugak gitar acustic yang boleh dipasang kabel, guna amplifier. Tapi tetap dia acoustic gitar juga. Gitar ni banyak jugak jenih dan kategori, biarlah itu semua orang 2 cerdik pandai yang fikir kita guna aje mana yang kita suka kan
ya betul
semua ni terpulang pada yang belajar. Kalau dia rajin, dan usahanya lebih, maka lebih lah dia dapat kan tak kira lelaki atau perempuan.
cuma rasanya memang ada beza antara skil orang lelaki dengan skil orang perempuan. Gaya dia main gitar, intrepetasi (ish susah betol nak eja perkataan nih) musik, dll lah memang ada beza, sikit sebanyak. biasalah tu
Originally posted by sikomeng at 20-6-2008 10:41 AM
ya betul
semua ni terpulang pada yang belajar. Kalau dia rajin, dan usahanya lebih, maka lebih lah dia dapat kan tak kira lelaki atau perempuan.
cuma rasanya memang ada beza antara ski ...
i tetap rasa, lelaki lebih otai.
i mena the real otai in guitar lelaki lebih hebat dr otai girl.
emm...mengVOX kan diri..?
tang ni saya mintak maap le Alyana, saya tak tau...ni lah pertama kali saya dengau...apa ye maksudnya? cam ni saya nak buat istilah "meng MARSHALL kan diri" lah pulak! hi hi hi
cuma VOX memang satu jenama peralatan muzik. Depa ni antara lain buat amplifier.
Originally posted by sikomeng at 20-6-2008 10:18 AM
beza tak beza gitar "folk" dengan yang lain. tak tau lah saya Oja
cuma yang saya tau lah, kalu gitar biasa yang orang biasa pangge "gitar tong" itu gitar acoustic lah. kalu selain tu, may ...
gitar tong adalah gitar kapok...budak kampung slalu bawak ke hulu ke hilir gitar ni...sebab gitar ni murah.
kita panggil gitar acoustk sebab gitar tu tanpa wayer...kalu cucuk wayer automatik jadi gitar karen laaaa...
ada satu lagi ialah gitar clasical...gitar ni pakai tali naylon...tapi mahal wooo gitar niii...
andainya anda seorang yang berminat main-2 lagu clasical leh la bli gitar ni....aku ada tengok sorang cina tua main gitar ni lagu al-hambra...rasa cam nak potong je tgn dia...geram aku