|
RAPE, sexual intercourse & such [sukarela/paksa?]
[Copy link]
|
|
Reply #40 fairy_hobbit's post
but x semua yg kena charge tu salah...mcm juga civil..x semua yg saman tu betul. either crim or civ...kalo x betul/menipu ...habuannya sama je...DOSA. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by holdfast at 28-11-2006 10:25 AM
ader x lelaki kena rogol? kl lelaki kena rogol...cmner doc nak check..cari bahan2 bukti yg mengesahkan dia dirogol?
holdfast--
for sure ada lelaki yang kena rape --
sodomized by lelaki juga --
so doctor akan check kesan luka
kat anal dia - stuff like that --
yang kena jaga2 ialah pedophile -
ha - kalau ada anak lelaki -- selalu nasihatkan dan
educate dia tentang orang lelaki yang jenis suka
budak lelaki ni ---
jauhkan diri --
a very common cases mostly in united states
and canada - |
|
|
|
|
|
|
|
Rogol: Antara kefahaman dan undang-undang
Rogol: Antara kefahaman dan undang-undangOleh Prof. Madya Dr. Abdul Halim Sidek (Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara Shah Alam)
TRAGEDI sedih yang menimpa dua orang kanak-kanak, Nurul Huda Abdul Ghani, 10, di Gelang Patah, Johor dan Haserawati Saridi, 9, di Menggatal, Sabah mengejutkan seluruh masyarakat Malaysia. Jenayah rogol dan bunuh ke atas kanak-kanak sekolah di bawah umur sama sekali tidak dapat dimaafkan walau apa pun alasan yang diberikan oleh penjenayah tersebut.
Lantaran peristiwa itu, saban hari kita mendengar orang ramai memperkatakan dengan penuh kesal mengenai tragedi itu.
Malah ramai pula yang mendesak pihak kerajaan melakukan tindakan yang lebih tegas lagi drastik terhadap perogol dan pembunuh kanak-kanak. Tidak kurang juga yang mencadangkan penggubalan undang-undang baru yang lebih keras bagi membendung jenayah ini.
Kita tidak boleh menafikan bahawa reaksi orang ramai sama ada yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan ataupun orang biasa dan badan-badan NGO ada justifikasi masing-masing. Namun, dalam keghairahan berdiskusi dalam membendung dan mengatasi jenayah rogol ini kita perlu berhati-hati agar tidak hilang punca dan hala tuju ke arah mana diskusi hendak dibawa.
Adakah kehangatan diskusi itu akan terus menjadi suam dan dingin dihembus angin lalu sehingga timbul pula pojok-pojok berita lain yang lebih sensasi dan dramatik, misalnya isu pilihan raya dan pemilihan calon?
Istiqamah atau konsisten dalam mengusahakan sesuatu amat penting terutamanya dalam menangani isu sehebat dan sepenting jenayah rogol ini. Diskusi dan semakan terhadap peruntukan perundangan dan keberkesanan pelaksanaannya perlu sentiasa dipantau sama ada peringkat pembuat polisi, pembuat perundangan dan pelaksanaan undang-undang.
Jelasnya ini bukan masa untuk menuding jari atau blaming session sebaliknya ini adalah masa yang memerlukan semua pihak bersatu membanteras jenayah ini daripada berulang lagi.
Kanun Keseksaan menjadikan sebarang hubungan seksual antara lelaki dengan wanita di bawah umur 16 tahun sebagai rogol sama ada dilakukan dengan kerelaan wanita itu atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori atau statutory rape. Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati wanita itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol.
Peruntukan rogol statutori digubal bagi melindungi kanak-kanak di bawah umur. Maka menurut peruntukan ini kanak-kanak bawah 16 tahun tidak berupaya memberikan kerelaan dan oleh itu walaupun dia mengaku memberikan kerelaan terhadap hubungan seks itu, kerelaannya tidak akan diterima oleh mahkamah.
Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu:
Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat.
Melihat kepada peruntukan hukuman jenayah rogol telah cukup memaklumkan kepada kita bahawa hukumannya adalah berat. Bagi mereka yang berpeluang melihat bagaimana rupa bentuk rotan yang digunakan dan bagaimana ia dilaksanakan, sudah pasti dapat membayangkan betapa beratnya hukuman ini.
Kesimpulannya, setiap wanita senantiasa dibebani dengan ancaman rogol sepanjang hayatnya sama ada oleh orang yang dikenali ataupun orang yang tidak dikenali.
Suatu stereotyping mengenai siapa yang berkeupayaan dirogol dan siapa tidak ditambah oleh mitos ciptaan masyarakat hendaklah dikikis dengan membanyakkan pendedahan yang telus dalam liputan kes-kes jenayah rogol dan bahan bacaan mengenai jenayah rogol dan mangsa rogol.
Sesungguhnya mitos bahawa orang yang berpakaian sopan dan baik serta lemah lembut dan berhemah tidak akan dirogol jelasnya tidak terpakai dalam kes Allahyarham Nursuzaili yang telah dirogol dalam bas sewaktu keluar pergi mencari rezeki dengan berpakaian sopan dan menutup aurat.
Begitu juga dalam hal mendiang Canny Ong. Beliau hanya mahu pergi mengambil keretanya di tempat letak kereta. Dalam kes Nurul Huda dan Haserawati, mereka cuma dua orang kanak-kanak sekolah yang berpakaian biasa dan berperwatakan normal. Mitos tersebut yang berleluasa di kalangan masyarakat tidak lagi boleh diterima dan hendaklah dihapuskan.
Nampaknya trend jenayah rogol menunjukkan kadar meningkat dalam tempoh sembilan tahun ini. Ini bererti walaupun telah ada pindaan dibuat bagi menaikkan usia kesalahan jenayah rogol statutori ke-16 tahun dan hukuman lebih berat namun kadar jenayah rogol semakin meningkat pada tahun 1994 ke atas.
Walaupun angka jenayah ini menurun tahun 2000 tetapi meningkat kepada 1,431 kes tahun 2002.
Menurut statistik polis, dari tahun 2000 jumlah kes rogol meningkat daripada 1,217 kes, pada tahun 2001 sebanyak 1,386 kes dan pada 2002 sebanyak 1,431 kes.
Daripada statistik ini seramai 508 orang adalah pelajar menjadi mangsa rogol pada tahun 2000 berbanding jumlah keseluruhan 1,217.
Sementara itu pada tahun 2001 jumlah pelajar yang menjadi mangsa rogol adalah 596 daripada jumlah keseluruhan 1,386 mangsa.
Pada 2002 jumlah pelajar yang menjadi mangsa rogol adalah 628 daripada seluruh jumlah mangsa rogol seramai 1,431.
Statistik itu juga menunjukkan bahawa bagi bulan Januari hingga April 2003 jumlah pelajar yang menjadi mangsa rogol adalah 223 orang iaitu angka yang paling ramai berbanding mangsa-mangsa kategori lain.
Apa yang lebih membimbangkan adalah daripada sejumlah 1,217 jumlah mangsa rogol pada tahun 2000 terdapat 615 mangsa yang berumur bawah 16 tahun (statutory rape); pada tahun 2001 pula 724 dan pada 2002 seramai 737.
Jika kita mengikut sentimen masyarakat yang sedang membara dengan api kemarahan mengenai kematian Nurul Huda dan Haserawati, sudah tentu ramai yang mahu undang-undang rogol diperketatkan. Tidak kurang pula mahu hukuman mati dikenakan dan berbagai-bagai bentuk hukuman drastik yang telah dicadangkan.
Mungkin akan wujud satu kategori peruntukan khas bagi kesalahan rogol dan bunuh sekali gus memasukkan had umur mangsa dan bentuk hukumannya sekali. Ini cuma suatu spekulasi.
Persoalannya adakah menggubal lebih banyak undang-undang yang lebih keras akan menjamin kesalahan rogol dan bunuh akan dapat dibendung?
Jika ini dijawab secara affirmative, maka bentuk undang-undang bagaimanakah yang mahu dicadangkan?
Yang jelas adalah isu rogol berkait rapat dengan isu kerelaan mangsa dan bagaimana masyarakat menghadapi jenayah ini bersama.
Pepatah ada mengatakan bersiap sedia bagi mengelakkan sesuatu tragedi itu adalah lebih baik daripada cuba mengubati sesuatu yang telah berlaku. Lantaran itu suatu formula bersama hendaklah dicari supaya kita semua dapat bersama-sama saling membantu membanteras jenayah rogol dan bunuh terutama terhadap kanak-kanak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Binatang buas
Wanita adalah mangsa dalam jenayah rogol. Kanak-kanak perempuan pula menjadi mangsa rogol yang amat memerlukan bantuan dan perlindungan daripada perogol yang bersifat lebih dahsyat daripada binatang buas.
Di samping menyemak peruntukan perundangan mengenai rogol dan bunuh sebagai suatu kesalahan serius yang boleh membawa hukuman mandatori mati, langkah lain juga perlu diambil bagi menentukan perogol yang berpotensi itu dapat diberkas sebelum mereka bertindak.
Adalah dicadangkan bahawa suatu daftar bagi pesalah seksual dan juga bekas banduan penjara diwujudkan dan dijadikan bahan dokumen awam.
Suatu senarai nama dan alamat bekas banduan dan pesalah seksual ini hendaklah diberikan kepada ketua masyarakat seperti penghulu, ketua kampung, pengerusi JKKK dan lain-lain. Tujuannya bukan untuk menafikan bekas banduan suatu harapan baru dalam masyarakat tetapi sama-sama memantau diri dengan kehendak dan aspirasi masyarakat di mana beliau tinggal.
Walaupun dalam sistem sekarang memang sedia ada peruntukan bahawa pihak bekas banduan dipantau oleh unit khas polis tetapi kita juga sedar dan insaf polis juga ada banyak tugas lain yang perlu dilaksanakan. Lantaran itu, jika tugas pemantauan dibuat bersama masyarakat dengan polis, maka masyarakat dapat memaklumkan kepada pihak polis dengan kadar segera sebelum sesuatu insiden berulang lagi.
Pemandu bas-bas sekolah, van sekolah, teksi, pengawal keselamatan sekolah, pengawal keselamatan kawasan kediaman dan asrama sekolah, mana-mana tempat awam, dan semua orang yang mana bidang tugas mereka ada hubungan dengan kanak-kanak hendaklah disemak latar belakang mereka sebelum mereka boleh diambil bekerja.
Dengan cara begini suatu proses pemantauan secara istiqamah dan bersepadu dapat dilakukan dan akhirnya orang yang dipantau akan merubah sikap dan cara hidup mereka untuk diterima ke dalam masyarakat sepenuhnya.
Pada hemat saya, masyarakat berhak mengetahui siapakah orang yang mereka sedang berurusan itu. Tiada apa yang perlu dikhuatiri jika bekas banduan pesalah seksual telah benar-benar insaf dan mahu ke pangkal jalan.
Latar belakang mereka boleh dijadikan sebagai asas permulaan hubungan dengan ahli masyarakat yang lain. Apabila mereka telah bersedia meletakkan segalanya secara terbuka maka saya yakin dengan mudah mereka akan dapat kepercayaan dan diterima oleh ahli masyarakat yang lain.
Pokoknya, mereka mahu berubah ke arah kebaikan dan sedia ada ketelusan dalam urusan seharian.
Setelah semua ini dilakukan dan mereka terus juga melakukan kesalahan lagi maka barulah hukuman yang lebih berat dikenakan. Perogol jenis paedohiliac dalam kes di Johor dan Sabah gemar seks dengan kanak-kanak. Rangsangan seks mereka hanya terdorong terhadap kanak-kanak perempuan bagi memenuhi nafsu buas mereka. Lantaran itu, kita perlu mengambil langkah lebih berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling kehidupan kita bermasyarakat.
Sememangnya kerajaan peka terhadap keluhan dan resah gelisah rakyatnya dan sudah pasti akan melakukan sesuatu bagi menangani jenayah rogol dan bunuh kanak-kanak ini. Tetapi apa yang lebih penting adalah kesanggupan kita sebagai anggota masyarakat meluangkan masa sedikit seorang bagi manfaat bersama adalah lebih baik dan efektif daripada asyik menuntut kerajaan melakukan sesuatu setiap kali berlaku sesuatu tragedi.
Kumpulan sokongan terhadap mangsa rogol dan juga keluarga mereka amatlah penting diwujudkan dengan kadar segera di setiap peringkat kampung, daerah dan negeri. Apa yang terjadi kepada abang sulung Allahyarham Nurul Huda yang telah mengalami tekanan emosi sebegitu traumatik sehingga enggan makan dan minum amat memilukan dan pada masa yang sama memerlukan bantuan orang ramai. Dalam keadaan sedih yang melanda keluarga mangsa rogol terutama di mana mangsa telah mati pula, tekanan emosi ahli keluarga sememangnya amat tidak menentu.
Bantuan dari segi sokongan moral dan kata nasihat daripada setiap golongan adalah diperlukan. Dalam konteks keluarga Islam para guru agama dan juga ahli keluarga yang berpengalaman bolehlah bersama-sama menyumbangkan masa memantau perkembangan emosi keluarga yang malang itu. Kadangkala apa yang diperlukan bukanlah wang ringgit tetapi sekadar seseorang untuk meluahkan perasaan yang terpendam di dalam hati mereka yang cuba membendung rasa sedih yang tiba secara mendadak.
Support team ini wajar ditubuhkan bagi membantu mangsa jenayah mengatasi trauma pengalaman pahit dicerobohi sama ada diri mereka atau harta. Kumpulan ini telah banyak ditubuhkan di Amerika Syarikat dan juga Eropah dan didapati amat berkesan sekali terhadap mangsa jenayah.
sebuah artikel lama |
|
|
|
|
|
|
|
Rogol: Antara penghukuman dan permintaan awam
Oleh PROF. MADYA DR. ABDUL HALIM SIDEK Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara Shah Alam
Kesalahan rogol dikategorikan dalam jenis kesalahan jenayah ganas atau violent crime di Amerika Syarikat dan juga di Eropah. Jenayah ini sememangnya dipandang serius oleh pihak berkuasa di negara yang mana kita tahu mengamalkan hubungan seksual di luar nikah. Pada mereka, menghormati kehendak dan perasaan pasangan masing-masing amatlah penting dan jika sesuatu dilakukan berlawanan dengan kehendak atau kemahuan pasangan yang satu lagi, maka ia suatu pencabulan hak yang patut dihukum dengan sekeras-kerasnya.
Lantaran itu, walaupun hidup bersekedudukan seperti suami isteri adalah suatu fenomena biasa di sana namun undang-undang mengenai kesalahan jenayah seksual seperti rogol tetap akan diambil sekiranya kepercayaan dalam hubungan itu dicabuli apabila sesuatu tindakan dibuat tanpa kerelaan atau persetujuan pasangan yang satu lagi.
Hukuman yang dikenakan ke atas perogol di luar negara juga amat berat dibandingkan dengan jenayah lain disebabkan jenis jenayah ini dan telah mendapat kecaman hebat daripada orang awam sehingga ia dikategorikan sebagai jenayah ganas iaitu violent crime atau kadangkala sebagai jenayah berbahaya iaitu dangerous crime.
Hukuman berat yang dikenakan ke atas penjenayah rogol ialah penjara seumur hidup dan diletakkan di bawah kawalan sekuriti yang amat ketat dalam penjara. Jika ia melibatkan kematian mangsa, maka sesetengah negeri di USA mengenakan hukuman mati juga ke atas perogol yang disabitkan dengan kesalahan menyebabkan kematian.
Di negara kita, hukuman sedia ada terhadap perogol yang disabitkan kesalahan itu adalah penjara lima tahun dan maksimum 20 tahun penjara dengan sebat. Justeru itu, baru-baru ini kita lihat ada datuk yang merogol cucu dijatuhi hukuman 55 tahun penjara dengan enam sebat. Manakala kes ayah rogol anak dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dengan 10 sebatan.
Lazimnya mahkamah akan bersikap tegas dengan penjenayah rogol dan hukuman yang dijatuhkan itu akan mencerminkan betapa keji dan buruknya perlakuan mereka. Keadaan mangsa juga akan diambil kira dan bagaimana mangsa telah dipunahkan masa depannya dan kesan traumatik yang dahsyat ke atas mangsa juga diambil kira.
Dalam kes yang melibat kematian mangsa pula, mahkamah sememangnya akan memandang berat dengan menjatuhkan hukuman seberat yang dibenarkan oleh undang-undang.
Persoalannya, mengapakah kita mahukan sesuatu hukuman paling berat dikenakan ke atas seseorang perogol itu? Mangsa memang telah dicabuli dan masa depannya gelap dan menyedihkan. Jika mangsa telah mati pula, maka hukuman seberat mana pun tidak akan menghidupkan semula mangsa. Jadinya apakah tujuan hukuman sedemikian mahu dikenakan ke atas seseorang perogol yang telah disabitkan kesalahan?
Adakah dengan menambah kekerasan hukuman ke atas kesalahan rogol akan memberi kesan positif iaitu mengurangkan jenayah rogol? Begitulah andaian sebilangan besar warga Malaysia yang asyik dan masih marah dengan tragedi yang menimpa Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani berusia 10 tahun yang dirogol dan dibunuh oleh perogol yang tidak berperikemanusiaan tempoh hari.
Ada juga yang mencadangkan supaya pesalah rogol dikasikan atau dikenakan castration. Kajian teliti perlu dengan mengambil kira kesan sebenarnya terhadap pesalah rogol agar tujuan utama mengasikan perogol itu mencapai matlamatnya.
Apakah akan terjadi jika seseorang perogol yang telah dikasikan itu masih berupaya melakukan rogol pula? Apakah pula bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas bahagian tubuh badan perogol kali ini?
Sebelum kita pergi lebih jauh, ada baiknya jika kita melihat semula apakah hukuman sebenarnya mengikut lunas undang-undang. Sesungguhnya sesuatu hukuman itu tidak boleh merupakan suatu tindakan keganasan, oleh seseorang, atau oleh sekumpulan orang terhadap seseorang individu ahli masyarakat. Ia mesti berbentuk umum, segera dan perlu selaras dengan jenayah itu dan ditentukan oleh undang-undang.
Elemen yang paling utama dalam mengenakan apa jua bentuk hukuman ialah, ia tidak boleh sama sekali berdasarkan kepada sesuatu dendam kesumat orang tertentu atau golongan tertentu. Lantaran itulah, kesalahan jenayah dijadikan kesalahan terhadap negara dan kesahihan untuk mengenakan hukuman hanya diberikan kepada pihak berkuasa sahaja dan bukan orang perseorangan. Hal ini bagi menentukan rasa dendam dan perasaan tidak rasional secara tidak langsung tidak menular dalam diri seseorang itu.
Perkara ini amat biasa di kalangan saudara-mara atau keluarga mangsa sesuatu jenayah yang sememangnya menaruh harapan tinggi supaya penjenayah itu dikenakan hukuman yang paling berat. Sesungguhnya sahabat handai dan saudara-mara mangsa sememangnya menagih suatu hukuman yang berat dijatuhkan ke atas si pembunuh atau perogol itu. Tanpa mahu memandang enteng terhadap tragedi yang menimpa mangsa yang tidak berdosa tempoh hari, tetapi kita juga jangan terus hilang punca dan arah tuju apabila disergahi dengan sesuatu kejadian mendadak seperti rogol dan bunuh kanak-kanak ini.
Suatu pendekatan lebih tersusun dan berhemah patut diadakan dengan niat untuk mengkaji mengapa sesuatu jenayah sebegini keji boleh terjadi dalam masyarakat kita yang amat menitikberatkan nilai-nilai keagamaan. Saya yakin setelah ini dilaksanakan, barulah kita boleh melangkah ke tahap penghukuman yang sebagaimanakah yang terbaik bagi memanifestasikan kecaman awam terhadap manusia buas yang melakukan jenayah rogol dan bunuh itu.
Kita boleh ambil iktibar daripada peristiwa silam di negara kita Malaysia di mana ada sesetengah kawasan kita sering dinasihatkan supaya jangan berhentikan kenderaan jika kita terlanggar ayam atau itik atau binatang ternakan orang tempatan yang berjalan di atas jalan raya. Nasihat ini diberikan memandangkan telah banyak kali di masa lampau, orang awam yang melalui kawasan itu diserang dan dipukul hanya kerana terlanggar ayam ternakan orang tempatan. Bayangkan kalau dia terlanggar ternakan yang lebih mahal seperti lembu atau kerbau.
Ada pula pihak yang memberikan cadangan untuk mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai iaitu secara terbuka kepada orang awam. Justifikasi cadangan ini ialah supaya ia dapat mencapai matlamat teori penghukuman yang pertama iaitu kesan hindaran atau menakutkan orang lain dan pesalah itu sendiri agar tidak mengulanginya lagi (deterrent). Walaupun ada justifikasinya cadangan ini tetapi kaedah yang bagaimanakah ia hendak dilaksanakan? Adakah semua orang awam dibenarkan masuk atau menyertai sesuatu penghukum itu? Aspek keselamatan terhadap pesalah dan kadar penghukuman juga perlu diambil kira supaya ia tidak melampaui apa yang telah dijatuhkan oleh mahkamah. Kecenderungan akan melarat menjadi suatu pesta keramaian dan akan melunturkan tujuan asal kaedah ini dijalankan.
Sesungguhnya dalam al-Quran, surah Nur ayat 2 menyatakan hendaklah ke atas penzina itu dikenakan sebatan 100 kali seorang dan disaksikan oleh segolongan orang yang beriman. Dalam konteks ini bahasa yang digunakan ialah disaksikan oleh segolongan orang yang beriman bukanlah mana-mana orang awam sahaja. Ini memberi mesej kepada kita bahawa kaedah terbuka bagi melaksanakan suatu hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan secara terbuka tanpa had atau syarat-syarat tertentu. Hendaklah ada orang yang diamanahkan dan pakar dalam bidang masing-masing bagi menentukan bahawa sesuatu hukuman itu dilaksanakan dengan cara terbaik dan penuh tertib.
Ini bererti perlu ada suatu kajian mendalam bagi mewujudkan suatu peraturan yang berupaya dilaksanakan tanpa kekeliruan jika sebatan di khalayak ramai ingin diterjemahkan sebagai suatu realiti.
Mengenai cadangan supaya digubal peruntukan baru dalam Kanun Keseksaan bagi menjadikan kesalahan rogol yang mengakibatkan kematian mangsa dikenakan hukuman mati mandatori, ia amat baik. Sememangnya cadangan ini baik dan berupaya mencapai maksud deterrent dalam teori penghukuman. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan....
Faktor tolakan
Bagaimanapun, peruntukan ini ada kencenderungan untuk mewujudkan faktor tolakan ke atas kes rogol yang melibatkan ahli keluarga sendiri atau dalam situasi di mana ahli keluarga mangsa dan perogol saling mengenali. Ringkasnya, bila mana ia melibatkan orang yang pernah mereka sayangi atau disayangi, kesulitan akan timbul dalam mendapatkan kerjasama sepenuhnya.
Contohnya, jika perogol itu adalah bapa kepada anak perempuan bawah umur dan mangsa mati. Si isteri dan mungkin anak yang lain atau ahli keluarga mungkin tidak cenderung untuk membuat pengaduan kepada polis. Ataupun jika kes telah dilaporkan tetapi ada kencenderungan mereka yang mempunyai maklumat yang boleh mengakibatkan perogol disabitkan dengan kesalahan itu, tidak akan memberi kerjasama sepenuhnya kerana tidak rela atau tak sampai hati kehilangan nyawa seorang lagi ahli keluarga akibat dihukum dengan hukuman mati mandatori.
Ini kerana budaya kehidupan kita sebagai ahli keluarga sentiasa dibentuk oleh norma sekeliling kita. Justeru itu, kita sering terdengar ungkapan seperti blood is thicker than water dan air dicincang takkan putus. Adakah masyarakat kita telah bersedia untuk mengadakan suatu anjakan paradigma dalam hal ini? Suatu penelitian yang lebih mendalam patut dijalankan bagi melihat kesan menyeluruh cadangan ini.
Begitu juga halnya dalam milinium yang lalu apabila fenomena keganasan rumah tangga mendapat liputan media sehingga ada NGO mahukan suami yang menganiaya isteri dipenjara untuk selama-lamanya. Alhamdulillah, ia tidak sampai ke tahap itu. Kajian demi kajian telah diadakan dan akhirnya suatu pendekatan yang lebih efektif dan berhemah telah dicapai.
Mungkin ada kaedah penghukuman lain yang boleh kita sama-sama fikirkan untuk membantu menghasilkan suatu penawar atau ubat ke atas perogol itu dengan harapan dia tidak akan mengulangi perbuatan keji itu. Ini tidak bermakna kita akan melepaskannya daripada hukuman penjara dan asingkan mereka daripada masyarakat untuk sekian lama. Malah apa yang dianjurkan ialah kaedah tambahan yang boleh dikenakan bersama dengan hukuman penjara dan sebatan. Ini adalah berbentuk terapeutik (therapeutic) ke atas penjenayah dan masyarakat sekelilingnya.
Misalnya, suatu perintah mahkamah boleh dibuat untuk mengarahkan pesalah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan. Semua ini dilakukan dengan kawalan pihak berkuasa. Pesalah juga boleh dikenakan hukuman denda yang perlu dibayar kepada keluarga mangsa dan setiap kerja yang beliau lakukan sewaktu dalam penjara akan disalurkan kepada keluarga mangsa. Sememangnya bayaran yang banduan terima dalam penjara amat sedikit tetapi ia cukup untuk mengingatkan pesalah tadi terhadap jenayah keji yang dilakukan sepanjang hayat berada dalam penjara dengan harapan dia akan sedar dan insaf.
Hal ini amat penting kerana kebanyakan kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa perogol adalah orang yang mempunyai suatu penyakit jiwa yang menjadikannya tidak upaya mengawal nafsu seksnya yang ganas. Ada golongan perogol pula termasuk dalam golongan paedophilia yang mana mereka sendiri pernah sewaktu usia muda, dicabuli atau dinafikan belaian kasih sayang dan menggunakan kesempatan ke atas kanak-kanak untuk menunjukkan kuasa mereka.
Ledakan nafsu seks ganas itulah yang menyebabkan mereka terus melakukan jenayah yang sama sejurus sebaik dibebaskan dari penjara. Hukuman bagi menyekat kebebasan mereka untuk bergerak di luar dan mengasingkan mereka daripada masyarakat sememangnya baik tetapi hanya untuk jangka masa pendek sahaja. Ini disebabkan pada bila-bila masa sahaja mereka boleh meletup dan menjalankan aktiviti lama apabila berada dalam arus masyarakat bebas.
Lantaran itu penjenayah rogol ini memerlukan pemantauan berterusan walaupun selepas keluar penjara. Mereka perlu diwajibkan melapor diri ke balai polis berdekatan tempat tinggal. Mereka juga patut diwajibkan mendapat rawatan perubatan atau psikiatri di hospital secara berterusan. Rekod pesalah rogol juga perlu sentiasa dipantau terutama tempat kerja dan tempat tinggal mereka perlu diawasi. Sekiranya mengadakan hubungan intim dengan mana-mana wanita atau kanak-kanak dalam konteks pekerjaan, sesiapa yang terlibat hendaklah dimaklumkan mengenai rekod kesalahan mereka.
Jelasnya bagi pesalah jenayah rogol yang telah menjalani hukuman di penjara, ujian yang utama ialah bagaimanakah reaksi mereka apabila mereka masuk semula dalam arus utama masyarakat. Bagi menjamin keselamatan awam agar mereka tidak mengulangi kesalahan lalu, after sales service Jabatan Penjara dengan kerjasama agensi kerajaan lain seperti polis, hospital, pejabat sumber manusia, pejabat kebajikan masyarakat terdekat adalah penting. Lantaran itu, suatu suruhanjaya yang berbentuk kekal dengan dianggotai oleh orang yang betul-betul pakar dalam bidang masing-masing dan bukan sekadar memasukkan orang ternama sahaja, perlu ditubuhkan segera bagi menghasilkan suatu dasar untuk menentukan hala tuju negara dalam menangani jenayah kejam dan keji ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JFK at 3-1-2007 11:34 PM
but x semua yg kena charge tu salah...mcm juga civil..x semua yg saman tu betul. either crim or civ...kalo x betul/menipu ...habuannya sama je...DOSA.
maksud aku before this is.. that's why takmo buat criminal coz aku takmo belek sketch ntah sapa2 punya penis.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp psl undang2 ni ade certain provision yg bebetul perlu di amend (subject criminal ni)
tgk Criminal Procedure Code, Chapter XXVII...antare section perlu dipinda Section 294, psl first offender...
kalu korg bace paper dlm mggu ni jugakla, ke last week, kt Ipoh HC (x silap aku), sorg Judge release sorg convicted rape offences umor 20 on bond good behaviour for 2 years...yg die rogol tu plak underage umo 15, tp Judge pilih Section 294 CPC...sbb die 1st offender...
best gak kan merogol ni, nasib baek kalu kene charge, dpt judge lenient cmtu x kene sebat, x kene imprisonment, dpt 2 year bond for good behaviour, wauuu...
conclusion: saper yg x pernah merogol, pergi la merogol, lps tu kalu kene tangkap/charge, berdoa la dpt judge yg lenient... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ctnur12 at 10-10-2006 02:38 PM
Saya ada kes macam ni. Client saya had sexual intercourse dgn satu minah ni, pastu alih2 si pompuan ni report rape. dah lah si hakim yg bicarakan kes ni pun mmg sensitip pasai rape kes....(ada ke ...
Kisah lampau? Die penah kena rogol ke? Atau ade sedare-mare die kena rogol? |
|
|
|
|
|
|
|
ada clause pompuan rogol lelaki tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #50 elbecks's post
yg aku tau rogol lelaki takder n impossible.. bcz statutorily the definition of rape ni hanya apply kepada pompuan... lelaki however bole apply carnal intercourse kalau ada kemasukan penis oleh lelaki lain ke dlm anus or mulut.. but kalau pompuan paksa lelaki (victim) tu masukkan penis ke dlm vagina dia, tak cover plak.... propose la law baru weh..... supaya tak jd hubungan sex paksa oleh pompuan (habih2 pun molest jer). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #51 fairy_hobbit's post
Jadik sebenarnya tak wujud la terma 'Lelaki kena rogol' atau Perogol bersiri wanita' cam dalam filem Senario tuh dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #52 rurouni_khairul's post
tak bolehla.. puncanya kerana lelaki takder vagina, dan pompuan takder penis. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 bawah akta aper yer kalo kes lubang hidung kita kena korek dek jari org lain
ini kes rogol lubang idong ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by epitome at 17-2-2007 11:57 PM
agak2 bawah akta aper yer kalo kes lubang hidung kita kena korek dek jari org lain
ini kes rogol lubang idong ;)
Kalau korek2 sekadar gurau2 sesame teman mungkin tak salah laa tapi kalau dibuat dengan tujuan penyeksaan maybe boleh masuk dalam assault.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #55 rurouni_khairul's post
tak koser aku nak gurau2 korek hidung... |
|
|
|
|
|
|
|
Rogol - mengapa beban hanya pada wanita
Pendapat
PELBAGAI reaksi timbul apabila tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz mencadangkan supaya amalan memakai cawat besi di kalangan wanita dihidupkan semula.
Cadangan itu memang kedengaran kelakar dan tidak logik namun ia dilontarkan kerana kebimbangan tokoh agama itu terhadap jenayah rogol yang kini semakin berleluasa.
Manakan tidak selepas pelbagai cadangan dilaksanakan gagal membendung jenayah rogol justeru saranan supaya pemakaian cawat besi dihidupkan semula pastinya disebabkan oleh kekecewaan terhadap kerakusan perogol.
Oleh itu bukanlah sesuatu yang silap jika terdapat pihak yang mengetengahkan idea tersebut walaupun ia disifatkan sebagai tidak sesuai dengan zaman ini.
Namun apa yang mengecewakan kita ialah setiap kali memperkatakan tentang isu rogol, beban untuk memastikan tidak terjadinya jenayah itu diletakkan sepenuhnya pada wanita.
Sering kali dikaitkan jenayah rogol berpunca daripada kegagalan lelaki menahan nafsu melihat wanita berpakaian seksi. Justeru wanita dinasihatkan supaya menutup bahagian-bahagian yang boleh menarik perhatian lelaki.
Namun dalam kebanyakan kes rogol, mangsa tidak berpakaian seksi malah kanak-kanak dan warga emas juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa rogol.
Kenapa lelaki yang merogol wanita itu tidak dikenakan hukuman yang lebih berat, seberat hati yang dirasakan oleh wanita yang terpaksa bercawat besi untuk melindungi diri mereka?
Kita akur dari segi kenyataannya apabila ada wanita yang suka berpakaian seksi, mengundang rangsangan syahwat lelaki ketika melihatnya. Wanita sekarang sukakan pakaian yang menampak susuk badan mereka.
Ini adalah untuk bersaing mendapat 憇aham' yang lebih tinggi dalam mencaturkan bilangan lelaki yang tertarik dengan mereka.
Bagi kaum lelaki terutama yang sering menonton filem-filem lucah melihat wanita seksi atau berdua-duaan dengan teman wanita yang mendedahkan tubuh badan pasti mudah sahaja luntur imannya dan menjadikan wanita tempat melampiaskan nafsu.
Tidak semua kejadian yang berlaku itu ditakrifkan sebagai rogol. Segelintir pasangan melakukannya berdasarkan suka sama suka. Amalan meraikan 慔ari Memperingati Kekasih |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fairy_hobbit at 19-2-2007 02:17 AM
tak koser aku nak gurau2 korek hidung...
Cubale...bole rapatkan hubungan silaturrahim sesame spesis... |
|
|
|
|
|
|
|
Pengalaman dirogol bukan mudah dilupai
03-05-2007 10:39:16 AM
Oleh Jeswan Kaur
KUALA LUMPUR: Pengalaman pahit merupakan satu emosi yang pasti setiap manusia mahu melupakannya jika boleh. Namun dalam realiti ia lazimnya kekal dalam ingatan buat selama-lamanya.
Melupakan pengalaman pahit ini pasti sukar dan itulah yang mahu dilakukan oleh seorang penuntut kolej yang dikenali sebagai Beena. Sebagai seorang mangsa rogol, remaja ini mahu melupakan pengalaman pahit itu dan meneruskan dengan kehidupannya.
Beena, 19, dicabul kehormatannya dan dirogol 10 kali oleh seorang lelaki yang beliau telah berkenalan sebelum itu. Bagaimanapun beliau tidak melaporkan kejadian itu kepada polis ataupun memberitahunya kepada sesiapa.
Mangsa dihantui ketakutan
Pengalaman ngeri yang dialami Beena tidak berakhir di situ. Lelaki itu juga menghantar SMS lucah dan turut menyindirnya dengan nama-nama seperti pelacur dan sebagainya.
Beena yang berkongsi pengalaman pahitnya bersama Bernama barubaru ini berkata beliau begitu takut untuk meluahkan apa yang terjadi kepada ibu dan neneknya.
"Saya sangat sayangi mereka dan takut akan reaksi mereka. Saya tidak tahu untuk berbuat apa. Saya menjalani ujian kehamilan dan lega apabila keputusannya adalah negatif. Saya mahu meneruskan dengan pengajian saya dan memulakan kehidupan sendiri. Adakalanya saya bertanya kepada diri mengapa saya tidak mencari bantuan.
Tetapi saya juga cuba melupakan akan apa yang terjadi dan anggap apa yang berlaku sudahpun berlalu," tambah beliau.
"Sekarang semuanya agak reda. Lelaki itu akan mendirikan rumahtangga dengan perempuan lain pada Julai ini. Saya berharap dapat lupakan apa yang telah berlaku," katanya.
Tetapi bolehkah beliau melupakan pengalaman ngerinya itu?
Sukar melupakan pengalaman hitam
Seseorang mangsa rogol tidak akan dapat melupakan pengalaman ngerinya itu, kata seorang perunding bebas psikologi Valerie Jaques.
Jaques memberitahu Bernama apa yang boleh berubah ialah respons emosi mangsa akan kejadian itu.
"Ramai yang mengenang balik insiden itu dengan emosi yang sama seperti yang dilalui mereka semasa kejadian. Apabila mereka cuba melupakan atau mengelakkan daripada mengenang balik kejadian itu, emosi yang terpendam ini akan bertambah buruk. Ini boleh menyebabkan kenangan balik dan igauan buruk yang menyebabkan keresahan, panik dan menyebabkan mangsa mengalami kemurungan. Lebih lama emosi dan pengalaman ngeri itu terpendam, lebih drastik kesan emosi dan psikologi pada mangsa," katanya.
Jaques menjelaskan lebih cepat pengalaman pahit itu diluahkan menerusi latihanlatihan kesedaran, lebih baik mangsa dapat tumpukan daya ingatan dan menjadikannya memori silam tanpa sebarang emosi.
"Akhirnya ia tidak lagi seteruk seperti sebelumnya," kata beliau.
Mangsa perlu sokongan psikologi
Jaques berkata parut psikologi yang dialami oleh mangsa rogol bergantung kepada bantuan dan sokongan yang boleh didapati oleh mangsa.
"Jika terdapat bantuan dan sokongan keluarga, penjagaan dan galakan yang mencukupi dalam menimbulkan kesedaran yang perbuatan rogol adalah jenayah terhadap mangsa dan mangsa tidak dipandang rendah maka kesannya tidaklah teruk bagi mangsa. Sebenarnya mangsa-mangsa ini boleh bangkit untuk memperjuangkan nasib mangsa seperti mereka," tambah beliau.
Bagaimanapun jika mangsa berasal daripada persekitaran di mana beliau dipersalahkan bagi kejadian rogol dan dipandang rendah, parut psikologi kerana perasaan disingkirkan akan kekal untuk tempoh yang agak lama.
Malangnya, masyarakat kita hari ini masih perlu belajar banyak dalam hal ini.
Seorang lagi mangsa rogol, yang mahu dikenali sebagai Amy berkata meminta bantuan adalah penting walaupun khuatir mereka akan didiskriminasi.
"Rasa takut itu pastinya sentiasa wujud, selalunya, mangsa rogol akan merasa mereka akan dipulaukan. Lupakan mitos ini dan tampil cari bantuan kaunseling dan sokongan," kata beliau.
Amy berusia 11 tahun apabila seorang saudara memperkosanya. Itu 20 tahun yang lepas.
"Saya banyak menghabiskan usia remaja saya menyalahkan diri akan apa yang terjadi dan ia mengambil sedikit masa untuk menyedari ia bukan salah saya. Pengalaman ngeri itu pasti akan kekal selamalamanya dan mustahil untuk dilupakan. Jadi jalan penyelesaiannya ialah menerima hakikat sebenar dan cuba ubati hati yang terluka serta teruskan dengan kehidupan. Pemulihan pasti sukar tetapi mangsamangsa perlu berusaha sendiri untuk keluar daripada emosi yang menyakitkan hati ini dan teruskan dengan kehidupan," katanya.
Jangan salahkan diri sendiri
Sementara itu, Pengarah Eksekutif All Women's Action Society (AWAM) Honey Tan Lay Ean berkata rasa takut yang mangsa rogol akan dipandang aib oleh masyarakat termasuk menyalahkan mangsa dan kepercayaan kalut bahawa wanita sendiri bertanggungjawab bagi kejadian itu, merupakan pendorong kuat dalam memaksa mangsamangsa untuk terus berdiam.
"Mangsamangsa menghadapi tekanan untuk tidak melaporkan kejadian itu dengan statistik polis menunjukkan lebih daripada 80 peratus perogol merupakan kenalan mangsa," kata Tan kepada Bernama.
Beliau berkata melupakan pengalaman dirogol bukan sama dengan tidak mengambil apaapa tindakan.
"Seorang mangsa hanya boleh pulih dan mengorak langkah ke depan apabila menerima bantuan seperti kaunseling. Walaupun mangsa seringkali menafikan kejadian itu dalam hati, kesan psikologi itu kekal bertahun-tahun.
"Daripada pengalaman AWAM, mangsa-mangsa boleh meneruskan dengan kehidupan dengan agak baik tetapi trauma yang disebabkan oleh kejadian rogol boleh berulang dalam ingatan mereka," kata Tan.
Mangsa perlu bantuan komuniti
Tan berkata ia bukan tanggungjawab mangsa rogol untuk menyediakan pengajaran moral kepada orang ramai dalam menangani kejadian rogol.
Oleh kerana masyarakat memandang aib mangsa dan ketiadaan sokongan perundangan, adalah sukar untuk membayangkan mana-mana mangsa yang mahu tampil untuk berbuat demikian.
Beliau berkata di sebaliknya tumpuan adalah pada peranan komuniti untuk menghantar mesej kepada perogol yang keganasan terhadap wanita tidak diterima dan untuk memaksa pembaharuan perundangan yang akan memastikan keadilan bagi mangsa rogol.
"Rogol merupakan jenayah keganasan yang menggunakan seks sebagai senjata dan satu bayangan akan ketidakadilan dalam masyarakat. Oleh itu adalah penting bagi masyarakat untuk membetulkan keadaan ini di sebalik meneruskan dengan mitos mengenai rogol," demikian kata Tan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
10S10L This user has been deleted
|
Originally posted by Medium_Term at 19-7-2006 11:04 PM
saye nak bertanye....kalau hubungan sex secare sukerela kedua-dua pihak...
.lepas itu dengan perasaan dengki pasangan wanita itu membuat laporan polis...
.adekah laku laporan polis yang mcm itu...?
okey mudah nyer macam ni
katakan xxxxxxxxx tengah xxxxxxxxxxxxxxxx nya
dan mengadap dada nya ke pc utk delete thread.
xxxxxxxxxxxxxx.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx,
maka itu dikira rape le sebab tanpa kebenaran xxxxxxxxxxxxxxxxxx
paham keer dgn contoh di atas.
wanted to deduct ur credit but accidentaly credited it
anyway i have to edit ur post
[ Last edited by fairy_hobbit at 8-5-2007 02:52 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|